Ads

September 24, 2011

Raya Lagi .....


Sambung lagi kisah raya yang tak sempat aku nak upload di sini.


Gambar ini semasa aku pi beraya ke rumah my cousin Abg Udin dan Aivy di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Sebelum tu pi beraya ke rumah sorang lagi cousin Abg Lutfi di Pantai Dalam tetapi aku tak sempat lah pulak nak mensnapping..hehehe.


Juadah yang di sediakan di Shah Alam tu ialah nasi impit dimakan dengan kuah lodeh, sambal tumis udang dan rendang ayam. Sedap tuan rumah masak...terima kasih banyak-banyak. Lepas tu terus heading to Bangi rumah sedaraku juga Kak Bedah. Pun aku lupa nak snap gambar. Bila perut dah kenyang, badan dah letih dan mata dah ngantuk....segala-galanya malas kan. Nak kuarkan camera dari beg pun malas......teruk betul aku ni ahaksss. Juadah kami pada hari itu ialah Nasi Arab Saba' dan laksa Penang. Sedappppp nasi arab tu.....yummy!!!! (menyesal aku tak amik gambar)


anak sapor lah ni??

ni pun sama...anak saporlah ni



masa ni kat umah Aivy di Shah Alam



sakan kami bergambar




masa ni barulah nampak ayah Aivy yang baru balik berjalan. Ayahnya ialah sepupu ayahku.



----------------------------------------------------------------





Gambar-gambar ni pula semasa tetamu datang beraya ke rumah ku. Ramai sungguh yang datang...sehinggakan aku tak sempat nak snap semua gambar. Ni pun gambar-gambar yang aku sempat snap ajer. Kalau tak ....aku kat dapur ajer kerjanya.


Juadah ketika ini ialah Nasi Tomato masakan bondaku. Sehingga menjilat jiwa semua orang makan...sedapppp. Habis seperiuk besar nasi ketika tu....Alhamdulillah rezeki orang yang datang beraya. Juadah lain yang bondaku masak di hari lain ialah Soto, Mee Udang, Nasi Beriani, Nasi Arab dan Mee Goreng.




Pakcik Mat (sepupu arwah ayahku) dan abg Lutfi



tetamu sedang menjamu selera nasi tomato



tetamu seterusnya.....mak sedara dari Klang dan cousin2 aku




mak aku dan birasnya -Mak Besar dari Klang



tetamu dari Singapore...Ilal and family cousinku



next - tetamu-tetamu rakanku yang datang beraya ke rumah.






No comments: