Ads

December 20, 2011

Day 2 : Trip to Hatyai & Krabi - Au Nang @ Nite

Bersambung lagi entry pasal Krabi pulak. Actually aku nak habaq skit di sini bahawa plan ke Krabi ni hanyalah last minit jugak. Plan nak ke Hatyai sahaja tetapi memandangkan apa nak buat lama-lama dekat sana. So finally kami decide nak stay one nite kat Krabi...walaupun hanya satu malam.

Sampai di Hatyai selepas kami lunch di sana....kami pergi travel agent yang berhampiran dengan area Lee Garden Hotel (lama). Boleh ajer pilih mana-mana travel agent and tanya camana nak pergi Krabi. Mereka akan menyediakan perkhidmatan ke Krabi dengan menaiki van. Waktu bertolak ke Krabi akan di beritahu juga....depands kita nak pergi jam berapa. Masa tu kami still ada sejam sahaja sebelum bertolak iaitu jam 1 tengahari. So, ada masa untuk membeli apa-apa yang patut untuk bekalan perjalanan selama 4 jam. Apa??? 4 jam??? Yea tuan-tuan dan puan-puan...perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa 4 jam dengan menaiki van. Kami dikenakan tambang sebanyak 250 Baht (RM25) untuk seorang. Anda kena bgtau nak turun di mana. Kami bagitau nak turun di Ao Nang iaitu kawasan tepi pantai di Krabi yang menjadi tarikan pelancong. Kami tak booking hotel lagi tau...so pikir nak walk in ajer.



semasa di dalam van. Van ini selesa tau dan penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan juga.




Semasa di dalam perjalanan ke Krabi ni...hujan turun renyai-renyai. Kat sana pun highway jugak tetapi takda tol dan tidak dapat menandingi keselesaan highway di Malaysia. Sepanjang perjalanan aku tidur ajer hehehehe. Pastu driver tu berhenti selama 15 minit di R&R untuk berehat sekejap dan buang air. Kat R&R ni ada tempat makan Muslim, surau dan supermarket yang menjual barangan makanan buatan tempatan seperti kek, kerepek, kacang dan macam-macam lagi. Aku plan nak membeli sedikit tetapi terpikir plak...baik aku beli time nak balik. Untuk pengetahuan semua....barangan tersebut tadi adalah halal.....merupakan perusahaan makanan buatan masyarakat Muslim di selatan Thai. Tempat yang kami berhenti di sini ialah Trang.


Lebih kurang jam 5 petang kami dah sampai bandar Krabi. Untuk sampai ke Ao Nang...mengambil masa 30 minit lagi. So, masa berhenti di bandar Krabi tu....kami dipanggil turun di satu tempat travel agent. Rupanya mereka nak rekemen kami mana-mana hotel yang kami nak stay di Ao Nang. Hmmm...sama ajer masa aku gi Phuket dulu. Pada mulanya malas nak layan dorang ni...tetapi memikirkan kami tak nak buang masa sangat untuk mencari hotel....finally kami akur jugak. So pilih punya pilih...akhirnya kami decide untuk stay di Hotel Baan Pulaoon dengan harga sebanyak 120Baht (RM120) untuk bilik twin bed. Entahlah aku tak tau murah atau mahal...sebabnya aku sangat berpuashati dengan bilik tu. Nampak dari luaran mcm biasa ajer...tetapi dalamnya standard 5 star uolssss!!!!!. Hotel ini bukan di tepi pantai...kena jalan lebih kurang 500 meter dari kawasan pantai. Tak kisahlah sebab area ni happening jugak pada waktu malam



kawasan hadapan hotel ini


ok tak bilik ni??? Macam 5 star kannnn....katil tu besar dan selesa.


