Ads

August 25, 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan

Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat keredhaan daripada‐Nya.

Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan tahun hadapan.


1. Bulan diturunkan Al‐Quran
Maksud firman Allah: “Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keterangan keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”


2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintu pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.”

“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”


3. Bulan Penghapusan dosa
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”


4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.”


p/s - Semoga ibadah kita di bulan mulia ini diterima oleh Allah. Insya Allah.


No comments: