February 29, 2012
My Trip Articles @ Magazines
Salam semua
Minggu ini aku agak busy sikit. So nak update blog pun tak sempat nak tulis panjang-panjang. Mana yang dan ajer. Entry ni just nak refresh balik di antara koleksi articles berkenaan percutiaan aku di beberapa tempat di luar negara. Mesti ada di antara pembaca semua yang tidak berkesempatan nak membaca articles tersebut. So, di sini aku attach kan link ke entry yg berkenaan. Just clik pada tajuk-tajuk di bawah.
1. TURKI
Menyelongkar Keindahan Turki
2. SWITZERLAND
Switzerland Tenang Dan Mengasyikkan
3. MELBOURNE, AUSTRALIA
Panorama Menakjubkan Musim Bunga di Melbourne
4. EDINBURGH, SCOTLAND
Edinburgh Kota Sejarah
Insya Allah jika ada kesempatan aku untuk menjelajak ke negara lain...aku akan cuba menulis lagi dalam majalah. Itupun tengok mood dan kesempatan masa. Kekadang tu masa ada...tapi mood takda nak menulis.
Ok...jumpa lagi di lain entry.
p/s - will be away for 2 weeks
February 28, 2012
My Activity White Water Rafting @ iSihat Magazine March
Ingat tak tentang aktiviti white water rafting yang aku joint kat Kuala Kubu Baru baru-baru ni? Kalau lupa...sila rujuk link ini. Aku ada mention bahawa aktiviti ini akan dimasukkan ke dalam majalah iSihat. Tadaaaaaaaaaa.....jangan lupa dapatkah majalah kesihatan ini di pasaran sekarang ( bulan Mac issue). Artikel tentang aktiviti itu dah masuk pun. Gambar aku kecik ajer.....uwakkkkkkkkkk (ewahhhhh apahal lak minah ni??)
Aktiviti white water rafting ini dimasukkan dalam kolum riadah. Ada cadangan tak apa aktiviti riadah yg interesting yg boleh aku masukkan dalam ruangan ini. Sila bagi cadangan.
jelezzz...sebab raft aku tak masuk pun dalam ni....uwaakkkkk
di antara gambar2 yg dimasukkan di sini..
cuba teka yg mana satu aku??? Kalau betul..,aku bg hadiah...
saat genting dan cemas......kenangan yg tidak boleh dilupakan
wajah-wajah glamer.....2 orang pemenang cabaran sihat. Glamerrrrrrrrr auwwwww!!!!
kalau sesapa yg nak joint aktiviti ini boleh hubungi contact person seperti dalam keratan diatas....
ok...ringkas ajer entry aku kali ni. Sebabnya.......aku dah penat, letih dan sangat sibuk. Nanti esok aku update citer lain plak yea....
p/s - sepatutnya aku akan berangkat esok....tetapi ada masalah dengan visa....ditunda lewat sikit 2-3 hari. Insya Allah nanti aku akan update lagi. Ya Allah semoga dipermudahkan perjalanan ku ini.
February 27, 2012
My Edinburgh Trip @ Harmoni Magazine ( 1-15 Mac )
Jangan lupa beli majalah Harmoni keluaran 1-15 Mac di pasaran sekarang yea. Tengok cover page seperti di atas. Tetiba kan nak wat promo beli majalah. Naper tetiba minah ni excited suh beli majalah eh? Mestilah ada sebabnya uolsssss.
Sila pergi ke muka surat kolum Diari Kembara. Tajuknya ialah EDINBURGH KOTA SEJARAH. Sebenarnya aku yang tulis artikel berkenaan. Last year aku gi Edinburgh tu....barulah sekarang aku ada kesempatan menulis tentang percutian itu. Lama bebenor kan. Sila rujuk link ini utk mengikuti percutian itu dengan lebih detail lagi. Untuk pengetahuan semua....kolum ini berbayar. Oleh itu, aku tidak meletakkan nama aku atas sebab syarat-syarat company yg tidak membenarkan meletakkan nama staff. Kalau nak letak jugak...boleh tetapi dengan tanpa bayaran. Hmmmm....tak kisahlah tak letak nama sendiri pun....asalkan duitnya masyukkkkk!!!!
