Ads

May 13, 2016

Day 1 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Jamia Mosque, India Gate & Welcom Hotel


Salam semua.
Bertemu kita kembali.
Selepas saya kembali dari India saya menerima pelbagai pertanyaan tentang pakej lawatan ke India ini. Ada yang berminat untuk join for next trip. Oleh yang demikian, saya membuka satu lagi trip pada bulan November ini. Ketika ini ialah penghujung musim luruh. Memang sesuai sangat masanya kita melancong ke sana. Salah satu sebab ialah pada ketika ini snow sedang turun dan dah nak masuk ke musim sejuk. So, kepada yang berminat untuk join trip saya boleh hubungi saya segera. Seat adalah terhad. Jika anda seorang traveller memang rugi sekiranya anda tidak memasukkan India sebagai salah satu wish list. Pelbagai macam cerita dan pengalaman boleh kita kongsi di sini. 

Ada yang bgtau saya...mereka lebih selesa pergi sendiri daripada mengikut travel agent. Terpulang pada citarasa masing2. Pada saya negara India berbeza dengan negara2 maju yang lain....lebih selamat dan lebih selesa jika anda ikut agent daripada pergi sendiri. Di sana banyak penipuan dan susah untuk bergerak ke mana2 jika tiada transport. Insya Allah saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ahli rombongan di bawah jagaan saya. Trip bulan April baru ini memang terbaik!!!!!


Date : 19-26 November
Musim : Hujung Luruh
Harga : RM4,540 (full board)
Deposit : RM500

ANDA BERPELUANG BERMAIN SALJI DI SONAMARG & GULMARG (KASHMIR)

Pakej Termasuk:
1. Flight Malindo (internatiional) dan Go India (domestik)
2. Hotel 3-4 star
3. Makanan halal
4. Semua pengangkutan dan bayaran masuk
5. Tips utk guide dan driver
6. Gondola di Gulmarg
7. Shikara di Dal Lake
8. Jeep di Sonamarg
9. Mineral water everyday

Tidak termasuk :
1.Travel insurance
2. Visa India
3. Extra luggage (max 20 kg)
4. Personal Expenses

Tour Leader: Syarliz & Saupi



Hubungi saya : 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com






Ok kita sambung lagi cerita hari pertama kami di India.
Selesai makan tengahari kami bergerak ke destinasi seterusnya. Masih lagi di Delhi. Aku nak cerita sedikit tentang Delhi. Delhi merupakan ibu negara India dan  bandar kedua kepadatan penduduk selepas Mumbai. Di sini juga merupakan pusat pentadbiran negara India.  Bilangan penduduk di sini ialah seramai 10 million. Menurut tour guide kami...suhu di sini paling rendah pernah mencecah -1C dan paling tinggi ialah 49C. Fuhhhhh....kiranya kami sampai ni dah dalam kategori cuaca panas walaupun ketika ini ialah bulan April.

Antara tempat yang kami singgah ialah Government Building, President Palace, Parliment House, Mahatma Memorial dan Red Fort. Semua tempat tu kami lalu ajer dan tidak turun bas pun. Ada 2 tempat wajib yang anda mesti lawati dan kunjungi iaitu Jamia Mosque dan India Gate. Jamia Mosque merupakan masjid yang paling tua dan besar di India dan didirikan di kawasan yang padat penduduknya iaitu di Old Delhi. Ia dibina oleh Syah Jahan yang juga membangunkan Taj Mahal. Jom kita tengok senibina masjid ini dan keluasannya.

Kalau kita perhatikan sejarah-sejarah peninggalan empayar Mughal zaman Shah Jahan adalah dikuasai oleh orang Islam tetapi akhirnya India menjadi negara Hindu sehingga sekarang. Sesuatu yang amat menyedihkan.





Pintu masuk Masjid Jamia...kami melalui gate 3. Kena naik tangga dulu untuk masuk ke dalam masjid.


