Ads

June 24, 2011

Travelling - Wish List 2012

Nanti-nanti eh aku citer pasal pengalaman mengerjakan umrah tu. Sebab hari ini aku dalam versi kemalasan nak upload gambar. Aku nak menaip ajer hari ini. Mengadakan minah ni. Hari tu versi sedih....pastu versi rindu....hari ni plak versi kemalasan. Macam-macamlah kamu ni. Sebab nya aku kepenatan baru balik dari spa...massage badan uolsss. Best sesangat dan badanku amat segar sekali.

Nak citer pasal wish list aku dalam berkelana dan menjejaki negara orang. This year sampai hujung tahun rasanya aku tak ke oversea.....insaf sekejap...ngeh3. Jalan cuti-cuti Malaysia Insya Allah ada dalam plan. Dalam beberapa bulan ni aku kena wat saving yang banyak for my next trip early next year. Aku memang dah berniat lama nak ke tempat ini sekali lagi. Mencari kedamaian abadi dan menyucikan jiwa. Semoga hajat dan doa ku ini dimakbulkan. Insya Allah. Aku plan nak jejak 2 negara sekaligus.

Then, bulan lima tahun depan ada satu lagi trip...dah beli ticket pun. Ngeh3...ke mana tu? Oooo....rahsia tak boleh bgtau. Negara ini memang aku punya wish list sejak dulu lagi.....Insya Allah semoga tercapai. Beli awal sebab ticket murah ajer. Kalau beli last minit...boleh cecah ribu jugak harga ticket ke negara ini.

Negara seterusnya pulak...not sure yet. Depands on my budget. Kalau ada rezeki duit terpijak ke...hehehe...aku nak ke Europe lagi pada autumn season tahun depan. Which country?? Ada 2 negara yang aku dah aim. Tunggulah. Harap angan-angan mat jenin aku dimakbulkan Allah. Semoga Allah memberi aku kegembiraan yang abadi dengan cara menjelajah ke negara orang. Ini sajer caranya utk menghiburkan hati aku. Aku hidup sendirian dan tidak punya sesapa di dunia ini tetapi....aku hanya punya dua kaki untuk melangkah jauh mencari pengalaman hidup. Pengalaman hidup ini akan aku kenang sambil akhir hayat. Pengalaman yang tidak semua orang dapat...hanya insan-insan terpilih olehNya sahaja yang mengalami pengalaman ini. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Aku tidak punya rezeki utk berkeluarga tetapi aku punya rezeki untuk menjejaki negara orang. Serba sedikit ia mengubati hati ini.

Angan-angan aku ialah mengelilingi satu dunia sebanyak negara yang mungkin. Travelling ialah nyawaku. Tanpanya diibaratkan aku tidak bernyawa. Boleh?

June 22, 2011

In Memories - Beijing Trip, Bangkok Trip and Padang/Bukit Tinggi Trip





Rasanya few years back aku ada buat entry pasal ni. Tetapi kali ini aku buat sekali lagi...sempena mengenang nostalgia melancong zaman muda-muda dulu...ahaks. It was in 2000....11 years ago tauuu!!! And this trip also bermulanya bagaimana aku berjinak-jinak dalam dunia travelling. Actually first overseas trip was Singapore....tapi kita tolak tepi sebab itu dah kira kampung mamaku. Dah beratus kali aku jejak....so tak boleh pakailah. Kita citer trip yang boleh pakai ehhh...


First trip ever with the whole family was Padang/Bukit Tinggi, Indonesia. Trip ini fully sponsored by my beloved dad. Jangan tak tau my dad and mum pun kaki travelling tau. Bapak borek anak rintik kata pepatah Melayu. So far tempat yang my dad dah jejak ialah Padang/Bukit Tinggi, Medan, Jakarta, Surabaya, Jogjakarta, Phuket, Bangkok, Hadyai, Beijing and Mekah/Madinah.


Then, my second overseas trip was Beijing, China. Masa ni gi dengan my close friend, Sha. Kami gi ikut tour agent pada tahun 2000. Lupa dah how much the package. Naik China Southern Airline and singgah di Hong Kong sekejap about one hour. Then landed kat Guangzhou. Tunggu lagi 6 hours for next flight.....naik domestic flight plak and sampai terus ke Beijing. Perjalanan yg sangat memenatkan. Kami berada di sini selama 6 hari. Destinasi yang kami pergi selain daripada Beijing ialah Tian Jin...about one hour journey from Beijing.


