Salam semua.
I'm back. Alhamdulillah telah selesai satu lagi trip bersama ahli rombongan yang aku bawa. Everything smooth dan berjalan dengan lancar. Syukur. Nanti pelan-pelan aku share pengalaman aku di sana okay.
Hari terakhir kami di bumi India.
Flight kami bertolak malam. So hari terakhir ini kami habiskan masa dengan bershopping ajer. Sesi lawatan dah selesai masa kami sampai hari pertama hari tu. Awal pagi jam 9 kami dah check out dari hotel. Kata tour guide kalau kami keluar awal lagi pun no point sebab jalanraya adalah sangat sesak. Lepas pukul 9 pagi jalanraya dah ok sedikit. Tempat yang kami tuju di awal pagi ini ialah Sarojini Market. Itupun market ini buka jam 10 pagi. Masa kami sampai kedai baru nak buka.
Ikutkan shopping di Sarojini Market tidak termasuk di dalam itinerary dan aku yang request untuk shopping di sini. Cumanya suasana shopping di sini agak santai dan cuaca pun panas. Bukan main2 punya panas,,,,penas terik uolsss. Aku terpaksa mencari kedai beraircond utk bershopping. Tak mampu berdiri lama2 di tengah panas ini. Ikutkan harga...shopping di sini lebih murah dan kualiti kain pun bergantung. Kalau kita pandai bargain harga....saree yang mahal boleh jadi murah.
Antara barang-barang yang aku sempat rembat ialah sepasang saree, 2 pasang kurta untuk En Bos, kurti, cadar katil dan macam2 lagi. Lupa dah.
kedai baru buka......orang pun tak berapa ramai masa ni. Kami diberi masa untuk shopping selama 3 jam. Then tour guide bgtau kat mana meeting point.
panas terik uolsss. Aku pilih kedai beraircond jer...then baru aku masuk. Kejam tak?
banyak betul jualan kain baju.
Bila anda masuk area sarojini market ini make sure ingat jalan. Kalau tak...anda akan sesat entah ke mana-mana. Tempat ini sangat besar dan banyak sangat simpang kiri dan kanan. Kena cam nama kedai. Kami hari tu hampir tersesat sebab entah ke mana-mana kami redah. Konon pandai kan.
pelbagai jenis kurti ada. Harga tidaklah mahal pun...ada yg RM15..ada yg RM20...ada yg RM30. Depands pada design. Kebanyakannya material cotton.
bed sheet ada pelbagai harga. Sebelum bayar make sure tanya sama ada kain ni kecut selepas basuh atau tidak.
kami nampak kedai beraircond di dalam bangunan....ada kedai jual manisan India. Jomlah kita masuk. Kot2 ada yg berkenan.
macam2 ada. Aku ambil beberapa jenis dan makan di sini. Sedap dan murah. Confident beli di sini sebab kedainya bersih dan beraircond.
ada pelbagai perisa laddu. Aku beli 34 ketul dan harga adalah mengikut berat. Sajer belikan untuk ahli rombongan. Bagi mereka rasa. Rasa laddu ni sedap dan tidak berapa manis.
baklawa kekacang tu sangat sedap uolssss. Teringat plak.
Meriah betul group ni. Siap bersila uols sambil memilih saree.
Amboi cik abang tu...sukanya dia. Awek mesia keliling dia....sapa yg tak suka kan!!!!
kak jem sakan beli saree...tengok kat tangan kiri tu....10 pasang jugak tu. Raya tahun depan bersaree ler kita yea.
adik manis...kakak manis semua pegang plastik beg berisi saree. Wahhh..shopping sakan semua. Harga murah...rugi kalau tak shopping.
Our meeting point is here. Sambil menunggu yang lain...ada yg tak tahan panas tumpang kejap kedai sebelah tu. Cumanya kena berhati-hati shopping di sini. Banyak pencopet. Alhamdulillah kami semua selamat dan dilindungi.
ada gak tu terselit 2 cik abang kat belakang tu. Orang sana memang suka bergambar...pantang nampak camera. Itu kes tak diajak bergambar. Cuba kalau kita ajak depa bergambar sekali.....mau tak cukup space kita nak selit...muahahaha.
Panas sungguh ni...jomlah kita bergerak skrg.
Posing lagi dan lagi
Masa ni masing-masing dah puas bershopping. Cuba tengok semua dah ada seorang stick monopod. Dah nak balik baru beli hehehehe.
Sarojini Market here we come....dah nak balik dah pun. Tengah tunggu bas sampai.
Masa kami tiba di sini sementara nak tunggu bas sampai....penjual beg tu siap ikut kami dari sarojini market tadi. Pandai depa cari rezeki. Habis di beli oleh ahli rombongan cik kiah.
Dalam bas En Bos bagi setiap ahli rombongan merasa laddu ini. Ada yg tak makan sebab tak biasa. Alaaaa....manisan jer pun. Bukannya racun :). Cuba tengok emma makan...sungguh berselera dia.
Masa ni kami baru habis lunch dan solat. Kami makan di dalam restoran dan solat di dalam ni juga. Alhamdulillah selesai sudah. Then aku bgtau tour guide kami nak shopping di HRC Delhi. Baguslah TG ni...dia memang nak tanya sama ada kami nak pergi ke tidak. Sebelum dia tanya...aku dah tanya dulu...huhuhu.
