Ads

September 10, 2009

Blogging : " Medium Interaksi Atau Raih Populariti " ... petikan KOSMO hari ini


Blogging sudah menjadi trend dan semakin diminati pada masa kini. Bukan sahaja orang biasa malah para artis pun turut memiliki blog sendiri. Agak interesting kerana isu ini dipaparkan di dalam akhbar KOSMO hari ini (10hb Sept) dengan tajuk "Medium Interaksi Atau Raih Populariti".

Bagaimana pula pendapat anda sebagai blogger? Apa tujuan anda berblogging? Adakah sebagai medium interaksi atau nak mencari glamour atau populariti percuma dengan memaparkan kisah hidup anda di laman blog? Jawapan itu semua ada pada diri anda. Terpulang pada empunya blog itu sendiri.

Ada blogger yang menggunakan medium ini untuk menghentam, menghina dan mencaci orang yang dia dendam dan benci. But its not my style. Bila kita suka sangat menghentam orang di dalam blog serba sedikit ia mencerminkan keburukan diri sendiri. Orang yang membaca pun boleh agak what kind of person he/she is. Orang yang tidak mengenali kita, serba sedikit boleh menilai kita melalui cara kita menulis dan memberi pendapat. Biarlah cara kita menulis memberi impak yang positif kepada orang yang membaca dan kepada diri penulis blog itu sendiri. Jika ada masalah peribadi biarlah diselesaikan dengan cara tertutup dan bukan dengan cara terbuka dengan mengapi-api kan orang yang membaca blog kita. This is my personal view.

Ada yang mengkisahkan catatan peribadi apa yang dilakukan setiap hari seperti buat apa kat rumah, kat luar rumah, kat tempat kerja dan sebagainya. Ada juga menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi tentang catatan perjalanan melancong ke mana-mana. Pengalaman dan tips yang didapati boleh dikongsi bersama dengan pembaca blog yang lain. It is me....itu sebenarnya tujuan i berjinak-jinak dengan blogging world. When u love travelling, u also will love to share your experience with other people. Di samping kita dapat membantu orang, kita juga boleh mendapat kenalan yang juga mempunyai kesukaan travelling seperti kita.

Dengan berblogging juga kita boleh jadikan ia untuk berinteraksi, mendapat kenalan, berhubung dengan orang yang kita dah lama tak jumpa, berhubung dengan orang yang jauh dari kita dan juga sebagai medium dalam online business. Actually pendekatan berblogging ini bagus kepada mereka yang ingin menceburi dalam dunia perniagaan online. Sebagai contohnya, with this blog i dah cuba berniaga Crocs, kueh raya dan kek. Sambutan yang diterima sangat mengalakkan. It is very good medium actually. Di samping dapat mengenali my customer, i dapat juga mengenali siapa pembaca my blog. And buktinya, ada antara mereka telah pun menjadi teman baik yang sentiasa berhubung antara satu sama lain. I'm happy with this situation.

Satu lagi tidak dilupakan, blog ini banyak membantu anda semua mengetahui tempat-tempat makan menarik yang anda belum pernah mencuba. Tak salah kalau kita berkongsi dengan pembaca blog kita dan di samping mempromosikan tempat-tempat makan tersebut. Promosi percuma tempat makan menarik. Kalau sedap makanannya tidak salah kalau kita berkongsi dan recommend pada pembaca blog kita. Sesekali buat amal percuma apa salahnya kan.

Banyak peristiwa dan pengalaman manis sebenarnya semenjak i berkecimpung dengan dunia baru ini. Kesimpulannya, with this blogging banyak kebaikan yang kita perolehi. Tempias mendapat populariti pun ada juga sikit di mana ada yang mula kenal kita melalui blog. Tetapi itu bukan tujuan utama untuk mendapat publisiti atau populariti percuma. Kalau kita ni artis, ya mungkin. Blogging membantu meraih populariti artis itu dan dapat mengenali peminat dengan lebih dekat.

Tetapi ada benda juga yang perlu kita cover. Tidak semua benda kita boleh paparkan di sini. Seolah-olah privasi kita dah hilang. Personal thing yang boleh menyebab kita bermasam muka dengan sesiapa, seboleh-bolehnya elakkan untuk diluahkan di sini. Kalau kita marah sangat dengan orang, mengadulah dengan Allah. Bukan dengan mengadu pada manusia yang boleh mengkucar-kacirkan lagi keadaan. Kita dalam kesusahan, Allah akan tolong kita Insya Allah.






September 9, 2009

Dua Sahabat Baik ......!!!!



Dua orang sahabat baik dah macam adik-beradik. Yang baju biru belah kanan tu my nephew, Danish dan yang baju kuning tu my neighbour's daughter, Hanis. Both of them, setiap hari memang dibawah jagaan my mum. Hari-hari bersama.... makan bersama...mandi bersama....main2 bersama....tidur bersama dan bergaduh pun bersama gak..hehehe.

Kalau nak bagi apa-apa benda, tak boleh beli satu...mesti ada dua...nanti bergaduh berebut-rebut. Beza umur mereka hanya setahun sahaja. Yang si kakak tu kuat merajuk dan tak suka bermain kasar-kasar. Yang si adik pulak agak lasak sikit...suka ajak main bergumpal-gumpal dengan si kakak. Tu lah yang kadang-kadang kakak cepat tersentap kalau kena belasah dengan si adik. Pastu baik semula. Kalau salah seorang tak datang ke rumah i....yang sorang lagi rasa boring. Si adik duk tanya mana si kakak dan si kakak duk tanya mana si adik. There are close each other.

Tiap kali si kakak nak balik rumah dia dijemput oleh ibunya, mesti bersalam dulu dengan si adik dengan ucapan adik " Byeeeee kakak...byeeeeeeeeeee". Kalau misalnya dia tak sempat salam and say bye....si adik akan merajuk dan tertanya-tanya mana si kakak. Kalau dah salam baru dia puas hati. Heheheh...lawaklah bebudak ni.

Yang si adik kalau nak masuk my bilik mesti ajak kakak. Then, pandai naik atas my katil cari remote on aircond and main loncat-loncat atas katil. Amboiiiiiiiiii...habis selerak my cadar and bantal. Itulah kerja mereka setiap kali masuk dalam my bilik. Dah tak larat nak marah...apa dorang kisah. Then, bila tengok i tengah bersiap make-up nak gi kerja. Kedua-dua pun nak minta make-up gak. Sapu skit bedak kat pipi kedua-duanya...hmmm dah puashati cukuplah asalkan ada. Memang sangat-sangat terhibur dengan telatah mereka berdua ini.

Si adik pulak kalau tersentap kena marah dengan i...buat muka masam cepat-cepat pergi ke my mum mengadu "tokma, beat along!!!" ....pastu dia boleh cakap "ajuk...ajuk". Maknanya dia tengah merajuklah tu.....hahahahaha!!! ... i bantai gelak guling-guling tengok dia. Merajuk konon and mana ada orang merajuk siap bgtau...ajuk...ajuk.

Itulah telatah mereka berdua yang sangat menghiburkan hati i. Love both of them !!!

September 8, 2009

Persiapan Raya...

Decoration pada tahun lepas....simple aje

Ini pun decoration tahun lepas......chit chat area...


Persiapan raya this year sederhana sahaja. Perhiasan rumah tahun ini hanya tukar langsir sahaja. Yang lain masih yang lama. Masih boleh dipakai lagi. Itupun langsir tu beli masa gi Jakarta few months ago. Jahit sendiri aje...my mumlah jahit. Dah banyak leh save.

