Ads

August 13, 2012

Shopping Raya & Pasar Ramadhan 2012


Salam semua.
Lagi beberapa hari ajer lagi kita nak sambut lebaran. Camana dengan persiapan raya uolss? Tahun ni aku beraya agak sakan jugak sebab serba serbi tukar baru. Sajer jer untuk memenuhi impian bondaku. Takpalah.....yang penting aku bisa buat bondaku tersenyum di pagi raya. Ingat susah ke nak dapat pahala lebih....apa yg ibu kita request kita cuba penuhi untuk dia. Insya Allah senang ajer dapat pahala. Apa yg baru agaknya yea?? hahaha...surpriseee!!!

Oklah aku bocorkan rahsia satu benda ajer. Tahun ni aku berhabisan untuk menukar langsir baru. Langsir lama dah 3 tahun tak bertukar dik non. Pejam mata kuar duit beli langsir. Di mana?? Masa first weekend berpuasa aku dah redah Jalan TAR semata-mata nak mencari langsir. Kami jahit sendiri ajer. Tahun-tahun dulu langsir rumah aku semuanya beli di Jakarta (sebb dulu tiap tahun pi Jakarta mcm balik kampung :p). Tapi kali ni beli di KL ajor lahhh. Aku pun dah bertahun-tahun tak pi Jakarta...camnolah nak beli di sana. Beli di kamdar ajerlah tahun ni huhuhu. Aku suka beli kat Jakarta...sebabnya murah dan design cantik.

Lebih kurang 2 jam jugaklah aku dan adik ipar aku menenggek kat Kamdar tu mencari langsir...akhirnya jumpa yg berkenan di hati.. Syukurrr. Pastu....kami gi area Wisma Yakin sebab nak mencari baju melayu dan songkok my nephew. Baju melayu ni kena beli awal sebab takut saiz dan warna yg kita nak dah habis. Alhamdulillah jumpa jugak yg berkenan di hati...walaupun berjam-jam lamanya mencari.....letih ahkak!!!! Tempat lain kami tak singgah sebab dah keletihan. Nampak orang jual air tebu...aku dah jadi tak betul terliur mcm budak-budak. Sumpahh...dahaga giler masa tu. Tulah dia penangan shopping di Jalan TAR. Cukup...mak dah tak sanggup nak redah sana.


 first weekend of Ramadhan...orang tak berapa ramai lagi. Ni di area Wisma Yakin

 Akhirnya membeli baju melayu my nephew di kedai Omar Ali sebab dapat diskaun 50%

 dalam ni dah sesak.....aku dah start tak selesa....tak sanggup nak redah dalam lagi. 

 macam2 jenis kain baju melayu ada di jual...kalau kain mahal maka harganya pun mahal skit.

 butang baju melayu pun kena cari jugak


___________________________________________________


Ok habis kisah shopping di Jalan TAR. Ni nak citer pasal Pasar Ramadan plak. Kat area rumah aku ni ada 2 ajer Pasar Ramadan yg paling dekat dengan rumah dan paling best. Yang paling best ialah Pasar Ramadan Desa Pandan. Agaknya apa yg best yea? Aku kalau pi sini nak cari satu benda ajer...iaitu Pak Ya Popia Power. Kalau nak cari popia basah yg paling sedap di dunia ialah di sini. Memang terkenal lah. Kalau nak beli memang tak sah kalau tak beratur panjang. Aku suka popia di sini sebab intinya sedap, kulit popianya sedap dan sambalnya pun sedap. Harganya ialah RM1.00. Makan satu dah kenyang...sampaikan nak makan nasi pun tak boleh dah.

Satu lagi Pasar Ramadan yang best kat tempat aku ni ialah kat Pasar Muhibbah Taman Nirwana. Kat sini pun ada yg best. Kat sebelah pasar ni ada gerai jual Roti John paling sedap di dunia. Kena tunggu sejam lebih baru boleh dapat. Tak percaya? Korang cubalah dtg ke sini. Hari biasa pun boleh datang sebab abang ni meniaga boleh dikatakan setiap hari kalau bukan musim bulan Ramadan. Kedainya di depan Pasaraya Mariam sebelah Pasar Mubibbah Taman Nirwana ni. Kesimpulannya...bulan puasa ni aku tak dapat peluang nak merasa roti john abg ni sebab tak kuasa nak menunggu sampai sejam lebih. Babai.....tunggu after raya ajerlah kalau nak sangat merasa.


 ni dia popia pak ya yg terkenal di Pasar Ramadan Desa Pandan

 tingginya popia goreng ni.....pun sedap.

 nampak rupa popia ni mcm tak cantik...tetapi rasanya tersangatlah sedap dan sangat mengenyangkan kalau makan satu sahaja.

juadah berbuka nasi lemak sotong, ayam goreng, sayur kangkung masakan bondaku...dan juga popia pakya dan tepung pelita. Shedappppppppppppp!!!


Next entry aku nak citer pasal lokasi aku berbuka puasa di luar bersama teman-teman. Tungguuuuuuuuuuuu!!! Kalau sempat aku nak habiskan tulis kisah berpuasa ni sebelum raya. Adoiiii...letih ahkak!!


p/s - dam dam dum bunyi mercun......




1 comment:

!eNa PnG said...

Sakan raya taun nie kak...taun nie mmg pecah rekod sebab ina tak jejak lansung kat Jalan TAR.. hahaha...tak anggup nakbersesa-sesak...

Roti John memang banyak tempat yang sedap.. kalau yag buka bulan puasa dia jual kat taman tu jugak ke kak?