Malam ni aku feeling-feeling mcm orang frust bercinta....idok ler teman yea tetapi sebenarnya frust dengan kekalahan bola kita ahaks. Takpalah walaupun pasukan Harimau Malaya kita kalah tetapi kami sangat berbangga dengan semangat juang yang tinggi. Kalah bermaruah sebab kami adalah pemain-pemain buatan Malaysia 100%. Tak mainlah beli player, beli warganegara dan beli orang...hehehe. Cuba letak semua local player depa...pasti kena makan cukup-cukup dengan player buatan Malaysia kita tu. (Eh......tetiba aku emotional plak kan. Taklahh...tu namanya semangat kesukanan dan kenegaraan). Ok cukup pasal bola.
Jom kita bual-bual pasal travel plak yea. Bak kata pepatah yg kucipta sendiri. Travelling ialah nyawaku. Tanpanya diibaratkan aku tidak bernyawa. Korang faham kan maksud pepatah Melayu yang aku cipta tu...muahahaha. Hari tu aku ada menulis bahawa sehingga akhir tahun ini aku tak pi oversea pun. Cuti-cuti Malaysia cukup. Tetapi....entah tetiba pulak kan aku rasa raya ni mcam nak melangkau laut ke sebuah pulau di negara jiran. Sebabnya.....tahun ni aku tak nak raya...takda feel lah tahun ni. Raya pertama ajer aku ada di sini. Then....Raya kedua aku nak chowwwww. All this while pun setiap kali raya aku tak ke mana-mana. Duk rumah masak-masak, cuci pinggan, layan tetamu dan makan-makan. Aku takda kampung...raya di KL ajer. Feeling tu macam dah takda untuk tahun ini. Tetapi masalah aku sekarang ini ialah.......niatku itu mendapat bantahan dari mama ku. Oh mama....tolonglah memahami jiwa anakmu ini. Masih dalam proses memujuk ni. Ok....ada sesaapa nak joint aku beraya di negara jiran tu (sebuah pulau terkenal). Jom...roger aku eh.
Cerita seterusnya....pasal kahwin. Walaupun aku takda jodoh dengan orang itu. Aku terima keadaan ini dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Hikmah yang sangat besar...syukur pada Allah. Baru-baru aku mendapat kejutan lamaran daripada seseorang yang aku pernah kenal sejak tahun 2006. Seorang yang sangat baik, sangat sabar dan memahami jiwa aku. Walaupun pelbagai dugaan dalam perhubungan kami hingga satu ketika kami pernah terpisah berbulan-bulan lamanya...tetapi dia tetap mencari aku walau apa sajer keadaan. Dia tetapi sayang aku walau apa sajer situasi. Dia tetap maafkan aku walaupun aku selalu marah-marah dia. Dah banyak kali dia cuba melamarku tetapi aku tidak pernah kata "YA"....atas sebab statusnya sekarang (harap korang faham). Walaupun pernah suatu ketika aku sayang orang lain, aku nak kawin dengan orang lain, aku mengutamakan orang lain dan aku pinggirkan dia TETAPI.....dia tak pernah marah aku, tak pernah buang aku, tak pernah merajuk dgn aku atau menganiaya aku MALAH...dia tetap bersamaku ketika aku dalam kesusahan, kekecewaan dan kesedihan yang agak teruk baru-baru ini. Insya Allah minggu pertama puasa ini dia akan menunaikan umrah di tanah suci. Aku panjatkan doa semoga dia dapat menjalani ibadah umrah dan puasa di sana dengan tenang dan kusyuk. Dia sempat bagitau aku....dia nak doakan semoga ada jodoh dia dengan aku. Entahlah...aku berserah pada Allah ajer sekarang. Hati dan jiwa aku kosong sekarang ini. Aku hanya sayang diri aku sendiri. Apa sajer yang akan terjadi akan datang hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku taknak memberi harapan pada orang dan aku juga taknak mengharap apa-apa dari sesiapa. Susah sebab bila kita memberi harapan pada orang jika kita tidak dapat memenuhi harapan tersebut....rasa kekesalan dihati ini. Aku tak suka buat macam tu sebab kita umpama menganiaya hati dan perasaan orang. Tak baik macam itu. Kalau boleh aku elakkan. Aku juga taknak mengharap apa-apa dari sesiapa sebab aku dah terkena dan akhirnya aku akan kecewa juga. Cukuplah kekecewaan selama ini. Apabila harapan diberi dan kita pun mengharaplah. Cukuplah semua ini. Aku dah letih, penat dan bosan. Yang aku nak sekarang ialah menggembirakan hati aku ajer. Aku tak nak susah hati lagi. Aku tak nak bersedih lagi. Bila hati aku gembira senang untukku meneruskan hidup ini. Semoga aku diberi kegembiraan yg abadi, kekuatan diri dan dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah.
Satu lagi kisah. Segala gangguan hidup dan penghinaan yang dilemparkan....aku hanya mampu beristighfar banyak-banyak. Inilah manusia...kesalahan yang satu dilihat tetapi kebaikan dan budi yg kita dah bagi selama ini tidak dikenang. Semoga Allah memberi keinsafan kepada hamba Allah itu. Biarlah dia berkata-kata.... diamkan.... pedulikan.... bersabarlah. Yang penting kena banyak berdoa dan terus berdoa agar Allah selamatkan aku dan melindungiku dari segala kesulitan. Syukur padaMu Ya Allah...aku diberi kekuatan ini. Masih ramai orang luar di sana yang menyayangi diri aku dan memberi perhatian padaku. Terima kasih semua....luv all of you.
Di kesempatan ini dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, aku nak minta maaf banyak-banyak pada sesiapa yang aku pernah buat salah. Selamat menjalani ibadah puasa dan berbanyaklah kita beribadah di bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita semua diterima Allah.
10 comments:
inshallah Kak Leez. Tak yah duk serabut lah. Enjoice saja. Makan2 jalan2 lagi baguih. Nak duit raya buleh?
nak itott!!!!
gadhogadho
me too .. maaf klw ada salah dan silap.
Cakap pasal jodoh nih mmg sampi bila tak abes...penat lahh....
klw kita dah tahu perjalanan hidup nih x der la kita dalam teka teki.
Saya paham... Yg ptg..kita mesti happy.. Ahahahah...
selamat berpuasa leez
jgn terlalu difikirkan
kalau ada jodoh InsyaAllah..akan dtg.
harap leez dpt jodoh yg baik...amin :)
'taknak mengharap apa2 dari sesiapa sebab dah terkena dan akhrnya kecewa.." sama la kita :(
Be strong.
sepul -
dah ok skrg. Mulakan kehidupan baru dengan hati yg ceria. Ayohhh...puasa baru nak start hang nak mintak duit raya..haiisssh.
gadhogadho -
Jommmmm.....hehehe.
LBL -
hehehe....kenangan yg lalu buatkan kita berfikir dan learn something from there.
Pasal jodoh...penat nk pikir. Yang penting.....hidup kena enjoy dan berserah pada rezeki Allah.
kak hanim -
selamat berpuasa kak.
thanks kak...mendoakan untuk saya. Ameen.
cik kentang -
yea betul tu. We learn from mistake....tak pyh harap apa2 dari sesapa. Kalau jodoh tu ada...ia akan dtg dengan sendirinya Insya Allah. Sama2 kita berdoa yea.
Post a Comment