Salam semua.
Gigoh update blog untuk dihabiskan sebelum new year 2018 muncul. Harap aku diberi kekuatan untuk menyiapkannya. Oh yea sebelum aku sambung kisah Turkey di hari ke-4 ini...jom kita tengok gambar-gambar di bawah ini. Anda teruja tak?
Saya membuka satu lagi Turkey Tulip trip pada 1-9 April tahun depan 2017 ini. Ramai yang terlepas peluang untuk join trip 15hb. Sebabnya group tu dah penuh sepenuhnya. Masih ada lagi kekosongan. Siapa yang berminat cepat-cepat hubungi saya.
Harga RM4,100 yang ditawarkan sangatlah berbaloi-baloi. Anda tidak perlu membayar additional cost. Semuanya dah termasuk. Ada agent yang kononnya letak harga murah tetapi ramai yang tidak perasan harga tidak termasuk bayaran tipping untuk driver dan guide sebanyak RM200. So...berhati-hati ketika anda membaca itinerary. Sampai di Turki baru tau rupa-rupanya ada bayaran tambahan.
Pakej bulan April ialah musim bunga tulip. Alangkah ruginya kepada yang tidak pernah tengok tulips melepaskan peluang ini. Di Mesia jgn haraplah dapat tengok bunga cantik ini. Kalau pergi musim lain....memang takkan jumpa tulip. So.....jangan persiakan peluang keemasan ini. Harga murah plus dapat tengok tulip......takkan menyesal punya.
Pakej saya ini termasuk dengan flight Etihad, hotel 5 star, meals 5 star sebanyak 3 kali sehari, bayaran masuk dan tour guide yang bagus. Percayalah.....cuba baca sampai habis catatan journal perjalanan saya ke Turki bulan Sept lepas...anda akan feel seperti anda yang mengikuti tour ini. So...jangan lepaskan peluang mendaftar nama kepada saya. Boleh hubungi saya di talian 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com
Ada yang tanya pada saya...pakej ini termasuk hot air balloon tak? Tidak termasuk kerana hot air balloon adalah optional tour. Sebaik sampai di sana guide akan tanya sesiapa yang nak join balloon. Bayar pun di sana. Ada agent yang offer pakej termasuk harga balloon....sebenarnya harga tu dah termasuk pun. Cumanya agak berisiko sebab jika cuaca tidak mengizinkan dan anda sure takkan dapat naik hot air balloon tersebut. Kos bayaran anda itu tidak akan dikembalikan.
rugilah sesiapa yang tak join...berbaloi-baloi siap dapat tengok tulip
kenangan yang takkan dapat dilupakan melancong ke sini.
di keliling Blue Mosque penuh dengan bunga ini di tepi-tepi jalan
wanita Turki dikelilingi bunga tulip yang kembang mekar di taman
di dalam Topkapi. Bunga tulip di tepi-tepi jalan ajer. Tapi awas tak boleh petik.
Ok kita sambung cerita perjalanan Turki kami di hari ke empat. Ada lagi 5 hari nak dihabiskan...huhuhu. Bertabahlah.
Awal pagi seperti biasa kami akan bergerak ke destinasi seterusnya. Pagi-pagi beg kami diturunkan ke lobi sebelum dimasukkan ke dalam bus. Setiap orang wajib memeriksa beg masing-masing di lobi terlebih dahulu. Dah habis breakfast jom kita naik bas dan bergerak ke Pamukkale. Hari ini Hasan kata perjalanan agak jauh jugak. Kita akan turun ke 2 destinasi sightseeing dan turun untuk lunch juga. Lewat petang mungkin kami akan sampai ke Pamukkale. Di dalam perjalanan nanti kita juga akan berhenti di Konya. Apa yang menarik di sana....boleh baca di bawah ini.
sebelum check-out En Bos mengambil gambar hotel yg kami stay semasa di Cappadocia. Suhan Hotel and Spa....iaitu hotel 5 bintang di Cappadocia. Ada yang tanya kenapa kita tak stay di hotel cave. Ini jawapannya. Lagi berbaloi stay di hotel ini berbanding cave sebab hotel cave dah lama....bus susah nak masuk ke dalam....hotel agak berbau....makan tak sedap. Percayalah. Siapa yang pernah stay di sana sure dapat imagine camana kan. Dulu memang aku stay di hotel cave semuanya ok tetapi itu cerita 8 tahun dulu. Just imagine kalau anda stay di hotel yg sama aku stay dulu. Boleh pening you all duk dalam bilik berbau..hohohohoh. So....lebih baik stay di Suhan Hotel yang berbintang-bintang ini. Makanan pun sedap di sini.
rekabentuk hotel ini pun macam ala-ala cave jugak.
pool pun ada tetapi tak sempat kami nak mandi di sini....schedule sangat padat.
lobby smooking area.....ada lagi satu lobi di dalam
santai dan best hotel ini. Masa kami stay ni...memang tak ramai tourist. Hanya group kami dan group Jepun. Privacy sangat uolsss.
ini di lobi dalam...beg kami dah beratur untuk dihantar ke bas. Jangan risau anda tak payah usung beg sebab bell boy hotel akan uruskan semua.
Deretan kedai-kedai di hadapan hotel kami. Masa ni senyap sunyi tempat ni...sebab di awal pagi. Kami nak check out masa ni.
Kami gerak tepat jam 8 pagi. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan kami berhenti di salah satu tempat bernama Aksaray, Konya. Cuaca agak sejuk di ketika ini. Kami singgah di Sultanhani Caravanserai. Ketika pemerintahan raja Seljuk, banyak didirikan caravanserai yang juga dikenali sebagai Han di sepanjang laluan sutera yang terkenal ini. Pada zaman ini sektor perdagangan bergantung kepada unta sebagai pengangkutan. Unta-unta ini akan berbaris bersama muatan yang dipanggil kervan. Perkataan caravanserai itu bermakzud "kota kervan".
Caravanserai dibina sebagai tempat persinggahan bagi pedagang yang melalui Jalan Sutera ini. Ia menjadi tempat perlindungan kepada pedangang, unta, kuda, keldai dan barang-barang dagangan iaitu melindungi daripada perompak dan penyamun jalan. Di dalam caraanserai ini juga terdapat kemudahan-kemudahan kepada musafir.
inilah dia bentuk caravanserai yang digunakan pedagang-pedaganga Laluan Sutera pada zaman dulu.
tempat persinggahan dan perlindungan ini boleh diumpamakan dengan RnR di highway...lebih kurang lah. Boleh tak kita bayangkan kesibukan tempat ini ketika kedatangan pedagang-pedagang dari Parsi, dan China ke Eropah dan sebaliknya. Semasa di sini mereka diberi tempat tinggal dan makan secara percuma.
cuba perhatikan senibina dan tulisan jawi pada bangunan ini. Sangat unik dan berseni. Begitu teliti pembuatannya. Pintu depan dengan kalimah Al-Quran.
suka betul tengok senibina cantik macam ni. Orang zaman dulu memang creative kan. Tabik spring lah.
Laki bina masuk di celah-celah corong ni pastu buat swafoto.
Lepas sesi kunjungi caravanserai tu...kami melepak di cafe depan tu dan pergi ke toilet. Nampak akhbar Turki ni atas meja dan aku snap. Banyak betul tajuk dan gambar di muka depan akhbar Turki ni.
kat cafe ni ada juga kedai jual beg2 souvenir buatan Turki. Cantik2 belaka...geram tengok. Kena pandai bargain harga yea.
Turkey juga terkenal dengan tea. Segala jenis ada. Apple tea yg paling terkenal.
Souvernir2 lain pun ada jual.
Sambil menunggu yang lain bershopping...kami berbual dengan Hasan bersama2 dengan ahli rombongan yang lain. Topiknya ialah pasal jodoh. Kakak yg sebelah aku tu namanya Kak Rosnani dan di sebelah lagi tu ialah anaknya Abu Hurairah...masih single. Sedang mencari katanya...hehehe.
Perjalanan diteruskan lagi. Masih di daerah Konya. Ok dah sampai. Kami nak melawat ke tempat ni. Namanya ialah Mevlana Cellaluddin Rumi Museum. Apa yg menarik di sini agaknya yea.
Bus berhenti di kawasan parking utk bas. Maka kami kena berjalan sikit untuk sampai ke sini. Dekat jer tak jauh pun.
Hasan memberi penerangan tentang tempat ini.
Konya merupakan bandar ke 7 besar di Turki. Masyarakat di sini agak konservatif tentang Islam. Boleh dikatakan 70% wanita di sini memakai hijab. Bandar ini menjadi tempat laluan penting bagi Laluan Sutra. Tokoh besar sufi terkenal di sini ialah Cellaluddin Rumi juga dikenali sebagai Mevalana di kalangan pengikut-pengikutnya. Di sinilah bermulanya tarian whirling derwish dimana Mevlana merupakan pengasasnya.
Di kawasan museum ini juga terletaknya makam Mevlana. Dahulunya museum ini dijadikan sebagai tempat dewan tarian. Sekarang menjadi museum dan terdapat banyak barang-barang peninggalan Islam di sini. Jom kita tengok apa ada dalam museum ini.
berjalan ramai-ramai masuk ke dalam museum
agak besar juga keluasan tempat ini.
tempat wuduk juga ada di luar ni.
Nak masuk kena pakai sarung plastik pada kasut masing-masing. Hasan membantu beri setiap orang sarung plastik ni. Untuk masuk ke dalam museum ini dikenakan bayaran....semuanya dah masuk dalam pakej.
Tadaaaaaa...cantik tak selipar kami dan sarung plastik tu. Kadang-kadang sarung selipar jer...mudah gerak. Satu lagi senang nak ambil wuduk. Masa pergi India pun pakai sarung plastik ni...nak masuk Taj Mahal. Hehehe...setahun 2 kali dah pakai benda ni.
dalam museum
kalimah Allah di dinding dalam museum ini. Replika makam pun ada.
Kitab Al-Quran pada zaman Mevlana.
jangan tengok gambar pipi kembong kami...tengok lukisan dan ayat suci di atas tu.
Ok dah habis melawat...jom kita gambar berami-ramai. Punyalah beratur nak tunggu turn bergambar di sini. Sebab ramai pelancong lain pun nak bergambar di tulisan Konya tu.
Konya juga dikenali sebagai bandar Universiti. Ramai student di sini. Dulu ingat lagi cerita 8 tahun lepas di sini. Aku dan kawan turun jer bas kena tarik tangan dengan student uni kat sini. Semuanya suka tengok kami org Msia datang melawat bandar Konya ini. Rupanya orang sini sangat berbesar hati melihat kita sesama Muslim dari negara lain datang ke tempat mereka. Siap semua keluarkan hp bergambar bersama kami. Perasan jadi artis sekejap di Turki hahahaha. Tak caya? Tengok pic bawah ni
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
tersipu-sipu malu i tauuuu.....dikelilingi gadis2 Turkey yang cantik2. Kenangan indah 2008.
ok sambung... kami nak balik ke bas...nampak ada kedai souvenir di sini. Jom beli FM sebijik dua untuk diri sendiri. Kalau boleh setiap daerah yang kita stop cari FM tulisan nama daerah tu.
cantiknya hiasan piring ni.
bas kami dah tunggu. Besarkan bas ni. Boleh muat seramai 50 orang. Selesa sangat.
Kami meneruskan perjalanan lagi ke daerah lain. Kami nak menuju ke Pamukkale pulak. Perjalanan agak jauh juga. Tapi sebelum sampai kami ada berhenti beberapa kali di RnR untuk solat dan makan. Ada lagi 6 jam nak sampai ke sana. Tunggu next trip apa yang menarik berlaku di sana. Tetiba ada seseorang datang terus memeluk dan cium ke pipi ku. Aduhhhhhhhhhh........sapa plak ni. Tak habis-habis jadi artis kat bumi Turkey ini. En Bos sempat plak tu merakamkan detik-detik suspen ini. Hehehe.Tungguuuuuuuuuu.
p/s - mengira hari demi hari.
3 comments:
cave hotel sekrang dah upgrade... tapi yg dah merasa sekali, oklah... bagi yg belum merasa, its a life experience org katakan even semalam... hehehe
Nurzakiah -
memang best Turki ni.
Abang Fadli -
Yea saya tau dah upgrade...tapi tetap tak dapat menandingi Suhan Hotel tu.
Rakan sama agent saya update mengenai benda ni. Ramai customer complaint pasal cave hotel ni. Kami orang agent yang penting ikut keselesaan customer.
Post a Comment