Kalau sesapa yang nak menulis tentang aktiviti pengembaraan luar negara anda di majalah ini bolehlah bagitau aku yea. Insya Allah ada bayaran. Kalau boleh negara-negara yg jarang orang pergi dan ada daya tarikan tersendiri. Korang hanya perlu menulis lebih kurang 2-3 pages dan sertakan gambar-gambar yg menarik. Message me kay!!!
Tajuk nya : Edinburgh Kota Sejarah
di muka pertama
sambung di muka kedua....
nama anda akan diletakkan dibawah word Diara Kembara tu. Aku guna nama orang lain hehehe.
di antara gambar-gambar yg terdapat dalam kolum ini.
gambar bandar Edin pun ada...
tu dia...gambar siapakah itu??? Gambar aku ler.....cukuplah terselit skit hehehe...
gambar ni aku close up skit. Jangan tak tau...ada gak member aku yg message me bgtau perasan pasal artikel dan gambar aku ni. Padahal aku tak bgtau sesapa pun. Hehehehe.
Ok....ini ajer gambar dan ceritanya. Esok plak aku nak wat entry pasal gambar aku gak di majalah iSihat yg terbaru. Gila glamer ke minah ni?? Ahakssss.....
p/s - menghitung hari detik demi detik.
February 24, 2012
Day 2 : Genting Trip - Swimming Pool & Genting Strawbery Park
Terima kasih kawan-kawan di atas sokongan yang diberikan. You make my day happy my dearest friends. Nampaknya ramai dah boleh agak aku nak gi mana. Doakan aku yea kawan-kawan.
Ok aku nak sambung percutian di Genting. Adoi byk betul gambar nak upload and sampaikan aku terdelete semalam...tu yg aku tension terus tidur huhuhu. So, hari ni dah boleh upload semula....cepat2 aku save hehehe. Pagi tu aku bangun awal juga sebab agak kurang selesa tidur di bawah...sakit badan wei. Takpalah bagi adik aku dan anak sedara aku tidur atas katil. Aku tidur di bawah ajer dengan toto. Malas nak amik xtra bed coz kami kejap ajer stay situ satu malam.
Pagi tu dorang gi breakfast kat bawah...complimentary for 2 pax. Aku suruh tanya how much the breakfast if nak tambah orang....harganya RM38.90 per person. What??? Hmmm...lupakan sajer. Aku suh dorang amikkan roti ajer...wat alas perut.
Plan pagi tu kami nak swimming kat pool. Akan tetapi kabus tebal yg amat....sejuk gilosss. My bro said kat bawah sampai kabus masuk dalam cafe. Alamak...camana nak mandi ni. Kami lepak-lelak dalam bilik dulu. Lebih kurang jam 10.30 pagi barulah ok sikit dah takda kabus. Apalagi jom kita mandi manda di pool.
kecik ajer pool di sini.....dah tak sabar nak terjun.
ada jakuzi uolssss.......leh berendam lama coz airnya panas.
ada slide jugak.....anak buah aku sakan main slide
pelik plak aku...org memang tak ramai. Agaknya org malas nak mandi...sejukkkk!!!! Not really actually.
hanya kami berlima yg mandi....yg lain takut air ahakssss!!!
tengok tu daniel sakan slide.
cukup sejam dalam pool...kami beredar naik atas bilik utk bersiap balik KL.
gambar ini diambil dari atas bilik.....scenery padang golf...terbaik!!!!
saujana mata memandang...kehijauan.
