Salam semua.
Bersambung lagi....last part dah ni.
Alhamdulillah kenyang sudah our lunch di rumah mertua Idris. Masa ni jam menunjukkan pukul 4 petang. Apalagi jomlah kita pulang ke pangkal jalan. Cukup-cukuplah tu acara makan-makan. Selagi kami tak balik KL...selagi tu lah acara kami penuh dengan aktiviti makan-makan di Pulau Temasik ini. Yelah kami ni ramai sedara mara di sini. My mum di lahirkan di sana. Tu pun rumah mak sedara dia kami tak pergi pun...huhuhu.
Balik kami ikut Tuas 2nd Link. Sebabnya aku nak singgah Johor Premium Outlet. Baru first time nak singgah....kesian kannnn. Sebaik sampai di JPO dah pukul 5 petang......hmmmm dah petang sangat. Jom kita tengok apa yg aku borong di sini. Huhuhuhu
Eye On Malaysia.....eh silapppp!! Ni kat Singapore lah hehehe
sempat snap bangunan ni di sepanjang jalan nak balik melalui Tuas. Tapi tak sempat nak singgah sebab kesuntukan masa.
Hari ahad jalan tak jem pun...smooth ajer.
Akhirnya kami sampai di sini ....Johor Premium Outlet. Masa ni dah jam 5 petang.
Bawak my mum gi lepak kat cafe dalam bangunan ni...belikan dia coffee and bread. Then belikan my nephew makanan juga di sini...daddy dia yg jaga. So, aku dan my sis in law Lya memulakan langkah menjelajah dari satu kedai ke kedai yang lain.
Pengalaman aku mengunjungi beberapa factory outlet di overseas....hmmmm nak tau apa bezanya?? Buildings sama jer....parking banyak pun sama....terletak di luar dari kotaraya pun sama. Cuma yg tak sama ialah...........
Ramai? lengang tak ramai orang...tapi kalau di overseas orang ramai macam ulat taik. Masing-masing memegang paper beg. Start pagi buta dah penuh parking dan tourist berbondong-bondong. Kat sini....i can see makcik-makcik yg datang dari luar bandar meramaikan suasana tapi satu apa pun tak beli. Sejujurnya aku cakap....tempat ni tak sesuai utk makcik-makcik. Mahal. Tak nampak pun tourist di sini.
Harga?.....branded stuff yg terkenal masih mahal walaupun barangannya outdated. Cuma brand yg so-so ajer yg harga murah dan affordable kepada rakyat Malaysia.
Choices?...not much of choices utk setiap brand. Cth : brand Ralph Lauren.....alahai sikit ajer barangannya especially for kids. Kalau di Bichester Village UK....ya ampunnn kita bisa pengsan tengok mcm2 choice utk kids...dan sangat cantik.
aku terserempak dengan beberapa orang local artist yg sedang bershopping di butik Burberry. Yeappp....memang dorang betul2 shopping. Menteri pun aku ada nampak.
serombongan mat rempit berbaju selekeh aku nampak kuar masuk dari satu kedai ke kedai lain....tapi tak beli apa2 pun..hmmmm.
Aku sempat beli baju kerja brand Flow dengan potongan harga 50% setiap satu...oklah tu. And berbaloi lah jugak.
Baru shopping di tingkat atas tetiba my bro call tanya bila nak habis ni.....kita dah nak balik KL. My nephew pun dah start bising sebab tak tidur lagi. Hmmmm....camno ni...belum sempat pi tingkat bawah pun. Even banyak lagi butik yg aku tak sempat masuk. Rasanya baru 50% aku teroka...then my bro dah bising suh balik. Masa ni tengah bayar baju di butik Cotton-On. Butik Coach pun tak jumpa lagi ni.
Gap Outlet yg tak best......baju mcm hampeh
Akhirnya dengan gundah gulana.....kami berdua pun beredar dari situ. Masa ni dah jam 7 malam. Jom kita balik....lain kali kita datang lagi....shoppinglah sampai pengsan hahahahaha. So, kesimpulannya aku hanya sempat teroka JPO ini hanya 50% sahaja. Banyak lagi butik lain yg kami tak masuk....sedih kannn. Kalau lah aku sorang.....sampai malam pun aku tak kisah nak stay hehehehe.
Then, kami pun meneruskan perjalanan balik ke KL. Sampai KL lebih kurang jam 11 malam. Ada jem sikit di area Seremban. Gitulah catatan perjalanan raya kami di JB dan Singapore.
p/s - mood malas
2 comments:
syok jalan2
mahal dan tak banyak pilihan ye Leez...tak syok lah kan
Post a Comment