Hari ketiga kami di bumi Sumatera Utara. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk terus berkelana. Pagi tu selepas Suboh aku terus mandi dan bersiap-siap untuk breakfast di cafe hotel. Dah janji dengan Pak Rizal nak bertolak pada jam 7.30 pagi dan semestinya kami breakfast jam 7.00 pagi. Kesejukan yang amat pagi tu....sehingga bercakap pun keluar asap hehehe. Feeling oversea yea tuan-tuan dan puan-puan. Rate hotel kami memang termasuk dengan breakfast sekali.
Makanan yang dihidangkan adalah cara buffet. Di antaranya ialah nasi goreng, meehoon goreng, ayam goreng, bubur nasi, keropok, kueh mueh dan buah-buahan. Hmmm...makanan di sini biasa-biasa ajer....x berapa sedap di tekak kami. Tapi kami tetaplah menjamah sedikit untuk mengalas perut pagi tu.
masih memakai jacket pagi tu...menahan kesejukan
lepas breakfast...wajiblah kami bergambar di luar hotel. Semalam masa sampai waktu malam...so tak cantik jika bergambar.
for me this hotel oklah untuk tidur satu malam. Nak kata best sangat...hmmmm lagi best Niagara Hotel tu hehehe.
swimming pool pun ada uolsss tetapi cuaca sejuk di sini larat ke korang nak berendam di dalam pool ni. Sedangkan kat Parapat yg kurang sejuk berbanding di Berastagi pun kami kesejukan mandi pool...apa tah lagi yang sejuk menggigil ini. Ohhh tidakkkkkkk!!!!
bilik-bilik di hotel ini terletak di luar bangunan.....so memang kena naik buggy
ini ialah permandangan di hadapan hotel. Suasana di sini pada waktu pagi memang segar bugar..... permandangan padang kehijauan sungguh mendamaikan. Tetapi pada waktu malam agak bising sikit dengan bunyi kereta di jalanraya depan tu. Hmmmm...bila dah penat sangat.....terus tidur tak sedar diri hehehe.
sebelum pulang.....sekali lagi posing di sini...feeling main golf lettiewwwww :p
ok guys!! jom kita check-out. Dah tak sabar rasanya nak bershopping di Medan pulak.
pada frame gambar di belakang aku ni mungkin owner hotel ini. Aku kurang pasti siapa ownernya.
mesti korang tertunggu-tunggu nak tengok mobil Pak Rizal. Yelahhh....mukanya dah keluar di sini....bila lagi nak tunjukkan mobilnya. Tadaaaaaaaa........ inilah mobil Pak Rizal khas untuk tontonan korang semua. Mobil dia mantap dan dihias cantik uolsss. Interior design mobil ni cantik siap dihias dengan langsir, alas dashboard warna merah dan tinted gitiewwwww. Ok kami sangat berpuashati dengan kondisi mobil innova ini.
Lebih kurang jam 8.00 pagi kami berangkat keluar dari Berastagi ini dan maneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke bandar Medan. Memang kami plan nak ronda-ronda bandar Medan on our last day trip. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila dah keluar di awal pagi.....kurang macet kata Pak Rizal. Kalau lambat sikit memang sangat macet di sini. Yelah jalan raya di sini boleh dilalui sebuah kereta sahaja untuk sehala. Selalunya orang Medan akan berlibur di Berastagi pada hujung minggu. Masa kami balik ni ialah hari Ahad.
Masa dalam perjalanan tu....Pak Rizal dah janji nak bawak kami singgah di ladang strawberi. Then, dia berhenti di satu tempat ni....alamakkk masih awal pagi.... belum bukak lagilah. Lagipun kami lihat pokok-pokok strawberi tu mcm togel ajer...takda buah. Sebabnya...pada cuti tahun baru minggu lepasnya ramai sangat tamu yang berlibur di sini. Makanya...buah strawberi banyak yang sudah kehabisan dipetik oleh tamu-tamu tersebut. Waduhhhhhhh pakkkk....frust plak aku. Hmmmm...ok takpalah apa susah....kat Cameron Highland pun melambak strawberi kan hehehe. Tapi orang kata buah strawberi di sini sangat manis berbanding di tempat kita tu. Uwakkkkkkkkk...melopehhh ahkak dik non!!!!!
ini ialah kebun pokok bunga yang tumbuh subur di sini...
nak balik ke Medan jalannya agak menurun seperti di Cameron Highland jugak...berliku-liku. Masa ni aku dah pening.....tutup mata aku terus terlena.
masih ada kereta di jalan raya. Kalau macet.....jalan ni boleh sampai tak bergerak langsung. Fuhhhh lega gak ...sebab kami memang mengejar masa nak balik ke Medan. Flight kami balik ke KL petang tu jugak
Alhamdulillah selamat sampai di bandar Medan. Pak Rizal bawak kami gi membeli juice buah-buahan pulak. Dia kata di Medan ni memang terkenal dengan perusahaan juice buah-buahan tempatan seperti nama-nama di dalam gambar atas ni. Kami pun ok ajer.....kita singgah sini dulu.
