Kita borak-borak pasal travel kay. Aku ni kalau dengar ajer pasal travel memang celik jer mata.....walaupun ketika menaip ini aku tengah mengantuk (mata kuyu). Jom kita borak-borak pasal 10 benda penting yang aku mesti bawak ketika melancong. Ini cara aku lah....tapi kalau orang lain memang berbeza skit daripada aku. Aku ni kalau diikutkan segala benda nak bawak...hehehe. Sebab tu bila travel....baru pergi beg aku dah berat...ahaksss. Tu belum lepas balik...segala mak nenek harta benda ada dalam beg tu....campur tolak barang2 yang dibeli lagi.
Jom kita tengok...apa yg aku selalu bawak tu.....huhuhu:
1. Camera - aku mesti bawak 2 camera (DSLR dan compact camera). Utk compact tu biasanya aku masukkan dalam pocket seluar ajer. Kalau rasa malas nak keluarkan DSLR...aku capai compact ajer...mudah dan senang. Satu lagi aku tak berapa suka gantung DSLR di leher....tak selesa. Aku mesti bawak style sling bag utk menyenangkan letak DSLR yg bagak tu.
2. Sunglass - satu kewajiban ketika melancong ialah aku mesti melaram. Mak nak nampak vogue dalam gambar hokay!!!. Dah jalan jauh2....rugi ler kalau tak melaram kat negara owang..huhuhu.
3. International Adaptor - woooo benda ni sangat wajib especially jika ke oversea. Benda ni digunakan utk charge hp, camera dan laptop. Lain negara lain pula socketnya. So, international adaptor ini sangat penting.
4. Netbook - dulu aku memang tak bawak sebab berat nak bawak laptop. Tapi sejak ada netbook yg lebih kecil....aku memang bawa ke hulu ke hilir benda ni. Tak sah jika berada di negara orang aku tak update apa2...huhuhu. At least mesti update or upload sikit2 gambar kat FB tu. Pasni aim nak beli ipad2 pulak...lagi senang dan ringan....huhuhu Insya Allah nak beli gak nanti.
5.Selipar jepun - mesti korang tengok nampak pelikkan. Itu lah aku namanya hehehe. Sebab apa aku mesti bawak selipar jepun ialah untuk senang ambik wuduk utk solat bila travel singgah mana2. Pastu bila nak balik...aku tinggalkan ajer selipar tu kat hotel. Setakat ini dah berpuluh selipar jepun aku sedekah di setiap negara yg aku pergi huhuhu.
6. Beg xtra - kalau gi oversea....aku mesti bawak satu small luggage yg muat2 dalam flight for hand carry. Pastu beg besar memanglah mesti ada kan. Dalam beg besar tu mesti ada satu lagi beg. Almaklum aku ni kan giler bershopping....so tujuan beg itu ialah nak memikul barang2 yg aku shopping tu. Macam ada sorang kawan aku ni....dia asik lupa nak bawak beg xtra dan setiap kali gi oversea dia mesti beli beg baru...huhuhu. So kat rumah dia dah melambak2 beg...hahaha.
7. Ubat-ubatan-memang wajib bawak juga. Selalunya aku akan bawak panadol, pain killer, pil cirit birit, plaster dan minyak angin. Stok ubat memang aku bawak lebih sikit. Just standby if anything happen kan.
8. Topi/serkup/snow cap - lately ni aku suka melaram yang bukan-bukan. Kalau orang nampak pelik...do i care? huhuhu. Kalau gi laut aku bawak topi....kalau gi negara sejuk aku suka pakai snow cap dan kalau jalan-jalan biasa aku suka pakai style serkup datuk ct tu (kalau korang perasan masa aku gi UK baru2 ni)
9. Kain batik - nampak pelik sebab kat rumah tak pernah pakai kain batik tapi kalau gi travel mesti bawak kain batik. Tapikan tak pakai pun sebenarnya kalau aku travelling....tapi aku sajer2 nak bawak...memang wajib. Pelikkan....bawak tapi tak pernah guna.
10. Wallet khas - kalau travel aku tak bawak wallet yg biasa aku pakai di sini. Aku ada wallet khas yang aku akan guna bila travel ajer. Dalam wallet tu ada 2 bahagian utk duit note. Satu bahagian aku letak duit matawang negara tu dan satu lagi bahagian aku letakkan duit matawang ringgit atau dollar. Dalam wallet itu hanya ada duit dan credit card sahaja. Segala mak nenek harta benda dalam wallet yg biasa guna tu aku tak bawak pun. Even kad pengenalan pun aku tak bawak...sebabnya dah ada passport cukuplah.
Sekian....itulah serba sedikit penerangan benda2 yang aku bawak ketika travelling. Lain orang lain cara. Dan inilah cara aku yang aku amalkan sejak dulu. Sebab tu beg aku selalu sarat dgn baarang...sebabnyaaa...ialah benda-benda yang diatas tu lah...ahakssss.
9 comments:
sy x leh kalo x bawak buku tulis, nanti nak catat semua benda mase travel sebab kalo x memang lupa..tengah2 dalam bas ke flight ke gigih buat draft dlm buku tu sebelom transfer masuk blog..hehe
Bagus punya travel tips. Banyak-banyak travel tips yand terpapar di blog, cuma kau punya yang berlainan dari lain iaitu international adaptor. Saya pun rasa itu penting sebab banyak orang tidak tau.
Out of 10 of your list, hampir 9 pun saya bawa. Hahaha...
leez,gud info for sharing..
but kain batik tu i pn suka bwk sbb mcm xtau le kenapa nk bwk..sbb terpk kot2 nk solat mna2 ke kn hampar je kain batik wat lapik pehtu bleh solat..hahha..tp so far xpnh le guna lg...
kak leez,
selipar jepun dengan kain batik belum pernah ade dalam list cik-anne.menarik gak tu...next time pi holiday leh bawak.hehehehe
kemang -
i jarang bawa note book coz malas nak catat apa2. Tapi sblm gi i mmg dah buat research and siap2 print utk di bawa ke sana. So, bila nak tulis kat blog...i akan refer gambar yg dah diambil dan yg i print tu.
Diana-
yess...international adaptor tu sgt penting coz i nak charge hp, camera and netbook. Some country socketnya berbeza especially di europe and Asean. Tapi di Uk still same as our country.
finizaini -
betul kain batik tu banyak kegunaan spt alas utk solat, sbg selimut pun ok hehehe dan sometime buat alas bantal...sbb kdg2 i tak suka bau sarung bantal hotel...
cik anne -
betul tu....selipar jepun tu byk kegunaan esp nak amik wuduk utk solat. Kain batik pn byk kegunaan...hehehe selamat membawa 2 benda ni yea next time. :p
Kak Leez,
Ya, most of the things listed to pun masuk Ray punye travel-must-bring. And trust me, once Kak leez dah ada iPad, dah takyah dah bawah netbook (yg dulu rasanya tak berat, tp bila ada iPad, really big difference!), takyah bawak buku nota nak catit apa2 sebab boleh je terus type, and not to mention very convenient kalau say nak surf the net.
Same goes with kain batik heheh.. Kalau kat rumah jarang sgt pakai (except maybe time layan senggugut) tp bila travel, it's a must-have item sbb dia boleh jadi kain absahan, jadi selimut, jadi shawl, and alas tido, alas bantal, macam-macam lah!
As for the beg xtra tu, I have my Ralph Lauren canvas cabin bag yang boleh lipat2 jadik kecik so that it saves space dlm luggage, nanti lepas giat bershopping jimat duit takyah beli new bag dah..hehehe..
Post a Comment