Ads

December 6, 2012

Day 4 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu




Hari ke-4....di bumi Terengganu. Hari ini itinerary kami ialah shopping di Pasar Payang. Sebenarnya aku dah pun shopping ke sini sebelum tu. Sajer...tengok2 dulu....survey harga dulu. Then kali ke-2 pergi...boleh terus rembat. Konon tak nak shopping sgt. Tapi akhirnya aku tetap membeli mcm orang tak sedar diri. Sepasang kain batik cripe, 7 pasang baju kaftan dan mcm2 lagi lah. Susah jugak nak mintak kurang dengan peniaga di sini. Kerek pun ada. Maklumlah aku dtg sana tak pandai kecek ganu...depa letak harga cukup2 punya. Tutup mata bayar ajerlah. Menyampah!!!

Aku jugak borong keropok kering di sini. Wajib beli kalau dtg ke Ganu. Kopok lekor dah order kat BTB...so tak payah beli di pasar ni. Beli jugak serunding daging kiriman ibuku. Penuh kereta bos dengan brg2 yg aku shopping...hehehehe. Jujur cakap memang sangat cantik batik2 yg dijual di sini. Jadi rambang mata dan jatuh cinta hokay. Tapi harganyaa....kussss semangat. Kena bawak ribu riban nak shopping banyak batik di sini. Okay jom tengok gambar.


 kat tingkat bawah ada banyak jualan keropok dan brg2 makanan lain

 kebanyakan peniaga di sini adalah kaum wanita

 perghhh.....pilih jangan tak pilih

 aku perhatikan yg meniaga kain batik di sini sangat banyak....di luar pasar ada dan di dalam pasar pun ada. Baguslah org ganu pandai bisness.

 nak yg murah ada...dan yg mahal pun ada melambak

 kami diberi masa 2 jam utk bershopping.....lepak kejap menunggu bas datang

 setia bersama kak zila....

 masa ni dah lunch hour....kami makan tengahri di restoran Adeq Ikan Bakar kepunyaan pemain bola Hairudidn Omar atau Hai-O ...captain pasukan ATM.

 i tak rela digossipkan wokay hahahaha. Hai-O ni memang tak fotogenik langsung...tapi kalau tengok dia face to face bisa menggetarkan jantung tu ahakssss (gatai tul minah ni). Makanan yg dijamukan sangat sedap hokay. Kami makan ikan bakar dan pelbagai lauk ganu yg lain. Restoran ni dibuka malam sahaja. Tetapi disebabkan makanan ini ditaja oleh beliau.....dia buka lunch hour.

 lepas makan...dapat pulak makan buah-buahan...juga ditaja hokay. Sedap dan manis buah rambutan dan dukong tu. 

terima kasih daun keladi kepada Hai-O.....memang terbaik makan di sini. Sedap sangat!!!

Then...kami bergerak pulak ke Komplek Kraf Noor Arfa Batik......

 kami ditunjukkan camana nak buat batik....aku sempat beli baju blouse batik di sini...cantik dan lembut kainnya

 sebelum balik...mari kita bergambar dulu. Aku takda masa ni sebab gi toilet huhuhu

 malam yg ditunggukan....dinner, lucky draw dan persembahan staff

 datang awal...bersemangat waja...padahal berdebar nak naik pentas

 staff baru kena dera dulu....depa wat persembahan tarian .....sangat terhibur dan pandai depa menari

 aduhai lawak nya pengantik lelaki tu.....terbahak2 aku ketawa tgk lakonan dorang

 ini plak lakonan Ombak Rindu.....lawak hokay

 ni plak lakonan jugak......Deel Anjer tetap meletop dan paling popular hahahaha

 group aku buat boria dan menyanyi...tak payahlah aku tunjuk gambar aku berboria...buat malu ajer. Sebabbnyaa....group kami dapat nombor corot sekali hahahaha.

kena perli...aikkkk dah kalah tapi sakan bergambar...hahahah yg penting sporting hokayy!!!



itu sahaja aktiviti kami di hari ke-4 staff day opis aku. Nanti free aku tunjukkan pula hari ke-5 kami di sini. Lepas tu aku buat entry my trip to Padang dan Bukittinggi.


p/s - sapa nak joint outdoor activity leh contact aku kay.


December 4, 2012

Day 3 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu



Salam semua.
Entah bila lah nak habis entry terengganu ni....sebabnya banyak sangat. Aku berada di sana sampai 5 hari...jadi ceritanya pun banyak nak ditayangkan di sini. So, aku cut short ajer lah. Aku tunjukkan mana yang penting ajer. Ada lagi satu percutian aku yg belum tunjuk lagi. Kena habiskan cerita terengganu dulu kay.

