Ads

December 30, 2016

Day 5 : Turkey Trip Sept 2016 - Isabey Mosque & Ephesus, Selchuk Izmir







Salam semua.
Pagi yang indah dan nyaman di hari ke 5 di bumi Turki.
Syukur alhamdulillah tidur yang nyenyak malam tadi. Pagi ni seperti biasa kami breakfast di hotel di tempat yang sama dinner semalam. Selepas breakfast jomlah kita bergambar di pool yang berada betul-betul sebelah cafe ini. Geramnya...besar giler pool ni. Ikutkan hati nak sangat berendam dalam ni.

Destinasi kami pagi ini ialah bertolak ke Selchuk. Banyak tempat kami akan berhenti pada hari ini. First rombongan kami dibawa ke tempat pertunjukan fesyen di mana mereka akan menggayakan fesyen baju yang diperbuat daripada leather. Untuk pengetahuan semua, Turki juga merupakan pengeluar leather yang terkenal di dunia. Nanti saya tunjukkan jenama beg terkenal yang dibuat di sini tetapi jenama ini berasal dari negara lain. 



pagi-pagi mata pun sembab hehehe


tu dia...kembar tak seiras menggayakan baju yang sedondon. Yang kiri beli di Kedah dan yang kanan beli di Singapore. Akhirnya sama-sama pakai di Turkey. Betapa indahnya percaturan Allah.



sebelum naik atas bas jom kita berposing di depan pintu utama hotel ini. Hotel 5 bintang (cuba tengok pada gambar ni). Memanglah berbaloi-baloi jika ikut trip Syarliz.


jom sambung perjalanan. Kali ini bentuk muka bumi kering kontang. Bukit bukau tanpa daun dan pokok.


Nun jauh di sana...bukit bukau di sekeliling.


Macam ni highway di Turkey. Cuma bezanya tiada pagar di sekeliling berbanding highway di tempat kita.


Lebih kurang selepas 3 jam perjalanan kami sampai di sini iaitu Leather Factory. Sebelum tu kami dibawa ke tempat ini untuk menyaksikan pertunjukan fesyen pakaian kulit. Cantik-cantik belaka pakaian yang diperagakan. 



Tengah syok melihat pertunjukan fesyen ini tetiba mereka memilih beberapa orang daripada kami untuk menjadi model pakaian mereka. Kita tengok sapa yang kenaaaaaa......Jeng jeng jeng

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
alamakkkk
ohhhh tidakkkkkk
tersengih...tersenyum....sukalah tu kannnnn



tadaaa.......En Bos ke tu hahahahaha. Bini dia ketawa terbahak-bahak tengok laki jadi model. Bak kata YB Yusri....jadi penari boleh....jadi model boleh....jadi iman pun boleh, Serba serbi boleh. Untunglah bini dia. Aduhhhhhhhhh.



ini seorang lagi model wanita yang bertuah. Besday girl happy uolsss. Jadi besday girl boleh...jadi model pun boleh. Sporting giler lah amoi...bravo !!!


ada seorang lagi. Siap bergelek lagi Linda. Dia ikut jer apa yg disuruh oleh model tu. Memang sempoi dan sporting lah. 


Then kami dibawa oleh pengurus kedai in masuk ke dalam butik. Fuhhhhh cantik banget baju-baju di sini. Memang boleh jatuh cinta uolsss. Sesiapa yang ikut trip akan datang ke Turkey dan berhajat nak beli jacket atau barang kulit lain boleh menabung dari sekarang. Banyak choice di sini.



selfie bersama tour guide kami, Hasan dan si kecil Adam. Adam ni peserta rombongan paling muda. 


Nama leather outlet ini ialah Citto Pelle


menurut pekedai ini....beg2 kulit jenama LV dibuat di sini walaupun jenama ini datangnya dari France. Turki kan pengeluar barangan kulit....jadi pembuatan nya dilakukan di sini.
Entahlah betul ke tak. Seorang peserta Kak Redziah siap beli satu set beg LV dengan harga hampir RM3k. Kalau di butik LV beg ini mencecah berganda-ganda harganya. Memang sebijik. Kedai ni kedai leather takkan mereka tipu kan.



cuba tengok di belakang aku tu....cantik-cantik belaka jacket kulit. Ada pelbagai colour.