Moh kita bergambar dulu sebelum masuk ke dalam masjid. Untuk masuk ke dalam masjid wajib membuka kasut. Ada orang yang akan menjaga kasut kita di luar....tapi kena bayar uolssss. Satu lagi....nak bawa camera ke dalam masjid pun kena bayar....tapikan aku tak bayar pun. Ohhh lupa nak bgtau....di India terkenal dgn tips. Di mana2 aje tips. Nanti aku citer lagi pasal tips ni.


ok ini ialah dalam kawasan masjid. Yang bangunan depan ni tempat solat. Di luar ni pelawat bebas untuk mengambil gambar dan berjalan kaki. Rasanya bila tiba waktu solat jumaat kawasan luar ini penuh dengan jemaah.


ada tulisan ayat suci pada dinding masjid ini. Cuba lihat senibina masjid ini dan material yang digunakan. Rasanya mereka menggunakan batu bata merah.





Ini ialah our tour guide untuk hari pertama di Delhi. Dia hanya guide kami satu hari ajer. Dia memberi penerangan tentang sejarah masjid ini.



ahli rombongan sedang kusyuk mendengar 










keluasan masjid ini ialah panjangnya 80 meter dan lebarnya 27 meter. Untuk solat jumaat boleh memuatkan 25,000 orang jemaah di sini.


tetap nak posing mcm ni walau di mana sahaja.


ini ialah tempat wuduk....di ruang tengah masjid. Masa kami sampai ni dah nak masuk waktu solat asar. Cuma tak bestnya ialah tiada tempat wuduk utk jemaah wanita. Wanita di sana tidak solat di masjid,,,hanya jemaah lelaki sahaja. So kepada pelancong mcm kami ni agak susah jugak untuk menjaga aurat ketika berwuduk di sini. Sebab itu kami solat di lobby hotel sebelum sampai di sini tadi. 


tetap nak bergambar dengan saudara muslim kita di Delhi. Yang tak tahan tu...mereka suka pulak bergambar. Bila suruh senyum....punyalah excited depa ni.






masa aku ajak bergambar ...agak malu2 juga mereka ini. Tengok abang baju biru tu siap lentok lagi hahaha. 


pantang muncung camera dihalakan....tak payah ajak mereka sendiri datang


kenangan kami berdua di pintu masuk tempat solat


dah nak start solat asar. Kecil ajer tempat solat yang bercarpet di sini. Yang kat luar tu simen ajer. Yang aku perhatikan walaupun azan sudah berkumandang dan solat asar dah nak start tapi masih ramai warga tempatan yang tersadai di bahagian luar. Tak pastilah sama ada mereka Muslim atau bukan Muslim. 




tak pasti tempat apa ini. Adakah ini mimbar masjid?


ok dah puas bergambar...marilah kita pulang ke bas semula. Kaki masing-masing dah tak tahan panas memijak lantai masjid ini. Just imagine camana mereka solat Jumaat di tengah-tengah kawasan tidak berbumbung ini. Subhanallah. 



Kami naik semula atas bas dan destinasi seterusnya kami nak singgah di India Gate. Tapi sebelum tu jom kita layan gambar2 candid yang diambil ketika kami dalam bas. Pelbagai aksi tragis, sedih, terkezut dan menakutkan sepanjang perjalanan ini. Gambar-gambar dibawah akan menceritakan apa yang berlaku.

Kawasan Jamia Mosque ini merupakan kawasan majoritinya adalah masyarakat Muslim. Jika terdapat masjid di situ maka ramailah penduduk Islam tinggal berdekatan. Di sebelah masjid ini juga terdapat kedai-kedai makan Muslim, kedai baju, kedai buku agama dan macam-macam lagi. Ia akan lebih seronok jika kita sendiri berada di bawah dan merasai suasana sekeliling. Tapi sedihnya kami berada di atas bas ketika itu. Takpalah...hanya lensa ini boleh menceritakan segalanya.

