Salam semua.
Gigih nak menghabiskan entry India trip secepat yang mungkin sebelum Raya. Masih ada banyak lagi entry untuk dihabiskan. Baru hari ke-3...masih ada 5 hari lagi. Aduhai....sempat habis ke tak ni sebelum raya. Mungkin bulan puasa ni aku akan ambil cuti sikit untuk membuat tempahan cookies. Semoga di beri kesihatan yang baik untuk menyelesaikan segala tugasan hingga habis.
Masih lagi hari ke -3 di Kashmir.
Masih lagi perjalanan ke Sonamarg. Terasa lambat nak sampai. Sekali nampak signboard Welcome to Sonamarg...syukur. Untuk entry kali ini agak panjang dan gambar sangat banyak. Masa nak memilih gambar pun pening sebab semuanya cantik2 belaka. Sila nikmati keindahan sebenar Kashmir berdasarkan gambar-gambar di bawah.
Semasa di dalam van Mr Farooq ada bgtau pada aku bahawa nanti bila dah sampai ke destinasi kita akan naik pony hingga ke atas. Dia tidak akan follow kita hingga ke atas sebab ada guide lain akan tunggu kita di sana. Bayaran pony ride adalah termasuk di dalam pakej. Tetapi ada sesetengah ahli group yang tidak selesa untuk menaiki pony...memandangkan perjalanan ke atas agak jauh dan mengambil masa lama juga lebih kurang 4km menurut kata guide.
Sebelum itu, kita diberi pilihan untuk menyewa kasut boot yang mcm kasut "phua chu kang" sebanyak 100 rupees (RM6) seorang. Tetapi jika ada membawa kasut yang sesuai dengan salji adalah digalakkan. Kalau yang malas nak memberatkan beg luggage...sewa ajer di sini. Tapi jangan expect kasut tu vogue mcm kat Korea tu yea....ia hanyalah seperti sebuah kasut getah yg dipakai oleh peniaga2 di pasar tu.
Kemudian tetiba guide di sana memberi pilihan kepada kami sama ada hendak menaiki pony atau jeep. Tapi bayaran dikenakan jika menaiki jeep. Akhirnya semua setuju nak naik jeep. Bila fikir balik....bagus jugak sebab ia mudah, menyenangkan dan jimat masa.
yahoo dah sampai ke Sonamarg
aduhhhh cantiknya...tetiba aku jadi rindu dengan Kashmir.
Kiri dan kanan permandangan sangat cantik. Jika musim sejuk ketika snow lebat jalan ini ditutup sebab paras snow yang turun melebihi bumbung rumah. Biar betul.....
Van kami berhenti di sini dan masa nilah aku sibuk berurusan dengan guide di sini. Agak pening berurusan dengan mereka sebab semua orang nak bercakap dalam masa yang sama. Aku bertambah migraine dibuatnya. Aku tak layan orang lain...aku hanya dengar cakap guide ajer. Orang lain yg nak berurusan dengan aku...sorry aku tak layan. Inilah cabaran sebenar seorang tour leader. Cabaran melayan kerenah orang sana sebenarnya. Kita kena tegas dan jangan sampai mereka menipu kita. Kadang-kadang mereka suka ambil kesempatan atas pelancong. Sebab itu tour leader kena ambil peranan.
Masa ni sini agak mengambil masa juga kerana masa ni lah masing-masing nak ke toilet dan menyewa kasut sebelum menaiki jeep
Bila cuaca sejuk memang mudah terkucil. Tengoklah salji yang dah mengeras masih ada di atas bumbung toilet. Ini salah satu contoh yang aku bgtau tadi jika musim sejuk di sini...salji akan menutupi bumbung rumah. Ini salah satunya.
sementara menunggu yang lain pergi ke toilet aku tunggu di sini. Aku nampak ada golongan gypsy yang meminta sedekah di sini. Mr Farroq bgtau...mereka ni bukan penduduk asal Kashmir dan mereka datang ke sini untuk meminta sedekah. Tidak pasti sama ada mereka Muslim atau tidak.
Entahlah kesian tengok. Budak2 tu macam tak mandi jer dan tidak terurus.
kasut phua chu kang yang disewa....hehehe comel jer pakai kasut ni
kami menaiki jeep menuju ke puncak
masa ni permandangan fuhhhhh...cantik sangat.
Aku share kan sedikit video semasa menaiki jeep ke puncak Sonamarg.
subhanallah cantiknya......
Tak payah pergi Switzerland.....di sini pun dah setanding Switzerland dan New Zealand.
Untuk sampai ke Thajiwas Glasier ni wajib menaiki jeep atau pony
jeep yang kami naik.....boleh masuk 6-7 orang passengers.
bila semua dah naik ke atas....aku dan Mr Farooq yang paling last bergerak.
dalam perjalanan kami terserempak dengan tourist yang menaiki pony. Tapi jika anda menaiki pony ia akan berhenti di check point yang pertama sahaja....untuk naik ke atas lagi mengambil masa yang agak lama. Berbeza jika menaiki jeep......kita akan dibawa hingga ke atas...salji pun masih tebal.
Dari bawah tadi untuk naik ke atas adalah sejauh 4km.
dah nampak permandangan yang cantik macam ini. Memang tak rugi anda membayar RM4540 untuk melancong ke India...sebab segalanya berbaloi. Lupa tentang kerja seketika...lupa semuanya. Yang kita ingat ialah nak lapangkan fikiran melihat tempat-tempat cantik seperti ini.
Aduhai...saya jadi rindu dengan Kashmir. Rindu sangat!!!!
Ini ialah check point pertama di mana jika anda menaiki pony...anda akan berhenti di sini sahaja. Tapi kami naik jeep akan naik atas lagi...lebih privacy sebab tidak seramai di sini.
sebenarnya kan...tak sampai hati nak bagi pony ni membawa kami yang gebu gebas ni naik ke atas lagi.....agak-agaknya half way dia dah surrender...:)
ok dah cantik tempat ni....hanya kami sahaja yang berada di sini. Special tak? Kami tak nak berebut tempat dengan group lain.
jeep akan berhenti di tepi-tepi jalan belah kanan ini. Mereka akan tunggu kami sehingga habis bermain dengan salji.
tu dia....sampai ajer dah siap berlari-lari ke atas sana. Masa ni belum sempat bgtau untuk ambil group photo. Terpaksa panggil seorang demi seorang ke bawah.,
group photo untuk trip bulan April di bumi kashmir. Semuanya happy dapat main snow.
Happynya mereka. I like this photo bcoz so colourful.
inilah gelagat my darling bila pertama kali memegang snow. Kenangan terindah katanya. Happy punya pasal sampai dia terlupa isteri ada kat mana.
salji di sini agak tebal juga...jika kita pijak mungkin kaki kita akan masuk ke dalam. Kalau badan berat....pasti bertambah dalam hahaha.
walaupun matahari terpacak di atas....tapi kesejukan masih terasa. Sonamarg pada ketinggian 2800 meter di atas paras laut.
Sonamarg merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak di Lembah Kashmir dan di puncak Banjaran Himalaya. Memang sungguh menakjubkan. Cuba tengok gambar di belakang tu.....breathtaking and speechless.
kami hanya sempat menghabiskan masa sejam sahaja. Macam tak puas nak bermain salji di sini. tetapi memandangkan kami semua belum makan tengahari...semua jadi tak kisah. Tak makan pun takpa asalkan dapat bermain dengan salji. Jom tengok di bawah ni gelagat mereka bermain dengan salji.
salji dan gunung ganang menjadi saksi cinta kami...tu dia dah start romatika pulak dah...hahaha
kami tak naik ke atas sebab malas nak mendaki. Berposing di bawah ni pun dah okay kan.
geng-geng muda mudi naik mendaki ke atas....sungguh menakjubkan permandangan. Tengoklah gelagat mereka...happy sangat.
macam-macam gaya dan macam-macam gelagat. Mereka happy....kami pun turut happy.
group orang muda....memang happening
tu dia....siap posing tunjuk kasut lagi. Kat negara lain mana dapat kasut mcm ni posing atas snow. Hanya di India hokay!!!!
sapa kata gi India tak best??? Ni aku bagi bukti. Kalau dah terbang macam ni....terbukti India Kashmir memang terbaik dan best utk dilawati.
orang veteren posing kat belah bawah jer. Posing pun nampak ayu jer. Tengok tu Aunty As dah macam wanita Kashmir hehehehe....
rasa tak puas nak melihat keindahan di sini. Macam tak nak balik jer.
alahai comelnya Nani buat gaya macam tu hehehe.
Masa nak balik ni...Mr Farooq kata jom kita gerak sekarang sebab dah jam 3.30 petang sebab dah lebih masa lunch. Perut pun dah berkeroncong.
awek KB dan awek Penang berjumpa di India......menjadi satu family.
perjalanan turun ke bawah dengan menaiki jeep. Nampak geng berkuda baru nak naik atas.
Agaknya kalau kami naik kuda masa awal tadi mesti tak sampai lagi.
perjalanan masa turun ke bawah
Good bye Sonamarg...kita jumpa lagi bulan November ini InsyaAllah. My dearest snow.... please wait for me. I want to feel experience of snow falls in Sonamarg
perjalanan pulang....air sungai di Sind River ini masih deras. Sepanjang jalan kita dapat melihat keindahan sungai ini.
Macam mana agaknya permandangan di sini ketika musim sejuk
van kami berkonvoi
di atas puncak gunung bersalji dan di bawah derasan sungai mengalir
tidak jauh dari Sonamarg tadi kami singgah di satu perkampungan Kashmir. Di sini terdapat satu hotel yang baru dibuat cuma belum beroperasi sepenuhnya. Hanya tempahan makanan sahaja yang boleh tetapi tempahan bilik belum lagi. Jika ada sesiapa yang ingin bermalam di Sonamarg boleh stay di hotel ini. Nanti entry akan datang aku share pasal hotel ini.
Makanan yang disediakan ialah makanan Thai sebab tukang masaknya datang dari Thai. Sedapnya dapat makan tomyam. Yang kat atas belah kiri ni....sedap sangat tapi tak pasti dibuat macamana. Lauk byk sangat hinggakan tak reti nak makan yang mana satu.
The hotel manager ada datang berjumpa dengan aku bertanyakan tentang makanan di sini. So far memang sedap tapi kurang pedas jer. Ada kelainan sebab dah 3 hari pagi petang siang malam kami makan curry ajer...kali ni lain sikit tastenya.
sebahagian anli rombongan bergambar......kami dah kenyang dan ready nak gi masjid untuk solat pulak.
Dari hotel tadi berjalan kaki ke kampung sebelah ada masjid....untuk solat. Cantiknya....
sepatutnya boleh berjalan kaki masuk ke kampung ini tetapi ramai yg malas berjalan sebab dah kepenatan main salji dan kekenyangan makan...hehehhe. Inilah masjid yang kami solat. Agak daif jugak sebab kurang peruntukan. Jika ada duit lebih barulah mereka tambah buat sikit2. Kami ada buat tabungan jika ada sesiapa nak beri sumbangan ikhsan pada masjid ini.
beberapa rumah orang Kashmir yang sempat kami rakamkan
sempat singgah di rumah ini...bila nampak anak2 tuan ruma ni berkumpul di tepi pintu. Kami menghampiri mereka
En Bos sempat masuk ke dalam rumah mereka untuk menumpang buang air kecil.... dia kata sejuk giler memijak simen dapur ni. Camanalah kalau kita yang tak tahan sejuk ni. Menurut kata Mr Farooq....orang Kashmir di sini stay di sini 6 bulan sahaja pada musim bunga dan panas. Bila dah musim sejuk mereka berpindah ke tempat lain sebab snow sangat tebal di sini sehingga menutupi bumbung rumah. Anak2 mereka hanya sekolah 6 bulan sahaja dan 6 bulan mereka cuti sekolah.
gadis-gadis Kashmir berkumpul di anjung rumah.
sempat bergambar dengan anak-anak Kashmir yang cantik dan comel belaka. Mata hijau uolssss. Kak KC kononnya berangan nak dapat bf Kashmir...feeling dapat anak comel mcm ni. Baru jer pasang niat....dah terlepas bf baju merah tadi. Takpa kak....kena datang lagi ni nampaknya.
pipi merah, mata hijau, hidung mancung...sapa tak geram.
