Ads

February 10, 2017

Day 5 : Turkey Trip Sept 2016 - Ladang Buah & Kusadasi


Salam semua.
Minta maaf lah kesibukan yang tidak dapat dielakkan sehinggakan cerita tentang Turki ni terbiar sebegitu lama. Busy dengan trip dan tugasan seharian. Nak selit masa untuk berblogging pun tak kesampaian. Takat copy and paste tu takda masalah. Ni nak mencari gambar...nak membuat ayat...tu yang agak take time. Ok jom kita sambung.

Masa hari ke 5 di bumi Uthmaniah.
Kemanakah kami?
Jom kita pergi ke ladang. Masa ni Hasan duk sibuk membuat panggilan dengan tauke2 ladang tentang kahadiran kami ke ladang. Ladang apa agaknya? Then Hasan bagitau aku...mengikut musim sekarang yang available ialah buah delima dan buah quince. Hmmm....anggur tak ada ke? aku tanya. Dah habis musim Hasan bagitau. Alamak frustnya. Baru plan nak memetik anggur huhuhuhu. Oklah delima pun ok. Tapi quince tu buah apa yea??? Ehhhhhh...baru aku ingat dulu masa gi Turki pun aku pernah bergambar dengan buah quince.



masa ni aku tak tau buah ni boleh makan ke tak sebab tak biasa makan dan pertama kali aku tengok buah ni. Tapi rupanya rasa buah ni giler sedap....terbayang2 tau. Kalau tau...buah ni satu pokok aku petik kekeke. Buah ni tumbuh di sebelah hotel jer.



Tadaaaaaaa.... inilah pokok buah delima. Aku rasa macam mimpi dapat tengok ladang buah ni depan mata. Besar giler ladang ni dan buah delimanya besar yang amat. Merah molek.


Buahnya berduyun ke bawah. Geram tak? 


semua orang jadi kalut tengok ladang ni. Rasa tak nak balik hahaha. Hidup subur di bumi Turki. Sebab itulah Turki terkenal dengan jus delima. Banyak khasiatnya.



Masa ni Hasan dah memanggil semua ke dalam lagi. Kami yg jakun ni sakan bergambar dengan buah delima. Tak peduli dengan panggilan Hasan,



Then gerak lagi ke dalam ladang ni....wahhhhhhh dah nampak buah quince. Bestnya.


Buah ni sebenarnya belum berapa masak. Kalau masak colournya jadi kuning sedikit seperti gambar aku tadi. Tapi ada juga yang dah masak.


Buah quince juga merupakan species buah apple dan buah pear. Sebab itu kalau tengok buah ni mcm apple juga. Rasanya pun macam kombinasi apple, pear dan jambu. Sedap sangat. Cicah dengan serbuk asam boi memang terangkat. Saiznya ialah segenggam tangan aku...besarkan. Cuba tengok pic ni.



satu pokok buahnya lebat dengan buah. Yang busuk gugur pun banyak jugak.


luas betul ladang ni.


laki bini yang jakun hahahaha.


suka betul masuk ladang buah


yang baju putih ni ialah taukeh ladang. Dia lah yang Hasan telefon tadi. Dia petuk buah yang masak dan bagi kami rasa. Sedap dan crunchy. 


Masa ni Hasan memberi penerangan tentang ladang buah-buahan di sini. Dia kata seumur hidup dia sebagai tour guide ....ini lah kali pertama dia masuk ladang membawa tourist. I came here with you guys because of Syarliz....hahahaha. Semua tepuk tangan kekeke.


semua mengambil peluang mengambil gambar sehingga puas. Kalau sesiapa yg nak beli buah tu harganya ialah 1USD atau 3Lira. Tapi kita tak boleh petik sendiri sebab hanya taukeh ladang yang tau mana satu buah yg dah masak dan boleh dipetik.


sakan semua orang


pasangan suami isteri Kak Puziah dan Pakcik Ramli.....bergaya sakan dengan buah delima.



sukanya mereka bawa balik buah delima. Boleh tahan berat juga buah tu.


sessi membayar...sempat plak merakamkan detik ini. 


aduh En Bos ni.....bersungguh nganga mulut. Macamlah boleh gigit buah tu haha.


gembira semua dapat masuk ladang. Jomlah kita balik yea. Bas dah menunggu.


