Majlis akad nikah selepas Asar diadakan di masjid Tambun, Ipoh. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Shafique telah selamat menjadi suami kepada Zuraidah. Dengan penuh confident melafazkan nikah. Keluarga kami di sebelah pengantin lelaki tidak ramai yang hadir untuk majlis akad nikah ini memandangkan ketika itu waktu bekerja dan belum ramai yang turun dari KL. Malam nanti lepas kerja barulah mereka akan bertolak ke Ipoh.
Majlis akad nikah kalau dibuat di masjid lebih selesa sedikit kerana kawasannya yang lapang. Orang kata kalau hendak mendirikan masjid dan nikah pula di masjid...lebih afdal dan digalakkan.
Selepas majlis akad nikah di masjid, kami telah dijemput oleh keluarga belah perempuan untuk menjamu selera high tea di teratak pengantin perempuan di Taman Perpaduan. Pengantin berdua ni sebenarnya berkenalan sejak di zaman sekolah lagi. Sebab itulah rumah mereka berdua dekat aja. Cinta sejati tu berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.
Di rumah pengantin perempuan pula diadakan upacara memakai rantai, pemberian mas kahwin dan bergambar bersama ahli keluarga. Selepas itu kami menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang lazat belaka. Ada mee soto, roti jalan bersama kuah durian, pulut kuning bersama rendang daging dan pelbagai jenis kueh-mueh. Kebetulan i tak makan tengahari tadi, memang langkah kanan ler petang tu. Dah lapar bebenor.
No comments:
Post a Comment