Hari ke-4....di bumi Terengganu. Hari ini itinerary kami ialah shopping di Pasar Payang. Sebenarnya aku dah pun shopping ke sini sebelum tu. Sajer...tengok2 dulu....survey harga dulu. Then kali ke-2 pergi...boleh terus rembat. Konon tak nak shopping sgt. Tapi akhirnya aku tetap membeli mcm orang tak sedar diri. Sepasang kain batik cripe, 7 pasang baju kaftan dan mcm2 lagi lah. Susah jugak nak mintak kurang dengan peniaga di sini. Kerek pun ada. Maklumlah aku dtg sana tak pandai kecek ganu...depa letak harga cukup2 punya. Tutup mata bayar ajerlah. Menyampah!!!
Aku jugak borong keropok kering di sini. Wajib beli kalau dtg ke Ganu. Kopok lekor dah order kat BTB...so tak payah beli di pasar ni. Beli jugak serunding daging kiriman ibuku. Penuh kereta bos dengan brg2 yg aku shopping...hehehehe. Jujur cakap memang sangat cantik batik2 yg dijual di sini. Jadi rambang mata dan jatuh cinta hokay. Tapi harganyaa....kussss semangat. Kena bawak ribu riban nak shopping banyak batik di sini. Okay jom tengok gambar.
kat tingkat bawah ada banyak jualan keropok dan brg2 makanan lain
kebanyakan peniaga di sini adalah kaum wanita
perghhh.....pilih jangan tak pilih
aku perhatikan yg meniaga kain batik di sini sangat banyak....di luar pasar ada dan di dalam pasar pun ada. Baguslah org ganu pandai bisness.
nak yg murah ada...dan yg mahal pun ada melambak
kami diberi masa 2 jam utk bershopping.....lepak kejap menunggu bas datang
setia bersama kak zila....
masa ni dah lunch hour....kami makan tengahri di restoran Adeq Ikan Bakar kepunyaan pemain bola Hairudidn Omar atau Hai-O ...captain pasukan ATM.
i tak rela digossipkan wokay hahahaha. Hai-O ni memang tak fotogenik langsung...tapi kalau tengok dia face to face bisa menggetarkan jantung tu ahakssss (gatai tul minah ni). Makanan yg dijamukan sangat sedap hokay. Kami makan ikan bakar dan pelbagai lauk ganu yg lain. Restoran ni dibuka malam sahaja. Tetapi disebabkan makanan ini ditaja oleh beliau.....dia buka lunch hour.
lepas makan...dapat pulak makan buah-buahan...juga ditaja hokay. Sedap dan manis buah rambutan dan dukong tu.
terima kasih daun keladi kepada Hai-O.....memang terbaik makan di sini. Sedap sangat!!!
Then...kami bergerak pulak ke Komplek Kraf Noor Arfa Batik......
kami ditunjukkan camana nak buat batik....aku sempat beli baju blouse batik di sini...cantik dan lembut kainnya
sebelum balik...mari kita bergambar dulu. Aku takda masa ni sebab gi toilet huhuhu
malam yg ditunggukan....dinner, lucky draw dan persembahan staff
datang awal...bersemangat waja...padahal berdebar nak naik pentas
staff baru kena dera dulu....depa wat persembahan tarian .....sangat terhibur dan pandai depa menari
aduhai lawak nya pengantik lelaki tu.....terbahak2 aku ketawa tgk lakonan dorang
ini plak lakonan Ombak Rindu.....lawak hokay
ni plak lakonan jugak......Deel Anjer tetap meletop dan paling popular hahahaha
group aku buat boria dan menyanyi...tak payahlah aku tunjuk gambar aku berboria...buat malu ajer. Sebabbnyaa....group kami dapat nombor corot sekali hahahaha.
kena perli...aikkkk dah kalah tapi sakan bergambar...hahahah yg penting sporting hokayy!!!
itu sahaja aktiviti kami di hari ke-4 staff day opis aku. Nanti free aku tunjukkan pula hari ke-5 kami di sini. Lepas tu aku buat entry my trip to Padang dan Bukittinggi.
p/s - sapa nak joint outdoor activity leh contact aku kay.
9 comments:
hai ....leez cntik you pakai product korea ke?
hari ni je akak dah baca n3 bloggers tentang Terengganu ni 2 kali dah.. macam nak kena pegi je ni. hee
Leez kalo g trip pulau2 nk join leh tak
Leez kalo ada trip g pulau2 nk join leh ker
Saya orang Ganu pun susah nak tawar menawar kat pasar payang.huhuhu
Anony - sy cuma pakai BB cream nature republic product korea...
kak yan - ganu best....laut cantik, makan sedap...shopping batik best...cepat kak ke sana plak
anony - perkenalkan lah diri...camna i ajak u nanti kalau gi pulau
azima - mmg betul. Sgt susahnk minta kurang. Apalagi kami org luar ni. Sedih kan
Post a Comment