Ads

March 8, 2017

Day 6 : Turkey Trip Sept 2016 - Bursa

Salam.
Sebulan juga aku tak update blog ini. Busy tahap gaban ni. Alhamdulillah apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Nanti aku share apa benda ni di entry akan datang. Bagi aku habiskan cerita Turkey ini dulu yea. Kepada yang dah tau tu.....diam-diam ajer yea. 

Hari ke 6 di bumi Turki.
Awal pagi seperti biasa kami dah bersedia di lobi dengan luggage kami. Punyalah sedih nak meninggalkan hotel yang cantik ini. Tak puas nak golek lama-lama atas katil yang empuk itu. Apakandaya kami terpaksa meinggalkan tempat ini dengan serta-merta. Ke manakah kami destinasi seterusnya. Kami akan ke Bursa. Perjalanan agak jauh juga iaitu lebih kurang 5 jam. 



 bergambar kenangan di luar hotel. Cantik sungguh hotel ini.


 kami melalui highway dan sepanjang perjalanan banyak sungguh gerai menjual buah melon. Lebih kurang buah tembikai juga. Manis katanya. Sekilo 1Lira jika beli di tepi highway ini. Kalau beli kat tempat lain mahal sikit. Satu perkara yg best jika travel musim panas ni ialah....byk buah-buahan musim panas. Meriah.



 bas kami berhenti di RnR. Banyak jual benda ni...perhiasan.


 wahhhhh...dah nampak buah melon. Tapi harganya mahal sikit di sini.


 ingatkan nak beli..sebab nak rasa....tapi akhirnya tak beli pun. 


 nun di seberang sana pun banyak lagi gerai buah2an ini.


 sambung lagi perjalanan kita....kali ni aku asik tidur ajer. Dah hujung-hujung ni memang nampak penat tapi tetap happy.



 Kami dah sampai Bursa. Hasan kata jom kita makan tengahari. Kami berhenti makan di sebuah restoran. Sedap giler kebab kat sini. Ada yang tak habis makan....sebab big portion untuk seorang makan. 



 penuh meja dengan makanan. Memang puashati ikut pakej kami. Mewah dengan makanan. Takkan menyesal. 5 star tau.


 nampak tak daging kebab tu? Sedap giler. Masa kami sampai makanan sampai dalam keadaan panas. 


Jom kita sambung lagi perjalanan. Beginilah keadaan jalan raya di Bursa. 


Bursa juga menjadi destinasi feveret pelancong jika datang ke Turki. Ia terletak di tepian Laut Marmara. Nanti masa kami ke Istanbul esok hari kami akan merentasi Laut Marmara. Bursa terletak di benua Asia dan mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Di sini juga terdapat kawasan pelancongan tanah tinggi yang dipanggil Uludag. Jika datang pada musim sejuk, anda boleh bermain salji di sini.

Lepas 10 minit kami bergerak dari tempat makan tadi, kami singgah sebentar di sebuah lagi kedai manisan Turkish Delight di sini. Bukan sahaja Turklish Delight, anda boleh juga membeli Saffron 1st grade paling bagus di dunia keluaran Iran. Kelebihannya ialah boleh menyembuhkan penyakit. Ambil sehelai saffron dan masukkan dalam air...terus minum. Bagus untuk kesihatan. Turkish delight di sini dijual timbang mengikut berat. Boleh pilih yang mana berkenan di hati. Jujur cakap....sedap giler turkish delight di sini. Pelbagai perisa ada dan boleh dijadikan ole-ole bawa balik ke Malaysia. Baklava pun ada dan memang sedap.



petugas kedai ini memberi penerangan tentang kelebihan saffron yang di jual di sini.


kami semua diberi peluang merasa air saffron.


kalau you all tengok gadis-gadis Turki...mesti tertanya-tanya produk apakah yang mereka pakai. Cantik dan mulus kulit muka mereka. Kebanyakan mereka memakai local produk yang berasaskan minyak argan. Minyak argan ni actually banyak terdapat di Morocco. Tetapi di Turkey terkenal sebagai negara yang memproses minyak argan ini dan dibuat kosmetik. Sabun muka argan ada...sabun muka olive oil pun ada. Wajib beli jika anda datang ke sini.


amboi Amoi, Kak Redziah dan Ruhaila tersenyum lebar dikelilingi cowok-cowok Turkey yang hensem-hensem belaka. Entah topik apa yang dibualkan tu. Hasan pun join sekali. Lama juga kami di sini....masing-masing sarat beg dengan barang-barang yang dibeli.


Kami dah nak sampai tempat yang dituju. Memang betullah....Bursa memang padat dengan penduduk selain Istanbul. Bila kami sampai jer di sini...aku nampak manusia berpusu-pusu dengan urusan masing-masing.