Peristiwa pahit di Beijing ialah ketika aku kehilangan duit Yuan (lebih kurang RM700) ketika sibuk membeli belah di kedai kain China silk. Tak perasan duit dalam envelope tercicir. Syukur ada hamba Allah yang baik hati juga rakyat Malaysia dari travel agent lain di Alor Setar telah menjumpai duit aku. Dia sanggup tanya tourist guide dari agent lain kalau2 ada ahli rombongan yang kehilangan duit. Alhamdulillah aku dapat kembali duit tersebut. Fuhhh....mcm-mcm dugaan. Cukuplah sekali ajer jejak Beijing...kalau gi lagi pun sama ajer tempatnya. Next time aku plan nak jejak Guangzhou pulak. Katanya kat sana tepat shopping gila babas punya..hehehe. Oklah jom tengok gambar-gambar aku kat Beijing.




bersama temanku Sha

mudanya masa ni...hehehe


China Great Wall....kenangan abadi

ada berani panjat sampai atas???

masa ni bulan 5...panas gak tapi still berangin

pasu lukisan kesenian cina....menjadi barangan cenderahati daripada kerajaan China kepada pemimpin luarnegara yang datang ke sini

bersama ahli-ahli rombongan cik kiah....

kotaraya Beijing pada tahun 2000

basikal menjadi pengangkutan utama di sana






Sekarang nak cerita tentang Bangkok Trip pada tahun 2001. Gambar di atas ketika aku berada diatas sampan floating market. Masa ini aku bercuti dengan my parents and my close friend, Sha. Percutian ini sangat mencabar minda dan mental aku. Sebabnya...kami menaiki bas dari KL hingga ke Bangkok. Ikut rombongan cik kiah juga sebanyak 5 bas. Boleh imagine bagaimana cabaran yang kami hadapi?? Disebalik cabaran itu...ada juga manisnya.

Dulu mana ada blog nak tulis satu persatu....so nak suruh aku refresh balik kenangan tu....hmmm banyak dah lupa. Actually this trip was fun. Kenangan yang paling tak boleh lupa ketika kami balik dari Bangkok...kami bermalam di Hadyai pulak dan terperangkap di bilik hotel selama 5 hari 4 malam tanpa makanan, elektrik dan air akibat bencana banjir yg amat dahsyat di Hadyai. Fuhhhh....masuk paper uolssss!!!! Kenangan pahit lagi...hehehe.


Safari World di bangkok


juga di Safari World


naik tuk-tuk di Bangkok




Ok yang ini ialah trip ke Padang/Bukit Tinggi bersama the whole family pada tahun 2000. Kami menaiki Pelangi Air....takda AA lagi masa ni. Masa ni mana ada digital camera. Pakai camera filem. Punyalah bergambar sampai 3 filem....akhirnya yang jadi ialah 1 filem sahaja. Lagi 2 filem hancusss tak jadi. Sedihhh beb !!

Yang best tentang trip ini ialah kami sangat enjoy menikmati makanan Padang yang sedap2 di sini. Originally from Padang. Memang puashatilah. Selain itu kami banyk mengenali kebudayaan adat Minang di sini. Oklah seronok gak. Mula-mula sampai kami terus ke Bukit Tinggi dulu....stay 2 nites kat sana...then 1 nite kat Singkarak. Pastu balik semula ke Padang dan tidur satu malam lagi. Malam tu memang acara bebas....sempat lagi tu pi tengok wayang citer omputih dengan adik2ku dan tourist guide...kami2 ajer hehehe.

Pengalaman lain yang boleh aku ingat disini ialah...first time mengenali air alpokat dan es teller. Terus jatuh cinta uolssss. Then, bila ajer ada peluang ke mana-mana daerah di Indonesia...aku mesti order air2 tersebut especially alpokat...slurrrpppppp.



menonton persembahan kebudayaan Minang....sempat lagi try main gamelan...hehehe.





Oklah sekian sahaja cerita aku untuk kali ini....pasni aku nak citer pasal kenangan aku di Tanah Suci Mekah pada tahun 2005 pulak.





June 21, 2011

My Beloved PAPA ~~~ I miss You !!