Tidak jauh dari situ selang beberapa minit kami singgah pula di kedai snek makanan Turkey atau dipanggil Turkish Delight. Dalam gambar ni pekedai sedang memberi penerangan tentang khasit produk kecantikan dan penjagaan kulit keluaran Turki


Dalam gambar ni ialah minyak argan yang sangat terkenal di sini. Minyak argan ni memang banyak khasiat especially untuk kulit muka dan penjagaan rambut. Katanya melambatkan tumbuh uban. Setahu aku minyak argan ni banyak dikeluarkan di Morocco...kat sana memang banyak pokok buah argan. Dulu masa aku datang sini tak pulak popular minyak argan ni. Tapi sekarang ia banyak dijual di sini.


pelbagai jenis turkish delight yg sedap-sedap belaka. Ada yg tanya saya kenapa harga di kedai-kedai yg kami bawa agak mahal sedikit berbanding kedai di tepi-tepi jalan. Then...saya suruh mereka beli di kedua-dua kedai....pastu bandingkan dan cerita pada saya perbezaannya. Bila dah balik Mesia....ramai komplen turkish delight yg beli di tepi-tepi jalan yg berkotak2 tu tak sedap langsung. Tetapi yg beli di kedai-kedai kami bawa ini beribu2 kali lebih sedap. Bezanya ialah....kualiti lebih bagus dimana dicampurkan dengan madu, kacang2 berkualiti dan juga ada pelbagai perisa yang sedap-sedap spt coklat, saffron, hazel, pastachio, almond dan mcm2 lagi. Boleh rasa dulu...then baru beli. Ada yg dijual ikut timbang berat dan ada yg sudah siap dipack.



Boleh rasa dulu..percuma ajer. Semuanya sedap...pening nak pilih yg mana satu.


kekacang pun ada dijual dan juga apple tea dan delima juice.


masing-masing penuh bakul dengan turkish delight. Beratur untuk membayar. Dalam gambar ini Acik Wan Raziah (pegang bakul) dan anaknya Adnin (tudung hitam putih) berasal dari Kota Bahru. Maknya rajin bertanya aku di mana tempat yang boleh mereka shopping makanan Turki dan ole-ole untuk bawa balik Mesia. Penuh bakul tu acik shopping hehehe.







Sejam kemudian kami dah sampai Selchuk, Izmir. Kami terus menuju ke Masjid Isabey yang terletak di pinggiran bukit. Pada abad ke 19, masjid digunakan sebagai Caravanserai. Ia dibina pada tahun 1374 dan merupakan masjid tertua pada zaman Anatolia.

Dulunya merupakan sebuah kuil, kemudian bertukar menjadi sebuah gereja dan akhirnya sehingga sekarang ia adalah sebuah masjid. Masjid ini pernah berlaku runtuhan akibat gempa bumi dan ia dibiarkan begini untuk mengekalkan identiti dan bentuk asal buatannya.




pintu masuk masjid ini. Pada mulanya aku agak musykil adakah benar ia sebuah masjid sebab kalau kita tengok masjid2 di Turki bentuknya seakan-akan sama. Tetapi masjid ini agak berlainan sedikit.


kalau nak tahu kisah masjid ini...bacalah di atas tu.


di bawah ini ialah kedai-kedai jualan souvenirs. Imam besar masjid ini juga ada jual souvenis di sini dan duit hasil jualan digunakan untuk sumbangan masjid dan segala urusan.

inilah imam besar masjid Isabey 



berwuduk di sini


di kaki lima dalam masjid





batu nisan yg diusahakan oleh imam tadi. Hasil jualan batu nisan digunakan utk kos maintenance masjid ini


masjid2 lama di Turki memang disediakan tempat wuduk di luar. 


tempat wuduk wanita di sebelah kanan...tertutup sikit.


tempat solat untuk lelaki


not so far from Isabey Mosque lebih kurang 5 minit macam tu...kami sampai ke Ephesus sebuah taman kota lama yang terletak di Selchuk, Izmir.


Nak masuk ni kena bayar. Semua dah masuk dalam pakej. Anda tak perlu risau yea.



saya sayang anda semua. Rinduuuuuu banget. Muahhhhh.


Hasan memberi penerangan tentang sejarah Ephesus yang juga dikenali sebagai Ancient City of Ruins


orang lain sibuk mendengar Hasan bercakap....aku plak sibuk snap gambar.


agaknya apa yg menarik pasal Ephesus ni kan



Ephesus merupakan kota tua peninggalan bangsa Yunani dan kemudiannya menjadi kota besar zaman Romawi. Sebahagian besar kota ini hancur ketika berlakunya gempa bumi sekitar tahun 614 dengan meninggalkan sisa baki runtuhan dan seterusnya menjadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke Turki. Terdapat Kuil Artemis yang menjadi keajaiban dunia zaman kuno dan Ephesus menjadi salah satu 7 gereja di Asia dalam Book of Revelation.

