Ads

July 19, 2011

Day 3 - Perhentian Getaway Trip : Back to KL ~~Bye Perhentian!!!


Bersambung lagi. Semalam patut nak update blog tapi line streamyx kat umah aku macam hampeh. Asik duk hang tak sudah...apahal hah lately ni asik mcm ni??. Akhirnya aku logout. Buang masa aku nak menunggu upload terhegeh-hegeh. Ok sambung citer pasal perhentian lagi...yang terakhir ok diknon. Perghhh dah 2 minggu aku balik from Perhentian...tak habis2 lagi aku duk mengupdate. Ok yang ni final.


Pagi dah bangun bersiap untuk pulang ke darat. Janji dengan abg boat kami nak balik awal kul 7.30 pagi. Breakfast dulu pagi tu. Makanan yang disediakan ialah roti bakar tuna dan kuehtiaw goreng yang sedap. Biasalahkan....awal pagi masing-masing tak larat nak makan banyak. Akhirnya Azim tolong tapaukan makanan yang lebih tu. Aku sibuk menghantar kunci ke kaunter. Minah salleh yang jaga kaunter tu tanya aku... "Are you leaving now?? so early?"...hehehe aku senyum dan jawab"Our bus back to KL depart at 9.30 am actually. Anyway, i love this place...will be back next year". Minah salleh tu senyum jawab "ohhh..sure!!!". Actually aku sedih nak meninggalkan tempat ini.


Inilah satu kelemahan aku...tiap kali aku nak balik dari mana2 tempat yang aku gi melancong dan aku dah suka kat tempat tu...aku akan jadi sebak masa nak balik. Sebak kadang2 boleh menitiskan air mata. Terfikir entah bilalah aku akan kembali ke tempat itu lagi. Itulah aku seorang yg berjiwa sensitif...mudah sgt cengeng. Bila dah balik KL..aku akan teringat-ingat balik tempat tu. After a week barulah aku akan back to normal. Aku rasa korang pun macam tu kan.



kuehtiaw goreng yg cedappp...ada ayam dalam tu

makanan dihidangkan


masing-masing dah bersiap utk bersarapan dan balik ke darat




Janji Melayukan...konon nak naik boat pukul 7.30 pagi tetapi pukul 8.00 barulah kami terpacul depan boat hahahaha. Kesian pelancong yang lain dalam boat terpaksa menunggu kami. Ampun maaf yea...hehehe!!. Semasa kami nak balik ni hujan rupanya di pulau ini. Nasib baik semalam masa kami snorkeling tak hujan macam ni.


Alhamdulillah laut tidak begitu bergelora sepertimana masa kami pergi tempohari. Cuma kami basah sikit sebab terkena percikan hujan. Dalam pukul 8.30 pagi kami dah sampai di jetty Kuala Besut. Ada masa sejam lagi sebelum kami naik bas pulang ke KL. So, di kesempatan itu kami mencari souvenir FM sebagai kenang-kenangan. Aku beli sikit ajer....sebabnya mahal sangat FM kat sini...RM4 satu bijik. Patutnya boleh dapat lebih murah dari itu.





keadaan dalam boat.....


boat padat dgn penumpang dan beg-beg kami


sampai ajer terus terkam kedai ni untuk mencari FM...


cantik jetty Kuala Besut ni...bersih dan sangat striking colour bangunannya


sakan duk memilih FM...kan nani!!!!


kedai yang kami pergi ni dapat murah sedikit berbanding di kedai lain


sebelum balik jumpa dulu Kak Ana dan Abg Sani (gambar di atas)...taukeh travel agent ini. Kak Ana bgtau aku...dia try call aku banyak kali tadi tapi aku tak dengar sebab dalam boat. Rupanya dia nak tanya ada sesapa yang nak kirim kopok kering. Masa tu dia ada kat kilang buat kopok. Alamakkk...takda rezeki kami nak beli kopok. Memang aku pun plan nak beli kopok tapi kat area jetty ni takda orang jual pulak. Patutnya dorang kena jual kat sini kan...sebab ramai pelancong.



i luv Pulau Perhentian lahhh.... miss this place soooo much.