HRC Delhi terletak di dalam shopping complex. Lupalah plak ada nama complex ni. So kami kena jalan jauh sikit utk sampai ke dalam..sebab bas berhentikan kami jauh. Sesiapa yg tak membeli boleh lepak di bawah ni dan sesiapa nak membeli ikut TG. Yang dah selesai membeli...leh turun dah tunggu di sini.
Amboi berbeg2 semua membeli tu.
masing2 dengan beg HRC
Kak Jem pun membeli jugak. Tapi satu perkara yg aku tak berapa gemar di HRC di sini ialah stok banyak dah habis dan tidak ada stok. Sepatutnya mereka dah order banyak2. Design pun tak banyak. Takat design wood panel ni memang banyak tapi design lain habis sudah. Satu lagi manager HR shop ni agak kurang ajar. Aku dah sound cukup-cukup terkelu lidah dia. So tour guide kami yg mohon maaf bagi pihak dia. Dont play play with me. I came here with 34 people and they should jaga bahasa and respect us as tourist.
kami berdua paling akhir sekali....kelam kabut nak balik masa ni.
Dah sampai airport pun. Sedih nak meninggal tempat ini. Banyak kenangan manis.
kami tiba awal...selepas urusan check in kami makan malam terlebih dahulu. Dinner pack yg dibekalkan kepada kami. Chinese food...sedap.
amboi yanti...melentik sungguh tangan tu hehehe.
kami duduk bersila jer atas lantai ni hehehe. Masa ni aku tengah kalut lagi di kaunter check in. Setiap orang only allow 20 kg. Tapi ada yg shopping sakan hingga lebih 30kg. So terpaksa aku menggunakan budi bicara tackle org yg menjaga counter. Maklumlah kami ramai 34kg....so tiada masalah utk mereka bagi pelepasan lebihan had. Cuma yg menjadi masalah jika satu beg berat nya hingga lebih 25kg...tu yg mereka tak bagi. Kalau letak di dalam 2 beg takpa lagi. Dah settle alhamdulillah.
macam kembar plak siti dan kak aini...baju seakan2 sama hehehe.
orang sana duk memandang kami makan di lantai. Lantaklah kan...asal kami tak ganggu mereka hehe. Solat pun kami solat di sini juga.
kejap ada...kejap takda. Aikkk makanan dah hilang. Kemana agaknya yea. Hahahaha hilang dalam perut Ayie, :p
sempat photobomb masa menunggu utk cop passport.
dah masuk waiting room. Tengah duk melepak aku ditegur oleh seseorang. Ohhh jumpa Kak Hanem lagi. Dah 3 kali jumpa dia. Sekali di airport masa sampai...kedua masa di hotel delhi dan ketiga di airport ni again masa nak balik. Masa ni dia duk tengok gambar-gambar kami. Dia menceritakan ketidakpuashatian dengan agent yang dia hired. Dia bersama 15 orang kawan-kawan kalau tak silap aku. Hari tu dia pernah approach aku di whatsapp utk join group aku tapi dah penuh. Sebab tu dia join agent lain. Date sama tapi itinerary agak berbeza sdikit.
masing-masing muka dah penat.....dah teringat anak dan suami di rumah. Betul tak bon?
bakal bini raja yg tudung kuning tu. Raja mana? Tunggu announcement dari dia. :)
Yang kat belakang pun ngendeng jugak.
Muka muka ceria......setelah 8 hari di bumi India
Semasa dalam perjalanan menuju ke airport encik bos suruh aku menyampai ucapan terima kasih kepada ahli rombongan kerana menyertai tour kami. Sebaik microphone sampai ke tangan aku...aku dah sebak. Baru dah cakap sepatah....aku terhenti. Baru nak sambung lagi...aku terus bagi mic tu ke encik bos....tersedu aku menangis. Biar dia yg bercakap. Padahal dalam fikiran ni banyak benda aku nak share dan nak luahkan. Sebenarnya aku sebak sebab trip ini berjaya akhirnya tanpa sebarang masalah. Berkat doa dan kerjasama semua pihak. Sebelum bertolak aku dan encik bos adalah orang yang paling berdebar-debar. Camanapun trip ini meninggalkan kenangan yg paling manis, persahabatan yg akrab, saling bekerjasama dan yang paling terharu kami saling berhubungan sehingga sekrang. Alhamdulillah. Thanks semua.
Ok habis sudah entry tentang India. Mengambil masa berbulan2 juga utk dihabiskan. Maklumlah sibuk dgn trip, sibuk dgn kerja, sibuk dgn keluarga. Terima kasih kerana masih sudi membaca blog ini.
Next entry ialah percutian aku dan family di tanahair. Tunggu...
p/s - no more trip for 2016. Rehat dan pikir projek 2017 pulak.
4 comments:
Dah boleh jadi travel agent sepenuh masa ni...hehe
Abis dah kisah trip sulung Leez,thanks very much for the wonderful n colourful journey to India,syukur dengan ukhwah yang terbina...syabbas!! :D
Mie -
Insyaallah kalau ada rezeki nak buat full time gak.
Ayda -
Welcome dear.
alhamdulillah happy sgt dgn group ni dgn ukhuwah yg terbina.
Thanks to ayda too support me and join me in this trip.
Post a Comment