Ads

May 29, 2015

Countries I've Visited



Salam semua.
Di dalam entry ini aku nak share dengan pembaca semua, negara-negara yang aku pernah singgah dan melawat di dalam dunia ini. Banyak lagi yang aku belum jejak rupanya. Kalau diizinkan Allah panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki aku aku tetap akan menjejaki negara2 lain di dunia ini hingga akhir hayatku..Insya Allah.



1. Singapore

Negara oversea yang pertama kali aku jejakkan diri ialah Singapore. Sebabnya ini ialah kampung my mum....so entah tak terkira bilangan kalinya kami sekeluarga menjejaki negara ini. Paling tidak setiap tahun kami pasti akak sampai juga. Tarikan utama di sini ialah makanan yang sedap, kebersihannya, bangunan pencakar langit dan susah tentu shopping. Shopping perfume pun best di sini. Kalau ada sales di sini...memang harga runtuh berbaloi-baloi.

Tahun ni belum jejak lagi. InsyaAllah terasa nak beraya kat Singapore plak kali ni.....tunggu Singapore aku datang.


aku dan Singapore



2. Indonesia

a. Jakarta
b. Bandung
c. Jogjakarta
d. Solo
e. Surabaya
f. Bali
g. Padang
h. Bukittinggi
i. Medan


Tempat favourite aku di Indonesia sudah semestinya Bali. Dah empat kali menjejaki tempat ini. Alhamdulillah ada rezeki lagi aku nak kesana sekali lagi. Jakarta dan Bandung pun my feveret place dan sudah sampai ke sana sebanyak 4  kali juga. Dah 5 tahun jugak aku tak ke sana...tetiba terasa rindu nak bershopping ke sana. Insya Allah....tungguuuuu.

Padang dan Bukittinggi pun dah jejak sebanyak 2 kali. Syurga makanan padang di sini dan sangat sedap. Shopping kain sulam dan telekung pun best di sini....harga murah dan berbaloi. I love this place too. Ada banyak juga daerah di Indonesia ni aku belum jejak seperti di Makassar, Lombok dan beberapa daerah di Sumatera seperti Acheh, Pekan Baru dan Palembang. Nak jejak jugak ni,...tunggu ada rezeki dan badan sihat aku akan sampai.


aku dan Bali



3. Thailand

a. Hadyai
b. Phuket
c. Bangkok
d. Chiang Mai
e. Krabi

My favourite place di Thailand sudah semestinya di Krabi. Aku telah pun menjejaki tempat ini sebanyak 2 kali. Tarikan utama di sini ialah aktiviti island hoping dan mudah untuk mendapatkan makanan halal. Bangkok pun aku dah jejak sebanyak 2 kali dan sangat enjoy menikmati makanan asli Thai di sini walaupun harganya sangat mahal. Hadyai dah sampai banyak kali tidak terhitung bilangannya. Plan nak datang Hadyai dengan En Bos one day InsyaAllah....tujuan utama nak body massage...hehehe.


aku dan Krabi



4. Vietnam

a. Ho Chi Minh

Hanya sekali sahaja aku menjejaki negara ini. Next time aku plan nak merasa ke Hanoi pulak. Tujuan untuk ke sini ialah nak menikmati keindahan Halong Bay di sini. InsyaAllah one day nanti. Negara ini ialah syurga membeli belah bagi kaum wanita kita. Tapi aku tak berapa minat shopping di sini...mungkin bukan taste aku kot. 


aku dan Ho Chi Minh




5. Australia

a. Melbourne
b. Sydney

Aku suka melancong ke negara ini. Negara yang bersih, cuaca dingin & nyaman, penduduknya baik2 belaka, public transport sgt efficient dan negara yang sangat cantik. Tak habis teroka satu Australia. Baru sempat jejak Melbourne dan Sydney. From my personal view...Melbourne lagi best daripada Sydney dari segi keindahan alam semulajadi....yes true,  Lepas ni ada hajat nak jejak Perth dan Gold Coast pulak. Plan nak sewa kereta dan drive sendiri dan teroka segala ceruk sudut utk menikmati keindahan negara ini. InsyaAllah one fine day. 


aku dan Melbourne



6. Korea 

a. Seoul

Setakat ini aku dah jejak ke negara ini sebanyak 2 kali iaitu pada musim bunga dan musim sejuk. Yes negara yang bersih dan cantik tetapi penduduk agak padat dan sesak sedikit. Public transport sgt efficient dan penduduknya agak baik dan ramah walaupun kita tak faham bahasa yang dituturkan.Sempat bermain dengan salji dan menikmati salji turun secara live di sini. Plan nak datang lagi tapi mungkin beberapa tahun akan datang. Sebabnya aku tak sempat jejak ke Pulau Jeju dan Busan lagi. Mungkin nak cuba datang pada musim luruh pulak. Tentu cantik kan.


aku dan Seoul


7. China

a. Beijing
b. Tian Jin


Lama sungguh aku jejak negara ni dulu iaitu pada tahun 2000 rasanya. 15 tahun sudah berlalu. Banyak lagi tempat yang aku patut jejak di negara China ini iaitu di Hobin, Shanghai, Kunming, Guangzhou (dulu pernah transit sekejap di domestic airport ) dan Guilin. Ni antara tempat2 menarik yg wajib kita kunjung di China. Plan banyak kali hendak ke sini....asik tak jadi jer. Ok kali ni kena plan betul2 dan make sure pergi mengikut musim yang sesuai. 

