After lunch, we headed to jetty point for another activity rapid shooting. Abang Razali dah tunggu kami di jetty point. Masa tu jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Cuaca bagus dan Alhamdulillah tidak hujan pun.
Just nice boat panjang boleh masuk kami berenam termasuk Abang Razali. Abang Razali asked me to sit in front. Bestnya......mengharungi sungai Kuala Tahan dengan menikmati keindahan hutan belantara dan air sungai yang deras.
inilah bot yang kami naiki
bestnya......Daniel so excited
bestnya......Daniel so excited
jadilah tu....nampak mata aje
ini adalah bot penumpang...for local people
masa ni air tenang
sebab duduk depan sekali.....amik gambar boat ajelah
masa ni masing-masing dah kuyup......air deras
Kami melalui sungai ini mengikut lawan arus air sungai mengalir. So, apabila melalui jeram yang begitu deras air berombak, kami menjerit terkejut habis baju basah. Hehehe...jakun betul. Because i duduk depan sekali...so baju belum begitu basah. Orang belakang dah habis kuyup. Akhirnya setelah melalui beberapa jeram, my baju habis lencun satu badan. Ku tewas akhirnya.
Di sepanjang aktiviti rapid shooting ini kami dapat menikmati suasana permandangan hutan yang sungguh kehijauan dan cantik sekali. Kami juga dapat lihat perkampungan orang Asli Batek yang tinggal di persisiran sungai. Orang Asli Batek ini hidup berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat....macam orang nomad.
Daniel kesejukan...cian dia
inilah perkampungan Orang Asli....
Kami sempat singgah sebentar di sebuah perhentian yang sesuai untuk mandi-manda. Di sini juga kelihatan sebuah Hotel Holiday City yang betul-betul di tepi sungai dalam kawasan Taman Negara. Hotel ini berkonsepkan hotel dalam hutan. Tidak berapa besar tetapi rasanya tempat ini menarik kerana dikelilingi oleh air sungai yang jernih mengalir deras berupa air terjun kecil di sekitar hotel ini.
Kami mengambil kesempatan ini dengan bermandi-manda. Wooo...sejuk betul airnya. tetapi yang tak tahan tu ialah terpaksa memijak banyak batu-batu kecil di dalam sungai ini. Ada ramai minah dan mat salleh berendam di sini. Wahh...sakan betul dorang mandi sungai.
Kelihatan juga beberapa orang budak kampung bermandi-mandi di kawasan ini. Lebih kurang setengah jam berendam...kami pun beredar dan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Tahan. Bot berlalu laju dengan tiupan angin dan ditambah pula dengan baju kami yang basah....tersangatlah sejuknya.
ini lah tempat yang kami berhenti untuk mandi-manda
minah salleh sakan bermandi-manda
sungai yang dipenuhi dengan batu-batan.....sakit kaki pijak batu tu
model baju dan kasut oren...cehhhhhhh
jom mandi....
dah mandi...melompat pulak
masa ni betul-betul kesejukan
daniel kesejukan masa ni...
dah nak balik...posing lagi
pengalaman rapid shooting yang menyeronokkan....
Sampai di resort dalam jam 6 petang. Penatnya yang amat. Lepas mandi dan solat maghrib, kami menikmati dinner di Abai Cafe di resort ini. Kali ini kami dijamukan dengan set hidangan berlauk dan nasi putih. Ada 4 lauk semuanya dan boleh tahanlah rasanya. Then, lepak-lepak jap di cafe dan terus balik bilik. Malam tu kami menghabiskan masa dengan bermain UNO lagi. Jam 12 malam mata kami dah mengantuk sangat dan terus tidur.
Letih betul aktiviti untuk hari ini. For me, percutian ini dipenuhi dengan pengalaman yang sungguh berharga. Apa salahnya masuk hutan sekali dalam seumur hidup...asik gi laut aje...jemu pulak kan.
3 comments:
Mana gambar kasan? (manager rainforest)
ko rindu ahmad kasan ke..?
ehhh..liz..ko main mata ngan matkasan kan ari tu sampai mata dia senget...
Post a Comment