Masa nak balik naik van....aku ternampak seseorang tengah membahagikan candies kepada anak-anak Kashmir ni. Ingatkan wakil rakyat manalah tadi turun padang. Rupanya Aunty As hehehehe...dah mcm YB lah. Ada gaya tu.
seronok anak-anak Kashmir ni dapat makanan dari kami. Walaupun nilainya tak seberapa tetapi dengan kedatangan kami at least tetap menggembirakan hati mereka. Bila van kami sampai tadi....semua satu kampung keluar rumah menyambut kehadiran kami.
comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Teringat pulak si comel Shahida yang berlakon dalam cerita Bhajrangi Baijaan. Feeling Bollywood plak dah.
Mr Farooq (kiri) memanggil kami naik ke atas van sebab kita dah suntuk waktu sebab kalau boleh nak elak balik pada waktu malam.
permandangan perkampungan Kashmir on the way balik
dibelakang rumah mereka ada gunung bersalji. Bestkan kalau rumah kita macam ni....hmmm hanya mimpi dalam mimpi.
Paradise on earth
kalau mereka ada prasarana yang baik....tidka mustahil Kashmir menjadi tumpuan dunia.
jumpa balik sungai yang deras ini.....ohhhh tenangnya jiwa
dah sampai Srinagar. Mr Farooq bawa kami ke kedai saree yang lain pulak. Kedai ni agak mahal jugak. Bila orang tak nak beli barulah kelam kabut turun kan harga. Jangan main-main dengan pembeli Malaysia yea. Kami ada kuasa membeli....kalau kami rasa kain anda mahal dan tidak dapat harga yang berpatutan....sorrylah kami tak nak beli.
Bila dah turun harga barulah kami berminat nak membeli.
Di sini juga terdapat jualan souvenir buatan kraftangan orang Kashmir.
wahhhh dah siap menayang baju. Kurti buatan tangan orang Kashmir.
Rasanya entry ni penuh dengan gambar Aunty As dan Kak KC. Takpa....kasi mereka popular jap. Next entry kita popularkan orang lain yea.
ok habis sudah perjalanan kami pada hari ke 3 di bumi India dan hari kedua kami di Kashmir. Tidak puas bermain salji...esok ada lagi satu tempat salji yang akan kami pergi. Ada macam-macam kejadian menggelikan hati berlaku pada group kami. Nanti aku share next entry. Tungguuuuuuuuuuu.
Jika ada sesiapa nak join aku ke Kashmir bulan Nov ini...jangan lupa hubungi saya segera. Anda takkan dapat harga ini di mana-mana travel agent. Yang pasti anda akan puashati dengan service yang akan kami berdua berikan. Insya Allah.
p/s- Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak.
6 comments:
Pemandangan yg menarik dan boleh makan ala thai lagi. Nak kena merasa ke sana
salam Syarliz
I rasa ada pembetulan.
Sonamarg "pada ketinggian 2800 meter ATAS paras laut......bukan bawah paras laut.
very good entry.
yang benar
ikhlas n tak jauh
jadi sekolah diorang 6 bulan and cuti 6 bulan.. besnya kalau kerja cuti mcm tu.. huhu
Harrizam: wajib kene merasa ke Kashmir.
Mcm nak contact agen utk trip ke Kashmir?
As Salam. Mcm nak contact travel agent bkenaan. Sy plan nak buat trip mdaki bbrp gunung d Kashmir thn depa. My email roslandarus@gmail.com
Post a Comment