Di sinilah bermulanya aku tahu macaman rupa negara India yang sebenarnya. Sebelum ini aku hanya lihat di dalam filem Hindi atau Tamil. Tapi kali ini aku sendiri perhatikan dengan mata sendiri bagaimana kehidupan mereka. Macam mimpi pun ada. Suasana ni kita takkan dapat di negara kita...tetapi hanya di India. Jom layan gambar2 ini.



dalam bas. Nampak tak? Bagaimana keadaan yang huru hara ini.....bagaimana bas kami nak melalui jalan ini sedangkan kenderaan lain bersimpang siur tanpa mengikut laluan yang sebenar. Tapi.......pemandu bas ini berjaya melepasi rintangan ini. Gitiewwwwww. 


di sebelah kanan aku pulak....aku nampak pasar jualan baju-baju...ramainya manusia.


jalan lagi ke hadapan....aku nampak yang ini pulak. Fuhhh...pasar apa pulak ini. Ramai giler orang meniaga dan orang yang membeli. 


ke hadapan lagi.....nampak tak apa yang aku nampak? Wayar elektrik berselirat. Ingatkan kat Thailand dah teruk....tapi di India lagi teruk. Hahahaha....melopong aku melihatnya.



Tu dia....sepanjang kedai ini wayar elektrik berselirat dari hujung ke hujung. Huhuhuhu. Manusia yang ramai di sana sini. Can see majority of them are Muslim. Tapi susah nak nampak golongan wanita di sini. 


Kanak-kanak pengemis jalanan ini buat aku sebak. Mereka bertiga ini ikut bas kami dari Jamia Mosque tadi hinggalah ke hujung jalan ini sambil menadah tangan meminta sedekah. Nampak mereka seperti kanak2 Muslim. Apakan daya kami di dalam dan tidak boleh berhenti sesuka hati memandangkan keadaan jalan amat sesak di sini. Mereka berlari dan ikut bas kami.



candid moment yang kami rakamkan


kedai makan Muslim. Kalau boleh jangan makan di kedai makan tepi jalan mcm ini ...dikuatiri mengalami cirit birit.


menurut kata tour guide di sekitar area ini terdapat kedai nasi beriyani terkenal di Delhi iaitu Kareem Beriani. Sedap katanya. Oooo di sini ke tempatnya. Tapikan.....macam tak lalu nak makan dengan keadaan kotor mcm ini.





okay kami dah berjalya melepasi kawasan tadi....now kita nak pergi ke India Gate pula.


dalam perjalanan kami nampak Red Fort. Nampak tak bangunan merah disebalik pokok besar ini.


Inilah Red Fort atau Benteng Merah. Ia merupakan peninggalan empayar Mughal yang dibangunkan oleh Shah Jahan untuk mempertahankan kerajaan dari serangan luar ke Delhi.



Ok kami dah sampai di India Gate. Kena berjalan kaki sedikit untuk sampai ke monument India Gate. Nampak pulak tuktuk ini...jomlah kita posing.


banyak kedai jualan kaki lima di sini.


ini pula peniaga kaki lima yang menjual barang hiasan wanita





pelbagai cara orang meniaga di sini...sesuatu yang unik untuk dirakamkan.


ramai pulak yang meniaga benda ni di kawasan India Gate.....tour guide ada bgtau nama kueh ini tapi aku lupa plak apa namanya.





rombongan cik leez berposing sakan




Inilah dia monument India Gate. Kat bawah nanti aku ceritakan ringkasan sejarah tempat ini.



Tadaaaaaa.....kami berlatarbelakangkan monument India Gate





tempat pelancongan yang wajib singgah jika anda datang ke Delhi. Pelancong tempatan sangat ramai di sini. Yang peliknya tak jumpa pun pelancong asing seperti kami. 


Ada yang meniaga barang hiasan wanita dan inai India seperti dalam gambar ini. 


macam peniaga kacang putih ajer...hehehe....pandai2 jer aku bagi nama





India Gate merupakan monument yang dibina untuk mengenang jasa para tentera India yang berjuang dan mati pada zaman Peperangan Dunia Pertama. Ia merupakan tarikan utama pelancong jika sampai di Delhi. Struktur monument ini mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina.

Sebelum ini aku selalu mendengar nama India Gate dari jenama beras basmathi yang terkenal di India. Tapi kali ini di depan mata sendiri aku melihat monument yang sebenar. 



ok dah selesai kami di sini. Ketika ini dah nak masuk maghrib dan jalanraya adalah sangat jammed sebab waktu peak orang pulang dari kerja. So sebelum kami check in hotel jom kita makan makan terlebih dahulu.



