tu dia... aku merakam kan di saat snow turun.....masa ni tak lebat pun setiap snow yg turun akan cair....
apahal plak bawak beg HRC tu?? Sebenarnya pagi tu aku nak tukar baju yg aku beli semalam....aku nak tukar design lain hehehe
Pagi tu kami meronda lagi di bandar Edinburgh. Actually mengikut planning kami ialah nak pergi ke Loch Ness....juga tempat castle and lake yg cantik (lake tu ada monster). Akan tetapi kami decided not to go bcoz jauh sangat hingga 4 jam perjalanan. Pulak tu keadaan cuaca yg tidak mengizinkan. Merbahaya katanya nak bawak kereta. Orang kata tempat tu memang cantik dan tidak sah perjalanan anda ke Scotland jika tidak singgah ke tempat itu. Takpalah takda rezeki kami. Aku kena kesian gak kat kawan aku kena drive sorang-sorang.
Then, kami decided nak ke Calton Hill ajer....juga terletak di bandar Edin ni. Tempatnya juga di kawasan bukit. Dah nampak dari jauh tapi tak reti camana nak cari entrance. Nasib baik orang Edin ni baik2 belaka.....membantu kami mencari entrance. Free ajer ke sini tak perlu bayar. Dari jauh aku dah nampak tempat ni sudah dipenuhi dengan snow. Weehuuuuu.
sesat cari jalan.....aku sempat snapping pic ini di kawasan park...kat situ kelihatan bunga tulip baru tumbuh sikit....nanti spring menjelma sure dah besar pokok tulip tu.
apalagi snapping sakan lah aku....pulak tu pakai baju hitam putih....memang sesuai dengan background putih gunung bersalji tu
masa ni kawan aku tu duk dalam kereta dan Denniz yang keluar tolong ambilkan gambar aku. Dah puas berposing....aku pun berlari nak masuk ke dalam kereta. Belum sampai kereta...aku dah tergolek...alamakkkk!!! Rupanya jalan tu licin sebab ada ais. Aku jatuh merangkak...habis kotor jeans aku....cisssss.... Padahal kawan aku dah pesan...jgn berlari coz tempat ni licin. Hmmmmm padan muka :p
berhenti lagi di tepi jalanraya...sebab nak berposing berlatarbelakangkan gunung ini...aku tengok ramai yg berjalan kaki naik ke atas tu....ishhhh sejuk2 mcm ni
Akhirnya kami jumpa camana nak masuk Calton Hill ini. Aduhai kena mendaki tu....pelan-pelan naik Insya Allah sampai. Masa ni sejuk giler sampaikan nak press butang camera pun susah. Kena bukak glove tapi tangan rasa beku sangat. Jangan tak tahu...angin pulak tu bertiup kencang. Aduyaiiiii betul-betul dugaan aku kat sini.
Pada mulanya kawan aku tu malas nak naik sejuk sangat and he said nak duduk dalam kereta ajer. Ishhhh....aku marah kat dia. Ada ke dia suruh aku pi naik atas tu dengan Denniz berdua. Hmmmm...aku dah tarik muka masa ni. Aku terus tarik si Denniz...jom kita pergi tinggalkan dia. Macam drama plak masa ni. Denniz gelak ajer...hahahaha. So, aku share pakai payung dengan Denniz and kawan aku alone at the back. Dalam diam membontot aku kat belakang sorang-sorang. Hahahah kelakar masa ni...kes merajuk punya pasal. Aku ni memang mengada sikit...hehehe. Kat atas angin kuat.....habis payung kami patah hahahaha. Dengan muka tak malu aku tumpang payung kawan aku tu plak...hehehe
nampak tak yg pakai payung belakang aku tu......dia bawak diri sorang-sorang sebab aku tak layan dia...ahaksssss
maaf keadaan gambar ketika di atas hill ini kurang memuaskan kerana lens aku asik berkabus ajer....susah betul nak snap pictures. Kesian Denniz bersabar melayan kerenah aku berposing. Ahkak rasa diri mcm model plaks.....ahaksss perasan.
6 comments:
Wahhh... sakan bergambar! Hehehe... best nye ada orang nak tolong amik kan. Saya pernah sampai sekali aje ke Edinburgh. Tu pun masa tu duduk Livingston, pergi melawat aje la. Sempat gi castle yg dekat tattoo tu aje, ngan bangunan2 berdekatan :)
hamboiiiii!!! sakan gambar tau.. cantik nya..
kalau jumpa monster tu cium. sure keluar prince charming...heee..
leeezzzzz
cantiknya gambor2 tuh
akak suka gambor kat tasik tu..
hitam putih, kena dgn jaket leez hitam putih gak.
sooyaree -
bestkan Edinburgh....
rasa mcm tak puas nak gi lagi.
I gi sana 2 malam ajer mcm tak dcukup masa.
kak yan -
masalahnya....sy tak jumpa pun monster tu...tak sempat nak gi..
kalau tak mesti dah jumpa prince charming idaman hati ahakssss
kak hanim -
yeaa kak...sy pun suka kat tasik tu...mmg sangat cantik...putihhh ajer. i like this place very much
Post a Comment