Salam semua.
Bersemangat nak update blog sebab aku nak habiskan cepat-cepat. Ada 2 percutian coti2 mesia belum update lagi. Padahal percutian tu sebelum gi Turki lagi. Takpa....kita habiskan Turki trip terlebih dahulu. Nanti basi plak cerita ni.
Sambung lagi.
Lepas lunch dan solat, kami meneruskan perjalanan lagi. Sebenarnya kami dalam perjalanan nak ke Cappadocia. Sure ramai dah tahu apa yang menarik tentang Cappadocia ni kan. Nanti dalam next entry aku ceritakan panjang lebar tentang Cappadocia. Ingat tak filem Manis Cinta di Cappadocia....gitiewww!!!
Aku kalau travel memang jarang tidur dalam bas. Ia sesuatu yang merugikan kalau anda tidur. Mata aku akan pandang kiri dan kanan melihat keindahan bumi Allah. Tapi kadang kala tu ada juga terbabas hehehe....kalau dah ngantuk sangat. Tapi boleh dikira dengan jarilah. Bentuk muka bumi Turki ni sangat cantik. So,,,jangan lepaskan peluang melihat keindahan ini. Aku akan pastikan mengambil gambar dari setiap sudut. Setiap route yang kami lalui memaparkan bentuk muka bumi yang berbeza. Macam laluan ke Cappadocia ni banyak melalui bukit bukau yang tak nampak tumbuhan pun. Cantik saujana mata memandang.
Dalam perjalanan ini kami akan singgah ke Salt Lake. First time aku sampai tempat ni. Dulu datang sini tak singgah pun. Jom kita tengok gambar apa yang menarik sangat pasal Salt Lake ni.
permandangan sepanjang perjalanan ke Salt Lake. Bukit bukau di kiri dan kanan.
Kami tanya Hasan kat sini highway ada tol tak? Ada...dia kata. Cuma yang membezakan ialah bayaran tol tidak dikenakan semasa perjalanan. Pada pondok tol nanti akan ada automatic scan plat number kenderaan kita. Dan dia akan tolak harga tol melalui situ. Cara dia tolak tak pasti camana. Mungkin masa kita nak renew road tax atau camana. Terlupa nak tanya details.
Oh yea nak cerita tentang keistimewaan bus pelancong di sini. Canggih uolllsss. Dalam bas ada wifi percuma dan ada entertainment. Nak tengok movie boleh dan naik main game seperti dalam pic di atas pun boleh. So...kita takkan boring dalam bus. Mineral water disediakan tiada had. Minumlah banyak mana pun. Minuman juga sentiasa sejuk....ada fridge dalam ni. Wifi boleh tahan laju tetapi ada di sesetengah area agak weak sikit...it depands. Sempatlah juga update FB dan IG semasa dalam bus ni.
Nampak tak yang belah kanan tu? Tu lah dia Salt Lake. Jom kita berhenti di sini.
Kami berhenti di sini lebih kurang sejam macam tu. Di sini juga ada kedai jualan health product dan barangan souvenirs.
On the way kami nak ke Salt Lake tu...kami kena melalui kedai ni. Tetiba mamat baju putih ni tegur kami. "Buka tangan" ...aikkkk pandai plak dia cakap melayu. Kami pun tadahlah tangan. Dia letakkan serbuk garam atas tapak tangan kami.
"Gosok tangan" Kami pun ikut jerlah apa yg dia suruh. Punyalah bersemangat menggosok ni.
"Cuci tangan" Dia tunjukkan arah dalam kedai tu ada tempat sinki untuk cuci tangan.
Then....aku tanya dia. "Apa ni?"
Dia jawab dalam Bahasa Inggeris. Amboiiiiii...bukan main kau cakap melayu tadi kan...duk bukak tangan gosok tangan...cuci tangan. Itu jer yang kau tahu sebut kan.
Rupanya dia nak bgtau....garam yang kami gosok tu diambil dari Salt Lake dan bagus untuk kesihatan. Kami tengok dan baca sikit2 pasal produk ni...lepas tu kami pun angkat kaki. Tak beli pun.
nak meniaga pada pelancong tapi tulis dalam bahasa Turki...siapa yg paham?
musim panas air tasik akan kering seperti ini. So...agak jauh untuk jalan sampai sana. Half way kami stop dan berposing lah apa lagi.
Salt Lake ini merupakan tasik kedua terbesar di Turki. Ia terletak di daerah Anatolia. Tasik ini memang benar-benar cetek iaitu sedalam 1 kaki. Fungsi tasik ini ialah sebagai perlombongan garam dimana ia menghasilkan 60% daripada garam yang digunakan di Turki.
Cuaca panas terik masa ni. Ada juga ahli rombongan sempat mengambil garam yang terhasil bawak balik Malaysia. Bagus untuk kesihatan katanya.
jomlah kita stop di sini dan berposing. Tak mampu rasanya nak jalan jauh ke hujung sana.
Kak Ani dan Kak Ton,,,,adik dan kakak sehati sejiwa makan angin bersama. Jangan tak tahu boleh tahan pelawak juga Kak Ani tu. Tiap kali kami berborak tak sah kalau tak ketawa hahahaha. Bak kata Hasan...mummy...mummy...mummy hahahaha.
Ok nak perkenalkan 2 pasangan suami isteri yang tengah honeymoon yang entah ke berapa kali agaknya. Asik berduaan ajer. Yang pasangan kiri tu asik berpimpin tangan ajer ke mana-mana romantik gitu dan pasangan yang belah kanan tu asik berbisik-bisik ajer tak dengar apa yg diborakkan....husband kerjanya asik snap gambar wife jer kekekekeke. Yang tengah-tengah tu...mana plak lah husband dia yea. Ooooooo lupa. Husband dialah yg tengah snap foto ni. hikhikhik.
Yang baju merah ni masih bujang yea hehehe. Inilah gambar garam yang dah kering.
Garam yang diambil untuk bawa balik. Jomlah kita naik atas bas semula.....tak tahan panas terik kat luar tu...tapi angin tetap bertiip kencang.
Di sini juga terdpat banyak jualan barangan souvenir. Ramai yang tanya aku sama ada di sini mahal atau murah untuk shopping. Hmmm.....aku bgtau kalau rasa berkenan di hati belilah sikit. Nanti kat kedai lain kita beli lain pulak. Susah nak cakap sebab yang penting kita kena pandai bargain harga. Kalau dapat kurang kan harga memang advantage lah. Kalau tak dapat kurangkah harga....angkat kaki kita beli tempat lain,
Dalam bas aku dengar derai ketawa ahli rombongan. Entah apa yg digelakkan yea. Ooooo rupanya mereka duk ajuk percakapan budak baju putih tadi. "Buka tangan" " Gosok tangan" "Cuci tangan" Hahahahaha...nada sama jer. Yang paling pandai ajuk ialah umi. Sebijik gitiewwww. Agaknya itu ajer yg budak tu pandai kan.
dalam perjalanan nampak pondok2 jualan buah melon. Sekarang ni musim buah melon.
alhamdulillah dah selamat sampai Cappadocia. Kami stay di Suhan Hotel. Sampai ajer kami terus dinner di sini. Nampak tak buah apa tu? Comelkan anggur tu tapi isinya sangat manis uolsss. Katanya anggur jenis ni digunakan untuk membuat kismis.
hotel ini menyediakan pelbagai jenis makanan. Memang 1st class lah makanan di sini setaraf dengan hotel 5 bintang yang kami stay ini.
pelbagai jenis fruist...vege...salad...pasta...cheese.....manisan...kekacang dan macam-macam lagi.
manisan atau desert Turki yang unik dan sedap....cumanya agak manis.
alahai model mana plak ni kan...tetiba ada di celah-celah salad.
selain kami terdapat juga pelancong Jepun. Yang pastinya pelancong Malaysia tiada ketika ini...hanya group kami sahaja. Memang rezeki kami merasai pengalaman yang sangat privacy ini. Ikut experience orang lain.....tidak sah kalau tidak jumpa orang Malaysia di mana-mana....di hotel...di masjid....di rnr....di bazaar.
makan spaghettie jer ke amoi?
memang banyak sangat makanan di sini...
Kak Ani marah kat sapa? Sampai tunjuk-tunjuk sudu plak tu hahahaha. YB Yosri sempat lagi pandang ke arah camera. Amboi makan tak toleh kiri kanan yea YB. Betul-betul menikmati makanan.
Meriah makanan di atas meja masing-masing. Penuh satu meja sampai dah takda tempat nak letak pinggan hahaha.
Dah kenyang...jom kita masuk bilik plak.
memang cantiklah hotel ni....bilik pun selesa dan sangat puashati.
kami akan stay di hotel ini selama 2 malam.
Esok jam 5 pagi sebahagian ahli romnbongan akan bangun awal sebab bersiap sedia untuk terbang tinggi. Apa....terbang? Hehehehe.....tengoklah nanti siapa yang terbang paling tinggi esok. Tuan tanah tak join sebab pernah terbang sebelum ini...cukuplah sekali.
Siapakah mereka itu? Adakah amoi? Adakah wardah? Adakah YB Yosri? Adakah Umi? Adakah Papa Lolan? Adakah Adam? Tungguuuuu next entry kita tengok siapa yang kena. Hahahaha.
p/s - cuti tahunan dah habis...duduk diam2 kat rumah yea.