Ads

March 10, 2015

Day 3 : Hong Kong & Macau Trip - Dragon Pearl Cruise & Ladies Market


Salam semua.
Tuan tanah tak berapa sihat sejak berpindah rumah ni. Running nose!! Tapi disebabkan permintaan daripada pembaca sekalian yg message me untuk update blog ini secepat mungkin...kugagahi juga. Pembaca semua yg memberi inspirasi untukku terus berblogging walaupun hanya sempat update seminggu sekali huhu. Oh ya...just nak update bahawa blog ini menduduki tangga 1,840 ranking in Malaysia melalui Alexa. Fuhhhh....macam tak cayo. Dulu aku check...tak masuk ranking langsung. Kali ni dah masuk...alhamdulillah. Walaupun blog ini kurang menerima comment bagi setiap entry dari para pembaca tetapi bilangan pembaca naik dari hari ke hari. Bilangan comment yang banyak tidak menjamin bahawa blog kita diminati ramai....betul tak? Tapi aku rasa blog ini lebih ramai silent reader huhuhu. Alaaa....tak kisahlah. Yang penting anda semua tidak jemu membaca tulisan saya. Tqvm. 

Ok sambung pasal HK.
Masih lagi di hari ke-3. Masa ni ketika berada dalam bas balik dari Ocean Park kaki aku dah sakit giler. Banyak sangat berjalan sepanjang hari ni. Destinasi kami selepas ini ialah kami nak melayari cruise di samping nak tengok A Symphony of Lights yang akan bermula pukul 8.00 malam. 




Kami akan menaiki Dragon Pearl Cruise yang kami dah beli di DingDing Travel. Harga asal ialah HK$188 tetapi kami dapat harga diskaun hanya HK$38. Memang rugilah kalau tak beli. Ikut plan asal kami nak naik  A Symphony of Lights Harbour Cruise yang berharga HK$180 termasuk makan. Ticket ini kena beli di area TST Star Ferry Pier. Tetapi masa kami beli ticket di DingDing Travel tu tetiba ternampak ada diskaun price for Dragon Pearl Cruise dengan harga HK$38.....memang banyak murah tetapi tak termasuk makan. Oklah tu dah murah....makan tu tak penting. Tapi kami kena naik cruise di area Wan Chai. Maknanya lokasinya hanya seberang laut dari lokasi TST Star Ferry Pier. Selepas berbincang dengan ahli jemaah, makanya kami sebulat suara beli ticket Dragon Pearl Cruise ajer....duit lebih boleh shopping hahaha. 

Dari Ocean Park kami bergerak ke tempat itu. Kami nak pergi awal sebab nak booking seats. Menurut wakil travel agent tu, kami kena bookings seats terlebih dahulu iaitu sehari lebih awal. Disebabkan kami tak paham bahasa Inggeris yang digunakan melalui answering machine yang disediakan, kami plan nak gerak ke sana lebih awal untuk booking seats. Bayangkan orang cina bukit cakap omputih....mampus tak paham. Itulah masalah yg kami alami masa nak booking.


Direction to Dragon Pearl Cruise

By MTR : MTR Admiralty - MTR Wan Chai. Then exit A1. Naik skybridge menghala ke Hong Kong Convention & Exhibition Centre. Turun escalator dan jalan terus 50 meter. Then belok ke kiri. Kalau nak lagi cepat melalui jalan celah bangunan...tak perlu ikut jalanraya. Terus ke hadapan 200 meter. Jalan terus nampak traffic light...jalan lagi then nampak di sebelah kanan ada sebuah cruise sedang berlabuh di tepi laut. Itulah tempat yang akan kami naik.