Entahlah tetiba malam ni nak menulis versi rindu pada arwah papaku. I miss him so much. Sedih bila semua orang duk menyambut Father's Day. Tapi aku...buat tak reti ajer sebab papaku sudah tiada. Sudah 6 tahun papa meninggalkan kami anak beranak. Rasa macam sekejap ajer dan masih teringat-ingat arwah seperti masih ada bersama kami.


Baru-baru ini aku tetiba termimpikan arwah. Dalam mimpi tu arwah papa dan mamaku ikut aku berjalan-jalan makan angin. Itu ajer mimpinya. Entah aku taknak fikir apa maksud mimpi itu. Yang penting...esoknya aku berpuasa dan sedekahkan bacaan Yaasin untuknya. Aku memang jarang bermimpikan arwah selama 6 tahun pemergiannya. Tetapi malam tu.....aku macam gembira sebab dapat berjumpanya dalam mimpi. Itu tandanya aku sangat-sangat merindui arwah. Rindu sangat-sangat.


"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara - sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anak yang soleh yang selalu mendoakannya"- (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah). Papa, anakanda tidak lupa mendoakanmu setiap kali selepas solat. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan mereka yang dikasihi Allah... Ameen"


Bila keadaan bersedih dengan pelbagai dugaan mcm ni...jiwaku sangat sensitif. Aku akan cepat terasa dengan sesiapa sahaja. Masa ni jugak aku terus teringat arwah - "papa, sesungguhnya anakmu ini sedang bersedih. I really need you pa...". Hubungan kami memang sangat rapat. Sepanjang hayatnya....akulah anak yang paling rapat. Aku tak segan nak berkongsi cerita apa saja dengannya....samada cerita peribadi atau cerita gembira. Malah apa saje situasi....di antara anak-anaknya papa mesti menyebelahi aku anak pompuan tunggalnya ini. Kalau aku pulang ke rumah lewat malam...dialah orang yang paling tidak nyenyak tidur. Dia akan call aku kat mana sekarang dan bila nak balik. Aku anak sulung dan satu-satunya anak pompuan tunggal.... memang sangat manja dengan papaku. Kalau dia sakit-sakit badan...aku yang dia akan panggil suruh urut. Banyak sangat kenangan aku dengan papa....sedih nak cerita satu-persatu. :(


Peristiwa di bulan May tahun 2005 ketika aku mengerjakan umrah bersama mamaku di tanah suci Mekah....tetap aku kenang sampai bila-bila. Lagi 3 hari sebelum kami pulang ke tanahair...papaku jatuh sakit dan terus koma. Sehari selepas aku pulang...arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah berat sungguh dugaanku ketika itu. Sesungguhnya dugaan demi dugaan aku tempoh sepanjang tahun yang sama. Tahun yang sama juga aku berpisah dengan kekasih hati setelah 2 tahun berkawan....disusuli pemergian papa tercinta. Aku bingung seketika.....2 orang lelaki yang aku sayang tiada lagi disisiku.


Insya Allah jika ada rezeki dan sihat tubuh badan...aku ingin mengerjakan umrah sekali lagi akhir tahun ini . Semoga niat suciku ini dimakbulkan Allah. Berada di sana nanti pastinya aku akan ingat semula kenangan di saat-saat aku menerima berita papaku sakit. Bagaimana ketika aku mengerjakan solat hajat di depan pintu multazam....mendoakan agar aku dapat berjumpa papaku di tanahair. Syukur doaku dimakbulkan walaupun ketika itu arwah terbujur kaku dalam keadaan koma. Pada tarikh 17hb Mei 2005 papaku meninggal akhirnya.





gambar hari raya terakhir sebelum arwah pergi meninggalkan kami. Masa ni papa macam tahu bahawa inilah Ramadhan dan Syawal terakhirnya. Semasa kami anak-beranak bersalam bermaaf-maafan arwah menangis teresak-esak....tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.



AL-FATIHAH - Hj Mohamed Saaid Bin Ishak

June 20, 2011

Smurfs Day @ IPC Shopping Centre


Happy Smurfs Day. First of all nak minta maap kat Littlewing Destinations coz i cilok this pics kat FB without your permission...hehehe. Lupa nak tanya masa i call you that day. Takpa dear...i bagi kredit blog you kat sini. Sure ramai masuk blog u nanti..hehehe.


