Ads

June 24, 2009

Jom Bola Bersama Manchester United & Kosmo !!!



Adakah anda peminat Manchester United (MU)???

Jom kita tengok sesi latihan pemain MU di Stadium Bukit Jalil pada 17 Julai ini. Tetapi ada syaratnya jika anda ingin dapatkan pass percuma. Anda perlu dapatkan keratan seperti iklan di atas dalam akhbar KOSMO pada 1 dan 8 Julai depan. Pada akhbar semalam pun ada tetapi dah terlepas. Seterusnya, apa yang perlu anda buat ialah :


Langkah 1 :
Dail 03-9285 0002 pada tarikh 1 dan 8 Julai mulai 10 pagi hingga 4 petang.

Langkah 2 :
Apabila panggilan dijawab terus nyatakan kata laluan "Jom Bola Bersama MU"

Langkah 3 :
500 pemanggil pertama, sila bawa kad pengenalan dan keratan iklan seperti di atas serta lengkapkan butiran peribadi anda seperti dalam akhbar Kosmo keluaran hari tersebut.

Langkah 4 :
Tiket boleh dituntut di pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 KL mulai 12 tengahari hingga 5 petang.


Jangan lepaskan peluang jika anda adalah peminat Manchester United. Dan juga jangan lupa anda mesti membeli akhbar KOSMO pada tarikh 1 dan 8 Julai akan datang.

p/s - kalau sempat nanti nak singgah di Old Trafford Stadium di Manchester


1 comment:

pinkypantherose said...

dear..akak book. 6 tix for MU training..please...