
Kali ini punya entry...korang layan gambar ajer lah yea. Gambar-gambar ini ialah sekitar bangunan-bangunan unik di bandar Edinburgh. Keaslian dan keunikan bangunannya menggamit sanubariku which is you cannot see at other places. Kat bandar Paris lebih kurang jugak bangunannya macam ni but di bandar Edinburgh ini aku rasakan lebih unik dan sangat cantik. Almost every corner mengekalkan keaslian bangunan sebegini. I like it so much!!! ~~~
Lepas sahaja habis meronda di Edinburg Castle...kami terus berjalan-jalan di sekitar bandar ini untuk membeli souvenirs. Kalau korang hendak mendapatkan souvenir seperti fridge magnet, key chain, piring dan mcm2 lagi...boleh ke kawasan ini di Royal Mile. Tempat ini khusus kepada pelancong yang hendak mendapatkan souvernir dengan harga yg berpatutan. Setiap kedai menawarkan harga yang berbeza. Tips yang aku boleh berkongsi dengan korang semua ialah survey dulu beberapa kedai barangan souvenirs yang anda plan nak beli. Kat situ memang banyak kedai. Then....compare harga di antara kedai tersebut....yang mana lebih murah...korang pi balik ke kedai tu. Kalau kedai yg agak tersorok ceruk corner memang sangat murah. Kalau kedai yg betul-betul di tempat yang strategik....waduhhh mahal banget sehhh!!!




teksi di Edin


di sepanjang jalan di Edinburgh




dah namanya United Kingdom.... telephone booth di sini sama ajer yg kat London
bas hijau ini ialah bas pelancong hip-on hip-off....

Lebih kurang jam 2 petang kami semua dah penat. Nak rehat sekejap. So, nak pergi mencari hotel yang kami dah booking sebelum ni. Stay kat guesthouse ajer. Sebab kami memang membawa kereta, so takda masalah nak mencari tempat ini. Follow GPS ajer. Tapi kalau anda semua tiada pengangkutan, i suggest better u all stay kat area Princess Street. Tempat tu memang happening and walking distance ajer nak ke shopping area tapi mahal sikitlah. Tempat yang aku stay ni juga dalam town tetapi berpeluh ketiak lah kalau nak pi jalan kaki ke shopping area tu. Harganya sangat berpatutan GBP55 (RM275) utk 2 malam (single room).
Address: Relax Guesthouse11 EYRE PLACE EDINBURGHEH3 5ESTel: 01315561433 (441315561433)Email: info@relaxguesthouse.co.uk
Lepak dalam bilik dalam 2 jam macam tu....siap mandi dan makan sandwich yang aku buat tu. Then, kami keluar semula untuk pergi ke Hard Rock Cafe. Ikut arahan GPS......senang ajer dan dekat plak dengan hotel kami. Kos tinggi betul membawa kereta ke sini. Tak larat nak membayar parking. Sejam ialah GBP2 (RM10). Mahal wei!!! Pastu ada insiden berlaku apabila kawan aku terlupa dia letak duit parking berapa. Sekali balik....hahhh kau!!! Kena saman GBP30 (RM150) sebab lebih daripada wktu. Bengang ajer dia. Tak pasal-pasal membazir kat sini.



sekali tu.....aku ternampak sign board menuju ke restoran kebab halal.....lapaq plak!!

ini alamat kedai halal tu....betul2 kat town area tetapi kedainya agak tersorak di sebalik bangunan

4 comments:
best...bestt..
turkish food...huhu..bestnya.
Gambar pun cantikss
Hi Sis..
Juz blogwalking and stumbled upon ur blog. Syiok plak sebab cerita trip the Edin, Paris etc because I'll be going there later this year jugak!..So best la kot boleh pick up useful tips kan? Thanks ya
kak hanim -
sy mmg suka turkish food esp kebab....i likee
ray -
woww....bestnya....miss this place.
Hope tips dlm blog ni can help u..
enjoysss...
Post a Comment