Salam semua pembaca blog ku yang disayangi.
Dah lama rasanya aku tidak bersiaran di alam maya ini. Sejak pulang dari Turki aktiviti memang sangat padat dari pagi hingga ke malam. Weekend pun sibuk juga dengan pelbagai aktiviti. Kalaulah aku tangguhkan untuk menulis travelogue ini...entah bila agaknya nak habis. Lepas tu ditambah lagi dengan percutian yang lain. Semoga ku diberi kekuatan dan masa yang panjang untuk menulis tentang percutian ini.
Hari pertama di KLIA.
Sebelum percutian ke Turki ini dengan membawa rombongan seramai 30 orang kami lalui pelbagai ujian, rintangan dan kesabaran. Bukan mudah sebenarnya tugasan ini. Nampak je macam gah tetapi sebelum berangkat tu ...fuhhhhhh hanya Allah yang tahu. Sebelum bersenang2...kita kena bersusah2 dahulu...betul tak. Sepatutnya group ini seramai 36 orang...di mana semuanya sudah membayar deposit. Tetiba berlaku pula rampasan kuasa tentera dan bom sana sini di Turki...makin lama makin ramai pulak yang tarik diri. Susahnya hati aku hanya Allah yang tahu...En Bos pun tahu camana aku nak lalui semua ini. Campur tolak semua...hanya 24 orang sahaja yang tinggal. Aduhhh...sapa nak bayar baki duit airline semua ni. Untuk pengetahuan semua...bila kita dah buat group booking utk airline memang tak boleh nak dapatkan deposit semula kecuali ada replacement selagi ticket belum issue. Tapi tak semua yang faham procedure ini. Yang mereka tau...mereka nak duit deposit jugak. Stress tak korang. Akhirnya last minute sebulan sebelum fly....ada pertambahan lagi 6 pax. Alhamdulilah...selesai masalah. Sebenarnya panjang lagi cerita...takpalah biar aku stop sampai sini ajer. Biarlah kami berdua jer yang tahu. Ok nanti next entry aku ceritakan camana keadaan di Turki sebaik kami mendarat di sana.
Kami menaiki Mahan Air ke Istanbul di mana transit di Tehran. Flight bertolak jam 11.15 malam dan aku dah maklumkan pada semua ahli rombongan untuk berkumpul di KLIA jam 8.15 malam. Seorang demi seorang sampai dan berjumpa dengan aku. Ada yang aku dah memang kenal sebelum ni dan ada juga yang kami baru berkenalan. Masa ni semua malu-malu kucing lagi. Tengoklah nanti selepas 10 hari bersama.....masing-masing dah tak malu malah kami makin mesra macam sebuah keluarga bahagia.
Proses check-in mengambil masa yang agak lama juga sebab tak semua airline menggunakan cara yg sama...ada yang minta kumpulkan passport dulu dan ada yang minta beratur satu persatu. Nasib baiklah aku dah siapkan tag untuk setiap luggage...so perjalanan check-in semuanya smooth alhamdulillah.
barang-barang wajib yang aku bawa stiap kali travel ke oversea.
luggage tag yang aku siapkan untuk setiap orang. Siap ada nama dan nombor. Dengan adanya number memudahkan semasa urusan check-in di airport. Nama pula memudahkan nak mengenali ahli group punya beg. Maklumlah dalam flight mcm2 jenis luggage ada. Nasib baiklah dalam flight ni hanya group kami ajer orangMalaysia...yang lain semua orang asing.
Pergi dengan 3 luggage....nanti tengok balik beranak berapa luggage pulak hehehe.
group check-in ada special counter. So tak payah beratur panjang dengan passenger lain.
Susun luggage mengikut number masing-masing memudahkan kami.
my assistant yang sentiasa bersamaku dari hari pertama hingga hari terakhir kami.
ok dah masuk dalam waiting room. Orang lain dah masuk dalam kapal...kami baru nak berposing. Sebelum ni aku ada memberi sedikit briefing tentang trip ini.
dah masuk kapal. Flight yang selesa ...alhamdulillah.
dinner yang disediakan. Oklah food sedap juga.
kami sampai di Iran pada jam 4.00 waktu tempatan. 2 jam sebelum landing kami diberikan sekali lagi makan...iaitu light breakfast.
Sebaik sampai di Tehran airport, aku perlu ambil ticket ke Istanbul pula. Pulak tu counter masih tutup. So aku bertanya pada counter money changer disebelahnya. Aku tanya dengan baik-baik tau. Tapi punyalah sombong giler orang Iran ni. Bukannya ada orang pun waktu tu. Dia seorang sahaja di counter tu. Aku tanya dia agak2 pukul berapa counter ni buka sebab flight aku ke Istanbul pada jam 6.30 pagi. Dia bantai marah-marah aku dengan muka kerek giler.
" I am not the person incharge. Please don't ask me...i dont know. " Sombong!!!!!
Okay...my first bad impression about Iran and bad experience in Iran. Tak salah jawab elok2 kan. Tak lama kemudian aku tunggu barulah orang kaunter tu sampai. Fuhhh lega.
Selepas siap semua dah dapat ticket...kami naik ke atas untuk ke toilet dan solat subuh. Masa ni belum masuk waktu subuh...kami tunggu sebentar. Aku dah siap bawa baju lain untuk tukar sebab sebaik kami sampai di Istanbul nanti terus sesi lawatan. Malam baru kami check-in hotel.
inilah kaunter ticket utk transit dan disebelah kiri tu ialah counter money changer yg berlagak tu.
berposing sebelum kami naik atas utk solat dan boarding
pertama kali menjejaki bumi Iran. Nanti last entry aku ceritakan tentang Iran dan pengalaman kami di sini semasa transit balik. Yang cerita tadi tu baru sedikit ajer.
Tehran Airport ni kecil ajer tetapi manusia di dalam airport ni punyalah ramai.
padat dan sesak. Kedai-kedai pun tak banyak.
tadaaa....dah siap tukar baju lain. Tak sabar nak menjejaki Turki. Turki trip merupakan yang kedua bagiku dan yang pertama bagi suamiku,
masa ni masih lagi malu2. Baru nak berkenalan...tanya nama...tanya dari mana. Hehehehe....
boarding time
ticket kami
Mahan Air.
Perjalanan dari Tehran ke Istanbul mengambil masa 2 jam sahaja.
rombongan cik leez......penuh juga flight masa ni
perkenalkan.....yang depan tu : Kak Ani dan Mama Lola. Yang belakang tu amoi dan wardah.
dalam Mahan Air flight
tadaaaaaa.......tak sabar nak sampai Istanbul. Kami disediakan breakfast masa ni. Tapi lupa plak nak snap.
Ok sekian entry pertama untuk percutian ini. Next entry aku ceritakan kisah kami di Istanbul plak. Ada satu kejadian mimpi ngeri berlaku pada kami berdua. Apakah mimpi ngeri itu? Tunggu aku luahkan segalanya di dalam entry akan datang. Suspen kannnn...yea memang sangat suspen sebab mimpi ngeri yang aku takut berlaku pada kami...akhirnya berlaku juga.
Tunggu..............
p/s - Europe Trip April 2018 - cepat2 menabung semua.
9 comments:
Simpati juga baca story Leez ramai yg tolak. Kak mula nk g turki ramai juga yg tolak. Last trip negara lain pula. Disebalik kesulitan tu ada pula Allah bagi kemudahan yg kita x sedar dan ketahui..
perghh...yg 'bawah' sekali tu paling tak menahan..yurop trip 2018..musim bunga ke leez?..hebakk leez...semoga segala dipermudahkan utk leez...amiin...you make people dream come true !
ps: akak tukang sorak..erk tp tak pegi2 pung..hee
fuhh suspens baca entry leez ni
Ok..next entry x sabar nak bace.. ☺
kak mariam -
biasalah kak...semuanya takut tapi takda benda pun...selamat jer alahmdulillah.
kak aisyah -
lepas ni akak kena ikut saya ke europe tau. boleh menabung dah skrg. Minta cuti siap2 kat bos tau.
mama zharfan -
setiap entry memang penuh dgn suspen hehehe.
Farlyna -
dah ada entry suspen tu...cepat baca hehe
salam kak leez , email saya kos europe april 2018 boleh? mana tahu saya dan suami dapat join nanti :) , akak email saya ya bajet semua n persiapan kat amyshuhada899@yahoo.com , thanks kak :)
Post a Comment