Ads

September 11, 2014

Day 3 : UK Honeymoon Trip - Chelsea Football Club (Stamford Bridge Stadium) & Harrods


Salam semua.
Bersambung lagi.
Dari Victoria kami naik tube dan berhenti di Station Fullham Broadway untuk ke Stamford Bridge Stadium iaitu Chelsea Football Club. Aku tak tahu apa2 benda pun pasal nak pergi ke stadium ni. Nak berhenti kat mana pun aku tak tahu langsung. Cik abang aku yg sangat beriya-iya dan over excited. Agaknya malam tadi dia tidur siap terbawa-bawa dalam mimpi. Dia sebenarnya peminat MU Club bukan Chelsea tetapi impian dia adalah utk menjejakkan kaki ke stadium bolasepak utama Club Liga Inggeris di UK ni. Senyum sampai ke gigi uolssss.

Apabila kami sampai di Station Fullham Broadway.....kena jalan sikit lebih kurang 50 meter akan terus nampak Stadium....dekat yang amat uolsss. Alangkah bertuahnyan kita kalau Stadium kat Malaysia mcm ni. Di keliling stadium ialah kawasan perumahan penduduk di sini. Bukak pintu rumah dah nampak stadium. I can't believe it when first time arrived here. Totally different ....tak sama mcm negara kita. Maknanya kalau nak ke stadium ni jangan gatal nak bawak kereta bagai. Guna tube dan jalan sikit terus nampak stadium. Mudahkan!!!!


cuba tengok tangan husband aku bila dia tengok tix dah sold out. Hehehe....taklah sebenarnya bukan mcm ni....dia bukannya nak beli ticket pun...giler nak beli dan tengok bole time ni!!! Bukan perkara mudah tu. Dia buat mcm tu untuk memberitahu bahawa dia bukan Chelsea Fans....He is MU Fans you know.... hehehehe!!!!

walaupun husband aku bukan peminat Chelsea tetapi dia tetap jugak nak dtg ke sini nak tengok sendiri stadium ini. Aku tak larat nak tawaf keliling satu stadium.....aku biarkan husband gi sendiri. Mak rela jadi penunggu di depan ni.....hinggakan ramai pelancong yg minta mak jadi jurufoto utk mereka...hahaha. Tak kisah lah....dapat gak pahala bantu orang.

tengok tu...mesti dalam hati dia kata.....Aku bangga dapat sampai sini!!!

Bini pun tak mau kalah berposing....walaupun dalam hati kata....cepatlah nak balik!!!!

kat belakang tu ialah rumah orang.....boleh?

me @ Chelsea Football Club

tu dia...berangan tak sudah. Kononnnnnnnn!!!!!

aduhaiiii...siap letak tangan atas bahu orang tuuuuuuuu......sib baik gambar tu tak bernyawa.



Mesti uolss nak tengok wajah-wajah husband aku ketika memegang piala tempohari. Biar betul ni. Bila masa plak dia jadi player bolasepak....tetiba jer nak pegang piala. Jom kita tengok...

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>








waduhhhh...mcm real lah cik abgku pegang piala tu......siapa senyum tersengehh!!!!

ni plak macam nak berebut jer piala tu...hahaha

Cuba tengok mulut dia ternganga besar persis kononnya dialah player Chelsea sebenar...hahahaha....propa jer tu!!!

inilah dia Stadium Stamford Bridge. Kami tak amik tour stadium sebab tak cukup masa. 

husband aku keliling luar stadium sendirian sambil snap gambar2 apa yg ada



untuk pergi ke stadium tour kena melalui pintu ini.



kalau nak beli merchandise ada di sini. Kami tak beli apa2 pun. Sebab dah aim nak beli kat stadium lain.



ok dah selesai...jom kita balik gi tempat lain. Beginilah keadaan jalan di luar stadium utk menuju ke tube stastion. Jalanraya lengang giler...sunyi ajer. 

kat belakang aku tu boleh nampak tak signboard tube station...di situlah Fullham Broadway Station.

Sebelum ke tempat lain kami plan nak singgah ke Harrods dulu. The nearest tube station ialah Knightsbridge Station. 