Masa kami sampai di sini, jalanraya berhadapan dengan stesen cruise ini sedang under construction dan agak keliru sedikit. Kalau anda tersesat jangan segan untuk bertanya. Memang agak penat untuk sampai ke tempat ini....ambil masa lebih kurang 20 minit berjalan juga. Kaki kami sakit jangan cakaplah....rasa nak tercabut. Semalam punya sakit tak baik lagi....tambah lagi dengan sakit hari ini. Hahaha...padan muka. 


 kami jalan melalui celah bangunan untuk jimat masa

 masa CB tanya camana nak pergi ke Dragon Pearl Cruise ini, sebenarnya salah juga. Sebab yang orang ni tunjuk tu ialah Wan Chai Star Ferry Pier. Kami punya tempat depan lagi sedikit. Kiranya bersebelahan ajer.

 nampak tak cruise belah kanan tu...yea inilah tempatnya. Dah sampai pun. Belah kiri ialah HK Convention & Exhibition Centre melalu jalan belakang. 


 tengoklah cara aku berjalan...tak larat dah masa ni. Kalau jumpa kerusi memang aku dah duduk.


 thrn nampak pintu masuk ke cruise ini. Tempat ini still under construction...memang nampak kelam kabutlah. En Boss dan CB tanya uncle yg jaga ni camana nak booking seats. Terjadi satu drama semasa sessi bertanya di sini. Kami tanya camana nak booking seats tapi dia  jawab u book thru phone. Kami dah bagtau yang kami tak paham apa yang answering machine ni jawab. Boleh plak dia jawab " That is your problem" Binawe betul orang HK ni. Ini ke caranya menjawab pertanyaan pelancong. Terus terang cakap...dorang ni memang takda adab. En Bos dan CB nampak muka kelat ajer sebaik mereka berlalu dari situ. Memang kami kutuk berbakul2 lah setelah mendengar cerita tentang orang tua tu. Nak tengok muka dia camana??? Meh aku tunjukkan.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


 tu yang pakai spec. En Bos snap muka dia dari jauh. 


 disebabkan kami sampai awal dan akan naik cruise pada jam 7.30 malam....so kami just lepak di sekitar tempat ini untuk menghabiskan masa. Cuaca sejuk giler masa ni. So, terpaksa mencari tempat perlindungan di bangunan tertutup.


 nilah cruise yang akan kami naik nanti. Dragon Pearl Cruise


 posing dulu disebelah cruise yg sedang bergerak

sajer letak pic En Bos...hehehe. Gambar dia takda pun kat atas tadi sebab dia tukang snap photo kami.


 ticket cruise kami.


 beratur panjang untuk masuk ke dalam cruise. Untuk info, pelancong memang ramai menaiki cruise ini. Kebanyakan nya ialah pelancong yang datang melalui tour agent. Orang perseorangan memang tak ramai. 

 Sebaik kami sampai dan duduk di sini....banyak giler tempat kosong. Hmmm....buat penat ajer bergaduh dengan orang tua tadi. Sedangkan tak penuh pun tempat duduk di sini. Bagi akulah....mudah ajer, Kalau aku jadi orang tua tadi, aku akan bagitau naik ajer tak payah booking seats. Senang cerita. Memang orang sana sangat complicated.


cruise ini bergerak jam 8.00 malam dan kami dah bersiap beratur tadi jam 7.30 malam.


 mari kita berposing dulu.




 permandangan memang sangat cantik. Kami mengelilingi sepanjang laut di antara HK island dan area Kowloon. Maknanya dari tempat kami bergerak tadi adalah berhadapan dengan Avenue of Stars iaitu TST area.

 tujuan kami naik cruise ialah untuk melihat Symphony of Lights. Ikutkan boleh ajer tengok dari Avenue of Stars tapi kami nak merasa jugak menaiki cruise. En Bos bagitau aku sebelum ini....tak payahlah membazir duit naik cruise tu. Hmmm....as a traveller kita kena mencuba segala benda cik abe. Boleh dikatakan kebanyakan negara yg aku dah jejak....memang aku tak lepaskan peluang menaiki cruise. Lepas tu sebaik turun dari cruise....dia bisik kat aku...memang bestlah naik cruise ni. Hmmm... tulah.


A Symphony of Lights

It is a daily loght and sound show in Hong Kong. It is the world's largest permanent light and sound show according to the Guinness World Record.





 nampak tak pancaran laser dari bangunan ini. Ia akan pancarkan ke bangunan di seberang laut sana. Kami di dalam cruise ini lebih kurang 45 minit sahaja. Then kami bergerak balik. Ikutkan tak larat nak ikut jalan tadi...tapi memang we have no choice.


 melalui bridge ini untuk singgah di McD untuk beli ice cream huhuhu. Next destinasi kami ialah ke Ladies Market.


