Salam semua.
Bersambung lagi hari ke 2 kami di bumi Pattaya.
Selepas subuh kami berehat-rehat santai di bilik sambil melihat permandangan indah laut di tepi balcony. Fuhhh tak sangka pulak awal pagi aktiviti pantai dan laut memang serancak ini. Kami boleh mendengar deruan bot laju dan sukan parasailing di tengah laut. Memang meriah uolsss. Tak sunyi kami pagi tu. En Bos meronta-ronta nak turun ke tepi pantai. Tapi wife is malas....cuaca panas terik,
Kami tidak mengambil breakfast di bawah. Harga bilik tidak termasuk breakfast. Buat apa membazir bayar breakfast sedangkan kita tidak boleh makan meals yang dihidangkan. Non-halal food. So kami hanya breakfast roti di bilik. Malam tadi beli di 7E. Alhamdulillah more than enough sebab lunch nanti kami nak meronda mencari Thai food pulak.
Pukul 9.00 pagi kami turun di bawah untuk mandi di pool. Dah lama rasanya tidak membuat aktiviti ini. Hotel ini mempunyai compound yang besar. Memang berbaloilah stay di sini. I love this place so much. Tempatnya sunyi dan sangat privacy....walaupun di luar tepi pantai sana rancak dengan pelbagai aktiviti air. Spent time sejam swimming dan bersantai. Pukul 10 lebih kami dah naik ke atas bersiap untuk keluar.
duduk santai di tepi balcony sampai memerhatikan aktiviti air yang sedang rancak di laut nun sana.
cukuplah letak pic laki di sini. Kita jadi tukang amik gambar ajer,
aktiviti ini yang menbuatkan En Bos ternganga seketika ...ngeh ngeh
kami turun bawah tiada siapa mandi dalam pool. Mat dan minah salleh hanya bersantai menjemurkan badan di tepi pool.
hotel kami yang diambil dari pandangan bawah...di kawasan pool. Semua bilik mengadap laut.
tourist gitiewww. Nasib baik matahari block kawasan ini.
nurul huda abdullah sedang menunjukkan skill berenang. Skill dah karat sbb lama tak swim,
En Bos suruh posing...majalah Mangga sangat
Tu dia....Jeffry Ong menuju ke garisan penamat. Dah 20 lap dia berenang. Leh caya ke?
Jomlah kita naik atas. Sambil tu lalu di tepi cafe hotel.
Tadaaaaa....kami dah siap mandi. Turun bawah jalan kaki. Pintu yang kat area pool tadi mengadap laut. Kali ni kami keluar hotel ikut pintu jalan utama masa sampai semalam. Kami menapak jalan kaki menuju jalan besar
Nampak tak bangunan hotel tu....kami menapak di laluan ini menuju jalan besar. Ke manakah kami nak pergi?
Kami nak cari motor sewa. Semalam ada tanya di tepi pantai berapa harga utk 24 jam...fuhhh 400Baht uolsss. Kali ni kami cari di tepi jalan pulak. Di depan jalan besar hotel kami byk kedai-kedai massage. Kami tanya orang sana kat mana kedai yg boleh sewa motor. Dia tunjuk di tepi lorong tu ada kedai sewa motor. Kami berjalan kaki menuju ke sana. Jumpa dah...ini kedainya.
kedainya di sebelah kanan gambar dan sebelah kiri ialah hotel budget. Kami dapat sewa motor di area ini 200Baht utk 24 jam. Murah uolssss. Pekedai ni pun baik orangnya. Sekali dia tunjuk motor ni...fuhhhhh mcm basikal. Pink colour plak tu hehehe. En Bos kata ringan giler naik motor ni. Aku suggest kalau sesapa nak sewa motor....carilah di lorong-lorong. Jangan cari di jalan besar.
ahkak dan abam nak merempit sat naaaa.....
tetiba En Bos kata dia jatuh cinta dengan motor ni. Ringan dan mantop.
Ke manakah kami nak pergi? Kami nak mencari Thai Halal food yang sedap. Kami menggunakan waze untuk ke tempat yang dituju. Yang penting mesti tahu alamat.
Tips mencari halal food di sini ialah search masjid. Di kawasan masjid selalunya mesti ada kedai makanan halal. Kami gamble ajer mencari masjid....tengok waze katanya dalam 15 minit sampai.
First place yang kami tuju ialah are Masjid Abroar. Alamatnya : Sukhumvit Pattaya Road 53 Soi 9. Di kawasan ini juga ada satu lagi masjid....tapi terlupa plak ada nama masjid tu. Kawasan ini terletak di luar kawasan Pattaya City.....tepi highway. Pada mulanya cuak jugak masa kami terjumpa highway. Alamak kami ni dah sampai mana sebab mcm jauh sikit dari kawasan bandar.
