Hari ke 3 di Pattaya.
Awal pagi breakfast di dalam bilik. Minum air buah dan roti ajer. Lambat sikit kami keluar bilik sebab tengok kat luar cuaca panas terik. Lebih kurang jam 11 pagi baru kami keluar dan singgah di HRC untuk membeli merchandise yang dikirim oleh kawan-kawan. Naik motor dalam cuaca panas terik di kawasan tepi pandai...can you imagine?
Singgah di HRC membeli apa yang patut. Then barulah kami gerak mencari kedai halal untuk lunch. Kali ni kami mencari kedai lain pulak. Search Masjid Toatillah...di situ ada sebuah kedai makan halal namanya Amir Halal Food.
aduhai panasnya
boleh tahan mahal merchandise di sini.....jujur cakap HRC kat UK lagi murah.
Dah membeli jom kita kuar dari sini.
trademark kami laki bini....tolong jangan kecam muahahaha.
Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe.....bersebelahan dgn hotel kami jer
berhadapan dengan pantai ajer.
Naik motor mengambil masa 10 minutes untuk sampai ke sini. Waze bawa kami di celah-celah lorong. Senang sangat.
Besar juga masjid ini...sedang dalam construction.
Kedai makan ini betul2 bersebelahan dengan masjid tadi. Masa kami sampai tadi ingatkan kedai ni tak buka.....rupanya buka. Buka dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Besar kedai makan ni. Masa kami sampai memang takda orang pun. Rupanya kedai ini banyak menerima tempahan bungkus dari group tour. Bukan tu ajer....mereka juga menerima tempahan dari travel agent untuk muslim group. Sebab tu susun atur pinggan mangkuk dalam ni cantik ajer. Rupanya dah ada yg booking.
Pekerja di sini sama ajer mcm kedai halal lain....tak pandai English...sepatah haram tak tau...haiyohhh. Owner ajer yg pandai. Itupun dia busy sgt.,....melayan kami ala kadar ajer. Dia busy prepare food utk group yang nak dtg makan kejap lagi. Kami ni dtg berdua...dia layan ala kadar ajer. Jujur cakaplah.....setiap kali aku travel ke mana2 negara...kalau jumpa saudara seMuslim memang mereka akan senyum dan beri salam. Tapi bukan di Pattaya ni. Hadoiiiii....muka kelat. Walaupun kita tak faham bahasa....tolonglah beri senyuman sikit kok yea pun. Berjiran lagi tu....bukannya duk Europe pun.
Kami order lauk seperti di atas...again order tomyam dan lauk apa ntah. Tengok dalam gambar terus order. Dalam tu dia letak daun basil. Boleh tahan sedaplah jugak. Kalau dtg Thailand wajib order green tea...sedap sgt uolssss. Total kami bayar 350 Baht di sini. Kedai ni mahal sikit.
Balik tu kami singgah ke Shopping Mall Big C. Nak cari paste makanan Thai. Hati2 yea baca ingredient. Make sure tidak ada benda haram di masukkan dalam paste. Cari yang tulis tanda Halal.
Nampak pulak kedai ais krim Swensens. Kat KL mahal sgt ais krim ni. Tapi di sini sangatlah murahhhh.
Cuba tengok harga yang tertera.
Percaya tak harganya 99Baht. Kalau di Msia ni harganya RM30 huhuhuhu.
Balik dari Big C kami pergi ke tempat massage yg kami survey malam semalam. Sejam utk oil massage ialah 200Baht. Kami ambil sejam setengah. Bestnya....rasa mcm nak suruh massage lagi hehe. Minta maaflah sebab tak sempat nak bergambar di sini. Then kami balik bilik....berehat dan melelapkan mata sebentar.
Malam lebih kurang jam 9 barulah kami keluar semula. Pada mulanya malas nak makan apa2 sebab terasa kenyang lagi. Lagipun malas nak cari kedai halal lagi.....jauh pulak tu. Kami plan kalau jumpa apa2 yg boleh di makan di tepi pantai tu....beli ajerlah. Tetiba aku ternampak ada seorang wanita pakai tudung sedang membawa motor yg sarat dengan barang2 jualan makanan. Aku terus stop motor tu suruh berhenti. Rupanya dia jual nasi ayam....makanan lain semua dah habis. Tinggal nasi ayam ajer. En Bos kata....beli ajerlah.
Percaya tak.....dia bawa naik motor ajer.....seorang wanita plak tu. Gigih dia berniaga mencari rezeki di waktu malam mcm ni.
Lepas tu nampak plak ada jual pancake di tepi pantai ni. Oklah beli jugak.
Dalam ni ada telur...pisang...susu dan coklat. Sedap giler. Hallalan toyyiban. Harga 50Baht
Nampak pulak orang Muslim jual kebab. Ya Allah kami jadi rambang mata tgk orang Muslim meniaga mcm ni. Bukan lapar sgt pun. Tapi niat hati kami nak tolong sesama Muslim. Apa salahnya kami tolong beli....at least membantu mereka mencari rezeki.
Harga satu ialah 60Baht. Sedap giler. Kami simpan dalam fridge dan makan esok masa breakfast.
Sempat berborak sikit dengan pakcik ni. Pastu ambil gambar dgn dia. Tips nak mencari makanan muslim di kawasan Pattaya Beach Road. Selalunya pada waktu malam....akan nampak beberapa orang naik motor mcm ni meniaga makanan halal seperti nasi ayam, nasi campur, kebab dan pancake. Kdg2 mereka akan stop di satu kawasan mcm ni dan ada juga yg meronda dan buat pusingan di kawasan pantai ni. Insya Allah sure akan nampak punya. Tapi belah siang aku tak nampak pun. Hotel yang menyediakan halal food ialah Holiday Inn dan Hotel A One. Kedua2 hotel ini lokasinya di kawasan Pattaya Beach Road,
Nampak juga kedai ni berdekatan dengan hotel kami. Tapi kami agak was2 dengan kehalalan makanan di sini. Peniaganya bukan local....orang luar.
Malam tu kami lepak di tepi pantai sambil memerhatikan gelagat tourist dan local Thai. Itulah orang kata Pattaya City Never Sleep....memang betul. Tak kira siang atau malam memang penuh dengan manusia. Siang aktif dengan aktiviti pantai...malam pulak aktif dengan aktiviti lain pulak. Kat tepi pantai ni banyak pokok...mcm pokok kelapa. Pada waktu malam....di setiap pokok ni penuh dengan gadis Thai menunggu pelanggan. Mereka akan berdiri dan tunggu kot2 ada tourist yang akan approach mereka. Banyak giler dan bersepah-sepah. Ada kalanya tu mereka yang akan datang ke arah kelompok tourist yang terdiri daripada lelaki semua....dan offer perkhidmatan. Kalau nak massage...pun boleh...kalau nak lebih daripada massage pun lagilah boleh. Terus bawa ke bilik tourist tadi. Kalau nak guna bilik mereka pun boleh...tapi ada bayaran lain. Aku sajer pasang telinga perbualan mereka....satu jam 500Baht...huhuhuhu. Betul2 jadi private investigator.
Esok pulak apakah aktiviti kami. Tunggu next entry yea.
p/s - Seminggu lagi huhuhu.
1 comment:
murah murahnya semua makanan. macam tu rupa 99 bath? err rm10 kan duit malaysia? T_T
Post a Comment