Ads

February 12, 2012

Part 1 - Company Retreat @ Puteri Resort, Melaka







Salam pembaca semua.
Entry kali ni aku nak wat tentang aktiviti 3 hari 2 malam aku di Melaka. Actually trip ke Melaka ni adalah company retreat untuk tahun ini yang diadakan di Puteri Resort Air Keroh. Gambar-gambar ini adalah hasil rakaman dari unit foto opis aku. Aku bawak camera tapi aku tak ada kesempatan nak snap. Aktiviti kami sangat padat dari pagi hingga malam. Siang sibuk dengan sessi brainstorming, petang plak dengan aktiviti outdoor dan malam aktiviti persembahan. 

Aktiviti petang pada hari pertama ialah aktiviti air di swimming pool. Macam-macam aktiviti ada seperti isi air dalam botol menggunakan tangan...korang mampu? Sesapa yang tapak tangan besar....memanglah boleh tadah air banyak. Aku ni badan besau tapi tangan kecil...terkial2 aku nak tadah air isi dalam botol. Air yg melimpah kuar lebih banyak daripada yg masuk botol hahaha. Jom tengok gambar-gambar aku tu. Gambar aku terselit-selit ajer dalam ramai-ramai tu.


 sakan aku mengisi air dalam tadahan tangan...sampai mengerut-ngerut dahi...kelas tak? hahaha

 tukar strategi.....sorang buat corong guna tangan dan aku tuang air ikut tadahan tangan. Okkkk....banyak sikit air boleh masuk dalam botol tu. Group aku paling corot yea tuan-tuan puan-puan.

 second aktiviti......masuk dalam pool budak-budak pulak hehehe....apa aktivitinya?

aktivitinya ialah masukkan badan dalam pelampung tu...pastu pas kat kawan belakang. Pengumuman.....group aku juara hokay.



 third activiti - memancing botol.....group aku juara lagi hokay!!!!!

 ni plak game bawak bola yg diletakkan di tengah2 dahi.....hehehe lawak masa ni. Group aku dapat number dua ajorrr.

 satu lagi game lawokk......masukkan badan atas pelampung dan 2 orang ahli kumpulan tarik pelampung tu ke depan...hehehe. Juara jugakkkkkk.

 game mencari guli dalam pool. Susah jugak.....aku try menyelam dalam tu....tak nampak apa. So, aku meraba dengan kaki ajer....ok dapat. Group aku juga juara.

 esok pagi sambung lagi sessi branstorming.....aku duk barisan dua dari depan....takdak dalam gambar.

 aktiviti petang hari kedua pulak ialah berakit.....ehhhh sama plak mcm aktiviti masa cabaran sihat hehehe

 nampak tak gambar aku tu? wahhhh sakan membina rakit beramai-ramai mengikut kumpulan. Yang penting di sini ialah semangat berkumpulan, bekerjasama dan tolong-menolong. 

 ini bukan group aku. Captain Misai yg mengelolakan aktiviti berakit tu suruh kami bertukar rakit dengan kumpulan lain...laaaaahhhhhhhh penat ajer buat bersungguh2....ghopa-ghopanya kena tukar dengan group lain hehehe.

 ok aktiviti berakit dimulakan skrg. Setiap kumpulan kena bahagikan kpd dua. Yang first jalan dulu and then baru pas pada yg kedua. Aku yang kedua.....letih menjerit bagi semangat pada group aku.

 Ok start sama-sama.......ready one two go....

 ayuhhhh kayuhhhh. Bukan semudah itu nak kayuh wahai kawan-kawan ku. Jauh jugak tu...kena buat satu pusingan. 

 okay group aku dah sampai.....dapat number dua...okaylah tu!!!!

 masa ni aku terkial-kial nak naik atas tu. Kawan-kawan aku dah naik atas....aku masih ada di dalam kolam tu. Terima kasih kepada teman yang tolong naikkan aku ke atas....maaf yea terlebih berat hehehe.

 dah habis aktiviti dan captain tu mengumumkan bahawa pemenang keseluruhan ialah GROUP AKU HEHEHEHE. Malam tu ada malam persembahan staff....so ada penyampaian hadiah jugak. 



Aku sambung lagi esok yea....mood malas nak tulis panjang-panjang. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!


p/s - menghitung hari detik demi detik.....................


6 comments:

ilovekampungku said...

sungguh best klu dpt wat aktiviti mcm ni

sepul said...

rindu pulak puteri resort. dulu 2 minggu duduk sini masa kursus induksi 2007 dulu.

Unknown said...

Wah best gilak buat company re-treat masa inilah baru bole nampak true color masing2 nak2 lg game yg memerlukan team-work kan....alah Leez bukan acara sukan air sekarang nih dah jadi butter & bread ker ? ahaks....

Leez M. Saaid said...

ilovekampungku-

yeap....sesekali kita wat aktiviti mcm ni mmg best...enjoy sgt. Thanks yeaa.....dropping by at this blog.

Leez M. Saaid said...

sepul -

ni dah tukar management baru....dulu katanya teruk sgt service dorang.
Food sini sedap...i likee

Leez M. Saaid said...

tina -

buka takat butter bread.....dah jadi darah daging punnnn. Hehehehe....
I suka aktiviti mcm ni.....