Sila tengok gambar di atas. Mahligai 'Airline' dah menanti kami untuk bergerak ke KL. Wahhh dapat naik bas baru.....cuma tak dapat naik bas double decker ajer. Masa ni sedihnya nak meninggalkan tempat ni. Ikutkan hati nak mai sini every month. Gilor apa minah ni...ahaksss!! Susah tul kalau dah jatuh cinta dengan pulau ni. Asik duk teringat pulau ajer. Hehehehe....itulah aku....sangat meminati laut dan aktiviti dalam laut.


Lebih kurang pukul 9.45 pagi kami pun bertolak balik ke KL. Bas ini ikut jalan Gua Musang. Masa pergi hari tu gelap tak nampak. Kali ni nampak lah jugak permandangan hutan dan kampung. Aku tak dapat nak lelap mata sangat sebab aku memang susah tidur dalam kenderaan...tak kiralah dlm bas ke...flight ke or dalam kereta sekali pun. Aku hanya senang tidur atas katil aku sendiri sambil memeluk bantal bucuk ku ahakss(apa kau merepek ni??? :p).



bersiap sedia nak naik airline...what??? airline? kau buta kah??? hahahah...inikan Mahligai Express.



masa ni kami yg paling awal sampai...so kami duk sakan bergambar sebelum orang lain sampai. Cantik pulak colour kusyen bas ni kan....sangat the meriah uolsss.



Ok guyss...sekian sahaja coretan tentang percutian aku ke Pulau Perhentian yang sangat indah ini. Pengalaman yang aku tak boleh lupa dan sangat-sangat berharga. Dengan harga RM330 aku dapat mcm2 di sini. Dapat melihat permandangan laut yg cantik, dapat memasuki dasar laut dengan hidupan air yg jinak dan comel, dapat menjamah makanan yg sedap-sedap dan akhir sekali dapat kenal rakan-rakan baru yang sangat sporting, best dan happening. Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi after raya ni. Muaahhhh semua.


Alhamdulillah percutian ini sukses walaupun pelbagai dugaan, suka dan duka yang aku tempoh. Allah tahu niat dan kesungguhan aku untuk sampai ke sini....akhirnya tercapai dan termakbul jua...syukur. Bak kata pepatah Melayu..."Hendak Seribu Daya...Tak Hendak Seribu Dalih" ~~~ tepuk dada tanya diri masing-masing ahakssss ... :p



p/s - perangai aku satu ajer...kalau dah janji mesti ditepati....kalau mungkir janji boleh blah...cukuplah sekali aku nak ajak lagi...muahahahah






7 comments:

kasihredha said...

tak sangka leez berjiwa sensitive..akak ingat jenis yg tabah dan susah nangis :)

FM kat Kuala Besut memang mahal sikit.

Leez M. Saaid said...

haah kak...sejak umur makin meningkat ni...bertambah sensitif. Dulu rasanya tak mcm ni.
Cumanya sy susah nangis depan org....nangis utk diri sendiri ajer..hehehe.

mmeang mahal FM tu...tapi kalau kt pulau lg mahal RM8....lagi teruk!!

@xiM said...

thanks pada semua!!

ada umur lepas raya kita jumpa ok..


*ayat last tuh macam tajam menikam jer kan.heheheeee

Leez M. Saaid said...

axim -

baru perasan...pic sebelah tu naper skema sngattt...huhuhu

Insya Allah lepas raya kita jumpa kay.

hahaha....sesekali kena lepaskan sedas dua....asik kena attack ajer kat tweet naik meluat plak. Dah takda kerja lain asik duk menghina org ajer kerjanya....metallity low sangat!!!

@xiM said...

sabar itu senjata orang beriman..

Anonymous said...

salam kak..boleh tak nk mntak no mizi tu...
email kn ea. thnx...
yayadahlan_5391@yahoo.com

nazifah said...

salam..kak leez..nk tanya.. sy nk book package kt abdul'schalet...contact diorang direct..lepas tu diorg suruh byr half dulu untuk tempah..boleh percaya ke..sbb byk blog sy tengok, mereka tempah melalui travel agent..

package sy rm 720 utk 2 org 3h2m without snorkerling..bukan pa..nk bawa 2 bayi sekali..somxleh nk snorkerling..huhu