Salam semua.
Hari kelima kami di sini dan merupakan hari terakhir kami. Malam nanti flite kami balik ke tanahair. Lima hari yang sangat padat. Bagi aku cukuplah. Tak perlu lama2 di sini sebab tak sesuai dengan jiwa aku yang tidak suka suasana yang sesak macam Hong Kong ni. Dah jejak ni pun rasa bersyukur sangat. Nanti aku cerita panjang lebar yea.
Pagi tu kami breakfast spaghetti goreng ajer. Habis semua makanan kami kecuali maggie mee masih ada sedikit berbaki. Alhamdulillah just nice kami budget untuk 5 hari. Cukup makan semuanya. Nasib baik para suami tak banyak kerenah...semua yang kami hidangkan mereka bedal. Janji perut kenyang mereka kata....hahaha.
Pagi tu juga aku dah siap berkemas sikit2 beg pakaian. Sebab nanti petang jam 4 kami balik apartment dan bersiap untuk ke airport jam 5.30 petang. Nasib baik aku memang bawa xtra luggage....bertambah berat dengan barang-barang shopping kami semalam. Beg kami simpan di apartment. Agen tu kata boleh simpan...dia bagi kami....oh thank you.
Sepatutnya mengikut itinerary, aktiviti kami pagi ini ialah ke Stanley Maket untuk bershopping lagi. Selepas berbincang dengan ahli jemaah yang lain, kami sebulat suara untuk membatalkan niat ke sana. Sebabnya : jauh serta mengambil masa yang lama, dah terbayang tempat shopping ni seperti Ladies Market ...so mcm tak best ajer....akhirnya kami batalkan ajer. So kami gantikan pergi ke tempat ini. Ke manakah?
Avenue of Stars
Tempat ini wajib kepada setiap pelancong ke Hong Kong. Umpamanya tidak lengkap perjalanan anda jika tidak singgah di sini. Patutnya masa kami naik cruise tu kami patut singgah ke sini tetapi disebabkan kami dah tukar lokasi cruise....so tak kesampaian ke sini. Jadi, hari terakhirnya kami gigihkan juga singgah di sini walaupun sekejap ajer.
Awal pagi jugak kami dah sampai di sini. Pada mulanya taklah ramai sangat orang....masih boleh bergambar dengan mudah. Tapi...masa kami nak balik...berbondong2 pelancong China dah sampi....fuhhhh selamat.
Direction to Avenue of Stars
By MTR : Austin MTR - East Tsim Sha Tsui (TST) and exit J and follow the signs to Avenue Of Stars.
Sebaik anda exit J akan nampak banyak signboard menuju ke Avenue Of Starts...follow aje. Dekat dah sampai.
ikut ajer signboard yang ada
nampak tak bangunan tu...HK Museum od Arts...jalan melalui bangunan ini
seni kreatif menggunakan buloh
ok kami dah sampai....3 minutes jer berjalan dari MTR East TST
Nak citer sikit pasal Avenue of Starts
Lokasinya terletak di sepanjang jalan Harbour View di Tsim Sha Tsui, HK. Ia dibinakan sebagai tanda penghargaan kepada dunia industri perfileman HK. Tempat ini dibina dengan kos HK$40 yang didukung oleh Hong Kong Tourism Board. Sebab itu menjadi destinasi utama jika anda melancong ke sini. Ia dibuka kepada umum pada tahun 2004. Selain daripada patung replika, ia juga terdapat tanda tangan dan cetakan tangan lebih 100 artis-artis terkenal Hong Kong.
Aku perhatikan En Bos memang teruja bila sampai ke sini. Tak dapat tengok artis HK depan2, dapat pegang cetakan tangan depa pun jadi lah...hahaha. Tapikan....ramai yg aku tak kenal. Dalam ratusan tu, aku kenal 5-6 orang artis sahaja....tu pun artis veteran hahahaha.
nun di hujung sana ialah tempat dimana kami naik cruise hari tu.
gitulah aksi laki bini ni....riang ria
di sini juga kita boleh tengok show Sympony of Lights belah malam.
mari kita jalan lagi ke hadapan.....panjangnya 440 meter.
Cuba tengok amoi seluar merah sebelah aku tu...dia tengah perhatikan apa agaknya. Ohhh yea....dia mungkin tertarik dengan kasut baru aku tu hahahaha. Aku baru beli semalam lah amoi...murah jer RM60 kat Citygate Outlets...kikiki
permandangan cruise mewah di hadapan kami.
motif nak pegang tangan patung tu? hahaha
sapa yg tak kenal Bruce Lee? Tak sempat nak amik cop tangan dia....mati dah
my feveret actor from HK, Jackie Chan
dulu suka tengok drama dia ni Chow Yun Fat
Jet Li
Michelle Yeoh...lahir di Msia
nampak tak betapa ramainya pelancong China...masa ni kami dah nak balik. Fuhh lega.
sebelum balik...jom posing ramai2.
over plak lah En Bos ni....nganga luas2 hai
pelancong jepun tolong ambilkan pic kami...tapi kami duk berdiri tegak tanpa aksi.....so dia siap bgtau suruh buat action skit...hehehe...cuba tgk aksi kami di bawah
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
yang paling over posing sapa???
ok kemana kah kami seterusnya?
Untuk entry kali ni sampai di sini ajer. Tinggal satu lagi entry...tunggu yea. Ke manakah kami? Kami kekenyangan dan sampai KL masih terbayang makanan ini. Apakah??
4 comments:
Kami pun baru je jejak kaki di sini...sempat amik tips dalam entry sebelum ni...thanks...
Muhammad Has1deen,
ooo....dah pergi ke.
Sorry lah lamabt plak i update blog ni hehe.
Assalam kak leeez,
kan3
iolsdolu pi china pun rimas tau kalo mai gerombolan pelancong cina
dah negara china penuh ngan cina jugak he3
semak jer rasa bila deme reramai kerumun :P
Ary,
dorang ni mmg semak dan menyusahkan...jumpa mana2 asik memekak ajer. Kalau boleh elakkan daripada mereka.
Post a Comment