Ads

July 31, 2011

Hadramawt Yemeni Restaurant @ Chulan Square


Salam Ramadhan semua. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama perbanyakkan ibadah. Semoga amalan kita semua diberkati dan diterima Allah. Insya Allah.


Maaf semua sebab entry kali ini aku bercerita pasal makanan pulak. Jangan pulak ada yang terliur bila tengok gambar makanan ini. Sabar yea.....anggap entry ini sebagai informasi sahaja. Hari Sabtu yang lepas aku bersama teman-teman sempat meluangkan masa menjamah makanan Arab yang paling sedap pernah ku rasa. Tempatnya ialah di Restoran Hadramawt Yemeni di Chulan Square. Ini ialah kali ketiga aku makan di sini.


Kali pertama aku datang ke sini dulu ialah first dating dengan orang itu. Sedih bila aku makan kat sini...ahhhhh kenangan yang lalu usah diingat kembali. Lupakan saja...mulakan kehidupan baru. Then kali kedua aku makan di sini semasa aku menghadiri sidang media Arab Ramadhan Festival. Dan baru-baru ini aku datang ke sini sekali lagi. Padaku...makanan di sini lebih sedap daripada di Al-Rawsha. Itu pendapat aku lah.


restoran ini di Chulan Square sebelah Pavillion




tempat ini selesa dan berhawa dingin. Aku makan di tingkat bawah ajer. Aku malas naik atas sebab nanti teringat pulak kenangan lalu :(


Chicken Mandy - RM20


Lamb Mandy - RM25


Arabic Salad - RM10


sambal Arab yg menjadi favourite aku......pedas


jemput makan....jangan pulak terliur yea....


cantik pulak background kat belakang tu..



bersama teman sepejabat - Kak Zila dan Kak Zimah



Kalau anda semua hendak mencuba masakan Arab ini untuk berbuka puasa...bolehlah datang ke tempat ini iaitu Buffet Ramadhan berharga RM50 seorang. Selamat Berbuka!!!!














2 comments:

Azian Elias said...

lebih sedap dari Al Rawsha?

kalau cam tu nanti akak nak cobalahh.

Leez M. Saaid said...

Kak Yan-

Yea kak...nasi dia lagi sedap....fuhhh teringat2.

Cuba kak jgn tak cuba