Perasan tak gambar yang aku letak pada entry sebelum ni....aku ada tanya kat mana ni??? Taraaaaaa......sila lihat gambar di atas. Di sinilah tempatnya. Gambar yang hari tu diambil dari belah atas gunung dan gambar yang diatas ni ialah gambar di belah bawah. Masa ni kami dah sampai di daerah Desa Tongging. Lawak tak namanya??? Memang lawak sebabnya kalau nak sampai di sini anda semua kena tongging. Muahahaha. Yelahhh....bila kita sudah berada di atas....dan nak turun ke bawah...mestilah kena tonggingkan!!!! Sebab tu namanya Desa Tongging. Itulah yang diceritakan oleh Pak Rizal.
Permandangan ketika hendak turun ke bawah ni memang sangat cantik. Memang rasa seperti berada di oversealah. Eh....bukan ke ni kat oversea? Apabila apabila kami tiba di bawah di tepi danau tu....Subhanallah cantiknya tempat ni. Cuaca pun sejuk dan nyaman. Boleh nampak air danau ni kebiru-biruan. Menurut kata Pak Rizal, dikatakan di sini paras air di dalam danau ni paling tinggi iaitu sampai ke paras 1,000 meter. Wahhh....lebih tinggi daripada KLCC. Selain daripada itu, ada juga aktiviti menaiki boat di sini. Di sini juga ada hotel untuk menginap.
Kenapa yea Pak Rizal beriya-iya nak bawak kami ke Desa Tongging ni? Apa yang best di sini selain daripada keindahan danau ini? Ingat tak pada entry sebelum ni aku ada bgtau Pak Rizal suggest kami makan tengahari di tempat best. Nahhhh...di sinilah tempatnya. Di Desa Tongging ini terkenal dengan ikan mas. Ikan mas? Pelik jugak kan sebab kat Mesia orang tak makan ikan mas...tapi orang bela ikan mas dijadikan ikan hiasan. Tetapi di sini....orang bela dan makan ikan mas tersebut. Aku tau pasal ikan ni pun daripada mbak tukang urut aku kat Jari Spa tu...dia memang orang Medan. Dia kata....kakak cuba makan ikan mas kat Danau Toba sana. So, bila sampai sana,....Pak Rizal pun suggest benda yang sama. Maka wajiblah kami mencubanya. Betul tak? Alang-alang dah sampai dari jauh.....rugi kalau tidak mencuba sesuatu yang baru. Gitiewwww lah.
terpegun seketika bila sampai tempat ni. Boleh makan dan lepak-lepak tepi danau. Makan bersila uolssss!!!
Subhanallah cantiknya...sejuk dan nyaman.
tengok tu....Azim siap turun padang menyaksikan saat2 ikan mas dan ikan nila ditangkap dari sangkar ikan ini. Ikan mas dan ikan nila memang menjadi ikan ternakan di sini. Aku tengok dari jauh ajer sambil merakamkan gambar ini.
di saat ikan nila ditangkap hidup-hidup. Freshh uolssss!!!
rupa ikan nila di dalam sangkar. Kami mintak 3 ekor ikan nila. Ikan nila ni kami ada makan masa kat rest Istana Minang di Parapat.
ni pulak ikan mas. Memang warnanya seperti emas tetapi bentuknya tak sama dengan ikan mas yang kita bela di rumah. Ikan yang paling besar boleh mencapai berat 15 kg. Perghhhhhh...!!!!
ikan mas dan ikan nila yang dibela di sini ialah spesis ikan air tawar. Nak tau camana rasanya? Tunggu dimasak dulu yea.
2 ekor ikan nila di bakar dan seekor lagi kami suruh goreng ajer.
adik ni sedang menyiang ikan mas. Pak Rizal kata ikan mas sedap digoreng ajer....tak sedap kalau dibakar kerana isinya agak lembut.
perkara wajib ialah......posing mengabadikan diri di tepi danau yg indah ini.
kami berempat di tepi danau.....sambil menunggu ikan yang telah ditangkap tadi dipanggang dan digoreng.
