Ads

February 24, 2009

Grand Final My Star LG at PWTC


A reality programme by TV3. Grand Final My Star LG berlangsung di PWTC. Actually taklah layan sangat this programme but ada lah juga tengok sikit-sikit kat TV3. Thanks to Pinkpantherose for the ticket. Kami semua 9 orang beramai-ramai menyaksikan programme ini. First time Zarina joint us for this final programme.

Congrats to Wana for being a winner My Star LG. Suara mantap, ada ciri seorang penghibur, lincah menari dan muka comel. Masa diumumkan peratusan di awal konser, Wana di tempat terakhir daripada seramai 4 orang peserta. Pengkritik pula paling memuji si Wana ni berbanding peserta lain. U deserve it girl!!!!


ticket for press ....kami duduk di tempat media..

all of us.....tersenyum girang
kami duk di barisan depan lah juga.....
the stage...simple aje
para hadirin....masa ni belum ramai lagi...
Host - Nash and Ann
Cassie - peserta dari Bumi Kenyalang. Ada package sebagai seorang artis. Suara boleh tahan tetapi dah biasa dengar pada mana-mana artis. Suka masa dia nyanyi lagu English dengan Siti Sarah...memang best. Tetapi Sarah tetap hebat. Masa persembahan pertama Cassie tidak berapa menonjol kerana dia terlalu berhati-hati. Mendapat undian tertinggi pada permulaan konsert. Tetapi Cassie tidak mendapat sebarang tempat hadiah utama.


Hairi - peserta dari Negeri di bawah bayu. Peserta ini memilih genre rock. Berduet dengan Fix tetapi persembahan Fix lebih menonjol dengan liuk lentuk rockersnya. Patutnya Hairi kena tunjukkan diri dia lebih hebat kerana dia adalah peserta konsert ini. Suara rockers memang ada cuma kena lebihkan tenaga sikit. Memang ada rupa...package nak jadi artis. Hairi tidak mendapat sebarang tempat hadiah utama.
Wana - Juara My Star LG 2009. Comel orangnya dan suaranya aduhhh begitu lantang. Ada harapan menjadi seorang penghibur. Pandai beraksi lincah di pentas. Pandai menari dan bergelek. Kena tegur dengan pengkritik Ajai sebab Wana agak keterlaluan bila menggunakan vibrate suara. Wana pandai beraksi di pentas kerana dia dah biasa menyanyi di kelab. Memang dah agak Wana boleh menang dalam programme ini.

Nashrin - Tempat kedua My Star LG 2009. Pemuda yang ganteng dan iras seperti penyanyi Indonesia Marcell. Wah-wah sungguh romantik berduet dengan Misha Omar. Memang meremang bulu roma tengok depa berdua menyanyi. Suara Nashrin memang sesuai dengan genre muzik balada. Sesekali tengok dia menari di pentas...so sharp. Menjadi kegilaan anak-anak muda remaja perempuan.

Para peserta mendengar komen daripada pengkritik
Faizal Tahir - sebagai artis undangan
Misha Omar - duduk berdekatan dengan tempat kami
Cassie berduet dengan Siti Sarah
Hairi - kaku masa nyanyi lagu MUH
Wana nak goda Jamal...heheheh
Nashrin bergelek sakan
komen pengkritik
patutnya Mawi jadi artis undangan....digantikan dgn Jamal
Rossa - penyanyi undangan dari Indonesia
Rossa ... Ayat-ayat Cinta
saat diumumkan pemenang
Nashrin - tempat kedua
Wana - tempat pertama




bersama pengacara Ann

all of us...

kat PWTC.....dah nak balik....

No comments: