Ads

January 17, 2013

Day 3 & 4 : Padang & Bukittinggi Trip : Pasar Aur Kuning, Lunch @ RM Benteng Family & Padang


Salam semua.
Selagi tak habiskan entry padang-bukittinggi ni aku rasa tak senang duduk. Walaupun pergi hanya 4 hari tetapi banyak benda nak buat entry. Banyak tempat lawatan...maka banyaklah gambar nak dipamerkan di sini. Lepas habis pengembaraan di sini....nak buat entry negara lain pulak. Lama2 citer pun dah basi hahaha.

Ramai sangat yang message aku minta phone number sopir ni lah...sopir tu lah. Haiyohhhhhh...korang baca lah blog ni betul2. Aku dah nyatakan detail siap phone number semua. Takkan lah itu pun nak tanya aku lagi. Aku jenis manusia yg tak suka orang bertanya soalan benda yg aku dah citer. Aku tak suka buat kerja berulang kali ...harap korang faham yea. Ada tu yg tanya camana nak contact pak sopir....nak sms atau phone terus....alamakkkkk itupun aku nak ajar ke??? Aku tulis blog ni atas dasar suka-suka dan amal jariah untuk sesama manusia. Aku tak minta duit sesen pada sesapa pun. Tapi kalau benda yg mudah korang nak jugak tanya aku...hmmmm letih ahkak nonnn!!! Pastu ada yg tanya aku berapa budget nak bawak...hmmmmm itu semua terpulang pada diri masing2. Kalau duit banyak...bawaklah banyak mana yg ada. Kalau duit tak banyak...tak payah gi melancong. Itu cara aku lah. Satu lagi....tolongggggggggggglah baca blog aku ni betul2 kalau nak dapatkan info. Tolong jangan tanya benda2 lain yg aku dah citer dalam ni. Tolongggggg lah. Kalau tengok aku tak reply tu...maknanya aku malas nak jawab. Jawapannya semua ada dalam blog. Ok peace!!!!

Ok sambung kisah entry ini.
Destinasi seterusnya kami bergerak semula ke bandar Bukittinggi. Aku tanya pak sopir....agak2 sempat tak kalau kita nak gi Pasar Aur Kuning sekali lagi. Dia kata...sempat. Ok jommmm kita serang Pasar Aur Kuning sekali lagi. Kali ni aku pergi bahagian kain ela pulak. Kebanyakan kedai yg jual kain ela ialah di kedai-kedai deret. Sederet kedai tu semua jual kain ela. Tetiba aku nak cari kain cotton. Kat sini banyak pilihan kain cotton yang bercorak polkadot, bunga dan corak bergaris. Aku beli sepasang untuk diri sendiri dan sepasang lagi for my mum. 4 meter kain ela dengan bidang 60 inci hanya Rp100k atau RM30 sahaja. Murahhhhh......dan kainnya jugak cantiksss!!! Memang berbaloi beli kain di sini. Tak payahlah korang asik nak bershopping kain di Bandung tu....kat sini pun banyak pilihan. Sesekali tukar lokasi apa salahnya kan.

Kami di sini sekejap ajer....sebab hari ni jugak kami nak balik ke Padang. So, selesaikan apa yg patut di Bukittinggi ni. Kak Limah 2 orang ni suka hati sebab dapat beli kain yg diidamkan...yehaaaaa.


 kain ela dengan pelbagai corak....banyak gilerrrr. Jadi rambang mata ahkak oiiii!!!

nak tau pasal harga??? sangat murah hokay!!!

kat belah dalam tu...ada banyak lagi kedai kain. Kami gi sekerat jalan ajer.....ongkos pun dah susut masa ni

kain ni kena pakai lining........

pasar buah pun ada.....geram tengok buah mangga tu.....

buah mangga yg diimport.....tak beli pun tapi nampak sgt mengancam kan

dah beli kain...jom kita gi makan pulak. Kami nak merasa nasi padang di kedai makan lain pulak. Kami nak merasa nasi padang di Rumah Makan Benteng Family. Bila masuk ajer dalam kedai ni...terasa berada di dalam kampung. 

makan nasi padang....as usual kami memilih lauk yg berkenan terlebih dahulu. Kali ni pilih daging dendeng, ayam masak lemak, sambal hijau, ayam pop dan gadho-gadho. Hmmmm....boleh lah. Tapi rasanya kat tempat lain lagi sedap huhuhu.

gadho-gadho special request....sedapppp!!!!

ayam pop.....ada sambal cicah sekali. 

habis makan nasi padang perut pun terasa kenyang. Tapi ada orang tu mengidam nak makan es teller yg sedap di Restoran Sederhana. Nanti teringat2 plak dia bila balik KL. So, pak sopir berhentikan kami di sini. Aku stay dalam kereta sebab malas nak keluar. So makcik tu...beli es teller tapau ajer. 


kami terus beredar dari bandar Bukitting dan meneruskan perjalanan ke Padang pulak. Selalunya ia mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke sana tetapi kali ni jadi 4 jam lebih. Jem yg amat terukkkkk...bohsan kami dalam kereta. Rupanya ada lori pasir yg terkedek2 nak mendaki bukit...sehinggakan mengganggu perjalanan kenderaan lain. Macet gilerrr!! Aku sampaikan tertidur dalam kereta. Aku harap kami dapat sampai di Padang sebelum waktu malam.

masa ni masih dalam perjalanan ....nampak gerai jual durian. Ok pak sopir tolong berhenti sekejap......kami nak merasa durian Padang. 

mahal jugak durian di sini....sebiji ialah Rp30,000 (RM9). Hmmmm...rasanya tak sesedap durian kampung kita.

nampak mcm mengancam tetapi rasanya biasa ajer.

akhirnya kami sampai di Padang. Masa ni dah nak senja. Aku bgtau Pak Sopir tu.....cepatlah sikit sebab aku nak ambil gambar kat tepi pantai tu. Punyalah ramai manusia di tepi pantai ni. Bukan takat tu......kenderaan pun banyak. Nak parking punyalah susah giler. Sebaik kami turun kereta....terkecut beruk tengok pantai depa. Kotor giler nak mampus. Memang sangat geli. Muka di atas tu berpura2 ajer...padahal menahan geli tengok sampah sarap tepi pantai yg sangat banyak. Aku tanya pak sopir...kenapa teruk sangat...tak ada orang bersihkan ke? Dia kata...ada tapi seminggu sekali ajer. Hmmmmm...yelah tu. Takkan sampai kotor sangat mcm ni. Aku tak percaya apa yg pak sopir tu kata. Dia sebenarnya malu dengan aku sebab aku kata geli tengok pantai yg kotor mcm tu. Senang citer....orang Padang dan Bukittinggi ni memang pengotor dan tidak menitikberatkan kebersihan. Sebab tu lah aku balik ajer KL...terus demam teruk...siap batuk dan sakit tekak. Temanku pun mcm tu jugak.

tengoklah lihatlah.....pantai Padang yang sangat kotor.

sangat geli hokay!!!!!

ada jual telur penyu juga di sini

malam tu kami makan Pizza Hut yg di tunggu-tunggu kan. Tiap kali gi Indon mesti nak makan Pizza Hut. Kami check-in di Hotel Bunda di Padang. Lokasinya berhadapan dengan Hotel Ambacang yang runtuh teruk masa kejadian gempa bumi tahun 2009 yang lalu. Skrg dah ganti dengan hotel baru. Kelihatan juga hotel-hotel berdekatan yang masih runtuh tidak dibaiki lagi. Malam tu tidur cepat sebab keletihan.

masa untuk check out sebab flight kami di awal pagi jam 8.30. Pagi tu hotel ada menyediakan breakfast di awal pagi jam 4.30

hotel yg simple dengan harga yg berpatutan.

