Ads

September 14, 2012

Jalan-jalan Raya @ JB & Singapore - Part 2


Bersambung lagi kisah jalan-jalan raya di Singapore pulak.
Pagi tu di rumah Jai di Mutiara Rini kami dah bersiap untuk menyeberangi Tambak Johor menuju ke Singapore. Pagi tu tuan rumah telah menjamu kami sarapan nasi goreng dan roti canai. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak to Jai and family. 

Jami 11 pagi jugak baru keluar. Kali ni plan nak masuk Singapore melalui CIQ....selalunya ikut Tuas 2nd Link ajer. Sebabnya aku nak singgah HSBC JB sat. Entah apa malang nasib aku tu...saving card kena telan...errrkkkk. Kat JB plak tu...haishhh. Then....pi tukar duit pulak. Dah mahal duit Singapore sekarang ni hmmm. Masuk imigresen Singapore punyalah panjang.....sampaikan anak buah aku mengamuk2 dalam kereta ...biasalah budak kecik. Then...nak buat autopass card lagi sebab kereta my bro tu baru first time masuk Singapore. 

Lebih kurang jam 2.30 petang jugak kami sampai rumah my uncle di Ulu Pandan Ghim Moh Road. Perut pun dah lapar balik. My uncle  menjamu kami makan lontong dan sambal goreng Singapore yang sangat sedappppp. Alamakkk....pasai apa aku boleh terlupa nak snap gambar hahahaha. Gitulahhhh kalau dah jumpa makanan. Lepak lama jugak di sini sebab menunggu my cousin Ilal yang duk Taman Aman Larkin tu sampai. Kami plan ramai-ramai gi wedding di Bedok pulak. 


bergambar di rumah Jai di Mutiara Rini. 

terima kasih banyak-banyak pada Jai and Ijal atas layanan yang tip top. Biasanya kalau turun JB memang kami duk rumah dia ajer.

Moh kita ke Singapore. Wajib pakai Navigator GPS.....kalau tak nanti sesat barat makan angin percuma di Singapore hahaha

Alhamdulillah dah sampai. Bosan lama sangat di immigresen Singapore. Kalau lalu 2nd Link lebih mudah dan cepat. 

Di sebabkan terlupa snap pic di rumah my uncle....aku tunjukkan gambar wedding plak. Pink colour ni nampak sweet ajer suasana majlis ni. Ia diadakan di dewan komuniti di Bedok. Makanan yang disediakan ialah Nasi Beriani as usual di sini. Dessert di sini memang sedap-sedap belaka dan banyak sangat choice. Itulah keistimewaan wedding di sini. Tapi aku snap pakai hp ajer......gambar blur.

Masa ni lebih kurang jam 6 petang...majlis pun dah nak selesai. Kat luar ada disediakan studio photo shoot utk para tetamu dengan pelbagai aksi. Kami sampai lambat....dah close sessi photo shoot tu.

pelamin pun nampak sweet and cute......

Next kami pergi beraya rumah my cousin plak di Bukit Batok Ave 6. Cantik rumah Kak Siti dan Abg Saini. Kami dijamukan dengan pasta goreng dan cake yg sedap2 belaka...Kak Siti buat sendiri. Nanti nak minta resipi lah hehehe. Kak Siti yg pakai tudung putih sebelah my mum. 

Next ada lagi sebuah rumah nak berkunjung ....iaitu rumah my cousin jugak Abg Ijat di Jurung West. Kat sini makan kueh ajer....cukuplah....aku dah tak larat nak makan ni. Kenyang sangat wohhhhh.

Kat Singapore ni aku kira enjoy makan kueh raya. Sebabnya....sedap-sedap belaka especially tart nenas bunga yg tradisional tu. Boleh dikatakan semua rumah di Singapore ada tart nenas bunga dan makmur. Samalah......rumah ku wajib ada tart nenas bunga dan makmur.

Next rumah ialah rumah Abg Sham yang terletak di Beduk Reservoir Road. Malam tu kami stay di sini. Kenyang dah tak larat nak makan. Kak Ani menjamu kami mee goreng seafood. Lepas mandi...kami lepak, berborak dan tengok tv jap. Tetibaaa......... my cousin sorang lagi, Idris called...Jom pekena Sup Tulang Merah. Waduhhhh...apa lagi jommmmm!!!!

Kami naik satu kereta ajer. My mum tak ikut sebab dah lewat malam sangat. Masa ni jam 12 tengah malam. Budak kecik si Zarief tu tak tidur lagi. Hmmmm...kena angkut dia jugak lah jawabnya. Biasanya kami suka makan sup tulang merah di Beach Road tetapi dah lewat malam dah tutup pun. Akhinrya Idris bawak kami makan di Bukit Timah...Restoran Al-Azhar. Masa tengah makan....ny nephew yayak lah pulakkk. Mummy dia lupa bawak pampers...ayohhhhh.

Okay lah...sedap jugak sup tulang di sini. Tapi tetap tak leh lawan kat Beach Road tu huhuhu. 

Then....malam masih muda ahakssss. Destinasi kami seterusnya ialah gi Mustafar Centre hehehe. Gilosss ke apa shopping malam buta ni. Gitulah kami setiap kali gi Singapore....wajib gi Mustafar yg bukak 24 jam. Beli pampers utk budak kecik tu. Aku sempat borong 3 botol perfume. Cukuplah utk stok masa ni...hahaha. Jam 3 pagi kami beredar dari sini. Yang kelakarnya....my nephew dah buat perangai masa ni. Dia siap berbaring atas lantai tempat ni.....sebab dah penat sangat kot. Mengantuk pun iyeaaa.

Balik rumah Abg Sham....kebabommmmm ketiduran kami dibuatnya. Esok pagi bangun lewattttt. Sambung next entry plak yea.

p/s - hari terakhir puasa sunat Syawal.....fuhhhh.


6 comments:

~Beb~ said...

memanggil2 sungguh sup tulang merah nuh.. agegegegegege!

Alin Marlini said...

seronok beraya kat Singapore kak..

Peminat Singapore said...

Leez, lain kali kalau gi bukit batok singgahlah rumah kite....

Leez M. Saaid said...


Beb -

hehehe...sedapkan. Saya masih teringat2 sup tulang merah ni huhuhu

Leez M. Saaid said...


Alin -

Memang seronok sebab macam2 makanan ada di sana. Nyum nyummmmm

Leez M. Saaid said...


Peminat Singapore -

Hai peminat...hehehe.
Ok Insya Allah.....lain kali sy dtg sana sy singgah yea. Kita contact2 lah.....

email me : syarliz@hotmail.com