Salam semua.
Entry kali ini sajer nak share sempena 1st wedding anniversary kami suami isteri pada 28 Februari yang lepas. Sekejap jer rasanya dah setahun kami berkahwin....pejam celik pejam celik dah 365 hari kami hidup bersama. Syukur kepada Allah diatas rezeki ini dan dikurniakan seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan sangat memahami diri aku. Alhamdulillah.
Beberapa bulan sebelum tarikh itu kami dah plan nak celebrate di luar KL dan kami telah memilih Langkawi. Siang malam pagi petang sebelum terbang aku dah buat research thru online untuk memilih hotel yang best sempena anniversary ini. Aku dah target nak stay kat satu hotel ini. Cumanya aku belum booking dan bayar lagi. 2 minggu sebelum tarikh tu aku dah apply cuti. Tak lama pun...kami plan stay there 3 days and 2 nites sahaja. Entah camana...seminggu sebelum pergi cuti cik abe tidak diluluskan atas alasan dia baru ambil cuti panjang masa kami balik Terengganu 2 minggu lepas. Hmmm...sedihnya. En, Bos kerja tak macam aku ikut office hour...dia kerja ikut shift hour...tu yang susah sikit nak apply cuti. Haduhhh,,,,habis semua plan. Nasib baiklah kami tak bayar hotel lagi. Agaknya tu antara sebab aku tak booking hotel....mcm petanda tak jadi pergi. Redha ajer lah. Habis burn flite ticket kami ke Langkawi.....uhukkkk.
Nak tahu apa plan kami pulak?
kenangan saat diijabkabulkan pada 28 Februari 2014
majlis bertandang di Besut. Lokasi di Pantai Bukit Keluang, Besut.
Pantai Bukit Keluang, Besut
Ya Allah.....kurusnya cik abe masa ni...hehehe.
malam hari pada tarikh 28 Fen 2015 kami celebrate di Chili's Restaurant, Bangsar.
chicken with sauce...sedap sangat.
En Bos's feveret....lamb chop
akhirnya kami memilih bercuti di Putrajaya ajer....jadilah...hanya 45 minit dari rumah kami hahaha.
kami stay di Hotel Pullman Putrajaya.....
kedatangan kami disambut dengan hiasan bunga love di atas katil. Wahhhhh...romantik gitiew. Macam tak nak tidur ajer....asik duk tengok bunga tu ajer hahaha. Akhirnya atas bunga tu jugak aku tertidur....wangi youuuu!!!!
Aktiviti kami sebaik sampai hotel ialah tidur...tidur...tidur. Sebabnya sebelum tu kami baru balik dari rumah yang kami baru pindah tu....duk penat mengemas barang dan perabut. Penat giler. Balik rumah mama terus packing beg dan drive to Putrajaya. Masuk bilik hotel...then lepas solat terus tidur sampai petang. Betul2 nyenyak. Plan asal petang tu nak mandi pool sambil relax2. Hampehhhh...semua tinggal janji ajer.
Malam takda aktiviti di sini...kami makan simple ajer di tepi tasik. Nothing much to do here. Balik bilik sambung lagi tidur sampai esok pagi. Lepas subuh kami tidur lagi sampai pulul 10 pagi baru bangun....then baru pergi breakfast di hotel. Fuhhhhhhhhhhh....tidur ajer kerjanya.
ada pelbagai jenis food di cafe ini...di hotel
before check out plan nak terjun di sini...pun tidak kesampaian. Sebab panas giler kat luar masa ni. Inilah pertama kami kami stay hotel tapi tak gi mandi di pool. Jujur cakap...kami memang betul2 penat dan memang rehat secukup2nya di dalam bilik hahahaha.
masa nak check out kami naik tingkat atas untuk tengok pool...rasa menyesal pulak tak mandi di sini. Nampak best dan menarik di sini...sebab permandangan cantik dari atas.
we really had good rest in this hotel. Memang berbaloi bayar sebab 24 jam memerap dalam bilik hehehe.
Malam pada hari yang sama En Bos kena kerja. Maka tinggalkan aku sorang2 di rumah...uhukkk. Anyway, tak kisahlah tak dapat jejakkan kaki di Langkawi....di Putrajaya pun dah okay. Yang penting we had quality time together on our wedding anniversary...no matter where we are. Alhamdulillah.
Ok habis entry ini. Next entry nak cerita pasal apa plak yea. There will be no more overseas vacation for us until this coming November InsyaAllah. Tunggu dan lihat.
p/s - semoga kami diberikan rezeki ini...Insya Allah.
12 comments:
happy aniversary
Assalam sis,
HAppy 1st Anny akak
moga bahagia hingga ke Jannah AMIN
macam baru ja iols dok baca entry kawen akak
tup2
dah setahun kan3 :)
Hepi aniversary...slalu baca blog leez setlh lama tak on9 rupanya dh kawin leez...congrats dear
Salam. Hee hepi aniversary ;p
happy anniv! beshnya hotel ni
Happy anniversary adik leez & hubby
Happy anniversary leez and husband
happy anniversary
Selamat bercuti :)
Sila kunjungi A Famosa Resort Malaka, Villa 827 dengan family untuk cuti-cuti anda lain kali.
www.villafamosaresort.com
Thanks semua for the wishes. Ameen
1. Nurzakiah
2. Ary+Sha
3. M4zs
4. Noradilahbatrisyia
5. Tiga Lalat
6. Mama Zharfan
7. Wazaruha
8. Hani
9. BSB
Sis kena bayar x nak decorate mcm tu?
Semoga bahagia ya..
Post a Comment