Sebaik kami turun dari bas.....kami dah nampak tempat yang dituju. Di sebelah kiri kami ialah Grand Mosque Bursa atau dikenali sebagai Ulu Cami. Di sebelah kanan kami pula ialah Koza Han yang terkenal iaitu bazaar kain-kain sutera dan tudung. Pada mulanya Hasan beri kami masa 2 jam sahaja untuk bershopping dan melawat masjid ini. Then lepas tu kami akan ke Green Mosque....yang terletak beberapa minit dari sini dengan menaiki bas. Tapi aku kata....tak payahlah pergi Green Mosque tu. Kami nak shopping di sini. Ok baiklah kata Hasan.



Tempat ini namanya Koza Han. Bangunan yang penuh dengan jualan kain sutera dan tudung Turki. Jalan-jalan dan pusing-pusing tak membeli apa pun. Sebabnya pening tengok kedai kain tudung yg melambak-lambak mcm ni. So tak reti nak membeli apa. 


Rombongan cik leez yang mengikut aku gerak dari satu kedai ke satu kedai. Yang lain entah hilang ke mana.



Di belakang kami tu lah namanya Koza Han atau pun Silk Bazaar. 


ais krim Turki ada di mana-mana ajer. Pantang nampak kami laki bini mesti nak beli. 


Di luar ada kedai menjual jubah dengan harga yg murah.




jom kita jalan-jalan di luar ni. Kot-kot jumpa barang-barang yang best utk dibeli.



akhirnya kami jumpa covered bazaar ini yang dipanggil Bursa Ulu Carsi. Macam2 ada jual. Rupanya bazaar ini terletak di belakang Grand Mosque tadi. Bila kami jalan kat depan barulah perasan.



Segala jenis fabric ada jual di sini seperti tuala mandi, alas meja, sarung kusyen dan macam2 lagi. Harganya sangat lah berpatutan. 



kedai jual segala jenis tuala. Memang menarik untuk dijadikan souvenir kepada kawan2.


Tudung turki yg sedang viral skrg ni memang melambak-lambak dijual di sini. Design memang cantik sangat. Ada material jenis cotton, silk dan satin.


nampak tak kedai kebab di belah kanan ni. Namanya ialah Iskander Kebab...wajib mencuba sebab jenis kebab ini hanya terdapat di Bursa sahaja. 


segala jenis kekacang pun ada dijual di sini.  Geram tak?


selesai sudah bershopping di Ulu Carsi...kami lalu di celah-celah lorong...tetiba nampak Grand Mosque ini. Ler....sebelah jer....punyalah jauh kami berpusing. Masa aku datang Turki dulu...bazaar ini belum ada lagi. Sekarang ni dah lain.....manusia pun bertambah ramai.



Berhenti untuk solat jamak di masjid ini. Masa ni kami dah rasa kesejukan musim luruh. Dah nak masuk musim luruh di sini. Tak bawak baju sejuk...menggigil dibuatnya.


cuba tengok senibina masjid ini. Cantikkan. Masjid merupakan masjid terbesar di Bursa dan merupakan landmark of Ottoman architecture. Masjid ini juga merupakan masjid yg mempunyai 20 kubah. Unikkan.


Selesai shopping dan melawat masjid....jom kita check in hotel pulak. Kami stay di Hotel Kervansaray Thermal. 


alhamdulillah selesa sangat hotel ni. 



dinner time. Aikkkk.......Kak Ani termenung apa tu? Menunggu siapa agaknya? Hehehehe. Terima kasih banyak2 menjaga meja kami. Nama Syarliz Group tu yang mahal...mana nak kat tempat lain...memang tak jumpa. Ahaksssss.

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti kami di hari yang 5 ini. Padat dengan aktiviti bershopping. Next day kami akan ke Istanbul pulak. Juga penuh dengan aktiviti shopping. Nak habiskan duit Lira sebelum balik ke Malaysia. Masa ni masing2 dah rindu dengan makanan kita. Dah tak lalu nak makan Turkish food. Bekalan sambal bilis pun dah habis huhuhu.

Next entry....apakah yg terjadi kepada group kami? Tunggu next entry yea.

p/s - next week nak terbang lagi.





1 comment:

Ninie said...

wah...murah juga ye turki tu dari malaysia. Saya dari UK pergi 2tahun lepas 14hari beraya, dalam GBP1,000 juga la habis... tapi sekali ngn makan, tempat tinggal, transport smua la. ke Izmir juga. Tp bnyak jalan kaki la sbb travel sendiri kan, nak jimat, student...hehehhe. xsabar tunggu next entry!