Bersambung lagi beraya bersama kawan-kawan part 2. Dah lama rasanya aku tak buat open house. Actually ni bukan open house yang gempak2....just kecil-kecilan sahaja. Aku jemput pun teman-teman rapat dan teman-teman yang baru kenal. Teman-teman yang dah lama aku tak jumpa aku tak jemput pun. Next time yea kawan-kawan. Tu pun opismate aku jemput beberapa kerat sahaja....yg agak close dengan aku. Alhamdulillah kebanyakan yang aku jemput...dapat menghadirkan diri. Yang tak hadir tu....takpalah next time kita jumpa lagi.
Kepada yang aku tak jemput tu....jangan pulak ada yang terkecil hati. Sebabnya.....kekadang tu terlepas pandang. Aku plan buat majlis ni 2 hari sebelum tu....just imagine. Tu pun ada yang aku invite pakai sms ajer.....terima kasih ada yg masih sudi nak mai. Aku buat belah malam...sebab aku tau siang semua orang sibuk dengan jemputan open house yang banyak.
Kali ni kami menjamu nasi tomato, rendang & lemang, laksa penang dan spaghettie bolognese. Alhamdulillah makanan cukup untuk tetamu. Harap korang enjoy memakannya. Bondaku memang teror masak.....so ramai yang memuji masakannya hari tu. Eh tetiba aku mcm teringat kat laksa penang bondaku....laparrrrr!!!! (overnya!!!)


ni pulak teman sepejabat Abg Joha (kanan sekali), Qayroll, Nuek & family (teman sepejabat) dan Kak Rose and family. Thanks uolsssss....terharu sebab sudi menghadirkan diri.
Sehingga jam 12 malam barulah tetamu semua pulang. Alhamdulillah.....puas dan sangat berterima kasih dengan kehadiran teman2 sekalian. Buat kecik2 pun rasa penat semacam. Next time ada rezeki lebih nak jemput ramai sikit heheheh.....especially my blog reader. Cepat angkat tangan.....ada sesapa nak beraya ke rumahku. Huhuhuu.
Ok tukar topik pulak. Aku nak citer pasal boyfriend tak jadi aku tu.....yang aku duk sedih tak habis2 tu. Aku dapat berita from someone....dengarnya dia dah kahwin masa cuti Hari Mesia hari tu. Ketika tu aku berada di Penang bercuti. Hmmm....dah jodoh dia kan. Mak ok ajer!! Sebabnya mak pun dah lama lupakan dia....ahaksss.
Cuma yang aku nak highlight kat sini. Dengar citer anak2 dia tak berapa suka mak tiri tu..huhuhu. Aku ada follow twitter anak2 dia....siap kutuk2 mak tiri tu. Mak tiri requested dorang as daughter dalam FB.....dorang siap gelak2kan lagi tu. Tu yang aku baca dalam twitter. Hmmm.....what goes around...comes around. Tulah....dia duk kata aku tak layak jadi isterinya sebab aku cintakan orang lain. Siap suruh aku berkahwin dengan lelaki lain. Sekarang ni tengok sendiri....anak sendiri tak leh terima isteri baru dia. Allah lebih mengetahui hati dan perasaan anak2 dia. Satu lagi...kita jangan ada sikap bangga diri dengan pangkat dan pandang orang kerana pangkat.....tak bahagia pun. Hmmmm........
Hikmah Allah yang aku dapat di sini. Ada sebab kenapa aku takda jodoh dengan dia. Kalau aku kahwin dengan dia....mungkin aku menerima nasib yang sama dengan isteri baru dia tu....tidak disukai oleh anak2 tiri. Yelah dorang masih ada ibu kandung....mestilah serba sedikit susah untuk menerima ibu tiri baru. Habis tu...dah bapaknya kaki perempuan sana sini. Tak pasal2 anak kena tempiasnya...sian budak2 tu.
Sekarang ni aku dah happy dengan life aku. Aku ada family yang memahami diri aku dan aku boleh selalu bersama family aku. Aku ada teman2 yang sentiasa mendampingiku di kala susah dan senang. Kalau aku kahwin dengan dia....aku akan kehilangan kesemua ini. Aku kena duduk jauh dari mereka. Ohhhh syukur sangat Ya Allah......aku bersyukur dengan hikmah dari segala dugaan perit yang aku alami tempohari. Sekarang aku bisa tersenyum dan tertawa....ahaksssss. Kalau kamu baca blog ini.......silakan baca lagi.....mak ok ajer!!!!!
2 comments:
Jelesnya...next raya, I musti pegi rumah leez. Sedap betul nampak semua makanan tu...
Rozita -
Boleh Insya Allah. I akan jemput my blog reader and blogger yg rajin singgah my blog.
Post a Comment