Kami makan malam di salah sebuah restoran halal di dalam bandar Delhi. Kali ini ada disediakan roti nan dan nasi basmathi juga. Ayam tandoori, masakan dal dan ayam masak kari. Sedapnya hingga menjilat jari. Satu restoran kami dah boooking. Alhamdulillah kenyang sudah.



Oh yea....entry kali ni special skit...nak perkenalkan ahli2 rombongan kami. Di sebelah kiri tu ialah pasangan suami siteri Yaya dan Masri. 


Dari kiri : Yanti, Lya. JM (juga seorang blogger) dan Mazuriah (blogger gak)


Dari kiri : Shima, Mawar, Kak KC dan Born (bukan nama sebenar)


pasangan suami isteri - Ismail dan Fadzlina dari JB. Belah kanan ialah Ibu Indira warga Indonesia tetapi sudah menetap di Jeddah lebih 30 tahun. Dia mengikuti trip ini selepas membaca blog aku...terima kasih ibu Indira. Dia naik flight dari Jeddah dan tunggu kami di Delhi airport. Alhamdulillah semuanya lancar seperti yg dijanjikan.


Dari kiri : Emma, Dr Sal dan Dr Ayda. Untung kami dalam group ni ada 2 orang doktor hehehe. Consultancy free tau....


Dari kiri : pasangan anak beranak dari Kuantan- Kak Nany dan anaknya Bella. Belah kanan  ialah Kak Yati.


Pasangan suami isteri - Adi dan Asni. Adi ni suka menyakat tour leader tau dalam bas...okay jer tak boring dalam bas sebab ada tukang lawak, 


Dari kiri; Kak Aini from Penang, Kak Kasmah dan Nani (kalau uols follow my blog...kami pernah beberapa kali gi trip bersama sprt ke Medan dan Pulau Perhentian)


Dari kiri : Noni, Kak Jem dan Kak Zah. Dua2 kakak ni sangat sporting dan peramah sangat. 


Dari kiri : Kak zaleha dari Sabah, Siti (my travel buddy masa belum kahwin dulu), Kak Zuraida dan Acik Kalsom.


Lepas makan malam kami bergerak ke hotel untuk check in. Kami stay di Welcome Hotel. Yang bagusnya tentang hotel ini ialah lokasinya bersebelahan dengan Metro train Station. Sangat strategik. Dari airport jika menaiki teksi mengambil masa setengah jam. Di dalam bangunan hotel ini juga terdapat shopping complex. Masa kami sampai dah agak lewat juga jam 9.00 malam. Selesai check in dan menyerahkan kunci kepada setiap ahli rombongan....luggage kami pulak tak sampai2. Rupanya bas tidak boleh naik ke kawasan depan lobi sebab jalan nak masuk ke dalam agak sibuk dengan bas-bas pelancong yang lain. Dalam pada masa yang sama juga terdapat acara wedding di hotel ini. 

Selepas selesai, kami berdua nak pergi ke airport semula untuk mengambil seorang lagi ahli rombongan yang baru sampai iaitu Aunty As. Dia tidak ikut kami naik Malindo sebab flight ticket dah sold out dan terpaksa menaiki MAS...cumanya sampai di Delhi jam 10 malam. So, nak naik teksi ke airport memang tak mungkinlah sebab ketika ini jalan sangat jammed. Tour guide ajar kami camana nak guna Metro train.  Jalan kaki 3 minit dari hotel dan dari station ini ke airport hanya 15 minit sahaja. Murah pulak tu...60 sen seorang. Memang terbaik lah. Di airport turun di dalam bangunan yang sama. 



jam 9.30 malam memang tak ramai orang sebab dah lewat malam. Kalau peak hour.....nak masuk ke dalam pun payah kata tour guide tu. 



dalam train aku duduk sebelah wanita ini dan baby dia. Ya Allah sangat comel baby ni. Kulit kemerah-merahan mcm mat salleh, mata biru dan asik senyum ajer. Sempat plak tu sandar kat sebelah aku dalam train. Memang baby yang tak takut orang. Dah keluar train kami bergambar bersama. Kalau tengok rupa ibunya memang nampak lain sangat. Agaknya ayah baby ni mukanya kategori mcm pelakon Hindi kot. Hahah pepandai jer aku ni. 