Duduk bersimpuh ada gaya gadis pemalu Izzah Ombak Rindu tak?? :p Perut tengah lapar ketika ini...yelah dah dekat pukul 2.30 petang uolsss!!! Apalagi....sambil duduk bersila kami berbual, berborak, bergossip, berngobrol dan paling best bergelak-ketawa. Hidup tanpa gelak ketawa memang tak lengkap rasanya. Muahahaha. Rupanya...selain daripada gambar kami bertiga diambil secara curi-curi.....petikan video pun ada juga. Siapa punya kerja ni??? Cubalah fikir sendiri...kalau 4 orang tadi ditolak dengan 3 orang ini...siapa yang tinggal? Orang itulah punya kerja. Haissssshhhhhhh paparazzi sungguh. Malam tu di hotel kami tengok semula video tu....ketawa bagai pecah perut muahahahahah!!!!! Opssss...ngak bisa dipamer di sini dong!!!!
tu diaaaa. Ini ialah ikan mas goreng. Sisiknya tak payah dibuang. Memang garing dan sedap. Cumanya tak dapat merasai isi ikan yang sebenar sebab ikan ni digoreng terlalu garing. Pulak tu ikan mas ni agak kecil skit. Kalau amik yang besar sikit....mungkin lebih sedap rasanya.
ini pulak ikan nila yang telah dibakar. Sedap dan lazat. Ikan ini dicicah dengan kicap cili dan bawang.
ikan nila yang telah digoreng. Sedappp!!!!
selain daripada ikan-ikan tersebut...kami juga order sayur kangkung belacan dan sayur terung masak sambal.
bergambar dulu sebelum makan. Tengok tu Pak Azim dah tak sabar-sabar.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah. Habis licin isi ikan-ikan ini. Sedap meratah ikan cicah kicap dan cili. Cumanya cili tu tak berapa pedas, Untuk pengetahuan semua, kami telah disaji dengan nasi beras merah.....bagus nasi ni sebab kurang kanji. Healthy food sangat!!! Total harga food ialah Rp280,000 (RM98.00). Hmmm...mahal gak.
Selesai sudah makan tengahari...perut pun dah kenyang. So, kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ini Pak Rizal patah balik jalan tadi naik semula ke atas...tempat dimana yang aku kata gambar cantik tu. Ooooo...kami turun tadi semata-mata nak makan ikan mas....oklah tu experience kan. Kalau dah namanya traveller haruslah meneroka segala ceruk sudut tempat ..... betul tak? Lebih kurang 5 km jugak turun ke bawah tadi tu. Sepertimana aku bgtau tadi....permandangan di sini sangat cantik dengan kehijauan pohon-pohon di lereng gunung dan juga air danau yang kebiru-biruan. Aku macam terfikir jugak....kenapa pokok-pokok di sini tumbuh jarang-jarang dan agak tersusun berbanding di kawasan lain. Mungkin faktor cuaca dan kesuburan tanah di sini.
Then, destinasi seterusnya ialah Air Terjun Sipiso-piso. Apa yang istimewa tentang air terjun disini? Kenapa namanya macam tu? Amboi.....banyak pulak tanya minah ni? Hehehehe.
Air Terjun Sipiso Piso berada di sekitar tepi Danau Toba bahagian utara dengan ketinggian lebih kurang 800 meter dari permukaan laut (dpl) dan dikelilingi oleh bukit yang hijau karana ditumbuhi hutan pinus. Ketinggian air terjun ini berkisar 120 meter sehingga dinobatkan sebagai air terjun tertinggi di Indonesia.
Nama Sipiso-piso berasal dari piso yang ertinya pisau. Derasnya air-air yang berjatuhan dari bukit berketinggian di atas seratus meter ini diumpamakan layaknya berbilah-bilah pisau yang tajam. Selain itu, jurang yang curam jika dilihat dari puncak bukit membuat orang setempat menyebutnya piso dari Tanah Karo.
hala ke kiri menuju ke Desa Tongging yang makan ikan mas tadi dan hala ke kanan ialah ke Air Terjun Sipiso-piso
permandangan yang jelas untuk melihat air terjun yang paling tinggi di Indonesia ini. Kat bawah tu ada jalan anak tangga jika nak turun ke bawah. Ohhh....tidak!! Aku boleh turun tapi aku tak bisa naik semula. Pengsan kat situ terus nanti!!!
aikkk main nyorok-nyorok belakang Nani plak. Itulah tips untuk nampak kurus!!! Ahakkssss
korang terfikir tak keunikan air terjun ini? Air terjun ini datang dari celah batu gunung itu...dan bukan dari belah atas. So terfikir tak camana air itu berada di dalam batu gunung ini? Sapa pandai....boleh explain kat aku tak? Itulah kekuasaan Allah kan.
