Hari ke-2 di bumi kenyalang. Hari Sabtu....pilihan yang tepat untuk ke Pasar Serikin. Kat mana tu? Awal pagi....actually tak lah awal sgt pun....lebih kurang jam 9 pagi barulah kami bertolak dari Kuching ke Serikin. Serikin terletak di sepadan antara Sarawak dan Indonesia. Kiranya border lah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih dari bandar Kuching. Ketika ini cuaca hujan renyai-renyai di Kuching. Aku memang tak tau camana nak ke sana. Sib baik pemilik kereta sewa tu guide aku ke sana. Tak boleh guna GPS yea puan-puan. Sebabnya GPS memang tak leh nak calculate area ni.....terletak nunnnn jauh di sepadan. Lepas melalui banyak simpang barulah dia lepaskan kami berjalan sendiri.
Boleh tahan banyak kereta jugak ketika ini. Aku tau ni mesti dorang nak gi Pasar Serikin gak. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu hari Sabtu dan Ahad. Sabtu buka diawal pagi hingga malam. Manakala hari Ahad pula hingga tengahari ajer. Mereka yang menjual ni terdiri daripada pedagang dari Indonesia. Mereka bawa barangan dari Indon dan menjualnya di pasar ini. Kiranya mereka kena melepasi border utk mendapat pas sementara meniaga di sini.
Apa yg dijual di sini? Hmmm....semuanya barang-barang Indon. Yang paling famous orang suka beli tikar di sini. Katanya murah. Entahlah tak tau sebab aku tak minat benda-benda ni. Satu yg masalah...susah nak bawak balik Mesia. Then, ada jual baju2 pengantin yg blink2 terkenal kat Indon tu...tapi out-dated sikit lah. Tak leh compare yg kat Jakarta tu. Segala jenis blouse dan baju Muslimah pun banyak. Aku beli sepasang baju Muslimah warna putih...sesuai untuk dipakai ketika wat umrah. Telekong dan tudung pun ada diknon.....cuma aku tak tau how much.
telekung dan tudung juga dijual
periuk dan kuali segala pun ada....just imagine kalau korang angkut benda ni masuk flight...pengsannnn!!!!
Ketika kami sampai di kawasan ini....tetiba hujan berhenti dan panas terik jadinya. Bukan takat terik yang biasa-biasa tau tapi terik yang tahap kau tak selesa. Semacam panas cuacanya. Aku tengok ramai yang duk beli payung dan topi menahan kepanasan. Aku tak pakai apa-apa pun. Kesian sangat tengok anak buah aku si kecik tu....kepanasan yang amat. Tempat ini memang tak sesuai untuk budak-budak kecik. Kesiannn sangat.
Balik dari Kuching aku ada terbaca tentang Pasar Serikin ini di dada akhbar. Tau tak kenapa cuacanya panas semacam??? Rupanya kawasan Serikin ini terletak di atas lingkaran garisan Khatulistiwa...tu pasallah panas yang amat. Ramai gak kawan-kawan aku pesan....jangan lupa bawak payung dan topi...kat sana panas yang amat. Memang benar apa yang dorang cakap. Yang peliknya ketika aku sampai tu tempat ini baru lepas kehujanan...tapi hawa panas tu tetap hebat berdeting. Fuhhhhh.
baju pengantin banyak dijual di sini
kerepek ni nampak sangat mengancam tetapi bila makan lemau daaaaa.....
mangkuk kristal pun banyak tetapi aku tak tau ori ke tak....tak kot
dengar citer sesapa beli pinggan mangkuk kena tax masa nak balik....ada kastam check nanti
lagi satu...tempat ini dikelilingi gerai berzink...pokok tak membantu langsung.....
aku tak selesa dan sangat kepanasan.....kesimpulannya aku tak suka tempat ni.
Setelah kami spent time about 1 hour di sini...kami pun beredar. Tak larat dah nak singgah lama-lama. Itupun aku tak habis jalan...half way aku dah patah balik. Yang aku sempat beli ialah buah salak (tak sedap dan pahit), kerepek (lemau) dan baju Muslimah putih. Itu ajer hehehe. Adik aku beli topi kowboy dan payung...hahahah lagi kelakar.
Sekian sahaja...aku tak minat tempat ni. Tapi kepada sesapa yang nak amik experience di sini apa salahnya singgah. At least dah jejak Pasar Serikin ni kannnn.
balik ajer kami singgah pekan Bau.....aku amik gambar kat tasik biru ini
agak2 ada bujang senang tak kat sini ?? ahaksss
Balik ajer sampai di Kuching...kami semua sudah kelaparan yang amat sangat. Kami decided nak lunch di satu restoran ini. Juga rekemen dari kawan ku...
Coffee O Corner restoran. Terletak di sebelah RJ Ayam Penyet yang aku citer di awal entry lepas. Restoran ini memang famous dan sangat ramai orang. Kalau korang nak sarapan pagi.....memang sesuai di sini. Kalau anda lambat sikit ....makanan cepat habis.
Aku nak makan Mee Kolok...alhamdulillah dapat rasa kat sini. Oklah sedap. Adik aku naik angin dgn kedai ini sebab tak sediakan buku menu...dia terus angkat kaki makan ayam penyet di restoran sebelah. Tinggallah aku dan mamaku menjamah Mee Kolok dengan lazatnya di sini hehehe. Macam-macam makanan dijual di sini....cuma kami orang Semenanjung ni tak biasa dengan makanan dorang. Tu pasal ada yg bunyi macam pelik ajer.
Mee Kolok....opismate aku kata mcm makan manggi...hehehe..
close up Mee Kolok....
after dah makan lunch....kami balik hotel dan kebabummmmmm tidur lah apa lagi ...hehehe.
Malam kami keluar lagi ....jalan-jalan cari makan lagi. Apasal ehhh....kami kat sini asik nak makannnnn ajer. Bukan apa...masa nilah kami nak merasa makanan orang Sarawak. So, jangan lepaskan peluang ini. Aku ni pulak...jenis suka mencuba sesuatu makanan yang jarang aku makan di KL. Kalau gi vacation aku memang enjoy mencuba makanan baru.
Malam tu kami pergi makan di Benteng Satok. Tempat ni bukak waktu malam ajer. Kalau siang tempat ni adalah jalanraya yang dikelilingi oleh kedai dan opis-opis. Dulu tahun 2004 aku pernah sekali makan di sini...masa tu aku makan Mee Kolok. Tapi lupa dah gerai yang mana satu. Malam tu kami order makanan yang bergoreng dan satay. Adik aku naik angin lagi sebab katanya tak sedap....hmmmm cerewet sangat. Aku belasah ajer...asal kenyang. Aku ada beli ayam golek di sini....memang sedap.
nasi goreng daging....adik aku kata tak sedap...
nasi goreng ayam....dia ke dia bagi aku ayam stim...hmmm pelik pun ada
mamaku makan satay ajer
aku beli ayam golek ini di gerai lain.....sedap meratah
kat sebelah benteng tu ada Pasar Minggu Satok....byk jual FM....murah sikit drp kat bazaar waterfront
segala jenis hasil kerjatangan Sarawak pun ada....
cuba teka aku amik pic ini di mana???...... ----->>>> lakaran pada tshirt yng tergantung jual di pasar ini...comel kannnn....
ni pun sama...identiti kucing
ok sambung lagi next entry plakssss....tungguuuuuuuuuuuuu ~~~~~~~~~
3 comments:
samalah ngan saya kak..kalau pi tempat orang mesti nak cuba makanan orang rasanya macam mana..
azim -
yea betul...rugilahkan kalau datang jauh2 tapi taknak mencuba makanan dorang.
As Salam Liz, dalam byk byk blog yg dibaca terjumpa lak ngan blog u nie...cam tak percayalah lak...ahaks.
Btw, saya Shahidan Izhar, one of your FB friendliest. Nak tanya, kalau ke Serikin tu gun tour guide atau pun main redah jer...?
Looks like everything is going smoothly...thks Liz
Post a Comment