ada mini fridge and TV plasma....hehehe


bilik air luas dan selesa





Malam tu after maghrib plan asal nak gi bandar Krabi untuk jalan-jalan di night market di sana...tetapi memandangkan malas nak naik tuk-tuk ke sana...lagipun jauh sikit. So, kami decide nak jalan-jalan di area Ao Nang ni ajer. Jangan tak tau...kawasan Ao nang ini sangat happening pada waktu malam...mcm Phuket jugak tetapi bagi aku secara peribadi berpendapat Ao Nang lagi best drpd Phuket. Sebabnya....lebih teratur, lebih bersih, lebih selesa dan lebih kelasssss berbanding Phuket. Kalau di Phuket....aku mcm nampak geli sikit tgk mat salleh dan minah Thai di sana. Tapi di Krabi pulak aku nampak ramai pelancong in family group. Pelancong Malaysia pun ramai uolssss...berduyun-duyun. Ramai gak yang bawak kereta ke sini.


Kalau nak makan pulak....makanan Muslim agak terbatas jika dibandingkan di bandar Krabi. Difahamkan penduduk Krabi majoritinya adalah penduduk Islam. So, jangan risau tentang makanan di sini. Cuma nya aku tak tau mana kedai makan yang sedap di Ao Nang ni. Restoran seafood memang banyak.....nampak agak mahal sedikit. Almaklumkan kawasan pelancongan.




kat public phone pun nak posing.....feeling kat London lettiewwwww!!!!!




sawadikappp...kapkunkapppp


vespa yg comel mcm ni memang melambak2 di Ao Nang


one thing keunikan di Thailand ni....setiap daerah yang aku jejak...tuk tuk mesti ada tetapi berlainan model utk setiap daerah. Yang kat Krabi ni nampak mcm beca tetapi bermotor...unik kannnn!!!!!!


jualan cenderahati mcm ni memang melambak2 di Ao Nang.


tshirt mcm ni memang melambak-lambak di sini. Last price yang aku dapat ialah 150Baht (RM15) untuk sehelai. Kualiti kain bagus dan lembut.


sepanjang jalan ni memang penuh dengan pelancong mat salleh......kenapa yea mat salleh suka gi Thailand???? sebab???? oooooohhhhhhh....patutlah.


setiap daerah di Thailand yg aku dah jejak...mesti ada soap carving ni.


membeli FM adalah wajib bagi ku. Tapi FM krabi tak byk choice lahhh. Aku tak beli banyak....lagipun harganya 50Baht (RM5) untuk satu FM. Hmmmmm.....mahal. Kalau kat Bangkok boleh dapat 30baht.


aku memang dah jatuh cinta dengan Krabi....so akhirnya aku beli tshirt ini. Masa aku lepak di luar kedai ini sementara menunggu my friend membeli-belah di sini...tiba-tiba!!!! siapakah yg aku terjumpa????


>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>


jejaka yg sedang hangat di Mesia ketika ini. Hangat kenapa yea? Kalau korang baca paper minggu lepas mesti tau kisah jejaka ini. Katanya....dia membawa diri ke Krabi utk mencari ketenangan seketika......


tadaaaaaa.... Fizzo Omar in the house!!!!!!!!!!


kuota 4 orang dah cukup......ahakssss!!!!! sempat gaklah berbual dengan si Fizzo ni pasal experience dia memandu motor dari KL ke Krabi dalam keadaan hujan dan jalanraya yg licin. perrghhhhhhh kelassss ko Fizzo. kami ni orang media....so dia melayan kami lebih sikit lah...hehehe.


kami semua berposing sakan dengan Fizzo. Ehhhhhh sapa kah mamat Thai di sebelah Kak Ros tu??? ahaksssss. Cintaku tertinggal di Krabi katanyaaaa.....hahahaha. Nama dia Roslan....mamat Thai yg hensem dan fasih berbahasa Melayu. Dia ni anak tokeh kedai yg kami borong tshirt tadi. Tangan siap letak atas bahu Kak Ros tu....hahahaha.


aku tak berapa membeli di sini sebab aku kurang minat barang Thailand.....


kawasan ini ialah berhadapan dengan pantai......


jalan punya jalan...tetiba kami ternampak gerai comel ini. Wowwww pancake. Perut pun memang tengah lapar......layan pancake kejap....


