Ads
August 22, 2009
Lepak @ Satay Kajang Samuri
Jangan marah hah...close up gambar makanan lagi.
Perjumpaan dan sessi lepak lagi sebelum bermula bulan Ramadhan. Kali ini lepak dengan Azuan dan Wirda....geng UiTM. Kenapa kami pilih di Satay Samuri? Sebab dekat dengan rumah si Wirda. Lepas balik kerja dalam kul 8.15 malam, i and Azuan terus ke Kajang menjemput Wirda. So tempat yang happening kat Kajang ni di Satay Samuri lah.
Kebetulan Azuan pun baru balik from Jakarta dan dah lama agaknya tak makan satay. Dia kata satay Indon tak sedap. Kat sana kami tak makan sangat pun....lebih banyak borak dan ketawa. Sebenarnya dah lama kami bertiga tidak berjumpa. So, since ada masa dan peluang macam ni...memang banyak cerita nak kena update..huhuhu. Topik paling best bila imbas kembali kenangan kami di UiTM...pergi PD bersama....buat survey part time bersama masa semester break...pergi Bukit Cerakah nak basikal bersama dan macam-macam lagilah. Semua tu memang kenangan paling indah. Ketawa bagai nak rak...sib baik tak tersembur....huhuhu.
Insya Allah next pertemuan, nak buka puasa bersama. Mek Wirda tu nak kenalkan kami her partner. Hmm..molek sangatlah tu. Pastu plan nak buat pertemuan dengan geng-geng lama kami yang dah lama tak jumpa seperti Kamarul, Azhar dan Kak Fiza. Kali ni mesti lagi meriah dan i really miss the moment with them. Kenangan di UiTM memang tak bisa kulupakan sehingga sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahan napsuuuuuuuuu !!!!
jom serbu pasar juadah !!
Kak Leez, sekrang ini order kena beratur dan bayar dulu ke? teruknya perkhidmatan macam ini? dah la ramai pekerja nya...rela saya pi makan satay di tempat lain daripada makan satay Kajang di sini....isk isk isk...
Lily - sabar yea lily...tahan nafsu tgk gambar2 makanan tu...huhuhu
Song - Betul tu Song...kena beratur utk order dan terus bayar....panjangggg plak tu nak beratur. Dah ler satay dah tak sedap....pegang lidi pun mcm melekit. Hilang nafsu nak makan...
Post a Comment