Jika anda datang ke sini pada musim panas...cuacanya sangat terik dan jika musim sejuk pula...tersangatlah dingin. Tidak ada tempat berteduh jika anda datang pada musim panas. Ketika kami sampai di sini ialah jam 2 petang...fuhhh panas.



kesan runtuhan gempa bumi


batu batan ini masih kukuh...kecuali terdapat beberapa runtuhan


dari pintu masuk hinggalah pintu keluar...memang perlu berjalan jauh. Lebih kurang 1.5km jauhnya. Tapi tak terasa pun sebab kita sibuk mengambil gambar dan melihat kesan runtuhan batu-batan ini.



boleh imagine tak camana keadaannya ketika kota ini didirikan. Entahlah aku rasa bertuah sangat dapat menjejakkan kaki ke tempat bersejarah ini.



disebabkan banyak batu-batan...so segala ceruk kita boleh bergambar


masa ni kami dah pun hari ke-5....masing-masing dah mula ceria dan semakin mesra antara satu sama lain.


ketika kami sampai ni...masih ada renovation jika terdapat batu-batan yg dah jatuh atau merbahayakan tourist.


entah apa yang dibualkan oleh YB kita ni dengan Hasan. Sampai terpejam matanya. Mengantuk agaknya tu. 


ketika ini menuruni bukit. Kena berhati-hati sebab ada batu di bawah ni yang licin.


besar sungguh tempat ini. Pelancong pun ramai juga.


Baik-baik turun tu Kak Zue.



pelancung asing agak ramai juga ketika kami berada disini. Dulu masa datang Turki kami tak pergi pun melawat ke Ephesus ini sebab tidak termasuk dalam laluan kami. Skrg ni...boleh dikatakan semua agent akan memasukkan Ephesus dalam itinerary. Nampak tak...betapa untungnya anda semua berbanding kami dulu. Udah lah harga pakej mahal RM5k dan tidur pun di hotel 2-3 bintang ajer. Skrang ni...semuanya hotel 5 bintang termasuk pakej yg sangat murah.


Nampak Kak Puziah tersengih happy dapat bergambar dengan orang Turki di sini. Selalunya dalam gambar muka Kak Puziah serius jer...tapi kali ni tersenyum lebar hehehe. Maklumlah dah jumpa sedara mara seagama di sini.


sisa runtuhan akibat gempa bumi suatu ketika dulu


hai lah....asik muka mereka berdua jer dalam entry ni. 





aduhai...gambar dari bawah pun nak diambilnya.


En Bos close up dari jauh.....ok dah nampak bangunan library tu.


nampak keresahan di wajah Hasan? Dia duk mengira jumlah bilangan kami semua dan ada lagi 4 orang tidak ada di sini. Siapakah agaknya. Ahli rombongan yang membaca blog ini...sila ngaku siapa kah yang lambat sangat tu. Hilang entah ke mana-mana. 



Group foto....cantikkan.




Di belakang kami tu ialah Celsus Library di zaman kuno. Di sekeliling penuh dengan artifak2 runtuhan bangunan



Di sini juga terdapatnya House of Mary di mana terdapat rumah Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa dan tempat persemadiannya.



Tetiba kami ternampak sepasang suami isteri 2 sejoli berpimpingan tangan...candid camera. So romantik you alls. Jeles i tau sebab suami i pun tak pegang tangan i mcm tu masa kat Turki. Apa taknya suami i asik pegang camera jer. Ke mana isteri nya pergi pun dia bukan perasan...uhukkkk. Tapi pasangan ini sangat sepecial....dah berkahwin selama 33 tahu but still romantik lagi. Happy anniversary pengantin. 


Ni satu lagi pasangan suami isteri yang romantik. Dah 36 tahun berkahwin dan baru jer celebrate anniversary. Berdua-duan ajer ke mana2. Dating atas batu pun nampak romantikkan. Tapi cuba tengok yang baju hitam keseorangan tu. Sian dia. Datang Turki sorang-sorang...makan hatilah tengok orang lain berdating. Kekekeke. Ampun pak!!!


Riang ria nya mereka ni. Amoi siap terbang tinggi lagi. 


Yang ini ialah Coliseum dimana pertujukan gladiator dan teater diadakan di sini pada zaman kuno dulu.


Ok bapak-bapak dan ibu-ibu jomlah kita mencari pintu keluar. Penat dah berjalan jauh dari pintu masuk tadi.



Sebelum sampai ke pintu masuk....kita akan melalui kedai-kedai souvenir dan minuman ini. Setiap kawasan sejarah yang kami lawati mesti ada kedai barang souvenir mengenai tempat sejarah itu. So kalau anda nak beli souvenir berkenaan Ephesus belilah di sini. Kalau gi tempat lain...memang tak jual.


Sementara menunggu yang lain naik bas.....aku berborak dengan Hasan. Dia tanya aku....penat tak? Aku kata ok jer tak berapa penat. Dia nampak peserta-peserta lain mcm penat jer. Oooo biasalah tu kena jalan jauh mcm ni. Lepas tu segar baliklah dorang...jangan risau.

Ke manakah kami lepas ni?
Turun jer bas semuanya bersemangat balik...hilang segala kepenatan tadi. Masing-masing laju jer berjalan menuju ke tempat ini. Agaknya apa yang buatkan mereka tak sabar tu? Nak tahu kisahnya......next entry yea....tungguuuuuuuuuuuu.


p/s - beberapa hari lagi kami nak fly jauh




2 comments:

Wardah the comel inderim said...

Owh rindu!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.