Salam kerinduan.
Jom cepat-cepat habiskan citer Korea ni...pastu bolehlah citer benda lain plak. Hari ke 5 di sini. Pagi lagi kami dah siap dengan beg besar. Dah nak check-out. Sebenarnya belum nak balik lagi. Kami kena cari hotel lain sebab Namsan Guest House tu dah penuh untuk tarikh tu. Masa booking.....dah takda bilik kosong untuk tarikh tu. So, we have no choice kena cari hotel lain. Sib baik temanku itu dah booking awal hotel lain yg berdekatan. Tak nak lah duk jauh sebab tak larat nak hurung beg besar sana sini.
Hotel kami ni masih di Namsan jugak cuma nya di lorong lain ajer. Tak perlulah naik turun tangga uolsss. Memandangkan kami stay one nite ajer...maka aku dah asingkan pakaian untuk hari balik ajer dalam beg kecil. Tak payah bawak naik atas beg besar. Letak kat bawah cukup. Nak tau camana rupa nya??? Jom tengok......
ok dah nampak gate ke EO Residence...kalau jalan terus anda akan menuju ke Namsan Tower
semasa kami sampai di sini...kelihatan cebisan salji di persekitaran kawasan ini. Kita tunggu dan lihat apa jadi esoknyaaaaa...hahaha
inilah bangunan EO Residence tu....tinggi hingga tingkat 5
sebelum check-in...wajib posing.
tempat ni sangat bersih dan selesa. Tetapi yg tak larat ialah....takda lift. Kalau anda bawak beg besar mmg rasa mcm nak putus nyawa kalau usung beg naik tangga. Tapi jgn terkejut...depa ada sediakan lorong utk gelongsor beg roda....but bukan semudah itu sbb sempit giler. Baik tak payah. So, aku simpan beg besar di bawah ajer....aku cuma bawak naik beg kecil utk satu malam.
aku dah tak ingat berapa harga satu malam..korang rujuklah kat website. Dalam bilik ni ada fridge, washer machine, microwave and sinki. Semuanya dalam bilik. Owner tmpt ni ialah seornag pakcik yg agak tua.....punyalah cerewet nak mampuss. Dia akan check berapa org satu bilik. Korang jgn nak seludup ramai2....nanti kena marah dgn dia. Satu lagi...jgn buat sepah dalm bilik. Plastik sampah kena buang sendiri okay kat bawah.
bilik air sgt bersih dan selesa...besar jugak
itu beg kecik aku. tapi katil kecik skit lah....size small queen.
after check-in kami keluar semula untuk gi jalan-jalan lagi. Ke manakah kami??
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Oppa Gangnam Style !!!!!
Bandar Gangnam yg sangat high-end
pelancong kaya ramai yg stay di sini...banyak hotel mewah uolsss tapi ku tak mampu huhuhu.
dulu masa gi Korea bulan 5....aku tak sempat jejak sini sbb belum popular lagi Oppa Gangnam Style. Skrg sebb lagu tu popular satu dunia dan menjadi satu fenomena...so aku kata amatlah wajib datang sini...walaupun takat 3-4 langkah ajer daripada subway hahahaha.
banyak bangunan pencakar langit di sini
ketika ini aku dapat merasakan titik titik salji mula turun.....tapi sikit ajer
nampak tak tiang sebelah aku yg tulis Gangnam tu......menang bukti ini ialah bandar GANGNAM yang sgt popular itu. Nama lagu itu diambil sempena bandar ini.
ketika ini temanku sdgn ambiklan gambar ku.....tetiba ada yg menyapa kami volunteer ambilkan pic kami berdua....Kamsahanida!!!!!
tadaaaaaaaa....our pic @ Gangnam. Suka plak tgk pic ni sbb berlatarbelakng kan pokok2 tanpa daun
kejap ajer kami di Gangnam...sebab kami nak pergi ke satu tempat ni.....juga menjadi tumpuan warga Korean terutamanya artis2 ternama mereka....ke mana kah??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!
p/s - Masih menunggu Mr. Right yg boleh bersama hidup berkasih sayang sampai hujung nyawa.
4 comments:
Bagi ayat yg last tu JM turut mengaminkan agar Lizz cepat jumpa dgn mr right. Aminnn
syarliz,,,
kg UK tuuuu.......
besnya,,,,,,,,
bila la nak ikut jejak nih.....
Jarimanis -
thanks byk2 atas doanya...terharu sgt.
Insya Allah mudah2an ada rezeki nanti.
Suhaz -
Heheheh pandai awak meneka kan.
yeaaa....kat mesia sy xda kampung dan kampung saya di sanaaaa.
Post a Comment