Alhamdulillah jumpa juga Aunty As di airport jam 10.30 malam. Then kami pulang semula ke hotel juga meniki train. Sampai di station kami naik tuktuk pula untuk sampai ke hotel. Saje nak merasa naik tuktuk dan mudah untuk bawa luggage bersama. Pengalaman yang best untuk hari ini -naik kereta, naik flight, naik bas, naik train dan naik tuktuk dalam masa sehari. Memang penat tapi aku rasa puas sangat.



sampai di hotel semula. Tengok katil jer dah tak sabar. Lepas mandi barulah boleh meluruskan badan... seharian dari jam 4 pagi hingga jam 12 malam baru dapat landing atas katil. Syukur pada Allah apa yg dirancangkan pada hari in berjalan dengan lancar., Terima kasih Ya Allah.








Esok pagi pelbagai acara kami. Kami akan bertolake ke Srinagar iaitu salah satu daerah di Kashmir. Sesuatu terjadi masa kami sampai di Srinagar. Kalut dan kelam kabut. Nantikan detik-detik itu pada entry akan datang.

Kepada yang nak join trip aku bulan November ini boleh hubungi aku bila-bila masa. InsyaAllah kami berdua akan menjaga ahli rombongan sebaik mungkin sebagaimananya group bulan April ini Insya Allah.

p/s - busy dengan cookies pulak skrang ini.



11 comments:

Shahrizat said...

Best baca. penuh info dan siap ada slot macam drama yang membuatkan saya ternanti-nanti sambungannya. tak sabarrr. Terima kasih.

mariam ahmad said...

Kak suka baca cerita Leez ke India walaupun kak dah jejak ke India. Gambar2 yg menarik tak jemu tengok..continue baca next entry..

Anonymous said...

Kak suka baca cerita Leez tentang holiday di India. Gambar-gambar yg menarik dan gelagat2 org2 tempatan disana. Kak continue
reading your blog best. Kak Mariam

Jari Manis said...

baca ayat ayat last tu dulu..YES!!! bagi sesiapa yang nak ke India..JM alu-alukan sangat korang join this group pakej..MURAH! tempat penginapan sangat ohsem, hospitality sgt great! Tour Leader yang memang best gile..trip yg sangat puas hati..bawak duit shopping je

Jari Manis said...

SOKONg cakap Leez! JM pun suka bergerak sendiri means SOLO but bila sebut je India memang tiada kuasa nak bergerak sendiri..better ikut travel agent..bukan mahal pun..semua terjaga..part paling susah is Transport, tempat makan halal..so sgt2 di syorkan guna travel agent jika nak ke sana..jadi kepada yg belum pernah ke India..jgn lepaskan peluang ni..sila lah join pakej yg Leez tawarkan..sgt berbaloi sbb jauh lebih murah dari travel agent lain

Unknown said...

Hi Leez,akak doakan leez buat bisness ni satu hari nanti, sure akak ikut satu hari nanti. eh Cik JM pon ikut tour ni ...alamak tak perasan pulak hari tu.

Jari Manis said...

kak Haneem!! JM ikut Leez ke sana..laaahh..rupanya Leez jumpa kak Haneem ke waktu kat eport nk blaik ri tu..hadoooi..kalau x leh bergambar..so kita kat sana sama tarikh lah eh

Leez M. Saaid said...

shahrizat & kak mariam : keep reading yea..hehe byk lg nk citer pasal India nie.

Leez M. Saaid said...

kak Hanem & JM: kalau kak Hanem ikut makin bertambah geng2 blogger join trip nie kan. hehe

Unknown said...

Terima kasih Leez masukkan gambar2 kak jem dlm blog ni. Kak jem x sempat lg nk update blog....hu hu hu

Unknown said...

JM dah update blog utk kashmir ka? Hanem Manaf ni yg kak Jem jumpa hari tu kat India kan?