Direction to Ladies Market

By MTR : MTR Wan Chai - MTR Admiralty - MTR Mongkok and exit B2 or B3


Sebaik kami sampai di Ladies Market. Fuhhhh macam waktu siang. Sebabnya diterangi oleh bangunan sekeliling yang bercahaya. Memang happening tempat ni. Nak cari barangan branded pun ada dijual di sini. Tujuan kami nak cari souvenirs lagi. Hari tu masa gi Temple Market, banyak jugak barangan yang tak sempat beli sebab kepenatan masa tu. 

Kat sini lagi banyak choice tapi agak mahal sedikit berbanding Temple Market. Contoh : kat Temple Market boleh dapat 15 FM for HK$100 tapi di Ladies Market hanya dapat 13 FM for HK$100....itupun setelah puas bergaduh hehehe. Piring hiasan aku beli di sini...itupun tak berapa cantik. Menyesal aku tak beli di Peak Tram hari tu....lebih byk choice dan cantik2 belaka. Harga pun lebih kurang. 



 malam masa ni tapi terang benderang dengan cahaya lampu yg meriah.


 suasana di Ladies Market....sebijik macam Petaling Street juga.






 tengoklah muka aku yg comot tu, Masa ni dah habis letih dan kaki pun sakit giler. Mood shopping ada tapi disebabkan kaki dah sakit main amik ajer yg mana berkenan. Tak kuasa nak pilih memilih. Muka masing2 dah keletihan dan nak cepat balik.


Kami balik turun di MTR Jordon station. Sebaik sampai apartment, masing2 ke bilik dan terus tidur dan takda mood nak makan. Aku duk sibuk mengurut kaki yang sakit. Tetiba En Bos kata dia lapar. So, malam tu kami makan maggie ajer....tu ajer yg express. 

Pendapat aku, hari ini ni ialah hari yg paling penat berbanding hari2 yang lain. Ibarat penat yang menghilangkan mood makan...padahal perut kelaparan. Katil lebih best daripada nasi beriyani maksud aku...heheheh.

Esok pula apakah aktiviti kami??? En Bos ternganga tengok orang main casino....di manakah kami??? Tunggu next entry.


p/s - masih kepenatan berpindah. 





9 comments:

tintamerah_blogspot.com said...

next time klu pegi HK nak jgk cuba naik cruise tu..=)

Dekat The Peak rasanya souvenirs sana lagi cantik2 n murah sikit banding ladies market..

Anonymous said...

leez...saya salah sorang silent reader tu...knowing u through catscafe..mana ntah dia tu lama tak update blog...hehe..nice blog..suka baca je tambah ilmu berjalan....baca blog u dari bujang sampai sekarang..
moga diberi kesihatan yang baik..masyp

Muhammad Has1deen said...

Hong Kong Mu tunggu aku datang.......memang ladies market tak de dalam list hendak di tuju....thanks for info

Leez M. Saaid said...

norharyani,

wajib naik cruise di sini...kena try

yelah...kat the peak lagi cantik souvenir dan cantik2 belaka. Rugi tak beli hari tu...kelam kabut punya pasal.

Leez M. Saaid said...

Anony -

thanks baca blog saya. Bgtaulah nama sapa hehe.
Oh yea....teruskan baca blog saya yea walaupun saya hanya sempat update seminggu sekali...maklumlah sejak dah kawin ni sibuk memanjang.

Leez M. Saaid said...

muhammad has1deen,

boleh jer pergi kalau nak tengok camana....hehehe

arysha_fayyadh said...

Assalam kak leez,
iols suka baca
iols suka komen
sangat3 sokaaaaaaaaaa he3

arysha_fayyadh said...

Assalam kak leez,
kurang ajor betui cina tua itu yer akak
xgheti jawab cakap jer la xtu yer dak :P

Leez M. Saaid said...

Ary,

Hahaha...rajin tul komen sampai 2-3 dalam satu entry...i likeeee.


Org HK ni mmg complicated...susah nak faham attitude dorang.