Satu yang aku tak suka tentang rakyat China ni ialah mereka tak disiplin dan suka buat kecoh. Maklumlah dilahirkan di zaman komunis...so perangai ada sedikit kasar dan irritating. Banyak pengalaman aku berjumpa rakyat dorang ni di mana-mana negara. Sama ajer perangainya. I tak boleh nak tolerate dengan dorang...kalau boleh nak lari daripada kelompok ini.


aku dan Beijing




8. New Zealand


a. Christchurch
b. Auckland
c. Queenstown
d. Dunedine
e. Milford Sound

Alhamdulillah hampir keseluruhan bumi New Zealand aku dah jejak kecuali sebahagian daerah di North Island yang belum jejak seperti Wellington dan Rotorua. Memang puashatilah travel ke NZ ni dan memang ada niat nak datang lagi. Kali ni kami nak gi berdua pulak.....mungkin beberapa tahun lagi jika diizinkan Allah. Sebuah negara yang mempunyai kecantikan semulajadi dengan bergunung ganang yang diselaputi salji, tasik berwarna turquoise yang kebabom dan penduduk tempat di sini juga baik-baik belaka. Kami pelancong dilayan dengan baik. 

Sangat2 rekemen kepada pembaca semua utk melancong ke NZ. Menikmati bumi ciptaan Allah yang sangat cantik dan rasa seperti tak nak balik ke Malaysia hehehe. Anyway....akan jejak ke sini lagi satu hari nanti.


aku dan New Zealand



9. Hong Kong

Sampai juga aku ke negara ini setelah bertahun-tahun plan asik tak jadi ajer. Negara yang sangat sesak dengan penduduk dan bangunan yang pencakar langit. Penduduk sangat padat di negara ini. Sehinggakan susah untuk melihat perempuan mengandung dan budak kecil di sini. Tetapi yang aku resepct ialah prasarana public transport yang sangat efficient. Mudah dan cepat. Walaupun ramai penduduk tetapi negara ini sangat bersih. Susah untuk mendapatkan local halal food di sini. 

Cukuplah sekali aku dah jejak di sini. Mungkin tak nak datang lagi. Datang sekali pun dah rasa bersyukur dan alhamdulillah.


aku dan Hong Kong




10. Macau

Walaupun menjejaki negara ini hanya cuma sehari sahaja, yang penting dalam passport ada cop negara Macau. Ikutkan memang tak puas berjalan ke sini untuk sehari sahaja. Mungkin kalau ada rezeki terpijak kot2 dapat ticket flight free ke Macau...why not aku jejak lagi ke sini. Jangan lepaskan peluang jika rezeki datang. Negara ini terkenal dengan kegiatan casino dan banyak peninggalan tapak world heritage. Kalau minat sejarah...memang sesuai ke negara ini. 


aku dan Macau


11. Turkey

a. Istanbul
b. Cappadocia
c. Pamukale
d. Bursa
e. Konya
f. Bolu
g. Ankara

I love this country so much. Di antara negara2 yang menjadi favourite aku. Kalau nak datang Turkey jangan hanya singgah di Istanbul. Cuba teroka di tempat2 lain yang sangat cantik seperti Cappadocia. Wajib teroka satu Turkey baru puas dan rasa keseronokan yang tidak boleh dilupakan. Muka bumi cantik semulajadi, penduduk yang sangat ramah, makanan kebab yang sangat sedap dan budaya mereka yang unik. Memang kenangan indah melancong ke sini. 

Kalau diberi peluang aku memang nak jejak lagi ke nebara ini. Aku tak puas berjalan di Istanbul masa gi dulu. Kali nak terok di setiap sudut bandar Istanbul. Semoga ada rezeki aku ke sini lagi.


aku dan Cappadocia



12. Saudi Arabia

a. Jeddah
b. Mecca
c. Madinah


Pernah mengerjakan umrah di tanah harom sebanyak 2 kali di sini pada tahun 2005 dan 2012. Jika ada rezeki memang berhajat besar untuk menunaikan haji ke sini dengan En Bos...Insya Allah. Tempat paling indah, aman dan tenang jika dibandingkan negara2 lain di dunia ini. Sekali kita dah jejak ke sini. kita pasti merinduinya dan nak ke sin lagi.


aku dan Mecca




13. Bahrain

a. Manama

Menjejaki negara ini hanya satu malam sahaja. Tidak puas rasanya. Jika ada peluang pasti nak singgah lagi. Salah satu negara Arab yang mewah dengan hasil minyak. Negara yang tidak ramai penduduk, lengang dan sunyi sepi.  Kenapa aku berada di sini? Kerana transit satu malam sementara menyambung perjalanan ke Turkey.