Bila kami masuk jalan ni....barulah nampak meriah sikit. Ni macam kawasan perumahan dan kedai2 untuk local. Bukan tempat pelancong. Jalan ni namanya Sukhumvit Pattaya Road 53.
Masuk Soi 9 ternampak masjid Darul Abroar ini. Tapi kedai halal di depan ni mcm tak buka lagi. Agaknya buka malam. So kami tanya seorang pekedai jual kueh bertudung...kat mana kedai makan halal di sini. Di kata depan sikit 50 meter mcm tu.
terjumpa kedai halal ni. Oklah makan di sini ajer.
Belah kiri gerai ini jual pelbagai jenis mee dan air yang sedap.
Yang belah kanan ada jual pelbagai jenis nasi dan makanan panas. Akhirnya kami pilih nasi. Tapi perbualan kami mcm ayam dan itik sebab mereka tak pandai English, Nak tanya nama lauk pun susah....sbb tak tulis bahasa rumi. Order ikut gambar dan nombor ajer. Tomyam takda dalam gambar tapi kami order ajer. Yang nasi berlauk tu kami order ikut gambar. Fuhhhh terangkat. Nasib baik sedap. Order air bandung dan thai green tea.....mantop uolsss. Total harga 260Baht.
Masa sedang sedap makan tetiba ada orang panggil aku "kakak". Masa dengar tu....aku buat dek ajer. Sebab aku fikir takkanlah org Thai panggil kakak. Masa aku toleh ke kanan...rupanya ada seorang gadis duduk di meja sebelah memandang ke arahku dan panggil kakak lagi utk kali ke dua. Dia cakapa bahasa Kelantan pekat. En Bos memang faham lah. Aku faham lah juga sikit2. Dia tanya kami dari mana. Oooo...dia ni orang Golok. Datang Pattaya rumah makcik dia. Dia bgtau kedai yg kami makan ni memang sedap dan murah. Lama juga berbual. Dia bgtau kat depan lagi ada sebuah masjid dan kedai makanan hala. Kebanyakan buka waktu malam.
Lepas makan kami bergerak ke depan lagi nak tengok masjid satu lagi dan mencari kedai halal yang lain. Kenyang dah....bukan nak makan pun. Sajer nak tengok masyarakat Muslim di sini.
jarak 200meter ke hadapan...jumpa masjid ini. Lupa plak tengok nama masjid.
masa ni belum masuk waktu zohor lagi. Tapi ramai dah berkumpul di luar verandah. En Bos masuk masjid dan kami beri sumbangan derma sikit untuk masjid ini.
di sebelah masjid ni ada sekolah pondok agama. Ramai jugak student aku tengok kat dalam ni.
dalam kawasan masjid ini juga ada beberapa gerai makan halal. Tapi masa ni tak buka. Kedai ni buka belah malam rasanya.
kedai pau halal
di jalan yg sama masa on the way balik kami singgah di satu pasar. Konon nak beli buah. Mahal jugak aku tengok. Mangga water lily tu 65Baht sekilo. Ingatkan mahal....rupanya di KL lagi mahal cekik darah,. Menyesal tak beli.
Pasar ni banyak betul meniaga binatang tak halal tu....puas kami mengelak sana sini.
strawberi pun ada. Cuaca panas plak tu. Tak plak layu buah tu.
Lepas kami dah kekenyangan....lepas singgah di pasar....ke manakah arah tujuan kami. Naik motor kan...panjanglah langkah kami uolssss. Lepas ni aku nak share gambar censored....hanya untuk umur 18 tahun ke atas sahaja. Budak2 pi main jauh2...ahaksssss.
Tunggu nect entry yea.
p/s - sibuk dgn persiapan next trip.
8 comments:
Salam, harap dapat jumpa leez masa next trip tu...😉
Salam Leez, Kak terbekenan dengan handbag yang leez bawa ke Pattaya tu. Leez beli kat mana yer ? UK ke
Kak Zainab Kuala Lumpur
Nasha-
Next trip yg mana ni sis? Blur jap hehehe
Kak Zainab -
Saya beli di London kak. Masa tu offer GBP25. Kat sini pun ada jual RM490 kat KLCC...brand Cath Kidston.
Bukan pegi india ke...sori kalo salah..hehe
susah sekali cari makanan halal disana
stoberi dia menggoda. btw yg kalerful tu apa ? macam apam je >,<
Post a Comment