Di kawasan ini banyak terdapat butik2 branded outlet. Tempat ini happening dengan pelancong yang hendak membeli-belah. 

wahhh...dah nampak Harrods. Second time aku jejak tempat ni. Dulu pergi waktu malam.....kali ni aku jejak waktu siang. 

walaupun kat KLCC ada butik Harrods....tapi tetap berbeza bila kita sendiri jejak Harrods London yang sebenar. 

pusing punya pusing dalam tu.....jadi giler jap bila masuk bahagian Food. Giler tengok coklat, candy, cakes dan mcm2 lagi. Department lain jangan cakaplah....aku tak mampu nak membeli uolsss.



nak tau tak apa yg ada disebalik plastik putih jenama Harrods tu???

ini ajer yg kami beli hahaha. Sampai ke hari ini jem strawberry tu masih belum dibuka lagi hehe. 


Di tepi bangunan Harrods ni juga kami melepak duduk kejap sampai memerhatikan telatah pelancong di sini. Aku pun buka bekalan roti sardine yang aku buat pagi tadi. Perut pun memang dah lapar bebenor. Crackers tu pun kami buka dan makan di situ jugak. Sambil makan dan borak2...kami ditegur oleh seorang wanita yg berhijab membawa stroller baby yg ada baby dalam tu. Dia menadah tangan sambil meminta wang dari kami. Aku terkejut sebab yang meminta tu seperti bukan orang tempatan tetapi orang luar yang mana mukanya persis orang pakistan atau India.

Di belakang kami ada sekumpulan wanita Arab yg juga berhijab menegur aku supaya jangan beri wang pada perempuan tadi sebab dia berniat tak baik ingin mencuri sesuatu dari bag. Mereka siap pesan kat aku supaya berhati2 dengan bag. Bila perempuan tu nampak sekumpulan wanita ni bercakap....dia terus lari meninggalkan tempat kami hingga tidak kelihatan. Tak berapa lama kemudian selepas sekumpulan wanita tu beredar....perempuan tu datang kembali tetapi kali ni dia mengganggu pelancong2 yang lain. Memang nampak dia sangat mencurigakan. Tapi yang aku sedih...dia berhijab dan membawa baby. Apalah agaknya pandangan pelancong lain bila melihat perempuan Muslim ini jika betul2 kantoi mencuri. Akhirnya Islam juga yang akan mendapat tempias kata2 kesat golongan ini. Sedihlah.

Then, kami pun beredar dari situ dah ke destinasi yang lain pulak. Ke manakah kami??? Tunggu next entry kay......

p/s - makin lama makin malas......kenapa yea?







September 9, 2014

Day 3 : UK Honeymoon Trip - Buckingham Palace


Salam semua.
Seperti yag dijanjikan...aku bersiaran lagi di sini.
Hari ke 4 di bumi Kingdom.
Awal pagi kami dah bangun untuk catch train ke London sekali lagi. Kali ni kami amik bas pukul 9.00 pagi dari hotel berbanding semalam awal jam 8.00 pagi dah bertolak. Ini kerana dah tau camana nak cari train berbanding semalamnya yang serba serbi tak tau. Sebelum tu aku dah siap bawak bekalan roti sardin untuk kami mengalas perut di sana. Maklumlah nak cari restoran halal takut mengambil masa yang lama. Kali ni route kami agak jauh dan kami akan bergerak dari satu station ke station yang lain mengikut zon yang jauh. Boleh dikatakan hari ke-4 ini ialah hari yg paling banyak aku berjalan....fuhhhh sangat azab. 


 Tengok tu bas dah sampai depan hotel....ahkak ni tetap sakan berposing

 hotel yg kami stay ni memang terletak di kawasan countryside....secenery sangat cantik

banyak bas-bas pelancongan di sini

 jom naik bas menuju ke Gatwick Airport......takda sapa...kami berdua ajer dalam bas huhuhu.

 dah sampai Victoria Station.....sebaik kami keluar.....posing dulu.

 tempat ni mmg banyak tourist......hati2 dengan bag anda.

 kami nak pergi ke Buckingham Palace.....sebaik keluar dari Victoria Central.....jalan kaki ajer ke sana....tapi boleh tahan jauh gak berjalan kaki ke sana....kena tempoh banyak simpang jalan.

 dah sampai...ramainya orang. Ni kali kedua aku jejak ke sini. Entah kenapa lah aku nak sangat pergi lagi. Husband aku kata...kalau tak pergi pun takpa. Konon kami nak tengok acara changing guard.......tengok apa yg telah terjadi.

 org bertambah ramai dan berpusu2



 masa ni sempat lagi berposing depan pintu gate besar

 Niat dihati minta2 dapat jumpa Queen Elizabeth......

 masa ni aku dah berpusu2 dengan pelancong yg ramai. Minta perhatian....jaga beg dan wallet anda di sini. Penjaga barisan tu kata banyak pickpocket.....hati2 dengan beg. 

 Tunggu punya tunggu.....sehingga matahari menegak tapi still sejuk....still tak kunjung tiba acara ini.

Lebih kurang 2 jam jugak kami menunggu di sini dengan kesesakan manusia yg sangat ramai....lemas aku dah. Jom kita balik....aku bgtau husband. Nampaknya kami dah spent 2 jam jugak di sini....terasa mcm buang masa ajer. Jom kita angkat kaki. Nampaknya memang takda rezeki kami nak tengok acara changing guard.


Sebaik sampai di Victoria....husband kata jom kita ke Chelsea Stadium. Hahhhh????? Aku tanya lagi....biar betul. Yea....dia kata dia dah buat research....semua nama station tube kat mana nak stop dia dah tau. Amboiii suamiku.....advance drpd isteri...dalam diam dia buat sendiri. Waalaupun aku mcm malas...terpaksa akur juga ikut kehendak dan kesukaan suami. Ke manakah kami???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Tadaaaaaaaaaaaaaaa.............................

konon dia berangan nak tengok match di sini.....sekali dah sold out ticket.............hahahaha lega ahkak !!!!!!

Next entry aku tunjukkan gambar2 kami di sini...banyak sangat tak sempat nak masukkan dalam entry ini. Tungguuuuuuuuuuu...

p/s - tak tahan nak gi travel lagi....tapi suami tak boleh cuti....uhukkkk :(






September 8, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Bayswater & HRC London


Tadaaaa...I'm back.
Dah jumpa memory card.....alhamdulillah.
Terkezut kejap bila tengok pic suamiku......kurusssssnya. Sekarang dia dah gomokkk....pipi penuh dan ada double chin. Alhamdulillah pandai isterinya menjaga makan minum dia yea...hahaha. Ok jom kita sambung kisah percutianku bersama suami di kota London ini.

Dari Westminster kami bergerak ke Bayswater pulak. Di tangan kami ada tube map....so refer pada map tu kami turun naik tube sehinggalah sampai ke station Bayswater. Kenapa agaknya kami nak ke sini? Rupanya semalam lagi my husband dah bermessage dengan lecture dia masa belajar di UIA Kuantan few years ago. The lecturer ternampak kami update status di FB bahawa kami sedang honeymoon di London. Rupanya lecturer dia pun berada di London kerana menghadiri conference di sana. So....his lecturer Bro. Said contact my husband ajak lunch di Bayswater sebab nak belanja kami as newly wed. Wahhh...best tu rezeki kami namanya. So janji dengan dia nak jumpa jam 3petang di depan station Bayswater. Jujur cakap....first time aku jejak tempat ni walaupun dah 2 kali sampai London sebelum ni. Sebaik sampai.....terus aku jadi teruja.....jom tengok gambar2 kami di Baywater.


husband ku yg kurus ketika ini....bergambar di tube station bawah tanah di Bayswater.

kami tunggu Dr Said di depan phone booth ni. Sementara tunggu dia datang....jom kita posing di sini sat.

Inilah dia bandar Bayswater. Tempat ni memang happening sebab....banyak makanan halal, banyak restoran Malaysia, banyak hotel yg harga reasonable, souvenir murah dan Malaysia Hall pun terletak di sini. Dari sini boleh jer naik bas untuk ke Oxford Street...dah dekat. Di sini juga dekat dengan Hyde Park...sebelah ajer.

Nak makan apa sajer...semua ada di sini. Orang Asia pun ramai di sini. Muka student dan pelancong Melayu memang bersepah2.

Salah satu restoran yang kami lalu di sini...iaitu Restoran Rasa Malaysia. Aku tak pernah makan di sini....tapi Bro Said kata....food di sini kureng. Entah....sebab tak pernah rasa pun.

Tu dia Bro. Said.....yg tinggi lampai...merupakan my husband's lecturer di UIA Kuantan. Akhirnya kami memilih untuk makan di sini.

kami order 3 jenis makanan bergoreng iaitu nasi goreng, mee goreng dan kuetiaw goreng dan makan share sama-sama. Setiap pinggan adalah big portion. Percaya tak...kami dapat menghabiskan makanan tu semua sehingga licin.....lapar benar lah tu. Yelah...dah jam 3 petang baru nak makan....pulak tu cuaca sejuk. Bila cuaca sejuk...perut memang cepat lapar. Lama juga kami lepak di sini...sambil berborak pasal travel dengan Bro Said.....rupanya dia juga seorang kaki travel mcm kami. Selepas habis conference di sini...dia sambung cuti tour Europe pulak untuk yg entah berapa kali. 

Lepas makan....Bro Said kata jom kita layan teh tarik pulak di Malaysia Hall. Ok jom...kami kena jalan sikit untuk sampai ke Malaysia Hall. Kat bawah bangunan tu ada restoran. 

tu dia....layan teh tarik di London. Bila cuaca sejuk mcm ni memang segar giler bila pekena teh tarik yg sedap di Malaysia Hall ni.

di sini juga ada jual makanan lauk pauk masakan melayu...nampak sangat menarik uolsss.

nampak few students sedang makan di sini. Mat Saleh pun aku tengok layan makanan melayu di sini. Ok nak jalan tempat lain pulak. Masa ni Bro Said nak gi jalan2 di Oxford Street...naik bas ajer dia kata. Thank you very much for the foods and belanja us makan2 di sini. Nice meeting you bro. 

Kami meneruskan perjalanan dengan hanya berjalan kaki ajer di sini. Jom kita cari souvenir di sini. Aku plan nak beli di sini ajer....malas nak buang masa gi beli tempat lain. Kat sini pun dah murah.

Di kedai ni aku beli London FM...dapat 12 biji for GBP10....murah kan? 

my husband first time tengok kedai souvenir yg ada pelbagai jenis barang mcm ni...dia sangat teruja. 



jadi giler tengok brg2 di sini. Aku hanya beli FM, tshirt, sweater, bag dan Ahmad London Tea di sini. Yang lain semua...aku dah ada byk koleksi di rumah...cukuplah tu.

oklah beli sepasang untuk kami berdua. Kami pun beli sweater London di sini....ok price not bad.

ahkak pun nak posing di sini uolsss....tiap kali datang London mesti jugak nak posing...walau entah yg ke berapa kali hehe. Masa ni dah nak maghrib....jom kita beredar ke tempat lain...cuaca pun makin sejuk dan kaki pun makin sakit.

beginilah keadaan escalator di dalam tube di London.....panjang dan tinggi. 

Kami nak pi HRC London....husband kata nak beli tshirt.


Direction to Hard Rock Cafe London
1. Take the tube to Green Park station (Victoria, Jubilee, Piccadilly Lines)
2. Come out the North Exit
3. Walk along Piccadilly towards Hyde Park Corner


tadaaa kami dah sampai. Husband pilih design tshirt ini untuk kami berdua.

ramainya orang nak masuk ke cafe....kami hanya mampu bergambar di luar ajer. Perut dah kenyang kan.



susah betul nak minta tolong orang ambilkan gambar kami....sebabnya semuanya buat hal sendiri dan buat tak tahu dengan kami uhukkk. Akhirnya ada seorg minah salleh ni yg juga tourist ambilkan gambar kami. Kami pun ambik gambar dia juga. 

balik tu nampak Mark&Spenser supermarket....nak beli biskut katanya. Aku borong mcm2 jenis biskut di sini...sedap my feveret. Kali ni aku banyak borong biskut berbanding coklat....biskut sana memang sedap 

My husband kata jom kita lepak kat area ni kejap sebelum balik ke hotel. Happening tempat ni. Masa kami sampai di sini...husband ternampak Lillywhites sports branded outlet....ada sale masa ni. Besar giler kedai ni. Aku malas nak naik atas...husband aku yg jadi giler shopping barangan sukan di sini. So aku just duduk di bawah melihat telatah warga remaja London bershopping di sini. Itulah aku.....suka memerhati kan perangai, budaya dan lifestyle orang luar. 

Untuk ke sini turun di Station Piccadilly Circus. 

Orang makin ramai di sini merakamkan gambar2 bangunan menarik yg bercahaya.

Makin lama makin ramai orang......aku pun makin rimas. Badan dah penat, kaki sakit dan cuaca sangat sejuk.

jomlah kita balik. Kami menuju ke Victoria Station semula untuk catch train to Gatwick. Masa ni dah jam 9.00 malam waktu UK.


Sebaik sampai di hotel...tetiba rasa lapar pulak. Nasib baik bawak maggi cup. Heheh...laki bini layan maggi cup di dalam hotel...walaupun sebenarnya kami tak minat manggi. Bila dah travel mcm ni.....belasah ajer. Ok esok kita sambung lagi percutian di London untuk hari yg ketiga. Dalam diam my husband dah buat beberapa research tanpa pengetahuan isterinya.....ke manakah dia nak pergi tu???? Tungguuuu......


p/s - alangkah seronok kalau dapat menjadi seorang ahli perniagaan...InsyaAllah satu hari nanti.






September 4, 2014

Sembang Travel





Salam semua.
Lama juga rasanya tak borak-borak pasal travel. Entry pasal London tak habis lagi...pastu nak citer pasal negara lain plak hehehe. Sorry uols.....tergendala sebentar journal perjalanan kami ke London. Sebabnya....aku dah lupa mana letak memory kad yang simpan gambar2 kami di London. Bukan hilang....tapi lupa letak di mana. Adohaiiiii........tu pasal lah citer London tak disambung-sambung huhuhu. Sabaq na. Nak sambung citer tu memerlukan persediaan mental yang tinggi....perlu ingat balik banyak benda. Tu yang malas sebenarnya. Tunggu dalam masa terdekat ni.

Now jom kita borak-borak pasal travel. Ramai dah hint aku...bila lagi nak terbang? Lama benar rasanya aku tak terbang ke oversea sejak percutian ke London yang lepas iaitu bulan Mac yg lalu. Lama tuuuuuu!!! Tapi dalam masa 6 bulan tu ada jugak aku gi cuti-cuti Mesia honeymoon bersama en suami. Planning kami nak bercuti manja2 bulan November atau Disember ni....tapi tak tau lagi nak pergi ke mana. Mungkin pergi negara yang dekat2 ajer kot. Sekarang ni agak susah jugak nak bercuti selalu sebab en suami terikat dengan kerja di tempat baru dan susah nak apply cuti lama selagi dia belum confirm. Insya Allah trip untuk tahun depan dah ada...hehehe. Lagipun masa tu en suami dah boleh cuti lama. Dah ada 2 trip untuk bulan Januari (oversea) dan Mac(dalam Mesia)....semoga dipermudahkan percutian kami nanti. Kalau aku masih bujang......rasanya dah melambak flight ticket aku beli hahaha......tapi sekarang kena fikir juga pasangan kita....bukan macam dulu lagi selagi ada ruang...selagi tu nak terbang...hahaha.

Sejak peristiwa MH370 dan MH17 yang lalu....memang agak fobia jugak nak naik flight. Seram ada...takut ada.....macam2 terbayang. Tapi tak boleh lah macam tu....think positive. Ajal dan maut tu semua di tangan Allah walau di mana kita berada....cuma cara kita diambil nyawa berbeza setiap manusia. Yang kita harap ialah agar kita selamat pergi dan kembali ke tanahair di samping yang tersayang.

Banyak juga negara yang aku belum jejak dan nak sangat sampai ke sana. Ke mana kah????

1. India - ramai yg terkejut bila aku kata nak pergi India. Tak panas ke? Tak kotor ke? Kalau korang nak tau...kat negara inilah macam-macam benda aku boleh citer dalam blog. Nak tau apa benda nya.....tungggu aku sampai sana dulu....hehe.
2. Maldives - aku nak honeymoon dengan en suami di tempat yang sangat privacy dan hanya kami berdua ajer di sekeliling. Kami nak swimming dan snorkeling sama2 tanpa gangguan  Aku rasa di sinilah tempatnya yang sesuai.
3. Italy - memang sejak dulu lagi aku nak ke sini dan sepatutnya tahun lepas bulan Nov memang aku ke sini...tapi apakan daya jodoh tetiba datang tanpa diduga. Terus aku cancel. Insya Allah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah aku nak jejak negara ni. Salah satu sebabnya? Nak shopping beg berjenama idaman aku di sini....harga lebih murah dan pastinya original. Yang penting....en suami tolong bayarkan yea hehehe. Sebenarnya...banyak tempat2 menarik di sini yang aku nak sangat pergi.
4. Mesir - aku nak tengok depan mata sendiri keajaiban dunia The Great Pyramids of Giza yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara Mesir. InsyaAllah one fine day.
6. Greece - aku nak sangat jejak di Pulau Santorini yang mempunyai laut berwarna biru permata dipadankan dengan susunan bangunan warna putih di persisiran pulau. Ia terletak pada gunung berapi yang masih aktif. Sila google kalau nak tau lebih lanjut.


Ok cukuplah takat ni ajer. Ikut kan panjang berjela wish list aku ni. Nanti angan jer lebih tapi tak sampai2 pun huhuhu.



 thanks pakcik google

thanks pakcik google


p/s -  angan2 tinggi nak jadi busineswoman tapi mcm tak confident jer....