Lebih kurang jam 12 tengahari kami dah check-out. Kami tak naik ke puncak semula coz taknak bersesak-sesak dengan orang yg ramai. Aku cadangkan kat adik-adik aku jom kita petik strawbery genting plak. Sebab aku pernah singgah kat tempat ini sebelum niu. Ok semua dah setuju.
Lawak betul tengok gelagat anak buah aku masa memetik strawbery...excited uolsss. Siap seorang satu bawak bakul semangat nak memetik hehehe. Cute sangat!! First time dorang semua tu nak memetik buah strawbery. Cuma yang frustnya...dorang bukak 2-3 lane pokok2 tu ajer utk memetik. Yang tinggal buah yg kecik-kecik ajer. Ramai dah petik yg besar.
jalan nak masuk strawbery park ni....byk bas pelancong datang ke sini. Kalau nak ke sini.... berdekatan dengan tempat utk naik cable car (roundabout). Boleh nampak signboard " Self Pick Strawbery"
signboard ni bersepah2 di sini
jom kita petik strawbery....tak nampak pun buahnya.
comel tak budak kecik ni pegang bakul. Nak ke mana tu rayyan??? heheheh.
alahai naper kecik bebenor buah strawbery ni
buah strawbery in the house!!
abang danish excited nak memetik buah.....first time katanya.
heheheh......petik jgn tak petik....
with anak buah tersayang...Airel Danish
lepas memetik jom kita timbang. 100gram = RM6.00
ni buah yg telah dipetik oleh tempat ni.... tengok tu buahnya besau-besau. Mengelatlah dorang ni.
jom makan ais krim strawbery...sedap wei!!! harganya RM2.50....mahai kan!!!
FM pun ada kat sini. Sapa nak sila angkat tangan hehehe.
mcm2 benda ada dijual di sini...
bunga-bungaan pun ada dijual
sayur-sayuran hidroponik pun ada.....dan cendawan pun ada.
habis dahhh......gambar aku takda sebab aku yg tukang snap. Love my family!!! muahh muahh
Kat sini aku hanya minum air yogurt strawbery, ais krim batang strawbery dan juga waffle coklat. Then, kami terus balik KL.......singgah kedai makan nasi ayam...alhamdulillah dengan rezeki Allah. Habis sudah short trip to Genting Highland with my beloved family. Thanks to everyone.
p/s - Kalau kita berbuat kejahatan pada orang.....nescaya Allah akan melindungi orang yang teraniaya itu. Kejahatan tu akan terbongkar satu persatu. Sekejap jer Allah balas dengan CASH. Doa orang yg teraniya akan termakbul dengan izin Allah. Bertaubatlah wahai perempaun jalang!!! Berbanyakkan solat taubat sebelum terlambat. Pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah pada Allah bukan pada manusia. Benda ni aku tak boleh maafkan sampai bila-bila. Ya Allah lindungilah keluargaku daripada sebarang niat jahat manusia dan gangguan sihir.
February 23, 2012
Tension nya.........
Tajuk tu mcm lain macam kan.
Memang aku tengah tension skrg sebab tadi punyalah sakan aku upload gambar yang banyak-banyak tu. Tak sempat nak save gitu!!! Udah ler aku penat sangat hari ni. Tadi baru balik dari gym beratus-ratu calori dah burn. So, aku rasa badan letih sangat. Memikirkan semalam tak sempat nak update blog ni....aku usahakan juga buat malam ni nak sambung cerita Genting Trip tu. Akhirnya tidak kesampaian. Nak buat camno. Mata aku dah layu ni. Esok ajerlah aku update kay.
Aku tak naklah tengok blog ni bersawang ...so aku update dengan borak-borak ni ajer. At least boleh menghiburkan hati korang semua...ewahhhhh!!! Seharian tanpa update blog terasa kosong ajer jiwa ni. Dengan menulis blog ibarat ia mengisi kekosongan jiwa aku.....tetiba kan. Especially bila dapat comment yg menghiburkan dari rakan-rakan alam maya ni hehehe.
