Ads

January 5, 2011

Jalan-Jalan to Kuala Selangor-Shah Alam : Pantai Remis & Seafood


Selamat Datang ke Pantai Remis, Kuala Selangor.
Di petang yg mendamaikan aku bersama-sama dengan teman-teman tersayang telah meredah segala ceruk daerah di negeri Selangor ini dan akhirnya terdampar kami di daerah Kuala Selangor. Selalunya aku hanya lalu lalang ajer tak sempat nak singgah. Kali ni memang niat di hari nak menyinggah dan mencari kedamaian di tepian pantai. Tetapi malangnya....lautnya idok ler cantik pun. Bau hanyir laut semacam. Orang yang datang pulak....fulamak ramainya. Almaklumlah masa ni cuti perayaan Krismas. So, ramai yg bawak family dan berkelah di tepian pantai.

Apa lagi...kami meneruskan misi untuk mencari segala jenis binatang cengkerang utk dijadikan lauk. Apa yang korang nak...semua ada. Ada kerang....mentarang....siput sedut....kepah...ala-ala...satu lagi ni entah apa namanya...lupa dah. Aku beli sikit semua di atas tu utk dibawa pulang ke rumah.



pelbagai jenis layang-layang pun ada....angin kuat sesuai sgt nak main layang2

jom beli....tgh tu ramai duk membeli...


inilah dia mentarang....sedap aku suka...rasanya lemak-lemak manis bila di masak..1 kg = RM5

kerang ni 1 kg = RM2


ini plak kepah....


ala-ala......sedap gak tapi comel sgt lah...lambat kenyang. 1 kg = RM2


siput sedut ni besar tau... harganya 1 kg = RM10


lupa plak apa namanya ni.... tak beli pun





ikan masin pn banyak di jual..


sayur-sayur kampung pun banyak....




Di kawasan Pantai Remis ini jugak kami makan malam. Menu utama sudah semestinya seafood dan binatang-binatang cengkerang tadi. Untuk pengetahuan semua binatang-binatang cengkerang yg aku capture tadi sangat terkenal di kawasan Kuala Selangor ini....memang fofular lah. Korang tak dapat ler nak cari kat tempat lain. Kerang kat sini gemuk- gemuk tetapi sedihnya masa aku nak beli...udah habis ler. So, aku beli yg sedang-sedang ajer.

Malam tu kami makan sakan....jangan terkezut kami makan sebanyak 8 jenis lauk semuanya. Adohai...teruknya nafsu makan kami. Kami makan di Restoran Nur Cahaya Seafood which is recommended by Kak Yan rakan blogger. Makanan di sini boleh tahan murah dan rasanya oklah. Ada yg sedap dan ada yg kureng.

Bila dah malam restoran ni memang penuh dengan orang yg dtg nak makan. Sib baik kami tercepat sikit....oklah tak lambat sangat. Kami sengaja pilih banyak lauk sebab nak bagi rakan pelancong dari Jepun, Taichi merasa makanan laut di sini. Dia makan dgn kusyuknya sampai berpeluh-peluh. Sedap dan pedas katanya...hahahaha. Sebenarnya idok ler pedas pun. Sengaja kami tak order makanan yg pedas-pedas.


restoran ni terletak betul-betul di tepi laut....permandangan memang cantik lah walaupun air lautnya keruh..huhuhu


bagi ahkak posing sat naaaa......


banyak menu di sini.....dan juga segala jenis fresh seafood ada....pilih ajer.








tengok tu... Qistina bersama sotongnya yg besorrrr......


aku dan qistina ditugaskan utk memilih seafood mengikut lauk yg sesuai....


kami posing sat sambil menunggu makanan di masak...masa ni Buzu and Zul still on the way utk joint kami makan-makan...


Burn dan Taichi dgn penuh kesabaran menunggu makanan sampai...huhuhu


udang goreng kunyit...... ikut menu kak yan....udangnya besar dan sedap....puashatilahhhhhh


kailan ikan masin


tomyam...rasanya biasa-biasa ajer....


ala-ala masak tiga rasa....hmmmm kureng skit


ketam masak sweet sour...boleh tahan sedap


sotong goreng tepung ni sedap tapi mcm tawar plak rasanya


mentarang masak halia.....yg ni sedap aku suka


ikan siakap bakar...alahai dah jadi hitam ler tapi aku tak suka takat bakar mcm ni....kalau dibakar masak pais....memang aku suka


sebahagian lauk-pauk kami


dan ini lagi...


meriah tak lauk kami utk dimakan seramai 6 orang....harga semuanya RM159.00. Lebih kurang seorang dikenakan RM26.50 . Dengan 8 jenis lauk....harganya memang murah!!!!


akhirnya...semua licin kecuali ala-ala yg ada lebih..... terlalu byk plak kami order......


tolongggg...perut kami sudah kenyang!!!! burn, taichi and zul.....


tersenyum kami bertiga sebab dah kenyang...yeaahhhaaaaa...... buzu, me and qistina.


Perut kami semua dah kenyang. Then, kami meneruskan perjalanan lagi untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Tungguuuuuuuuuuuu....next entry plak!!!!!





January 2, 2011

Suka Duka Tahun 2010 & Azam Tahun 2011




Happy New Year 2011 to all my blog readers!!!

Semoga di tahun baru ini akan menambahkan lagi semangat, perjuangan, azam dan cita-cita anda semua. Insya Allah semoga diberkati. Alhamdulillah aku telah berjaya mengharungi segala ranjau suka duka di tahun 2010 yang lepas dengan jayanya walaupun ada sedikit peristiwa duka telah berlaku. Nanti aku ceritakan yea. Alhamdulillah byk yang gembira dan aku sangat berpuashati setakat ini. Terima kasih Allah!!!

Apa yang aku harapkan di tahun baru 2011 ini ialah :

1. dimurahkan rezeki dgn apa cara sekali pun. Aku akan berusaha untuk sentiasa membantu orang yg memerlukan dan Insya Allah ada rezeki yang akan Allah beri nanti.
2. berjaya dalam kerjaya dan diberi kepercayaan oleh boss untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar
3. diperolehi kesihatan yang baik, sihat dan dijauhi daripada penyakit yg berjangkit dan merbahaya.
4. sentiasa disayangi oleh keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat. I luv all of you!!
5. dapat melancong lagi ke negara orang sebagai menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan di tempat orang


Di sini aku nak refresh semula suka duka sepanjang tahun 2010. Bila teringat balik...ada yang suka dan ada yg duka. Jom kita tengok satu persatu.


A. WORKING - dunia baru bagiku kerana telah dipinjamkan ke anak syarikat bahagian majalah dengan tugas kerja yang sangat baru dan mencabar bagiku.



Februari - menjalani tugas pertama di pejabat baru yang lokasinya terletak di Bangi. Walaupun lebih jauh dari tempat kerja dulu tetapi aku berjaya mengharungi dugaan ini dengan tenangnya. Padaku...takpalah jauh sikit asalkan hatiku tenang dan seronok bekerja. Rezeki tu ada dimana-mana. Alhamdulillah setakat ini aku sangat suka dengan tugas baru ini dan semoga aku terus diberikan kepercaan oleh boss dengan tugas-tugas yg lebih mencabar. Kenapa aku suka? Sebab banyak berjumpa dengan orang luar dan bukan hanya duduk di pejabat. I like my job. Cabaran yag aku kena lalui ialah perlu kreatif untuk mencari peluang menambahkan pendapatan syarikat. Aku bekerja di bahagian Business Development - Marketing Support.


**********************************************************



B. FAMILY - dapat 2 orang anak saudara. Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kami.


Eemran Damien Zarieff lahir pada 10hb Feb 2010. Luv u my babe !!!


Emir Rayyan lahir pada 3hb March 2010 . Luv you my babe!!!