Selalunya every year baju raya for my family ikut tema colour. But for this year semuanya gaya bebas. Oppss silap...warna bebas. My baju pun 2 pasang aje coz ada lagi 2 pasang baju baru buat masa wedding my cousin before puasa hari tu. Kira baju baru lah tu. Padahal kain ela yang belum dijahit ada banyak dalam koleksi ku but my mum busy sokmo tak ada masa nak jahitkan. Kebanyakan koleksi kain ela tu beli di Jakarta juga. Borong sakan hari tu.

Kueh raya pun semua buat sendiri. Taukeh kueh kan...haruslah buat sendiri. Tahun-tahun lepas ada gak beli 1-2 jenis kueh kat member but this year i nak berjimat lah. Cake pun semua buat sendiri kecuali layer cake i tempah from my friend as u seen from previous entry in this blog. Normally kalau raya, my house memang meriah dengan cake...tak kiralah apa jenis cake. Mesti meriah punya. Ada choc cake, layer cake, carrot cake, sandwich cake, rainbow cake and fruit cake. So, sesapa nak merasa cake-cake tersebut silalah datang beraya ke rumah i yea. Ajak serius ni bukan main-main tau. This rasanya tak buat open house but i akan set date yang sesuai for my dearest friends beraya ke rumah i. I tak suka nak bercampur segala jenis kawan datang serentak coz nanti i tak terlayan. Insya Allah i akan pilih certain date for different groups of friends. Itu baru senang nak layan tetamu.

Actually, I am looking forward for my holiday after raya ni. Lagipun, i spent quite a lot for this holiday. That's why i put aside budget for raya tak banyak and rest of the money i need to spent for holiday. In total about RM10K nak spent for Europe trip ni. Itupun flight ticket RM2K dah bayar awal. Berpeluh ahkak oiiii!!!!. Eurostar train from London to Paris and Brussels to London dah pun booking. Alhamdulillah. Itupun dengan pertolongan jasa baik my dear friend yang kat London tu. Malaysian credit card not acceptable for this train. Macam hampeh kann!!!. Now, tengah pelan-pelan nak booking train from Paris to Swiss, Swiss to Amsterdam and Amsterdam to Brussels plak. From Swiss to Amsterdam we will take night train...13 hours tu. Pejam celik ada lagi 2 bulan i akan fly ke Europe. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan selamat semasa di sana. Insya Allah. Semoga perjalanan kami ini dilindungi Allah. Amin

Ehhh....nak citer pasal raya....tersasul ke holiday trip plak...sorryyy hahhh!!!!

September 6, 2009

Iftar @ Restoran Kampung Thai, Ampang Point




Berbuka puasa lagi di luar.
Kali ini berbuka di Restoran Kampung Thai, Ampang Point area. Berbuka bersama-sama dengan my old friend yang dah lama tak jumpa iaitu Laila dan teman-teman baru ku yang juga merupakan follower my blog, Buzu, Nadia dan teman mereka, Ina. All of them kebetulan juga adalah x-student kepada Laila semasa di UiTM. Laila merupakan lecturer di UiTM dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat PHD di UIA. Cayalahhh Laila. Proud with you my dear friend.

Sebetulnya i dengan Laila dah lama tak berjumpa sejak kami sama-sama bekerja di company lama NSTP. After 1 year i resign from that company, dia pun resign gak. After few years barulah she joint UiTM as full time lecturer. Jumpa balik di Facebook. Macamana kami semua boleh berjanji nak berbuka sama? Buzu ni i kenal melalui my blog ni and she added me kat her Facebook. Selalu gak bermessage kat my blog. Tgh dok bercomment kat FB, dua2 tegur i and both of them terkejut camana boleh sama-sama kenal i...kenal ke kat i ni???. Tanya punya tanya...rupanya i kenal Laila and Buzu pun kenal Laila. Apalagi after that, Buzu set a date for our berbuka puasa. Akhirnya di restoran inilah kami berjumpa dan bersua muka. What a small world kan. Thanks Facebook....with this medium i find my old friends yang dah lama menghilang and get to know new friends too.


all of us....from left : Ina, Laila, Buzu (back), Nadia and me
hebatkan makanan kami....sorry ye Buzu i know u're on diet....meriah kami makan masa ni

Tomyam...cair skitlah

siakap kukus... kat Thahara lagi best

kerabu mangga...boleh lah

sayur tauhu jepun
kueh teaw goreng.... boleh tahan

yang hijau tu kedondong asam boi...sedapppp

Lokasi restoran ini di kawasan Ampang Point berhadapan dengan Ampang Putri Medical Centre. Makanan di restoran ini for me pada tahap biasa aje. Bolehlah di makan but tak boleh lawan kesedapan di Thahara Seafood Restaurant kat Kg Pandan. Tomyam di sini agak cair skit. Siakap kukus pun biasa aje. Jangan terkejut harga makanan kami pada malam itu ialah RM167. Huhuhu...mahal nak mampus. Tak apalah...sesekali....maknanya memang hanya sekalilah tu. Baik i gi Thahara tu....murah dan berbalai-baloi.

Cik adik kita si Buzu tu is on diet and dia makan sedikit aje. Tak luak pun kueh teaw goreng tu. She totally losing weight after kerja keras berdiet and exercise. Good effort!!!. Nadia pun follower my blog and first time gak kami berjumpa. Kebetulan kami semua ni memang kaki travelling. Next time plan nak gi vacation sama-sama. Jangan lupa yea plan kita nanti. Insya Allah.

After dah kekenyangan, kami pun beransur keluar from that restoran and rupanya kamilah customer paling akhir...hehehe. Pastu i and Laila lepak lagi kat tepi parking and terus cari kedai makan berhampiran untuk chit chat sambil minum air aje. Macam-macam yg kami borak...maklumlah dah 10 tahun terpisah. Hinggalah jam 11.30 malam barulah i balik rumah. Thank you my dear friends....really nice knowing all of you. Raya nanti jangan lupa datang rumah i kay!!!

with Laila...

Laila....long time never see her
si comel lesung pipit Buzu....
Nadia...baru baik demam tak selera makan....sian dia kena high fever
Ina...Buzu's friend
decoration dalam restoran ini memang cantik
chicken wing BBQ and ikan bakar pun ada...



September 5, 2009

Bengang...Maybank oh Maybank....!!!!

Aduhh.....bengang betul semalam.

Semalam balik from office nak keluarkan duit kat Maybank. So, i singgahlah kat Petronas Taman Cempaka, Ampang...withdraw kat ATM tu aje. Sambil tu nak isi petrol sekali. At that time it was about 5.45 pm. I nak withdraw about RM1k. And tunggu punya tunggu duit tak keluar. Aduhhh...panik betul masa tu. When i checked the balance, my money has been deducted and yet i tak dapat duitnya. Tensionnyaaaaaaaaaa. It was RM1K tau...and its not RM100 or RM10. Menggigil badan dah masa tu.

Then, i pi tanya kat kaunter bayaran Petronas tu, "mesin ni rosak ke?" Depa cakap baru aje orang bank datang betulkan mesin ni tadi. Memang suwey betullah masa tu. Menyusahkan orang betul. I check again my balance kat machine tu....and confirm my money has been deducted. Terus tak jadi nak isi petrol. I blah dari situ and stop jap kat tepi and i make a call to Maybank customer service. Punyalah lambat nak pick up call....angin betul.

The customer service person in charge said tunggu lagi 1 hour mungkin automatically akan return my money back to my account. If tak ada juga...tunggu after 3 to 7 working days. Aduhhhhhh.....bengangnya. Menyusahkan lah Maybank ni. Sudahlah Monday cuti kat Selangor...on Tuesday barulah start kira working days. After one hour, Maybank called me bgtau duit tu tidak dimasukkan lagi. Then i asked them, guarantee ke my money can get back. They said yes. Hmmm...okay i want to see next week. If i tak dapat my money back, i know what to do.