14. Belgium

a. Brussels

Hanya sempat berada di Brussels selama 2 malam sahaja. Tak sangka ramai juga orang Islam yang stay di sini dan tiada masalah nak mencari makanan halal di sini. Murah sikit shopping di sini berbanding negara Europe yang lain. Terkenal dengan Belgium Chocolate. Aku ni memang hantu coklat, so sedikit giler bila dapat merasa coklat yang pelbagai rasa dan rupa. For me oklah bila dah jejak ke sini sekali pun dah okay. Tak rasa nak repeat ke tempat ini lagi.

aku dan Brussels



15. Holland

a. Amsterdam

Negara yang sangat cantik especially di perkampungan Dutch. Hanya stay 1 malam sahaja di sini. Memang tidak puas. Hajat di hati nak jejak lagi pada musim bunga sebab nak tengok bunga Tulip di Keukenhof. Transportation tiada masalah di sini...sangat effiecient. Jika di beri peluang memang nak sangat menjejaki negara ini lagi. Hanya sempat jejak Amsterdam dan Zaanse Schans iaitu perkampunga Dutch.


aku dan Amsterdam




16. France

a. Paris

Kalau nak jejak France, maka tempat wajib tentulah Paris. Stay di sini juga hanya 2 malam memang tidak puas. Terasa nak jejak lagi nanti...InsyaAllah. Negara yang sesak dengan manusia especially warga negro kulit hitam. Kena berhati2 dengan pencopet yang sangat professional. Tidak puas nak tatap Effiel Tower yang menjadi mercu tanda Paris. Kalau nak shopping beg berjenama memang di sini tempatnya...murah. Tapi hanya mampu tengok ajer...tak mampu untuk membeli huhu.


aku dan Paris




17. Switzerland

a. Zurich
b. Zermatt
c. Jungfraujoch
d. Interlaken


Negara yang sangat-sangat cantik dan setanding dengan New Zealand. Negara impian aku dan syukur akhirnya aku dapat juga jejakkan kaki ke sini. Sangat cantik dengan keindahan semulajadi gunung ganang bersalji yang menakjubkan di depan mata kita sendiri. Sempat stay di sini 3 malam sahaja. Tidak puas rasanya. Kalau diberi peluang memang nak repeat lagi. Sempat menjejaki Top of Europe iaitu tempat paling tinggi di Europe. First time merasa main salji ialah di bumi Switzerland.


aku dan Switzerland



18. Scotland

a. Edinburgh

Aku memang suka bandar Edinburgh. Bandar ni tenang ajer dan tidak sesak dengan kenderaan. Senireka bangunannya memang aku minat. Di bandar ini jugalah aku dapat merasa pertama kalinya snow turun lebat...seperti hujan turunnya. Memang kenangan paling indah dalam hidup aku. InsyaAllah jika ada peluang dan rezeki memang nak jejak ke nagara ini lagi. Tidak puas stay hanya 2 malam sahaja. Kali ini InsyaAllah datang dengan En Bos.


aku dan Edinburgh



19. England

a. London
b. Northampton
c. Manchester
d. Leicester
e. Brighton


Tidak pernah jemu menjejaki bumi England. Dah 3 kali terbang ke London. InsyaAllah nak datang lagi. Ibarat kampung aku tempat ini. Walaupun kota London sesak dengan manusia dan kenderaan...hati aku tetap ke sini. Keunikan yang terdapat di London ialah kota ini tidak pernah sunyi dengan pelancong tidak kira musim apa sekalipun. Dua kali jejak pada musim bunga dan sekali pada musim luruh...manusia tetap ramai. Apalagi musim panas dan sejuk...lagilah ramai. Public transportation memang tip top. Kalau aku datang seorang diri ke London insyaAllah takkan sesat. Lepas ini plan nak roadtrip ke daerah lain di bumi England ini. Bila tu? Tungguuuuuuuuuuu.


aku dan London


ALhamdulillah syukur dengan rezeki Allah akhirnya dapat jejakkan diri ke  19 buah negara di dalam dunia ini. Masih jauh lagi perjalanan ku di negara orang ini. Selagi terdaya dan sihat aku akanterus mengembara dan terus mengembara Insya Allah. 









6 comments:

zila@akulovetravel said...

wahhh..lagi 1 nak cukup 20...hehehe..semuanya best2....terbaik!!!!

Mie said...

Kalau ada baby nanti... susah juga nak jln2 tu...

Sya_Merpati Putih 88 said...

best nya dpt mealncong & pergi melawat banyak tempat n banyak negara.... :)
kata org jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman...
harap2 satu hari nanti sy akan dpt peluang mcm nie jugak...

aziekz said...

Seronok tgk akak ..dh mlancong bnyk tpt2 mnarik...sya bla nth..huhuu..bc pglm akk je mmpu.terima kasih berkongsi tpt cntik2😊

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
waaaaaa
bertingkek2 he3
kebanyakkan iols dah baca entry tapi ada yang belom lagi laaaaa he3

nurhidayu said...

Kalau la boleh like post ni.. fuhhh