Bas dah tunggu kami di tepi jalan.


Oh yeaaa....melawat ke ladang buah ni termasuk dalam itinerary jika anda mengikut trip yang aku bawa. Agent lain tak bawa tau. Hanya agent Syarliz Travel Group shj yang bawa tourist ke ladang buah. Ia juga bergantung pada musim. Masa ni penghujung musim panas....so kami ke ladang buah delima dan quince. Kalau musim lain...lain pulak buahnya. Nak tau buah apa.....kena ikut group syarliz melancong ke Turki. 

Untuk Bulan Oct, Nov dan Dec aku akan buka lagi pakej ke Turki. Yang pastinya ia berbaloi-baloi. Jangan lepaskan peluang anda. Saya akan share pakej2 tersebut di sini nanti.



luas betul ladang buah ini


aku bawa balik sebijik delima dan sebijik quince....then mak aku tanya....kenapa bawa sebijik jer. Tak puas dia makan buah tu...sedap sgt katanya. Alamakk.


selang beberapa minit kami dah sampai ke Kusadasi. Kali ini kami akan menginap di sebuah hotel yg terletak di tepi pantai. Sepanjang kami stay di Turki....hotel ni paling cantik dan best. Tak puas nak meneroka setiap corner....esok pagi kami dah checkout.



hotel yang kami nginap ini terletak di tepi laut. Sangat cantik



Masa ni jam 7.00 malam dan lagi setengah jam kami nak gi makan malam. Lepas letak beg dalam bilik....buka sliding door terus nampak permandangan yang cantik ini. Best giler. 


Kami stay di Suhan 360 Hotel...merupakan hotel 5 star yea. Memang berbaloi-baloi.


Tilam yang empok dan selesa.


dengan harga pakej yg kami tawarkan....memang sangat berbaloi-baloi. Jika anda pergi sendiri free and easy....memang takkan dapat kemudahan 5 star ini dengan yang kos yang anda keluarkan. Malahan lebih tinggi jika pergi sendiri.





hotel ini dari pandangan sisi.


kami naik ke atas untuk melihat permandangan dari sebelah sini pula. Sejuk ketika ini.


Kami berdua duduk melepak di sini sambil melihat permandangan laut. Di sini juag terdapat live band....memang best dan happening.


taukeh besar tengah merenung jauh. Agaknya apa projek besar yang dia sedang angan-angan kan hehehe.


Kalau nak makan angin sajer-sajer di Turki....datanglah ke sini. Honeymoon sesuai sangat.


Cuaca dah start sejuk ketika ini. Tak boleh lama-lama. Jacket pun tak pakai. Jom kita dinner plak.


Hidangan makan malam telah disediakan. Buffet. Makanlah kenyang-kenyang sekali boleh. Hidangan makan 5 star juga.


segala jenis salad dan fruits ada.


dessert punyalah banyak. Semuanya sedap-sedap belaka. Banyak pilihan. Semuanya best



Selesai sudah aktiviti kami di Hari ke 5...fuhhh banyak sungguh aktiviti. Aku rasa agak penat sikit pada hari ke 5 ini. Macam-macam tempat kami kunjungi dan semuanya best. Balik hotel lepas dinner semuanya nyenyak tidur di hotel. Apa taknya dapat plak stay di hotel 5 star...bangun pagi esoknya hilang segala kepenatan semalam. Esoknya semua orang segar bugar tak sabar nak memulakan perjalanan seterusnya.

Next entry ke manakah kami? Aktiviti membeli belah yang sebenar sudah bermula. Semuanya dah tak sabar nak masuk gedung-gedung membeli belah. Kita tengok siapa yang kena. Tunggu....


p/s - sebulan lagi next trip. Penat balik Jepun pun tak habis lagi. 







5 comments:

ADEEYA said...

Sedapnyaaa dessert dessert diaaa. Buah delima tu pun sedappp! :)

Azian Elias said...

besar2 sungguh delima tu ye.. isi dalam warna apa Leez?

Shahrizat said...

Best! Terima kasih sebab update.

Mariam Ahmad said...

Geramnya buah delima..pegi nanti rasa nak borong byk bawa balik..

Mama Zharfan said...

teringin nak ikut ur trip...