Hari ke 3 aku di bumi Kuala Terengganu. Pagi selepas breakfast kami bertiga bergerak ke Masjid Kristal, Tamam Tamadun Islam untuk sesi lawatan. Pagi tu kami juga dijamukan dengan hidangan sarapan pagi yang ditaja oleh TTI. Katanya nasi dagang di sini sangat sedap. So, aku sajer nak rasa jugak walaupun dah kenyang masa ni. Hmmm.....tetapi tak leh lawan nasi dagang di Hotel Tanjung Vista. Masa ni teman-teman pejabat aku yg menaiki bas dah sampai. Maka bermulalah staff day kami hari pertama di Kuala Terenngganu. Okay...masa utk berjimba pulak. Sebelum ni 2 hari masa utk bekerja.

Lawatan kami di Taman Tamadun Islam merangkumi lawatan ke Masjid Kristal, menaiki cruise dan melawat monumen masjid terkenal di seluruh dunia. Semuanya ditaja oleh Taman Tamadun Islam. Terima kasih banyak-banyak.


cuaca mendung ketika ini...seperti nak hujan ajer

hidangan sarapan kami ditaja oleh TTI...makan mengadap laut.

sebaik sampai....aku terus merasa nasi dagang yg sedap diperkatakan....hmmmm biasa2 ajer sebenarnya

cantik juga panorama di sini semasa nak naik cruise menyusuri lautan di sepanjang bandar KT

tu dia dah nampak masjid Kristal sayup- sayup di hujung sana

cantik dan menakjubkan

ketika berada di dalam cruise......okay pengalaman yg seronok

bersama teman baik...Kak Rosecun yg sentiasa cun huhuhuhu

sebaik habis turun dari cruise...kami bersiap untuk melawat monumen masjid pulak

naik tram semasa lawatan ke monumen....penat jugak kalau nak jalan kaki...sebab agak besar tempat ni

lupalah masjid di mana ni....rasanya masjid di Brunei....

monumen Taj Mahal

masa ni hampir nak hujan lebat......kami stuck di dalam studio monumen masjidil haram...hujan turun selebat-lebatnya

kami bergambar beramai2

tengahari balik semula ke hotel untuk berehat. Then jam 3.30 petang kami bergerak pula ke pantai Hotel Primula utk acara telematch.....oren gitiewwww

group aku utk telematch...hahahaha tetiba aku tgk aku yg terlebih semangat kesukanan.....tapi tetap kalah hahahah...baru selesai acara bowling buah kelapa

acara terompah gergasi...aku tak masuk

here we are............................telematch

malam after maghrib pulak....acara bbq dinner dan pertandingan karaoke

tema kami malam tu ialah "Batik Glamour"

bersama teman2 di meja aku

salah seornag peserta karaoke Deel Anjer....hahahahah drag hoiiii

bersama Deel anjer yg sangat sporting.....seksi you auwwwww



ok sekian sahaja acara utk hari pertama staff day kami. Nanti aku sambung pulak utk acara hari kedua hokayyy. Jumpa lagi...tata titi tutu..................



p/s - menghitung hari ...huhuhuhu


November 28, 2012

Day 2 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu


Salam semua.
Bersambung lagi coretan percutian aku di Kuala Terengganu. Masuk hari ke-2 aku di bumi Ganu. Aktiviti kami ialah mempromosikan majalah Iman di radio RTM Terengganu. First experience berada di konti radio....hooooo. Slot ini hanya setengah jam sahaja. Tetamu di konti ialah editor dan seorang ustaz dari Kusza.....membincangkan topik rezeki. Ok kejap ajer di sini...then kami gi lunch di satu restoran makanan terengganu....biasa2 ajer rasanya.

Then.....bos kata...kita balik hotel dan merehatkan diri dulu. Pastu dia ajak makan ikan celup tepung lagi ...huhuhuhu. Aku ok ajer sebab aku memang suka ikan dan seafood. Kali ni kami makan di Seberang Takir pulak....oklah rasanya.