aku pilih pancake banana + cheese + chocolate. Memang sedap sangattt!!!!!!! Harganya 50Baht (RM5).


anda terliur tak??????? dalam tu ada banana dan cheese.


perut kami sangat lapar....jalan punya jalan...akhirnya terjumpa gerai muslim ini di tepi jalan dalam kesibukan malam di Ao Nang. Gerainya nampak agak azab sikit...oklah asalkan halal.


sebab perut dah lapar sangat....belasah ajerlah kedai ni.....tapi aku tak suka sgt masakannya sebab tak berapa sedap ditekak ku...


aku order meehoon soup tapi dapat kuetiew soup...hmmmmmm. Rasanya tak sedap dan tidak setanding mee soup yg aku mkn di Danok dulu.


mee tomyam kak rose punya....


fried noodle glass Azie punya


fried rice mai punya....


Catz pulak makan nasi putih dgn tomyam, telur dadar dan somtam ini.


Lepas makan.....aku kelam kabut balik hotel sebab sakit perut nak ke toilet hehehehe. Relax kejap dalam bilik sambil borak-borak dengan teman sebilik. Pastu aku keluar semula untuk massage pulak hehehehe.



rate utk massage di sini sangatlah murah. Kalau nak buat Thai massage hanya 200Baht selama sejam. Manakala utk oil massage ialah 300Baht utk sejam tetapi aku mintak kurang dan akhirnya dapat 250Baht (RM25) sejam.


masa ni tak da orang...hanya aku berdua dengan teman bermassage di sini.....bestnya lepas habis massage......lena aku tidur pas balik hotel.


Ok sekian dahulu hari kedua aku di Krabi......esok masih ada lagi aktiviti aku di sana. Insya Allah aku sambung lagi esok. Memang aku nak habis kan entry ni secepat yg mungkin. Sebab lepas ni ada lagi trip bulan Januari akan datang.



p/s - Alhamdulillah dengan rezeki Allah....syukur sangat!!!!!






13 comments:

kasihredha said...

di hatyai kejap je ke leez?
tak sabar nak tengok gambar pantai krabi :)

Rozita said...

I tak pernah ke krabi dan hatnyai.. tapi nampak macam best jer tempatnya. Tak sabar nak tunggu citer seterusnya.

aida4eva said...

yeayyy! dah taw cm ne nk ke sana..hehe :)

tenkiu kakk..mcm best je :)

shaza said...

tak sangka lak dekat je krabi n hadyai ye... dulu saya pegi naik flight direct to Krabi..

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

satu mlm di krabi dan satu malam di hatyai kak....dan 2 malam di dalam train hehehe.

Leez M. Saaid said...

rozita -

i suka dgn krabi....sebab nampak santai dan tak sibuk sgt. Dan i tak suka sgt phuket...

Leez M. Saaid said...

aida4eva -

jgn lupa ikutan blog ini seterusnya....ada byk lagi citer hehehe

Leez M. Saaid said...

shaza -

4 jam tu dekat ke? hehehe....i plak ingatkan 2 jam ajerr...rupanya lagi jauh hehehe.

Anonymous said...

Assalam...nk tnye...klu nk drive dr malaysia ikut p.hulu...nk ke krabi jauh x kak.. Then kt sne senang x nk jumpe agent pelancongan..

aku dan sesuatu... said...

bez dapat info kat sini...jika semuanya berjalan lancar, ujung bulan ni dpat la ke krabi...yahooooo...x sabar2 nih...

Unknown said...

Ok..
Yg roslan tu..mcm.kenalll je..macam.penah nampak jee..

Ohohohohooo..rasenya tgk pic roslan kat blog kak Catz..hehehehe

Glamer roslan.

hidayah said...

hye nk tnye..ade x cntct no travel agent yg arrange van ke krabi dr hat yai?

Unknown said...

nak tnya..pergi sne by pkej or wht...dan dri hatyai ke krabi nek van sndri kn...ad nme or contct no org tu x...sebb murh la