Sila lihat gambar di atas....inilah di antara juice-juice yang aku kata tu. Kalau nak minum...kena tambah dengan air sikit sebab dah manis. Kami diberi peluang untuk mencuba setiap perisa di atas. Mula-mula cuba satu perisa...ohhhh sedap....ok nak beli yg ini. Then cuba lagi perisa yg lain...ohhh sedap jugak...ok nak beli yang itu. Akhirnya setelah aku dah rasa 5 perisa....aku terus membeli kesemua perisa tersebut. Ya ampunnn pompuan ni....ganas betul semua dia nak beli....hahahahah. Nanti kalau aku rasa perisa yg keenam mesti aku nak beli jugak. " Ok sudahhhhh!!!! mbak, terus dibungkus semua botol-botol 5 perisa ni " tergelak mbak tu hehehe.
Jujur aku cakap......memang sedap tidak terkata. Untuk pengetahuan semua...juice ini sangat original tanpa bahan pengawet. Sebab itu rasanya sangat sedap....betul-betul rasa buah yang sebenar. Memang highly recommended. Rugi kalau sesapa tak membeli di tempat ini. Nanti suruh Pak Rizal bawakkan uols ke sini. Dengan satu syarat....juice ini mesti disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.
rakus betul minah ni....sampai 5 botol dia beli hehehe. Ada perisa durian belanda, markisa, terung belanda, kuinin dan limau kasturi. Sedappp gilossss!!!!
jangan risau yea. Kesemua juice ini dipack dengan cantik...siap ada kotak sekali.
Destinasi seterusnya ialah membeli kek lapis legit dan bika ambon keluaran Zulaikha yang sangat terkenal di Medan ini. Satu yang pasti....ini ialah perusahaan Muslim. So, better kita gi tempat yg dijamin halal dan selamat. Kalau nak rasa yg bangsa Cina Indonesia buat pun ada banyak di sini. Jalan Majapahit ini memang terkenal dengan tempat jualan kek lapis legit dan bika ambon. Melambak-lambak kedai yang meniaga di sini. Kami tetapi memilih di Zulaikha.
kami posing dulu sebelum masuk ke dalam kedai kek ini. Ya Allah punyalah banyak kereta di sini....semuanya bawak tamu untuk membeli di sini. Tapi yg peliknya di kedai lain tidaklah seramai di sini.
masuk ajer dah nampak signboard di dalam ni...No Camera please!!! Hmmm....ada mak kisah??? Heheheh. Si paparazi bernama Azim telah berjaya menyelinap masuk dengan mambawa camera secara sorok-sorok. Akhirnya...beberapa keping gambar telah berjaya dia snap....syabas untuk anda. Anda memang hebat Ajim!!!!! Mekasih yea.....eden cilok pic hang ajer.
manusia punyalah ramai di sini. Nak membeli pun sampai berebut-rebut. Kalau sesapa terlambat...alamat tak dapat ler. Itupun aku sempat sambar-menyambar yang mana terdaya. Sib baik sales assistant di sini membantu aku mendapatkan kek lapis dan bika ambon ini. Bila dah masak ajer....dorang letak kat depan kaunter...terus kena sambar....gitulah suasana di sini. Sales assistant tu kata.....baking banyak kali pun tetap habis. Wahhhh lumayan bisnesnya pak!!!!!
tengoklah tangan-tangan kami penuh dengan segala jenis kek. Alhamdulillah selesai sudah aksi sambar-menyambar di sini...letih ahkak tau!!!!! Aku beli banyak untuk bagi ole2 kepada family, teman terdekat dan teman di office.
mesti korang nak tau camana lah rupa bika ambon ni. Lihat gambar di atas....inilah Bika Ambon. Mekasih encik google...aku cilok ajer kat situ hehehe.
gambar di atas ni pulak ialah Kek Lapis Legit. Ada bermacam2 perisa seperti cheese, rasberry, coklat dan mcm2 lagi. Harganya? Alamak aku lupalah....aku bayar ajer masa tu...malas nak pikir-pikir.
Ok uolssss.....sampai di sini dulu. Esok aku sambung lagi entry seterusnya. Mungkin entry terakhir kot. Hmmmm.....banyak nya aku nak buat. Walaupun trip ini hanya 3 hari 2 malam tetapi sangat padat dengan macam-macam agenda. Anyway, i like it and sangat berpuashati.
p/s - beban kerja di opis bertambah.....tolonggggggg!!!!
9 comments:
kak...sedap air tu..pekat likat..bestnyer sejuk kat sana
best ek medan ni? bersih.. sejuk.. teringin plak nak pergi
bestnya tgk u shopping.. tempat pun menarik.. sejuk gitu, tak payah pergi jauh2..
Alin-
mmg sgt sedap air tu....pekat dan kena tambah air sikit.
Marsha -
For medan mmg best dan sangat enjoy trip ini.
Apalagi...pi lah booking flight hehe
Yanti -
hehehe...ni baru sikit shopping..ada lagi tu.
Tempat ni mmg menarik.
Berastagi mmg sejuk best.
Scenery seakan-akan Cameron Highland...banyak tempat shopping dan sejuk. Yang penting sediakan uwang nya banyak2 supaya banyak barang boleg dibawak balik...betul tak Leez ?
kak leez,
ape2pun...sy nak puji tudung warna hitam belang harimau tu mmg cantik..sy terbekenan pulak...
sedap ke jus tu??tak minum minum lagi ni beli tu ada dalam peti lagik.haha
Post a Comment