Bulan puasa ni menguji kesabaran betullah. I still boleh bersabar coz benda ni berlaku mungkin masalah dengan ATM machine and ia bukan atas kecuaian kita. But yang i risau sangat how if i cant get back my money and they claim it is not their fault. I know they will check through my account and from the machine whether the balance sama ke tak. Mana lah tau masa duit tak keluar tu...person after me pun keluar duit and my money keluar sekali dgn that person's money. It happen okay. My friend pernah withdraw money for certain amount and yet money yang keluar more than what she requested. Apa lagi she just took the money and blah from there. Kebetulan masa i withdraw semalam tu nobody behind me. I will wait and see next week.

September 3, 2009

Tempahan Raya Kek Lapis



Kepada yang ingin menempah kek lapis untuk Hari Raya.


Kek Lapis
Flavour : Rempah, Masam manis, Chocolate, Horlick, Keladi, Cappocino dan Mocha
Size : 7" x 7"
Weight : Nearly 1 kg
Price : RM42



Latest order : 15th September or After Raya
Delivery : 17th, 18th & 19th September
Collection Point : Ampang, Pandan and KLCC



Contact me : 013-3305023 (Leez)
Email : syarliz.saaid@yahoo.com





Above from left : Mocha, Masam Manis, Keladi and Rempah
Below from left : Cappocino, Chocolate and Horlick

September 2, 2009

Kueh Raya....Tempahan Kek Lapis


Pejam celik tak terasa rupanya kita berpuasa nak dekat 2 minggu dah. Sekejap rasanya masa berlalu. Banyak sebenarnya kerja nak dibereskan sebelum menyambut Hari Raya tahun ni. Sibuk ke sana ke mari dengan jualan Crocs, tempahan kueh raya dan kek.

Tempahan untuk kueh raya dah start buat minggu ni. Minggu depan ramai dah booking date nak ambil tempahan yang dah siap. Mama sibuk buat kueh tart and i sibuk dengan choc chips dan moist choc cake. Choc cake belum start buat...nak dekat raya nanti barulah buat. Tetapi ada juga yang nak ambil awal untuk makan-makan sebelum raya. Untuk raya punya tempahan lain plak.

Setiap hati lepas berbuka memang busy selain menghantar kasut kepada customer, i sibuk beli bahan-bahan kueh yang sudah habis. Beli borong aje di kedai kek berhampiran. Tetapi kalau nak membeli quantiti yang sedikit singgah kat Tesco Ampang aje.



Lihat lah sebahagian tart nenas yang sudah disiapkan. Mama buat tart nenas belah siang dan belah malam pula i buat choc chips. Penat betullah. Udah ler kat opis sibuk dengan reportlah.. presentationlah...aduhhh bisa pengsan macam ni. Penat but i enjoy actually buat business macam ni. Orang kata penat pun tapi berbaloi.

Makin hampir lebaran ni, makin sedih pulaknya. Tahun ini beraya tanpa papa tersayang dah masuk tahun raya yang ke-5. Selalunya bila waktu berpuasa begini, arwah papalah orang yang paling sibuk sekali. Masih terngiang-ngiang arwah mengaji setiap kali lepas solat. Selalunya arwah katam cukup 30 juzuk Al-Quran dalam masa sebulan puasa. Kalau mama dah tak ada....aku akan beraya keseorangan nanti. Ahhh...sedihlah pulak. Tak nak citerlah nanti meleleh air mata ni.







Kepada yang ingin menempah kek lapis untuk Hari Raya.

1. Kek Lapis
Perisa : Rempah, Masam manis, Chocolate, Horlick, Keladi, Cappocino dan Mocha
Size : 7" x 7"
Berat : Hampir 1 kg
Harga : RM42

Latest order : 15th September & After Raya
Delivery : 17th, 18th & 19th September
Collection Point : Ampang dan Pandan


Contact me : 013-3305023 (Leez)