*********************************************



C. HOLIDAY - pecah rekod tahun ni paling banyak berjalan tak kiralah dalam negara ke..luar negara ke. Hampir tiap bulan aku berjalan. Syukur dgn rezeki Allah.



Januari : me@ Hadyai/Perlis/Penang bersama teman-teman


Februari : me @ AFamosa Melaka bersama teman sepejabat



Mac : me @ Port Dickson bersama teman-teman


April : me @ Genting Highland bersama teman-teman


April : me @ Chiang Mai, Thailand bersama teman


Mei : me @ Port Dickson bersama family dan saudara-mara


Jun : me @ Ho Chi Minh, Vietnam bersama teman-teman


July : me @ Kuantan/Cherating bersama teman-teman


Ogos : me @ Pulau Redang bersama teman-teman


October : me @ Melbourne, Australia bersama teman


October : me @ Singapore bersama family dan saudara-mara

November : me @ Port Dickson bersama teman-teman sepejabat



***********************************************



D. BLOGGER - tahun 2010 juga aku telah berjumpa buat pertama kalinya dengan rakan-rakan blog yg baru ku kenali dan yang menjadi silent reader blogku. Terima kasih semua kerana sudi bersabahat dengan ku. Seoga perkenalan kita akan terus berpanjangan.


Januari - pertama kali berjumpa rakan blogger Tempurung Emas - Kak Ani (baju merah) dan Abg Amir (baju hitam). Mereka berdua suami isteri yg juga suka melancong sepertiku. Macam-macam pengalaman telah kami kongsikan bersama.


May - pertama kali juga berjumpa rakan blogger Catz's Cafe. Selepas pertemuan itu, boleh dikatakan kami kerap juga lepak sambil chit-chat bersama after ofis hour. Lagipun tempat kerja kami dekat ajer.



September - setelah berhubungan di alam maya...pertama kali juga jumpa rakan-rakan blogger ini Azim, Nikli dan Ziana. Mereka sempat juga singgah ke rumahku. Semoga persahabatan kita kekal sambil bila-bila. Insya Allah. Azim , maaf akak cilok pic ni fm yr FB.


September - Juga sempat juga berjumpa my silent reader Zakiyah. Sudah dua kali pertemuan kami dan terima kasih kerana sudi bagi souvenir dari oversea. Maaf gambarnya takda....lupa plak nak snap..hehehe.



Oktober -pertama kali juga berjumpa my silent reader juga Inzarin yg menetap di JB. Ketika ini aku berada di JB dan sempatlah juga kami pi makan-makan. Keep in touch kay!!!


November - juga pertama kali berjumpa my silent reader Madi Ketereh dan isterinya yang ketika itu dia berada di Residence Hotel di Uniten kerana ada urusan. Mereka juga suka melancong seperti aku. Kami juga banyak berkongsi cerita tentang pengalaman melancong. I like!!!. Maaf, gambar juga tak ada.....segan nak snap pic masa tu..hehehe.



**************************************************


E. SAKIT - peristiwa duka dalam hidup ku sepanjang tahun 2010. Aku telah dimasukkan ke hospital selama 7 hari akibat jangkitan H1N1.





Ogos - peritiwa yang paling menyedihkan dan paling juga menakutkan kerana penyakit ini boleh membawa maut. Aku tetiba diserang jangkita H1N1 dan dimasukkan ke hospital Pantai Cheras Medical Centre. Deman panas berpanjangan hingga 40 degree celcius yang dicampur dengan batuk yg teruk, selesema dan masalah pernafasan. Selepas 2 bulan barulah aku betul-betul sembuh dari batuk. Sepanjang tahun ini juga aku sering kali kena batuk yg berpanjangan. Puncanya aku memang ada masalah tonsil yang teruk. Di harap pada tahun 2011 ini aku akan sembuh sepenuhnya dari masalah tonsil dan menjalani cara hidup yang sihat. Doakan yea...


**************************************************

APAKAH AZAM ANDA ????