Ads

July 17, 2012

Cabaran Sihat Musim 2 : Cycle & Hunt Dan Paintball


Salam semua pembaca.
Alhamdulillah event Cabaran Sihat dah habis. Kesibukan yang teramat sehinggakan nak update blog tiada masa. Balik rumah dah penat sangat. Kepala sakit...badan letih..satu apa tak leh nak buat. Pulak tu laptop aku pun rosak. Screen pecah sebab terjatuh...ganaihhh naaa uwakkkk. Nak update blog guna galaxy tab memang susah dan payah. Kesimpulannya blog aku terus terbelengkalai dan bersawang hingga seminggu lamanya.

Mesti ada yg ingat aku gi melancong ke mana-mana. Huhuhu...tunggulah lepas raya ni camana. Disebabkan Cabaran Sihat ni....weekend pun aku kerja naa. Cuma hari minggu ajer aku berehat...itupun sibuk jugak sana sini.

Gambar2 pada entry ni agak dah basi sebab Cabaran Sihat dah pun berlalu minggu lepas. Tapi takpalah...aku share jugak dengan korang semua. Cumanya pic aku ajer yg tak banyak. 


Aktiviti minggu ke-3 ialah Cycle & Hunt. Jom kita berbasikal sambil main game cari harta benda.

aktiviti ini diadakan di Wetland Putrajaya. Pihak pengurusan sedang memberi briefing bagaimana aktiviti dilakukan

jom kita bermula kayuh...ayohhhhh

Sakan peserta naik basikal. Agaknya bila last korang naik basikal??? Aku last naik masa kat Korea....so masih power lagi lah. Pengalaman naik basikal di sini....sakit punggong weiiii. Kalori yang terbakar ialah 750 kalori

nice pic..

dah penat berbasikal...akhirnya kena tolak. Sebabnya......masing2 kena mendaki bukit dan dah kepenatan.

habis sudah. Peserta melepak dan berbual2 dengan cikgu kevin.

 Minggu seterusnya ialah aktiviti Paintball yang sangat besttttttttttttttt!!!! Muka peserta kelat ajer sebab takut first time nak bermain uolssss.

 masing2 dah mula bersemangat dengan topeng muka, baju dan gun ( betul ke?)

 wahhh,.....nampak sangat pro peserta ni.

 kevin mengatur langkah mengejar musuh......

 mana musuh ni? terketaqqqqq dahhh

 dollah tertewas akhirnya. Entah camana dia leh tergolek tu. Sapa plak yg tolak dia hahahaha

 kami menjemput artis Adda Butterfly dan Aweera Mojo (lagu popular Andainya Ku Bercinta Lagi)

 penganjur bergambar dengan penaja lokasi, artis dan Kevin...thanks semua

aku dengan editor isihat dan wartawan Mangga (thanks Deel tolong akak dapatkan artis). Tengok atas meja tu penuh dengan kertas lahh...hp lahhh.....

 para peserta dengan gaya komandor
kami semua bergambar. Masing-masing berpuashati dengan game ini dan sangat enjoysss. Next time jom kita main lagi. Lepas raya kay!!!! Yang penting paintball memang sangat best!!!!!


Next entry plak aku citer pasal aktiviti yang seterusnya dan majlis penutup yg telah berlalu. Maaf tak sempat nak buat promo majlis menutup di sini......kesibukan melanda.



p/s - tengah pikir nak melancong ke mana lepas raya ni. Pening nak pikir.




July 8, 2012

Cabaran SIhat Musim 2 : Senamrobik & Jungle Trekking


Salam semua.
Aku memang terlalu sibuk dengan event Cabaran Sihat ni sehinggakan nak update kat blog pasal event ni pun aku tak sempat. Next week dah nak closing ceremony.....kejap jerk masa berlalu. Kesemua 5 aktiviti yang telah dirancang berlalu sudah. Tunggu next week jerk keputusan siapa kah pemenangnya. Nanti aku update kat sini details berkenaan venue closing ceremony event ini. Semua dijemput datang yea.

Entry kali ni aku nak tunjukkan aktiviti senamrobik yang telah diadakan di Celebrity Fitness Bangsar dan  aktiviti jungle trekking yang telah diadakan di MARDI Serdang. Memang aktiviti yang sangat fun dan campur pulak telatah para peserta yang mencuit hati. 

Untuk pengetahuan semua...ramai sangat nak menjadi peserta event cabaran sihat ini sehinggakan ada yg call kami merayu2 nak masuk. Apa nak buat kami hanya boleh menerima 30 peserta sahaja. Next season boleh try lagi yea. Yang menjadi tarikan mereka untuk menjadi peserta ialah aktviti2 yang disediakan dan tips2 sihat daripada kevin. Fuhhhh...nak prepare semua ni bukan perkara mudah. Aku kena berhadapan dengan pelbagai suka duka ketika mencari penaja. Anyway...terima kasih banyak2 kepada semua para penaja event ini yang sudi bekerjasama dengan kami. Next season bolehlah sponsor lagi yea....torche!!!


 keceriaan di wajah peserta cabaran sihat musim 2

 jom kita menari salsa bersama instructor celebrity fitness

 cikgu kevin sedang tunjuk camana nak buat workout di sini

 tips sihat daripada cikgu kevin....

 bersungguh2 cikgu kita tuuuuu.....

the following week plak aktiviti jungle trekking di mardi

sessi timbang berat sebelum mendaki....kevin tunjuk pada para peserta progress penurunan berat badan masing2...

 tu diaaa... pintu gerbang nak masuk hutan...

 dollah jadi chief paling depan masa nak mendaki

 mcm keretapi.....peserta kena daki...pastu turun....pastu mendaki lagi...memang fun and enjoy masa ni

 tolong menolong antara peserta...syabasss

 di saat akhir...pendakian makin tinggi tetapi tetap terpancar semangat di wajah setiap peserta...sahut cabaran namanya tu.

 masa ni dah slow down sikit sebab masing2 kepenatan

 ada r&r tau dalam hutan mardi ni.....kita bergambar dulu

dah habissss....siap berendam dalam anak sungai ni....caiyokkk peserta.


Ok ada lagi 3 aktiviti yang aku nak citerkan di sini. Tunggu next entry yea. Yang pasti aku rasa lega dan boleh tersenyum sebab para peserta nampak enjoy dan bersemangat dengan event ini. Apa taknya....badan pun dah ringan dan ada confident pada diri masing2. ALhamdulillah.


p/s - plan nak beraya di negara orang. Tapi di mana yea?



July 5, 2012

Me & Birthday Cakes



Salam semua.
Maaf (entah berapa kali maaf daa)... sebab asik tertangguh nak update blog. Aku dilanda kebizian.....penat dan banyak kerja. So, untuk entry kali ni aku update skit ajer...just nak tunjuk masa besday aku hari tu. Sehari sebelum besday...aku telah diraikan oleh peserta2 Cabaran Sihat. Terharu dan terkezut sebab tetiba tengah berucap di depan peserta..... dorang potong cakap aku dan nak buat announcement skit. Lahhhhhhaiiii nak nyanyi lagu happy besday rupanya hehehehe....seronok dan terharu pun ada. Thank anyway to my beloved friends of Cabaran Sihat for the wishes and cup cakes ni. Muahhh muahhh sayang uolsss.

Then the next day plak....on 1st July ada majlis cukur jambul my niece di KDE Ampang Jaya. Pastu kebetulan jatuh pada tarikh lahirku....potong cake sekali lah. Malu ahhhh....hehehehe. Nanti bila2 senang aku tunjuk gambar2 lain yea. Ni aku tunjukkan 3 pics sahaja. Busy maaaaaaa....


 kezutan daripada peserta2 Cabaran Sihat Musim 2...thanksss!!!!

 kononnnnn....besday yg ke....tettttttttttttttt rahsia!!!! Thanks pada yg hadir...

lil princess Ariesya Sofia...masa majlis aqiqah dan cukur jambul. Beautiful princess my niece.


Nanti aku citer panjang lebar lagi yeaaaa. Kebiziaannnnnn.......


p/s- thanks atas ucapan di sms, FB, twitter and personally wish.




July 2, 2012

Souvenirs & FMs .....Thanks!!!



Salam semua.
Entry kali ni nak share dengan kawan-kawan semua barangan souvenirs dan FM yang aku dapat daripada family dan teman-teman. Thanks kepada yg bagi aku souvernirs semua tu. Fridge aku dah penuh dgn FM dan tak tau nak lekat kat mana lagi huhuhu. Tu pasal FM yg aku dapat ni masih tersimpan rapi dan tidak dilekatkan lagi. Cuba bagi cadangan skit nak lekat kat mana plak hehehe.

Alhamdulillah aku suka sangat dengan semua souvenirs ni. Sebagai kenangan daripada teman-teman. Jom kita tengok !!!!.


 Ukraine FM...pemberian from my bro Izam. Dia ke sana atas urusan perniagaan sebelum bermula musim bola EURO hari tu. Entah bila aku nak ke sana kannnn.


Ini juga Ukraine FM from my bro Izam. Thanks bro!!


 tadaaaa....Euro dah habis...barulah aku nak tunjuk Ukraine keychain ni. From my bro jugak


 ni plak FM + Can Opener from Ukraine. Pemberian my bro izam jugak.  Thankss!! Aku suka banget!!


 Masa my bro gi Ukraine dia transit di Dubai. Sempat belikan Abu Dhabi FM untuk kakaknya ni...huhuhu. I likeeeeeeeeee...sebab belum ada lagi FM from here.


Bookmark from Turkey pemberian teman tersayang Nani yang melancong ke sana dan umrah ziarah juga. Thanks mek!!!


 India FM pemberian teman travelling ku Siti yang melancong ke India. Thanks Siti...suka banget!!!


Ini juga pemberian Siti....coins purse from India. Hand made rasanya....cantik!!


 Nepal FM pemberian teman opis Abang Joha. First time dapat FM from here....suka banget jugak. Thanks Abang Joha.


 Philipines FM pemberian teman blogger Burn yang melancong ke Philipines baru-baru ni. Thanks Burn.


 Gold Coast FM pemberian teman blogger enciksepul yang meloncong bersama-sama familynye ke Gold Coast. Thanks sepul...best!!!!


 Luggage Tag pemberian Qis and Burn yang baru balik from Bangkok. Best..best ...suka benda ni. Leh letak kat luggage kannn. Thanks dear!!!


 Vietnam FM juga pemberian Qis and Burn. Thanks dear!!!


 Sabah FM pemberian my opismate Aqilah. Thanks dik!!!


 Tawau FM from Qis and Burn. Depa berdua melancong ke Mabul Island. Thanks!!!


ni plakkk...aku beli sendiri Kuala Lumpur FM di Menara KL. Harganya RM8....mahalkan. Yelah tempat pelancong mestilah mahal huhuhu. Asik kumpul overseas FM....kenalah beli FM negara sendiri plak kan. I love Malaysia my beloved country.


Ok...habis sudah. Next entry aku cerita benda lain plak kay. Byeeeeeeeee


p/s - lagi 2 minggu closing Cabaran Sihat...bertambah stress wooooohhhh.