Subhanallah cantikkan Danau Toba ni. Spot ini katanya adalah yang paling cantik jika dibandingkan di tempat lain. Syukur pada Allah akhirnya aku sampai ke sini dan sangat mengkagumi bumi ciptaan Allah.
tempat aku bergambar ini bersebelahan ajer dengan tempat air terjun sipiso-piso tu.
tetiba aku pelik ramai kata tak best gi Medan-Lake Toba-Berastagi. Hmmmm.....jangan dengar cakap orang. Kita kena jejak dulu tempat ini dan sendirilah nilai best atau tidak. Jujur cakap....aku kata SANGAT BEST!! Korang yang belum pergi dan tengok gambar-gambar yg aku pamerkan ni....sure kata best kan!!! Hahhhh...jangan tipu!!!!
ok dah sakan mengambil gambar danau....jom kita minum-minum dulu.
makanan istimewa di sini ialah pisang goreng panas. Memang sedap dan manis!!! Lagi sedap jika diselangi dengan minum teh botol....aummmmm!!!!!
di mana-mana ceruk daerah Indonesia...teh botol ni mesti ada. Mesti kaya raya tokeh teh botol ni kan!!!
Dah kenyang makan pisang goreng.....kami sambung lagi perjalanan. Pak Rizal kata ada lagi satu jam nak sampai Berastagi. Kalau boleh kami tak nak sampai malam.....sebab nak singgah ke Pasar Buah jugak hari ni. Ayohhhhhh......makin lama makin teruk jalan di sini. Lubang sana sini.....sesak nafas aku dalam kereta. Salah satu sebabnya ialah di sini tiada longkang...so bila hujan turun.. air tu akan bertakung di tengah jalan raya dan menyebabkan hakisan pada jalan tersebut dan terus berlobang. Pulak tu lori banyak di sini.....makanya bertambahlah besar lubang-lubang tersebut.
Jalan menuju ke Berastagi ni memang buat kita terhoyong hayang tetapi permandangan nya pulak aku suka. Di sepanjang jalan banyak betul kebun sayur-sayuran dan ladang buah-buahan. Di antara buah yang kami nampak sangat banyak dijual di tepi jalan ialah buah limau madu. Sedap dan manis giler. Boleh dikatakan disepanjang jalan memang penuh orang meniaga limau madu ni. Orang yang memunggah sayur-sayuran masuk dalam lori pun banyak di sepanjang jalan ni. Aku nampak sayur lobak dan kobis banyak di sini. Tanah di sini subur untuk penanaman sayur, buah dan bunga. Macam kat Cameron Highland jugak.
ladang limau memang bersepah-sepah dan anda boleh turun dan petik sendiri (Rp10,000) Tapi kami tak turun pun sebab nak mengejar masa. Gambar ni pun tak berapa menarik sebab diambil dari dalam kereta. Mekasih Pak Azim....dia yang snap ni.
tetiba.............nampak benda ni. Apa ni? Sendiri mau ingatlah....takkan nak suruh aku explain panjang lebar plak kan. Hehehehe.....bersepah-sepah orang meniaga benda ni. Zaman dulu orang kata...haiwan ni hidup bersepah-sepah di tepi jalan. Tapi sekarang ni tak lagi sebab kerajaan Indonesia sudah bagi amaran.....mesti bela dalam kandang.
berhenti di sebuah masjid di daerah Kobanjahe untuk solat jamak sebentar
sambil tu aku sempat snap rumah-rumah orang sini. Boleh dikatakan semua rumah ada parabola. Rumah mereka nampak agak naif tapi ada parabola...kelassssssssssss!!!!
Ok aku stop dulu...sambung lagi nanti. Panjang jugak entry ni.....penat aku menaip. Next entry ialah di Berastagi pulak. Apa yang best di sini? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
p/s - terpaksa tunda trip ke USS atas faktor ibuku tak berapa sihat.
5 comments:
ikan emas goreng? kalau tak tau itu ikan emas mgkin bedal jgk..hehehe...sisik dia nmpk cam sedap je klu kunyah, mesti rangup.
tak benti ke beli limau?
masa naik van tu kan ada rasa cam nak muntah ke sbb jalan lopak2?
Wau sedapnya ikan mas dan nila tu...harap this year akan sampai ke Medan jugak...hehehehe
fatt -
yea betul ni ikan emas...tak bukan yg ikanemas yg kita bela kat rumah tu. Mmg sedap bila digoreng tapi....make sure jgn goreng terlalu garing....hilang nikmat rasa ikan tu.
kami x berhenti beli limau sebab plan nak beli kat pasar buah ajer.
Pening gak masa jalan pusing2 tu....tapi taklah sampai muntah. Aku nak hilang pening.....kena ngunyah something...baru ok.
tina -
yess....i rekemen u pergi tenmpat ni...sangat cantik dan makan yg sedap2 especially ikan yg fresh itu.
hai izzah..u jangan pukul i occay..i belum kawen lagik..
Post a Comment