Ads

December 10, 2013

Day 6 : Journey to New Zealand - Queenstown



Salam buat pembaca budiman.
Apa khabar pembaca blog ku semua? Maaf yea.....sekarag nak update pun meloncat-loncat. Bila aku free ajer.....cepat2 aku update. Insya Allah nak habiskan entry NZ sebelum bermula tahun 2014. Permulaan tahun baru dengan dunia baru, frasa baru, azam baru dan penghidupan baru InsyaAllah. Doakan yang terbaik yea.

Masih hari ke 6 di bumi Kiwi.
Bersambung di Remarkables sekejap. Kami memulakan perjalanan turun ke bawah dengan penuh debaran dan cabaran. Sekali lagi kami nak hadapi benda ni. Harap lepas ni dah takda cabaran lagi....cabaran sikit2 takpa lagi. Ketika kami turun ni waktu tengahari....kelihatan cuaca mendung hujan renyai-renyai. Nasib baik jalan tanpa bertar...so taklah licin dan merbahaya. Bila perjalanan turun ni...permandangan lagi superb sebab hari dah terang sedikit berbanding pagi tadi masa kami naik ke puncak ni. Macam sedih nak meninggal tempat bersalji ni sebab lepas ni dah takda tempat yang bersalji lagi. Tunggulah tahun depan nak merasa golek-golek di atas salji. Yea sedih...memang aku sedih. Tak puas sebab kejap sangat kami di sini. Bestnya kalau seharian kami berada di sini sambil skiing dan tubing sampai pengsan hahaha. Ingat yea......perjalanan kita nak balik masih jauh lagi...banyak lagi tempat kita nak tuju..huhuhuhu.


Chef Norlia memulakan perjalanan dengan penuh berhemah

nampak tak jalan-jalan yang berliku di hadapan sana.....itulah dia cabaran kami!!!!!

kalau tempat yg agak merbahaya....masih ada penghadang jalan mcm ni,....tapi tak banyak. Breathtaking!!!

kami turun...dan turun lagi sejauh 21 km dari puncak atas ke bawah. Permandangan mmg superb.

nampak bandar Queenstown sekali lagi. Lebih terang dan jelas daripada permandangan pagi tadi. Kalau musim winter.....gunung ganang tu akan dipenuhi dengan salji....cantik uolssss!!!!


Jom kita berhenti di sini.....geng cik kiah meronta2 nak posing. Alhamdulillah cuaca nyaman dan tidaklah berangin kuat...sebab kalau ada angin kuat agak merbahaya di sini.

Subhanallah bumi ciptaan Allah di depan mata kami. Betapa menakjubkan kebesaran Allah ini.

aku close up untuk permandangan lebih jelas di sini....aku tak pasti apa nama gunung ni....sangat cantik !!!!



entah bilalah aku akan sampai lagi di sini ....InsyaAllah kalau ada rezeki nak datang lagi. 

lihatlah dunia.......alhamdulillah rezeki aku sampai ke puncak yang indah ini...syukur.


Setelah spent time about setengah jam perjalanan menurun ke bawah....akhirnya kami sampai jua. Semua ahli rombongan menunjukkan wajah yang lega dan berpuashati. Akhirnya mission kami nak menakluk The Remarkables berjaya walaupun pada mulanya kami ragu2 sama ada kami boleh sampai ke puncak tu atau tidak. Jika tanpa semangat dan keyakinan Norlia memandu ke atas....tak mungkin kami sampai ke sana. Terima kasih banyak2 pada Norlia di atas segala effort dn confident level yang tinggi. Syabas!!!! Bukan semua lelaki boleh jadi mcm Norlia dan bukan takda wanita yang boleh jadi mcm Norlia....we proud of you dear!!!

Kami patah balik dan menuju ke Queenstown sebab nak mencari souvenirs. Katanya...souvenirs di sini murah2 belaka berbanding kat tempat lain. Jom kita serbu kedai souvenirs di sini. Cuaca pulak redup ajer. Tasik di sin tidak nampak colour turquois seperti di tempat lain yang kami dah pergi. Faktor cuaca tidak menyebelahi kami.

Satu perkara yang aku notice bila makan angin di negara sejuk. Contohnya....ketika aku bercuti  di NZ ni...asik nak pergi toilet ajer walaupun aku tak minum air banyak. Berbanding masa aku bercuti musim sejuk di Europe.....tak selalu pergi toilet. Salah satu sebab ialah....di NZ kami tak banyak berjalan sebab most of the time kami berada di dalam kereta.....kulit muka pun tidak lah kering sangat. Tapi masa aku bercuti di Europe...aku banyak berjalan kaki berbatu2 dan kulit muka dan badan habis kering.



Bandar Queenstown yang happening dengan tourist. Pelbagai aktiviti outdoor ada di sini. Diantara nya ialah bungee jumping yang sangat fofuler di sini. My brother pernah ada experience mencuba aktiviti bungee jumping di sini...cayolah. Disebabkan kami berada di bandar Queenstown hanya satu malam sahaja...jadi takda aktiviti outdoor yang sempat dicuba. Kalau nak tau....di Pulau Selatan ni....Queenstown adalah bandar yang paling happening dan menjadi tarikan tourist. Bandar ni sangat cantik sebab dikelilingi oleh tasik dan gunung ganang yang cantik. 

Kami parking kereta di kawasan ini dan masing-masing merayap mencari kedai souvenirs. Kesian Norlia sebab dia agak kepenatan dan pening kepala. So, kami suruh dia berehat di dalam kereta sekejap sebab lepas ni masih jauh lagi perjalanan kami nak tuju.

kat area banyak kedai jualan baju2...souvenirs dan mcm2 lagi. Kami plan nak cari kedai DF Souvenirs dan GPS menunjukkan di sinilah tempatnya. Tapi sedihnya...kami tak tau mana satu kedainya. Puaslah aku guna Google Maps untuk tunjuk arah kedai yg mana satu....tapi still confuse. Sehinggalah kami ditegur oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang berbangsa India.....dia tanya nak pergi ke mana dalam Bahasa Malaysia...hehehe. Bila kami kata nak ke DF Souvenirs.....then barulah dia tunjukkan arah. Tak sempat tanya sama ada dia pelancong mcm kami atau menetap di sini. Baikkan org Malaysia ni.


yahoooo dah sampai pun. Sebaik nampak kedai ni....kami jadi giler uolsssss sebab kedai ni murah sangat. Ada jugak kedai2 lain berdekatan yang murah jugak...depends on item.....so mmg byk choice lah. Patutnya kami di beri masa sejam ajer di sini....tapi kami terlajak lebih dari sejam. Aku beli tshirt banyak di sini.....tapi byk jugak tshirt yang cantik2 dah habis. Tshirt All Black menjadi pilihan geng cik kiah huhuhuhu. Fridge magnet pun murah kat sini. Akhirnya aku org yg last keluar dari kedai  ni hahaa.

kedai DF Souvenirs tu berderetan dengan kedai ni.

tadaaaaaaaaaa.......nampak tak apa yg kami makan di sini????

Fish n Chips in the house..................akhirnya dapat gak kami makan di sini. Bagusnya tempat ni.....semuanya seafood....takda binatang non halal yang lain. Agak2...di manakah kedainya?????

Geng cik kiah sedang menikmati fish n chips. memang sedap dan mengenyangkan uolssss. Seorang makan 2 ekor ikan.....tak ke kenyang tu. Kalau yg jenis perut kecik.....seekor ikan pun dah cukup. Aku ni kalau takda sos cili memang tak lengkap. Sib baik bawak hehehe. 


Di sinilah gerai makan yng kami pergi....kat tepi jalan ajer. Nak bgtau nama kedai pun aku tak tau namanya apa. Tapi yang pasti kedai ni berhadapan dengan tasik yg aku tunjukkan gambar di atas. Dari kedai DF Souvenirs tu jalan kaki ajer....sangat dekat.

Ok habis sudah masa kami di Queenstown....kejap sangat kan. Tak sempat nak explore tempat lain. Nak pergi ke Gondola untuk lihat view bandar Queenstown pun tak sempat. Takpalah.....dari atas Remarkables tu pun dah boleh lihat bandarnya. Kepada rakan2 yang akan ke sini...kalau boleh spent masa lebih sikit di bandar ni sebab mcm2 aktiviti boleh dilakukan di sini. Tapi masa begitu mencemburui kami utk lebih lama di sini...uwakkkkkkkkkkkkkk.

Next.....ke manakah kami? Apakah yang terjadi pada kami selepas ini? Sekali lagi peristiwa ngeri berlaku......uhukkk uhukkk. Tunggu yea next entry.

p/s - darah manis......kuarantin tidak dibenarkan gi travel lagi buat masa ini uhukkk



5 comments:

Anum said...

seronoknya

Jari Manis said...

Bila baca entry ni dalam suasana sejuk kat opis ni, hujan pulak kat luar tu...boleh merasai kesejukan seperti mana Leez di Queenstown ni..wahhh..maybe kat sana lagi sejuk..

Alhamdullillah..tak lama lagi tibalah hari bahagia tu..pastu baru leh panjang kaki lagi..nk honeymoon kat mana tuuuu heee

Khai said...

Cantiknya subhanallah! Ok tu je yg mampu diucapkan. Hehe. Cantik sngat kot! InsyaAllah one day... one day...

Rozita said...

Cantik tempatnya..

Hehehe...tengah darah manis ye leez...mesti tengah happy je tuuu..

Ako Retna said...

tak buat bungee ke? canyon swing ke? hhehe... ;)

the best place to hangout lama sket... Queenstown!!