Tidak dinafikan lately ni aku terlalu sibuk sangat-sangat. Sibuk di office jangan cakaplah....byk prpposal nak kena prepare dan appointment nak kena arrange. Then, boleh dikatakan sekarang ni setiap petang mesti aku singgah di gym untuk wat cardio dan workout. Kalau aku tak sempat datang petang...aku akan datang pagi sebelum pergi kerja. Bila sehari tak exercise terasa lain macam ajer sekarang ni. So bila dah terbiasa....aku jadi seronok plak dengan aktiviti ini. Bukan itu sahaja...boleh juga mencuci mata ahaksss. Tempat gym yang aku pergi ni penuh dnegan warga Timur Tengah. Ensem-ensem belaka dan badan dorang waduhhhh mcm model.....memang respect giler lah dorang ni. Yang pompuan pun sama.....badan dah cantik tp still maintain exercise almost every day. Yang badan tak cantik ni ajer malas nak exercise ahakss. Insya Allah aku akan jadikan aktiviti ini sebagai routine aku setiap petang after work. Badan dah rasa ringan sikit (bukan dah kurus tapi rasa senang bergerak) dan segar bugar. Semoga aku diberikan kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini.
Aku juga sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat minggu depan. Tak sabar rasanya. Pakaian dah aku sediakan semua. Cuma duit belum tukar dan kasut yg sesuai untuk hari berangkat nanti aku belum beli lagi. This weekend am going to settle everything Insya Allah. Doakan semoga aku selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti. Semakin dekat semakin aku sebak.
p/s - aku janji mendoakan yang terbaik untuk familyku tersayang. Semoga mama cepat sembuh dari sakitnya, semoga ikatan kasih sayang kami adik-beradik bertambah erat, semoga anak2 buahku bertambah cerdik dan membesar menjadi anak yg soleh, semoga kami sekeluarga diberikan rezeki yang diberkati dan sentiasa bersyukur dan mengingatiMu Ya Allah. I love my family so much.
February 21, 2012
Day 1 : Genting Highland Trip - Indoor Theme Park & Happy Birthday Zarieff
Bersambung lagi.
Sebaik kami sampai di area First World Hotel...kami terus menuju ke arah Indoor Theme Park. Biasalah kalau dah bawak budak...mesti nak main indoor game di sini. Aku ikut ajer sebab bukan aku nak main game pun. Dah puas dulu masa muda-muda duk mencuba semua game kat sini. Bila dah masuk usia sekarang ni....jadi pemerhati anak-anak sedara ajer lah hehehe.
Sementara menunggu my nephew tu duk main games di sini..aku naik ke atas tengok-tengok kedai kat situ. Tak membeli apa pun...window shopping ajer. Ramai sungguh tourist datang ke sini especially tourist Arab dan India. Tourist mat salleh tak minat this kind of tourist attraction. Depa lebih suka scenery and nature. Like me...kalau gi melancong aku kureng minat nak pi theme park mcm ni. Aku lebih suka tengok scenery, nature and sigh seeing (ehhh...nak mcm mat salleh jugak kan). Dulu masa pi Paris Disneyland pun sebab my friend tu beriya nak ke sana...so ikutkan ajer. Korang perasan tak....aku belum jejak USS, HK and Gold Coast......sebab aku kurang minat tempat2 theme park macam tu. Tetapi tidak semestinya aku tidak berminat utk menjejaki tempat-tempat itu....Insya Allah aku akan jejak juga nanti. Cuma lambat dan cepat ajer.
my bro nampak goreng pisang kat sini....nak tau berapa harganya??
RM6 utk 4 pieces....hahaha harga di puncak tu. Tapi beli jugak....pelancong kannn.
kalau sesapa tak dpt jejak Paris...jejak Genting Paris pun jadilah...
budak 2 orang yg dalam train ini....dah tak sabar nak naik
masa duk window shopping tu.....aku ternampak kiosk menjual serkup. Aku duk mencuba satu demi satu fesyen...akhirnya terbeli satu. Tapi bukan seperti dalam gambar ini...yg lain. Sekarang ni duk sakan wat koleksi serkup...rasanya dah dekat 7 koleksi hehehe. Standby for overseas trip actually.
indoor theme park @ genting
dah habis window shopping.....semua orang terpisah hehehe.....duk call seorang demi seorang nak jumpa utk minum teh tarik plak.
lega dah minum segelas teh tarik yg berharga RM6.00. Korang mampu? hahaha...mampu di Genting ajerlah. Kalau kat KL mcm ni harga ....memang nak kena terajang mamak teh tarik tu.
anak sedara aku semua ni memang favourite Famous Amos. Tiap kali nampak kiosk ni kat mana2...mesti nak membeli. Nanti mama leez buat lagi sedap drp ni tau!!!!
aikkk budak kecik ni pun sama. Siap tunjuk tu mana-mana yg dia nak.
Ok jom balik.....kami naik cable car tu jugak. Kalau naik malam permandangan boring...gelap ajer.
Sebaik kami sampai di Awana Genting semula..ketika itu jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami semua naik ke atas bilik untuk simpan beg dan buang air kecil. My bro plak pi order makanan di cafe. Sebabnya malam tu kami nak celebrate birthday...baby boy yang dalam gambar di atas tu. Baby Zarief dah 2 years old.
My bro rupanya order food kat lounge...bukannya kat cafe. Dia kata tak jumpa pun cafe. Dia order just light food memandangkan bekalan nasi tomato siang tadi masih banyak ada. My bro kata sambil makan kita leh dengar muzik. Hmmmm...kalau dah bawak budak kecik mcm ni.....muzik entah ke mana nanti.
oreo cheese cake for besday boy!!!
anak sedara aku yg dah tak sabar nak tiup lilin. As usual 4 budak ni mesti duk depan sekali hehehe.
tau tak besday boy tu pada mulanya tak nak potong kek...sebab dia lagi suka explore tempat ni.....lari sana sini. Tapi daddy dia paksa juga angkat utk potong cake
we're together in one family. I love my family very much. Aku benci org yg buat taik dalam family aku....i hate you pompuan jahat!!!! Dua orang maid adik aku tu pun dah mcm family kami. Sedih sebab mama takda masa ni.
love all of you...muahhh muahh
simple dinner for us...
chicken wing ni sangat sedap.....total cost our food that night ialah RM250. Thanks to my bro izam belanja kami semua. Semoga dimurahkah rezeki lagi.
besday day dah standy nak tiup lilin....pada mulanya dia tak nak sebab nak main kat bawah hehehe
happy birthday to you...happy birthday to you...
happy birthday to zarieff.....semoga menjadi anak yg soleh menurut kata kedua ibu bapa, rajin belajar dan dimurahkan rezeki . Luv u my darling!!!
yang paling excited tiup lilin ialah 2 orang budak belah kanan tu hehehe.....everytime nak potong cake besday....depa 2 orang tukang tiup lilin hehehe
jom kita makan cake............
my tab is always with me......sukalah duk Awana ni....WIFI is available here and FREE of charge. Dalam bilik pun ada....suka!!!!!
Ok itu sahaja aktiviti kami pada malam tu. Balik bilik kami adik-beradik berkumpul lagi dan borak-borak pasal kenangan silam kami masa kecil....ketawa tak sudah berdekah-dekah. My nephew semua tu plak tak kacau sebab sakan tgk kartun kat ipad and tab. Ubat utk bagi dorang diam ialah bukak kan kartun kat ipad/tab.
Apakah aktiviti kami esok hari???? Esok ajer aku update yea.
p/s - menghitung hari lagi sebelum berangkat.....aku semakin sebak. Ya Allah kau permudahkan segala urusan pemergianku ke sana nanti.