pool di hotel tanjung vista...kecik ajer

melepak di lobi hotel.....sambil berposing uolssss

ketika ini di konti radio RTM Terengganu......sejukkk sangat dalam ni

DJ yg baru ajer kerja....entah lupa nama dia apa heheheh. Sempat jeling kat aku...dia kata nevessss...aikkkkk

petang tu singgah dulu di tempat buat keropok lekor ini....booking dulu,....amik masa nak balik KL nanti. Keropok ini di BTB.....on the way ke airport

kopok di sini sangat sedap uolsssss.....sungguh

after melepak di hotel...turun balik bos ajak makan ikan celup tepung lagi...kali ni kami makan di Seberang Takir pulak.....ok sedap

ketam celup tepung uolsss...nyummm nyummm

mari kita makan....heppppsssss kevin sound aku amik gambar mcm ni....hehehe i makan ramai2 ...bukan sorang2 hokay

singgah pantai berposing plak.,...ntah tak tau apa nama pantai ni....bos yg bawak hehehe

air laut warna tak cantik....sebab nak dekat musim kemarau dah

best pantai ni utk menenangkan fikiran


ok....itu ajer aku nak cerita pada hari ke dua aku berada di KT. Padat sungguh schedule aku.. Tunggu hari ke 3 pulak.....bermulalah staff day kami. Kawan2 yg naik bas sampai pagi tu....tungguuuuuuuuuuuuu!!!!

p/s - demam dah seminggu tak kebah.... :(



November 23, 2012

Day 1 - Staff Day Trip to Kuala Terengganu



Salam semua.
Berjumpa lagi di arena alam maya. Dah seminggu jugak blog ini bersawang yea. Aku baru ajer baik dari demam virus yang dibawa dari Indonesia huhuhu. Untuk pengetahuan semua...aku baru ajer balik percutian dari Padang-Bukittinggi hari Isnin yang lepas. Balik ajer terus demam.....demam buka sikit2 punya. Demam virus yg membawa suhu ke 40.3C.....just imagine baru balik bercuti kena amik MC pulak. Balik bercuti bawak penyakit uolsss...ishhh ishhh apa lah aku ni. Memang aku ni jenis antibody sangat lemah...mudah sakit. 

Next timelah aku citer pasal percutian itu. Aku nak habiskan percutian di Terengganu dulu kay. Memang busy giler sampaikan susah sangat nak update blog. Maaf sangat2 pada pembaca semua. Ok....pasal percutian di Terengganu ni...sebenarnya percutian staff day sambil bekerja. Aku pergi awal 2 hari bersama rakan sekerja dan bos. Kami bertiga naik kereta bos gitieww. 

Kami stay di Hotel Tanjong Vista yang terletak di Kuala Terengganu. Hotel ini terletak di tengah bandar KT...oklah aku suka hotel ini. Sebabnya? Selesa....aircond sejuk (hehehe)...makan sedap (sungguh!!)....permandangan pantai dan bandar KT.


lobby di Hotel Tanjung Vista.

suasana di dalam bilik

kami sampai KT jam 3 petang. Lepas check-in berekat sekejap di bilik.....bos ajak keluar pekena ikan celup tepung. Okay ajer!!! Then...kami pi ke pantai Batu Rakit. Tempat ni memang aku dah biasa pergi.

semua ni kami makan bertiga okay. Ada ikan, udang, ketam, kopok lekur dan pisang goreng. Makan ni cicah dengan sambal pencicah yg sedap itiew. Aku minum air jagung parut.

Ikan fresh sedap....cuma area ni agak byk lalat sikit masa kami pergi tu. Total kami makan ialah RM35.00

Memang busy....malam tu kami ada dinner plak di Hotel Primula bersama-sama team Marketing cawangan Kuala Terengganu. 

Borak-borak sambil berbincang perkara-perkara yg berkaitan dengan kerja. Bagi aku food di sini...biasa ajer. Tak leh lawan food di Hotel Tanjung Vista yg sgt sedap. Malam tu ada live band jugak di sini

Sebenarnya dah kenyang masa ni sebab dah makan ikan celup tepung agak byk jugak. So, masa dinner ni aku just makan yg ringah2 ajer. Dapat diskaun price seorang RM38 untuk buffet dinner di sini.


Okay...habis cerita hari pertama di KT. Agak padat schedule aku masa ni. Overall...memang enjoy sebab...suasana yg lain....orang2 yg lain dan makanan yg lain....tidak seperti biasa di KL. Nanti sambung lagi.

p/s - pening banyak benda nak buat.....letih!!!




November 14, 2012

AWAY.............



Maaf sekali lagi. Aku tak sempat nak update blog panjang-panjang. Just nak bgtau i will be away from this Friday til Monday. Where to?
Dekat-dekat ajer.....

Doakan semoga aku selama pergi dan kembali ke tanahair tercinta.



Insya Allah nanti bulan Disember ada satu lagi trip....ni jauh skit.....baling-baling snow kiter!!!!


p/s - mood cuti dan jiwang ahaksss