Salam semua.
Mood ke laut nak update blog sebab sibuk dgn persiapan untuk trip akan datang ni. First time bawa rombongan. Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan kami selamat di sana dan selamat pergi dan kembali ke tanahair.
Ok sambung hari terakhir di bumi Pattaya.
Pagi tu kami lepak di bilik ajer. Sibuk packing beg baju. Flight kami petang pukul 3.30. So, 3 jam sebelum tu dah standby bergerak dari hotel. Semalamnya aku ada call driver minibus yang aku naik masa nak ke Pattaya City hari tu. Dah janji dgn dia suruh ambil kami di hotel jam 12.30 tengahari. Same price dia charge kami 250Baht seorang untuk ke airport.
setiap pagi kami mesti lepak di sini. Sedihnya nak tinggalkan Pattaya. Mmg best stay kat hotel ni.
Lunch kami datang lagi ke kedai makan ini. Lain aku order...lain yg dapat. Terkezutttt tengok nasi goreng pattaya tu...big portion dan tak habis makan seorang. Kalau tau mcm ni besar...kami minta satu nasi ajer tadi. Mahal giler makan hari ni....mmg muka aku kelat masa nak bayar. Sebab makan tak habis dan bayar mahal plak.
masa balik kami ikut jalan lain...sajer nak habiskan masa. Ternampak pulak banyak dental clinic di sini. Banyak betul....rupanya kat klinik ni ada rawatan kecantikan utk gigi. Whitening especially. Tak pasti plak harga berapa.
dental klinik lagi
dan lagi. Kami singgah pasar sebab nak beli buah2an dan mencari thai green tea. Susahnya nak cari di sini. Memang takda jual. Hari tu masa gi makan kat area Sukhumvumi. Sana ada banyak...tapi aku tak beli pun...menyesal tak sudah.
Balik hotel kami tukar baju lain dan bersiap untuk pergi ke airport. The driver dah siap menunggu di bawah. Perjalanan agak jammed. Nasib baik kami plan keluar awal. Sampai di airport kami terus check-in beg. Alhamdulillah semua smooth ajer. Tengok jam masih banyak masa. Jomlah kita minum apa yang patut. Cuaca panas terik di luar.
comel ajer airport dia....ni pintu masuk ruangan departure.
kami keluardari airport dan nampak ada beberapa kedai di luar. Beli jajan di sini untuk makan dalam flight kononnya.
sedap betul air dalam botol u. Dalam tu ada biji selasih.
Lepas urusan imigresen dan menunggu di waiting room kami sempat pergi ke kaunter tax refund. Sebab kami beli banyak merchandise di HRC hari tu...so memang boleh dapat tax refund. Oklah jugak....dapat 300Baht....heheheh sapa nak bagi. Kami minta Baht dan tukar di Malaysia ajer.
Alhamdulillah tamat sudah percutian singkat kami sempena anniversary kami yg kedua tahun. Berehat sampai melihat dunia luar. Alhamdulillah kami suami isteri mempunya hobi yg sama dan citarasa yg sama. Segalanya mudah ajer. Syukur Ya Allah.
p/s - counting hours
2 comments:
bestnyaaaa 👏👏👍👍
air yang dalam botol ada biji selasih tu ada jual kat malaysia juga. cikna pnah jumpa kat pasaraya di kelantan
Post a Comment