Ads

May 30, 2009

Day 3 : Holiday to Bali - Diving at Tanjung Benoa


Alhamdulillah impianku tercapai juga akhirnya. Sudah lama i memang hendak mencuba aktiviti diving ini. Di sini di Pulau Bali segalanya telah tercapai. Walaupun hanya 1 jam di dalam laut. Aku puas dan kenangan yang paling indah di dalam percutian ini.

Selepas ke Pulau Penyu, kami bersiap untuk aktiviti air iaitu diving di dasar laut Tanjung Benoa. Kami bertiga sahaja dan mama ikut hanya duduk dalam boat sambil mengambil gambar kami. Ada 2 orang instructor mengikut kami termasuk seorang instructor yang mengambil gambar kami di dalam laut.

ready nak pi diving..


Sebelum kami turun ke laut, kami telah diberi briefing tentang bagaimana menggunakan tangki udara, tolok udara dan topeng muka. Kami juga diajar bagaimana hendak bernafas di dalam air menggunakan bekalan tangki oksigen. Mula-mula tu agak cuak juga. Tetapi kalau kita sudah biasa dengan aktiviti snorkeling, it shouldn't be a problem. Yang penting jangan panik dan menggelabah.

Instructor itu juga memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengeluarkan air laut yang masuk ke dalam mulut dan air yang memasuki topeng muka. Ada tekniknya tu. Kalau eveything ok ke, ada masalah ke, nak naik atas ke, nak turun bawah ke ...semua tu telah diajar dengan isyarat tangan. Semakin dalam kita berada di dalam laut, pasti terasa tekanan pada telinga. Itupun ada caranya untuk mengurangkan tekanan yang berlaku. Kalau sesiapa yang ada penyakit astma, memang agak sukar untuk menyertai aktiviti diving ini kerana kita bernafas melalui mulut dan kondisi kesihatan dan pernafasan mesti dalam keadaan bagus.

alya dengan penuh confident...hehe


Mula-mula my bro Idham yang akan turun ke laut dahulu. Kemudian diikuti dengan Alya. Then barulah i punya turn. So, masa kami dipasangkan tangki gas....terasa berdebar-debar juga. Then the instructor bawa ku terus turun ke laut. Subhanallah terasa begitu lain duniaku. Memang terasa nikmatnya. Seronok yang amat dan dicampur dengan cuak..hehehe. I lihat my bro sudah berada di bawah sambil memberi makan ikan. Tetapi dimana pula si Alya ni? Rupa-rupanya Alya dah naik atas kerana tidak yakin untuk meneruskan perjuangan. So, hanya kami berdua aje dan lagi dua orang instructor di dalam laut.

Kami membawa bakalan roti untuk memberi makan ikan-ikan di dalam laut. Kalau tengok pada video yang diambil, memang banyak ikannya. Tetapi pada photo diambil, tiada seekor pun ikan di dalamnya. Alaaaa...sayangnya. Menurut pak instructor itu, air laut agak keruh kerana faktor cuaca di Bali yang kerap hujan sejak kebelakangan ini.


ok....peace..... i'm here babe!!!
impianku menjadi kenyataan
jangan jeles ok!!!!!
sesiapa yang pertama kami ingin mencuba aktiviti ini..yang penting ada keyakinan diri dan berani.

my bro idham sedang memberi ikan makan roti

ikan punyalah banyak...tetapi dalam photo ni sekor ikan pun takda...cisss

me and my bro idham.....
tengah bagi ikan makan roti

bestnyaaa.................

Selepas 1 jam berada di dalam laut. Kami semua naik ke atas. Ohhh...kami tersenyum puas. Percubaan pertama yang berjaya. Alhamdulillah. Lepas itu, Pak Instructor buat joke mengatakan i ni suka sangat 'berdansing' di dalam air. Hehehe. Kakiku asik duk berayun seperti orang berenang. Padahal sudah ditegur oleh instructor supaya jangan menggerakkan kaki. Tetapi masih buat juga. Hehehe. Sudah biasa swimming sambil mengayunkan kaki, so nak diving pun masih nak buat lagi. Sepatutnya tidak perlu. Laaaaaa...awat tak habaq kat cheq. Hehehe.
Sejam di dalam laut seperti tidak puas aje. Insya Allah kalau rezeki lebih dan sihat tubuh badan, i hendak ambil PADI licence pulak. Cewahhhh cita-cita tinggi. Insya Allah jika diizinkan oleh Allah. Manalah tahu kan.....


peace...ku berjaya akhirnya....
bersama 2 orang instructor....my bro idham mengacau katanya yang tengah tu bf ku....muahaha
after berdiving........
after mandi-mandi....buat tocang pulak...hanya Rp30k

jeng-jeng...rambutku dah bertocang....
bersama alya...kami berdua dah bertocang......

May 29, 2009

Day 3 : Holiday to Bali - Pulau Penyu, Tanjung Benoa


Setelah selesai berjalan-jalan di Pantai Sanur, kami menuju ke Tanjong Benoa untuk aktiviti air yang kami tunggu-tunggukan. Awal lagi di KL kami telah booking watersport package dengan Pak Isme. Package termasuk Diving, Pulau Penyu, Glass Bottomboat and simple lunch. Rp500k per person. Murah kan.

Di ketika ini suasananya agak busy dengan bermacam aktiviti sukan air. Cuaca bagus Alhamdulillah terang dan tidak hujan. Cuma awal pagi tadi derusan laut agak bergelombang. Sebab itu kami sampai lewat sikit.


baru sampai...welcome drink
jom naik boat

posing kat banana boat

First kami ke Pulau Penyu. Dari Tanjung Benuo kami menaiki boat ke Pulau Penyu. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat ini. Di dalam boat ini hanya kami berempat sahaja. Laut biru cantik permandangannya.
Dalam perjalanan menaiki boat itu, kami melihat pelbagai aktiviti sukan air di sini iaitu parasailing, banana boat, snorkeling dan macam-macam lagi. Agak sibuk keadaannya ketika itu. Laut biru dan derusan air agak bergelombang sedikit. Sempat snap pelbagai ragam aktiviti sukan air di sini.





parasailing....

glass bottomboat...tak nampak ikan pun...



Dah sampai Pulau Penyu. Di sini kami dapat mengambil gambar bersama anak penyu, burung, ular sawa, kelawar dan biawak. Semua I rasa ok aje kecuali ular sawa tu. Eeeee…geli lah. Nak pegang pun punyalah tak berani. Pegang sikit aja. Amik gambar sipi-sipi aje. Amik masa setengah jam di sini.
Kami terus pulang semula ke pantai Tanjung Benoa. Sebenarnya dah tak sabar-sabat nak pergi diving. Dah lama ku impikan sebenarnya.
pegang anak penyu...tak takut pun






ok aje pegang kelawar ni...




eeeee....gelinya ular sawa ni.....tak berani denbiawak yang jinak