Actually this event organized by Sony Pictures. I selaku one of ManggaAd team dengan kerjasama Sony Pictures telah bermurah hati invite bloggers under ManggaAd untuk participate in this event yang diadakan di Ikano Power Centre. So, kiranya aku gi sana atas urusan kerja. Semua dikehendaki memakai baju biru to give your support for this event. Aku datang untuk serahkan invitation card disamping berkenalan dengan bloggers. Masa tu they dont know that i'm a blogger too..hehehe.


Nak citer pasal Happy Smurfs Day ni. InsyaAllah tayangannya di cinema pada awal bulan Sept ini. This was something like...nak wat promotion tentang tayangan tersebut sempena Move Carnival 2011. Tunggguuuuuuuu!!!!.Maskot Smurfs pun ada ketika ini. Selain daripada itu di sini juga ada pameran tentang movie yang sedang di tayangkan di cinema dan juga movie akan datang.


Thanks guys...u made my day more cheerful. Sempoi dan kelakar jugak geng2 blogger yang aku jumpa hari tu. Baru kenal beberapa minit tapi mcm dah kenal bertahun-tahun. Asik tergelak ajer aku dibuatnya. Till we meet again guys... :)



event dah start...

Movie Carnival kat Ikano


Maskot Smurfs yang sangat cuteee...


my new friends....Tina (tuan punya pic..hehe) and Laila.....nice knowing you guys!!!


ni lagi 2 orang geng blogger gak...Iera and Bro Framestone


tgh tunjuk smurfs cupcake yg comel itiewww


kami dijamu dgn smurfs cupcakes yg kiut miut ini.....amik ajer mana nak


hello smurfs....you're so cute


hehehe geram....syg nak makan cupcake ni




sekian dulu laporan untuk hari ini. So, anda semua jangan lupa menonton Smurfs di pawagam awal bulan Sept nanti. Byeeeee.....








June 19, 2011

Dinner @ Thai Steamboat Dagang Avenue


Happy Father's Day kepada semua bapa-bapa di muka bumi ini. Dah 6 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Arwah papaku telah pun pergi menyambut Illahi 6 tahun yang lepas. So kami sekeluarga memang tak sambut pun Father's Day.


Nak citer tentang family aku pulak. Beberapa bulan yg lepas kami sekeluarga ada pi makan-makan steamboat. Lupa dah bila entah masa ni. Masa duk tengok balik foto2 lama aku terjumpa foto yang ini. Rasanya foto ni bulan Feb yang lepas....lama dah hehehe. Masa ni rezeki aku lebih sikit....so tak salah kita belanja makan family sendiri. Bila kita berkongsi rezeki dengan orang-orang tersayang...mudah-mudahan rezeki kita akan bertambah lagi Insya Allah.


Kami pi makan steamboat di Thai Steamboat di Dagang Avenue Ampang. Selalu duk lalu-lalang tapi tak pernah pulak nak mencuba. So, kali ni aku ajak mamaku dan adik-adikku makan di sini. Dekat ajer dengan umah aku ni. Aku lupalah berapa harga seorang. Rasanya dalam RM28 seorang jika kita ambil steamboat and bbq. Kalau steamboat sahaja murah sikit. Macam-macan jenis seafood, chicken, lamb dan daging yg siap merinate lagi. Oklah rasanya boleh tahan sedap. Tapi yang tak tahannya tempat ini sesak sgt dgn pengunjung. Rasa tak selesa pun ada kalau makan makan minggu.



segala jenis sayur ada.....

segala jenis mee pun ada


ini dia daging yang siap merinate


fishball... pun ada


ini pulak...segala jenis seafood


kueh-mueh pun ada


makanan yg siap dimasak pun ada. Nasi goreng...mee goreng..ayam bbq...spaghetti.....banyaklah lupa plak aku


kuah sup dan tomyam


sakan makan....sampaikan tak perasan gambar diambil...huhuhu


adik aku izam dan anak-anaknya...


anak buah aku...makannya tak seberapa tapi asik main game ajer


amboih sama ajer tangan tu.....hehehe jangan berebut


tengok tu adikku izuan...sampaikan berdiri nak ambik makanan...


makanan sedang dimasak...huhuhu


tengok tu...apa dah jadi atas meja kami.......alhamdulillah dgn rezeki Allah....yang penting jgn membazir


maaf yea gambar tuan tanah takda sebab jadi tukang amik gambar. Gambar pun tak cantik sebab aku pakai compact camera ajer. Tengok tu masing-masing muka kekenyangan sudahhh.





June 16, 2011

Part 4 - JB-Singapore Tour : Lunch @ Pasir Gudang




Hari terakhir kami di JB...kena balik KL dah. Sebelum balik kami singgah kat Pasir Gudang untuk makan tengahari pulak. Plan nak makan kat sana sebab katanya ada ikan siakap goreng sedap. Oklah....why not kita cuba kan. Aku teringin nak makan kat Senibong tetapi ia dibuka pada waktu malam pulak. So, dengan bantuan GPS Garmin ini kami menuju ke Pasir Gudang ini.


Setelah call kedai makan ini...dia suruh menghala ke Kg Pasir Putih. Nama kedai makan ini ialah Kedai Makan Rahmat terletak di tepi laut, Pasir Gudang. Ketika ini dah pukul 2 lebih petang. Taukeh tu kata ia tutup jam 3.30 petang. Alamak...sempat ke? Siap pesan kat dorang jangan tutup dulu...tunggu sehingga kami sampai. Kami sampai lebih kurang jam 3.15 petang mcm tu...Alhamdulillah sempat lagi. Lauk pun masih ada lagi.


Yang specialnya di sini ialah ikan siakap goreng dan udang goreng kunyit. Lauk-pauk yang lain pun ada....memang sedap masakannya. Tapi yang aku pelik....kenapa disebabkan ikan siakap goreng ajer...orang sanggup makan kat sini. Ikut logik....takat goreng ajer....boleh buat sendiri apa. Beli ikan siakap kat pasar...pastu goreng dan buat cili kicap...cicah ajer. Makan panas-panas dgn nasi. Entahlah aku pun pelik. Tapi lauk-pauk lain memang sedap pun. Dikatakan orang yang makan di sini memang ramai setiap kali waktu makan tengahari. Mungkin yang istimewanya di sini ikan dan udangnya fresh lagi.


Aku lihat...kedai makan ini didirikan style makan atas laut. Oklah sambil makan kita boleh lihat permandangan laut. Angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Selain tu kita boleh lihat Singapore dari jauuuuhhh. Kedai makan ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor yang sekarang. Ketika itu baginda masih lagi Tengku Mahkota Johor...lama dah beberapa tahun dulu.



kedai makannya style mcm ni tetapi yang ini ialah kedai makan jiran sebelah.

pinggiran laut di Pasir Gudang.....

inilah kedai makan tu.....sambil makan boleh lihat permandangan laut di sebelah...oklah nice

tempat nelayan.....


besar jugak dalam kedai makan ini....masa aku snap ni dah nak tutup....


lauk-pauk boleh pilih di sini......


udang goreng kunyit...berselera aku makan...sebabnya udang ni fresh.


inilah dia ikan siakap goreng yang aku kata tu. Yang buat kita berselera makan di sini sebab ikannya masih panas....dan isinya sedap dan fresh. Cicah dengan cili kicap.


kami makan seramai lima orang dengan lauk-pauk di atas. Ikan amik 2 ekor dan udang pulak 2 pinggan. Jumlah semua RM125.


tadaaaa.....licin kami makan....maklumlah masa ni lapar bebenor...hehehe.





Kami adalah pelanggan terakhir makan di tempat ini. Lepas makan...kami singgah di beberapa tempat dan after maghrib terus pulang ke KL. Masa ni adalah minggu pertama cuti sekolah...so kereta memang penuh on the road. Sampai rumah lebih kurang jam 12 tengah malam. Alhamdulillah percutian jalan-jalan cari makan yang singkat tetapi penuh dengan bermacam-macam aktiviti dan aku sangat berpuashati. Inilah caranya untuk aku menghiburkan hati yang sedang gundah gulana. Serba sedikit ia mengubat kelukaan di hati ini.




p/s - Trip aku lepas ini ialah berkelana berjumpa kawan-kawan asing di dasar laut....Insya Allah awal bulan Julai ini. Trip yang sangat-sangat aku nantikan. Fuhhhh tak sabar rasanya. Sedang menghitung hari. Doakan segalanya berjalan dgn lancar.