Hotel Bunda di Padang

Pagi tu kami ke airport dengan menaiki teksi yang sudah siap ditempah hari sebelumnya melalui hotel ini. Pakcik yang bawak teksi punyalah peramah. Dia menceritakan kisah kejadian yg berlaku di hotel baru yg menggantikan Hotel Ambacang yang teruk runtuh pada gempa bumi yg lalu. Katanya.....lebih kurang 300 orang mati terkorban masa gempa bumi tu. Sekrang dah ganti dengan hotel baru yg aku dah lupa apa namanya. Dengar cerita hotel tu tak ramai tetamu sebab banyak kejadian seram berlalu di tapak tersebut. Agak menyeramkan jugak apa yg diceritakan oleh pakcik tu. Fuhhhh nasib baik aku tak stay di situ. 

Ok habis sudah kisah percutian aku di Padang dan Bukittingi. Nanti next entry aku kongsi dengan uolsss apa yg aku shopping di sana. Ok chowwwww.


p/s - rindu pada seseorang yg dah lama aku tak jumpa



18 comments:

Unknown said...

Seronok baca entry ni..aduhhhh...tetiba je rase cam nak gi Bukit Tinggiiiiii!

rezkizany said...

salam leez, macam best jer makanan padang ni semua, saya ni berangan nak ke sana tak sampai2 lagi, InsyaAllah tahun depan sampai.

sisR said...

Leez tak pi ziarah malin kundang ke...hahahaha

sepul said...

Hotel Ambacang. Saya pernah menginap di situ bersama famili pada tahun 2009. Phewww.

ramli said...

nice blog you have, keep it coming!

Leez M. Saaid said...

Zie -

cepat beli tix ke Padang. Food and shopping heaven di sini.

Leez M. Saaid said...

rainini-

insya Allah ada rezeki boleh jejak ke sini. yang penting kena ada perancang.

Leez M. Saaid said...


sisR -

saya tak ke tempat malim kundang. memang tak plan nak gi.....sebab tak cukup masa.

Leez M. Saaid said...


sepul -

tulah...tempat tu dah berhantu skrg.
Dah siap pun hotel yg baru di tapak yg sama.

Leez M. Saaid said...


ramli-

thanks.
keep reading this blog.

Unknown said...

Sgt setuju..shopping kat bkt tinggi lg best dr bandung...miahaha...murah n byk pilihan...telekung cantik2 n murah.....hehe

Ronni said...

ya betul tu, shopping lagi best kat Bukittinggi, tudung bleh pergi kat kilang nya, kain sulam pun pergi kat rumah orang yang punya banyak crew, so, joom lah pergi melawat kat Bukittinggi, salam kenal dari fb : rooni_h80@yahoo.co.id

Ronni said...

memang best shopping kat Bukittinggi, tudung pon boleh pergi kat umah yang buat, kain sulam pon boleh datangi kat umah orang nya, kalau mahu shopping macam mangga dua atau tanah abang jakarta, sini pun ada Aur Kuning, jomm melawat kat Bukittinggi, salam kenal daripada fb : rooni_h80@yahoo.co.id

Unknown said...

salam kak....
saya ada perancangan nak ge padang n bukit tinggi.... cuma nak tau lah... mcm mana transport kat sana ya. berapa harga sewa keta dia.

Unknown said...

salam kak....
saya ada perancangan nak ge padang n bukit tinggi... nak tau macam mana nak sewa keta kat sana ya kak.

Unknown said...

kak leez jgn marah2..
nt x comell..hehe

Farhoney Romely said...

so memg bazir masa ke gi Pantai kt sana? teringin nk tgk pantai diorang tpi tgk gmbar akak tu mcm xberbaloi gi sana....sy nti 21 Nov 2013 ni stay kt Bunda Hotel, Padang gak.dekt ker dgn pantai? mak sy takut sgt tepi pantai tu..

Unknown said...

Seronok baca.sebelum p kena google dulu baru berbaloi kan.jika tak..dpt tempat yg kotor..